Realiti Niche Internet Marketing: Sukar dalam Senang…

Bidang Internet Marketing mempunyai pelbagai cabang seperti yang saya nyatakan pada post sebelum ini (Kerjaya Internet Marketer). Tidak dinafikan, ia adalah satu cabang yang menyeronokkan kerana kita lakukan apa yang kita suka.

Pada kali ini, saya ingin menyatakan satu perkara penting agar sesiapa yang mahu memasuki bidang ini, mempunyai persediaan diri, kesanggupan dan memenuhi beberapa syarat penting seperti ada bakat dan minat.

Sebenarnya, menceburi niche “mengajar Internet Marketing” kepada orang lain adalah satu bidang yang amat berat dan memerlukan kesabaran yang tinggi, melainkan ia benar-benar ‘passion’ kita. Ini kerana, kita sebagai Internet Marketer akan dihubungi oleh pelbagai peringkat pelanggan.

Saya lebih galakkan orang-orang yang baru ingin berniaga di Internet, melakukan bisnes menjual produk yang mana pelanggan tidak banyak bertanya, dan mereka bukan mahu mulakan bisnes, sebaliknya membeli “barang”.

Hanya individu yang berpotensi, berbakat, betul-betul berminat dan yang cukup kapasiti sahaja mampu terus bertahan dalam bidang Internet Marketing (mengajar orang lain). Maka sebab itulah, dalam pasaran Malaysia, kita hanya mendengar nama yang sama sahaja disebut-sebut. Mereka bertahan lama kerana mereka berpotensi dan jelas apa yang perlu mereka lakukan.

Banyak kekeliruan berlaku di pasaran Malaysia (hasil pengaruh dari pasaran luar negara juga), di mana kalau mahu memulakan perniagaan internet, ia mesti bidang Internet Marketing, iaitu mengajar orang lain sesuatu topik Internet Marketing juga.

Hanya individu yang berpotensi, berbakat, betul-betul berminat dan yang cukup kapasiti (kemampuan) sahaja mampu terus bertahan dalam bidang Internet Marketing (mengajar orang lain).

Sebaliknya, bidang jualan produk (terutama fizikal) ataupun servis adalah lebih senang dan mudah, berbanding niche  (bidang) “mengajar orang”. Atau, jika mahu menulis ebook (produk informasi), tulis topik yang tidak berkaitan dengan bidang Internet Marketing.

Mengajar orang adalah sama seperti seorang guru atau pensyarah. Ia satu tanggungjawab dan kerja yang ‘berat’ dan semakin berat apabila dilakukan semata-mata kerana duit. Niat pertama dalam diri seharusnya adalah ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain, ataupun memenuhi keperluan dan keinginan mereka untuk belajar sesuatu topik.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Realiti Niche Internet Marketing: Sukar dalam Senang…

  1. Dari pemerhatian saya, masa dulu2, dunia internet marketing kebanyakaan produknya adalah berkaitan “mengajar buat duit” hingga produk2 niche lain tenggelam. jadi kebanyakan orang baru terjun ke bisnes internet turut menjual produk mengajar buat duit. tapi sekarang, sudah banyak produk di luar nichee internet marketing. jadi, newbie tak perlu lagi terjun ke niche internet marketing sebagai permulaan kerana niche2 lian masih banyak di internet ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *