Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Raya Lagi Ke?

Apa khabar semua? Semoga sihat hendaknya.

Raya kini masih lagi berada di kampung dan akan kembali ke Johor Bahru pada hari Sabtu ini, insyaAllah. Cuti seminggu di kampung bukan bermakna seminggu raya, tapi saya dah lama tak balik kampung. Anda pula bagaimana? Masih ‘demam raya’ ke? Jangan cuti lama-lama, nanti hilang semangat kerja. :)

Sambungan Ke Internet

Tidak seperti orang lain yang menggunakan 3G atau GPRS, saya pula menggunakan dial up connection sahaja (TMNet Prepaid Card) semasa berada di kampung ini. Kelajuannya, kira Oklah walau tidak selaju mana pun. Ia sesuailah untuk semak Emel, akses laman web, tetapi kurang sesuai untuk download file-file yang besar.

Saya hanya menggunakan dial up ini hanya bila berada di kampung atau jika ada sambungan talian telefon. Tapi jika di dalam perjalanan atau di tiada kelengkapan tersebut, saya akan menggunakan connection GPRS atau 3G melalui telefon bimbit.

Pembayaran Komisen Program Affiliate Kit Blogger

Semalam, saya telah membuat bayaran kepada affiliate-affiliate yang telah berjaya menjana komisen melalui program affiliate Pakej Kit Blogger, untuk tempoh 16 September hingga 16 Oktober 2007. Tahniah kepada yang telah berjaya.

Untuk kali ini, En Tazilan sekali lagi berjaya menjadi top affiliate yang berjaya mendapat komisen yang paling tinggi. Dan kali ini, sedikit perkembangan baru telah berlaku di mana ada affiliate yang baru berjaya menjana komisen setelah sekian lama mereka menjadi affiliate Kit Blogger. Syabas..

Saya berbesar hati mengumumkan nama affiliate yang berjaya mendapat komisen untuk bulan ini:

1. En Tazilan
2. En Sabri (saifulsham)
3. En Hapisol
4. En Mahadizan
5. En Mohd Amirol
6. Pn Mah Tom (Kak Tom)
7. En Mohd Zaini
8. Saliha binti Said
9. En Wan Asmadi

Kepada mereka semua, sila semak akaun Maybank anda masing-masing.

Kepada yang berminat untuk menjadi affiliate (agen) bagi produk Pakej Kit Blogger, anda boleh mendaftar di laman berikut:

http://bloggingsteps.com/kit/agen

Jumpa lagi di Post yang akan datang.

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

42 Responses to “Raya Lagi Ke?”

  1. Hamid says:

    Tahniah kepada affiliate yang berjaya :wink: .
    InsyaAllah saya akan berusaha lagi :mrgreen:

  2. abdfatah says:

    huhuuu… nama saya takder ke? mana nama saya? takder rezeki nampaknya… lepas nih nak try promote laa kit blogger nih untuk tempoh sebulan pulak… hohoooo…

    raya sakan dan belanja sakan jugak laa…

  3. Han says:

    sembilan orang je yang dapat buat jualan kit blogger ni zul?
    agen lain takde ke?
    berapa yang tazilan dapat jual?

    apa2 pun…TAHNIAH kepada mereka yang berjaya…

    han

  4. Hamid says:

    Kalau ada berita macam ni sedikit sebanyak boleh menambah semangat agen² affiliate :mrgreen:
    Semoga berjaya semua, amalkan etika yang baik dalam membuat promosi InsyaAllah pasti berjaya :wink:

  5. abdfatah says:

    apa yang pentingnya adalah usaha yang sabar. kalo tak sabor nak buat promosi baik awal2 lagi tak payah join… :lol:

  6. Hamid says:

    betul tu abdfatah,
    setiap perkara kita perlu sabar.

  7. abdfatah says:

    namun kebanyakan memang teruja dgn affiliate lantaran mudahnya nak buat promosi secara berterusan tanpa kuar modal untuk hasilkan produk sendiri…

    mula-mula memang bersemangat promosi ( kecuali cara spammm) lama-lama akan rasa penangan kecewa jika mudah berputus asa untuk mendapatkan komisen dgn cara yang mudah itu…

    • Han says:

      mereka teruja sebab mereka ingatkan mudah…
      memang mudah berbanding ebiz lain…
      tapi ia tetap susah juga kalau tak tahu caranya…

      han

  8. abdfatah says:

    sekiranya anda kecewa dengan affiliate takpe, masih ada lagi peluang keemasan yang boleh anda rebut untuk menjana pendapatan yang mudah lagi senang. banyak panduan mudah dan senang yang telah zul ceritakan. affiliate adalah salah satu dari cara mudah tersebut…

    mudah dan senang lagi cepat dan masa singkat bersama dengan blog smartusaha.com

  9. abdfatah says:

    lepas nih boleh laa collect duit raya lagi dengan produk terbaru yang akan dilancarkan nanti oleh zul… boleh lah berusaha keras untuk menjadi angkasawan malaysia yang jutawan nanti…

    eh eh angkasawan malaysia laa pulok. usahawan malaysia yang berjaya. dan menjadi jutawan idaman hati…

    • Han says:

      nak jadi angkasawan boleh juga abdfatah…
      jangan jadi alien cukup lah…

      usahawan yang berjaya tu dah jadi idaman hati semua orang…
      tapi saya tengok, masih ada lagi orang yang takut untuk jadi jutawan…
      peluang di depan mata tapi lepaskan begitu saja…

      dunia sekarang di dah mempunyai pelbagai peluang…
      tapi masih ramai yang buat tak edah…

      han

  10. pyan says:

    Raya pun kami log in jugak

  11. blalang says:

    Zul, saja nak kongsi

    Kalau nak guna dial-up tapi takde password – dial 1315, kosongkan user dan password. 4 sen seminit. Sesak-sesak boleh lah

  12. blalang says:

    Dia caj kat bil TM kita

  13. Han says:

    4 sen seminit…
    jadi kalau 1 jam rm2.40 lah…
    kalau takde internet terpaksa boleh guna dial up ni…

    han

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)