Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Rakaman Audio Best 104 bersama Usahawan Internet

::8 September 2006

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera,

Semoga pembaca semua di dalam rahmat perlindungan Ilahi.

Baiklah, di kali ini, seperti yang kebanyakan menunggu, berikut adalah petikan rakaman audio temuramah Radio Best 104 terhadap saya pada bulan Ogos lepas. Selain saya, terdapat lagi dua orang yang ditemuramah iaitu kawan saya, saudara Ahmad dan saudara Zamrin dari Jutacash.Com.

Seperti yang saya katakan, temuramah ini bukan temuramah untuk berkongsi kejayaan, tetapi lebih kepada memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kerjaya usahawan internet dan perniagaan internet itu sendiri. Di dalam rakaman ini, bahagian saya hanya dalam sekitar 3 minit sahaja, tetapi jika ikut masa sebenar, hampir sejam saya ditemuramah.

Untuk makluman, mengapa bahagian saya sedikit sahaja, kerana versi audio ini adalah untuk siaran sempena hari merdeka dan versi penuh adalah untuk projek lain bagi pihak radio tersebut.

Di dalam tulisan ini, saya sertakan audio streaming yang boleh anda dengar terus di blog ini, tetapi hanya bahagian saya sahaja dan saya telah ‘cut’ versi mukaddimah yang mempunyai lagu, serta bahagian dua orang lagi. Untuk mendengar versi penuh, anda perlu download audio tersebut. Saya terpaksa meletakkan bahagian saya sahaja sebab nak jimat bandwidth server. ;)

PERHATIAN: Anda hanya dibenarkan mendownload dan mendengar untuk diri sendiri sahaja dan tidak dibenarkan untuk tujuan komersil dan diedarkan dalam apa jua cara sekalipun. Hakcipta audio rakaman ini adalah hak milik sepenuhnya Radio Best 104.

Oklah, klik butang Play untuk mendengar:

smartzul

Smartzul sedang ditemubual..

zamrin

Saudara Zamrin turut menyertai..

Jika anda berminat untuk mendengar versi penuh, sila hubungi saya melalui contact form di atas

.

PS. Kepada Radio Best 104 dan abang DJ EmR, terima kasih dan teruskan usaha yang murni.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

Incoming search terms:

  • interview usahawan
  • best 104
  • iklan radio best 104
  • pengiklana di best 104

18 Responses to “Rakaman Audio Best 104 bersama Usahawan Internet”

  1. Azahari says:

    Tahniah kepada SmartUsaha.Dah setahun dan terus berkembang.Saya pun insyaAllah akan ikut jejak anda.:) Tapi tak best la tak boleh nak download.Kalau boleh nak dengar pc di rumah.Salam Usahawan

  2. anas says:

    Tahniah en Zul. Teruaskan usaha memartabatkan bidang keusahawanan internet di Malaysia.

  3. ramzwatcher says:

    ala…tak dapat dengarlah kat sini…dia cakap error..tapi maybe sbb kat sini block kot :(

  4. san says:

    Tahniah smartusaha,anda telah melakukannya dengan baik, dan itulah yang terbaik … Hehehe, memang bukan senang nak jadi usahahawan internet .Ha, Ha, barulah mereka tahu apa itu usahawan internet atau peniaga internet, hehehe,

  5. smartzul says:

    Terkini: 18/4/07

    Versi penuh interview bersama Best 104 sudah ada dalam simpanan saya. Audio yang anda dengar di atas hanya sedutan.

    Actually, itu 1st time saya ditemuramah. So maybe jawapan saya tu tunggang terbalik. Al-maklum, pertama kali. Layan jer lah yer. :)

    Versi pernuh tak dapat saya letak di blog sebab saiz besar. Namun saya ada rancangan tersendiri. Tunggu.

    Versi penuh:

    1. 3 Orang usahawan Internet ditemuramah termasuk saya
    2. Soalan mengenai kepercayaan jual-beli di Internet
    3. Dan lain-lain tips lagi.

    Saya harap pendedahan saya dalam media sebegini dipandang +ve. Nak menunjuk saya berjaya atau kaya jauh sekali. Saya nak bantu industri ebiz di Malaysia DIPANDANG TINGGI. Itu sahaja. Actually, saya belum berjaya sangat-sangat lagi. Saya hanya mahu membantu.

    Semoga kita semua berjaya.

  6. zamrin says:

    salam smartzul,

    tak sangka ada lagi rakaman tu yek..

  7. iezats says:

    salam bro zul,

    mmg best la lu..wa bangga ada org melayu yang berjaya dalam IM..Teruskan usaha dan membantu mereka yang memerlukan termasuklah aku..hehehe

    wish ur more success.

  8. zamrin says:

    Zul, confirm ramai akan tgglkan comment kat post ni..:)

  9. DjSenja says:

    Salam Zul – abg sampi ke sini bila dapat emel dr zamrin. Nostalgia betulla rakaman tu. Dah 3 tahun rupaya masa berlalu.

    Tak sangka Zamrin yg slalu hantar emel tu rupanya pernah abg interview dulu. Tahniah atas kejayaan kalain.

  10. zamrin says:

    Nostalgia bang..saya pun dah x ingat..sampai la salah seorang subscriber saya bagi link ni..dia tanya betul ke saya..baru la teringat..

  11. zamrin says:

    Bagus tu..Boleh buat koleksi peribadi.:)

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)