‘Re-Invest’ = Bisnes Maju & Mantap + Multiple Incomes

AWAS: HARAP ANDA JANGAN TERUJA SELEPAS MEMBACA TULISAN INI.

Di kesempatan yang ada ni, saya nak taip juga walau sedikit kata-kata. Walau sibuk, saya nak luangkan juga masa untuk menaip walau sebaris ayat. πŸ˜‰

Baiklah, berbalik kepada topik di atas, mungkin anda semua sudah sedia maklum, tetapi saya ingin berkongsikan pengalaman sendiri. Di peringkat permulaan bisnes internet kita, adalah bukan masa untuk bersuka-ria dengan hasil pendapatan yang diperolehi. Beli itu, beli ini, yang semuanya bukan keperluan kita. Mudah dikata, membazir. πŸ˜‰

Jadi, di peringkat permulaan bisnes anda, pastikan anda laburkan kembali sebahagian pendapatan anda untuk bisnes tersebut agar lebih mantap, berdaya saing, up to date dan boleh diautomasikan. Ini adalah penting, sebelum anda maju selangkah demi langkah dengan projek bisnes yang seterusnya.

Inilah yang saya lakukan sekarang, ada beberapa projek yang telah dirancangkan dan insyaAllah satu akan dilancarkan dalam masa terdekat (ehem sabri, bukan projek protege tu.. hehe). Hasil beberapa pendapatan saya samada hasil dari market Malaysia atau luar negara (taklah banyak), saya gunakan semula untuk beli perkara yang perlu. Mudah dikatakan, dalam beberapa hari ni saya luangkan sedikit masa untuk mencari sumber atau tempat membeli hosting dan domain yang murah. Satu cara untuk anda dapatkan harga murah bagi sesuatu benda yang ingin anda beli, gunakan kupon! Sebagai contoh, jika anda ingin membeli domain name dengan mendapat potongan harga, taip di google “domain name coupon”. Begitulah caranya juga untuk belian perkara lain.

Selama ini saya beli hosting dari Malaysia, tetapi semalam saya rasa nak mencuba membeli hosting di luar negara. Anda perlu tahu, lain company, lain caranya. Sebab itu saya suka membeli dari pelbagai jenis company, selain mudah saya untuk buat ulasan dan komen. πŸ˜‰

Percaya tak? Anda boleh dapatkan beberapa domain atau hosting dengan modal kurang $5.00 USD? Percayalah..

Jadi, dalam peringkat permulaan, ‘berpuasalah’ dan tahanlah nafsu anda untuk ber-joli dengan pendapatan anda. Labur dan labur untuk tingkatkan bisnes anda dan juga diri anda. Beli buku, ebook, sertai seminar dan lain-lain lagi. InsyaAllah anda akan berjaya. Selain ilmu bertambah dan semakin mantap, anda juga akan memiliki beberapa laman web perniagaan sendiri dan dari sinilah anda akan mendapat pendapatan dari pelbagai sumber dan di situlah anda akan merasa betapa nikmatnya mempunyai perniagaan internet yang sebenar! Teruja bukan? Haha, tak apa, mulakan dengan langkah pertama! πŸ˜‰

Tips: Anda perlu memiliki debit card BCB SmartCash atau Public Bank Debit Card untuk buat pembelian online. Alhamdulillah, sehingga kini tak ada apa-apa problem menggunakan kedua debit kad ini. Anda juga perlu ada akaun paypal. WAJIB! Ia murah dan tak perlu setup fee.

Contoh Pendapatan: Sham RajaAdsense membuat income RM1000 ke atas sebulan melalui ebooknya terutama melalui program affiliate untuk ebook tersebut. Bukti? saya dah lebih RM100 buat sales melalui program affiliatenya dan sudah pasti agen lain juga membuat jualan yang banyak. Maka banyaklah income sham.. πŸ˜‰ Satu contoh yang perlu anda ikuti. Nak jumpa beliau? Jom join bengkel ebiz di Kuantan 19 Ogos nanti.

Jumpa lagi..

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

27 thoughts on “‘Re-Invest’ = Bisnes Maju & Mantap + Multiple Incomes

  1. di awal perniagaan memang begitu. keuntungan sepatutnya dilaburkan semula untuk mendapat keuntungan yang lebih besar. dan begitulah seterusnya. lama kelamaan, kos operasi akan berkurangan apabila kesemuanya sudah stabil dan keperluan mencukupi. di situlah nikmatnya akan dirasai..

    1. keuntungan yang dilaburkan semula untuk akan menjadikan perniagaan itu semakin kukuh dan meningkat maju. dah maju dan kukuh boleh laa tambah lagi model perniagaan yang lain seiring dengan perkembangan syarikat perniagaan… dan dapat pula menggajikan pekerja jika ada yang mencari jawatan kosong…

    2. tu semamang patut…
      kena ambil 50% untuk laburkan kedalam perniagaan kita untuk mendapat keuntungan yang lebih baik atau berganda lagi….

      han

  2. Hu Hu manyak duit Sham ye..

    Bg saya bersusah2 dulu senang2 kemudian barulah kita tau penat lelah kita berusaha untuk mendapatkan kejayaan..
    Ini menjadikan kita semakin berpengalaman menuju kegemilangan..

    PS: Banyak duit ye.. Nanti kalau xblanja siaplah.. He he Just Kidding..

  3. Ye Zul..betul..kita kena gunakan keuntungan kita untuk pelbagaikan pendapatan. Kena MSI( Multiple Source Of income) baru selamat..Kalau bergantung pada satu Punca silap2 blh terduduk.

  4. Ramai lagi yang dapat lebih banyak dari saya..Apa yang saya dapat saya memang invest balik samada ilmu dan kelengkapan biz (domain,hosting,kertas & etc)..Skit untuk belanja..Selebihnya simpan,saya manage 6 website setakat ni..ni yang tak sempat nak update ni..

    saya dah pun siapkan official blog saya..Dalam English la,kalo berterabur tu mintak maaf la ye..setakat ni post satu setiap hari..

  5. hehehe..saya masih belum merasa apa2 income dr e-biz..tp loan ptptn dah simpan utk beli domain dan etc..persediaan utk bina website lepas habis praktikal. Re-invest mmg penting supaya kita bkn sahaja balik modal tetapi turut mendapat untung walaupun sedikit,

  6. surfaddict, dapat tak dapat tu lain cerita. Yang penting dah mulakan langkah pertama. Tak time.. Itu pesan kebanyakan guru. πŸ˜‰

    zack, ada juga yg $1.99, tapi biasanya utk tahun pertama jer. Tapi tak apa lah, next time utk renew domain, kita pastikan yg kita dah ada income hasil dari bisnes. πŸ™‚

    Keseronokan dan kenikmatan memiliki perniagaan internet sendiri ni ikut individu, ada yg berasa nikmat masa dapat income yang mencurah-curah, ada yang suka bila perniagaan stabil. Bagi saya, walau tak dapat income besar pun, saya tetap gembira sebab saya ada bisnes sendiri. πŸ˜‰ Bak kata shuth dalam buku maskahwin-nya, “best wooo”.

    PS. Bagaimana saya kenal shuth? huhu, buku maskahwin dia lah yang menjadi asbab. πŸ˜‰ Dari situlah kami selalu ‘borak2’ pasal ebiz.

  7. HUhuhu.. terasa sangat betulnya apa yang smartusaha cakap. Dah lebih 5 tahun saya buat biz kecil2lan design (freelance) tapi tak ke mana sebab duit keuntungan terpaksa guna untuk menampung pembelajaran. ;(. Sekarang setelah praktikkan concept pay-yourself-first , barulah nampak sikit perkembangan biz nih.

  8. Jangan takut untuk reinvest sebab bila income dah masuk,ia payah nak berenti kecuali kita tutup..mcm paip air la..kita buat website tu diibaratkan buka air paip,tapi jangan lupa untuk invest beli bekas tadah air..takde gunanya air jika takde bekas..

    Bekas tu kita boleh ibaratkan sebagai tabungan/simpanan..prepare for the unexpected..

    1. bekas air tersebut jangan pulak yang berlobang sana sini. tatkala kita penat2 berusaha dan nak buat pelaburan kembali… banyak pulak serangan(pengaruh pengiklanan semasa) untuk melupuskan keuntungan yang telah kita dapat tersebut…

    2. mendalam tu maksud sham…
      betul kata sham tu… paip air bila buka je, takkan berhenti airnya keluar…
      kecuali logi air kekering air jelah…hehe
      kalau nak air banyak kena reinvest untuk beli baldi…

      han

  9. haik? kod verifikasi ni cam tak berubah jer.. hehehee.. sorry aku off topic lagi.. tapi memandangkan saudara smartzul bz kot.. aku nak warning korang jangan register di 1and1.com walaupon harga domainnya.. tersangatlah murah…

    jadi yang berkaitan ngan topic ni adalah.. walaupon saudara smartzul galakkan cari domain yang murah, tapi pastikan anda selidik dulu bakal registrar korang..

    berkenaan reinvest.. memang perlu.. tapi pastikan 2 rules warren buffet sentiasa difikiran anda..

    calo..

  10. robotys, simpan sikit-sikit. Utamakan pelajaran dulu. Itu lebih penting.

    sham, betul tu.. Tak perlu takut, lagi-lagilah kalau kita ada buat perancangan.

    aku, huhu, saya tak maksudkan suruh sesiapa beli domain atau hosting yang murah. Saya hanya menyatakan jer. ya, sebelum beli, kena belajar dan tahulah serba sedikit pasal domain ni. Biasanya domain yg murah macam $1.99 hanya untuk tahun pertama. Kemudian, KENA BACA TOS (Term of Service) dia, wajib baca. Pastikan domain tu didaftarkan betul-betul untuk dan ia adalah HAK anda. Hati-hati. Kadang-kadang ada company yang tak daftarkan domain tu bawah nama anda. Ini terjadi biasanya dalam promosi FREE. Tapi asasnya, free atau tak, anda kena pastikan hal ini elok-elok. Begitu juga hosting, soal harga NO DUA. Servis, TOS dan server yang baik itu lebih utama dari HARGA MURAH. Namun asasnya, murah tak bermaksud tak bagus, atau mahal juga tak bermaksud amat bagus. πŸ˜‰

    Saya ada daftar di yahoo.com dan globat.com. πŸ™‚ Ada baca banyak komen pro dan kontra, so untuk tahu sendiri, saya cuba daftar di beberapa company. Dengar cakap orang tanpa bukti pun takleh gak. Kekadang benda yang dinyatakan tu dah lepas, no up-to-date. Huuh, nak cakap pasal ni banyaklah. Pendek citer, setiap sesuatu tak ada yang 100% sempurna. πŸ™‚ Tapi menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan sesuatu dengan ILMU.

  11. Kalo saya,lebih prefer yang malaysia sebab kalo yang luar kadang payah la.lebih² untuk payment & support..kalo yang malaysia,boleh tanya sms je kalo ada problem..Kalo service bagus,saya akan fix dengan dia..

    Hosting yang saya guna sekarang pun bagus..suport pun cepat..saya sms pukul 2 pagi pun dia jawap. Tapi sebelum beli,make sure study dulu pro & cons dia.. Jangan terburu buru, tengok murah terus beli..

    Cara saya..saya listkan semua dlm jadual & compare kelebihan dan kekurangan web hosting ni. Lepas tu baru decide yang mana nak beli..

  12. Saudara Zul, betulkah kita perlu ada address USA atau Singapore (selain Msia yg tidak disenaraikan) untuk berdaftar dgn paypal….sbb jika menggunakan alamat sebagai rakyat Msia akan timbul masalah.

  13. modal entah ke mana meniaga entah ke mana kalo takleh nak laburkan semula dalam perniagaan yang dijalankan dengan sepenuh semangatnya pada peringkat awal… sekiranya tidak diuruskan dengan sebaiknya maka akan leburlah segala usaha dan keringat dalam membina perniagaan idaman tersebut…

    laburkan kembali dah tentu, jangan lebur tidak menjadi…

  14. kalau nak melabur tu, jangan salah tempat pula…
    melabur untuk bisnes sendiri tak akan rugi walaupun rugi…hehe…
    berbelik2 ayat tu…
    maksud saya kalau rugi dalam bisnes sendiri tu bukan rugi maknanya…]
    kita dapat pengajaran dalam kerugian tu…
    kira untung lah…
    kita kan tengah belajar…

    han

  15. memang teruja dan ingin ikut jejak langkah mereka yang telah berjaya. memang berbaloi sekiranya anda bersabar walau sedikit cuma… pulangan yang telah diperolehi dah tentunya akan dapat melipatgandakan lagi perniagaan yang sedia ada tersebut…

  16. Setuju banget… πŸ™‚
    Saya pun mula2 menjalankan perniagaan internet, duit yang saya dapat saya wat beli external hard disc..
    then, bila nak upgrade laman web dah sengkek..
    uhhuhu
    πŸ™‚ Apepun yang penting memang kita kena rolling balik duit daripada keuntungan untuk wat modal balik..

    “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *