Ledakkan Perniagaan Anda dengan Minisite

Tahukah anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan laman web yang dikategorikan sebagai minisite? Di internet, terdapat pelbagai jenis konsep laman web iaitu laman web berkonsepkan shopping cart, content management, blog dan sebagainya.

Namun demikian, tahukah anda laman web yang paling menguntungkan untuk pemasaran internet anda adalah laman web yang berkonsepkan minisite? Ribuan usahawan internet di seluruh dunia menggunakan minisite sebagai laman pemasaran yang paling utama untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka di internet.

Ini adalah kerana minisite telah diakui mempunyai kekuatan dalam menarik perhatian pengguna internet untuk memberi respon terhadap perkara yang dipasarkan menerusi laman minisite.

Mengapa saya katakan sedemikian? Ini adalah disebabkan kepentingan pembinaan minisite adalah menjurus atau memfokus kepada 1 jenis tumpuan pemasaran sahaja. Jika lain-lain jenis laman web sebagai contoh shopping cart, anda akan menghidangkan pelawat dengan pelbagai jenis produk dalam satu masa.

Sebaliknya, penggunaan minisite pula adalah bersesuaian kepada pemasaran 1 jenis produk atau perkhidmatan sahaja. Anda perlu memastikan setiap kelebihan produk dan manfaat yang bakal pengguna perolehi hasil daripada penggunaan produk tersebut harus diceritakan dengan jelas pada laman minisite.

Perkara ini dapat menarik perhatian pengguna untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk yang anda pasarkan seterusnya membuat keputusan untuk membeli produk anda.

Oleh itu, jika anda belum lagi memiliki sebarang laman pemasaran minisite dan tidak tahu cara membinanya, maka saya amat mencadangkan anda untuk segera membina laman web berkonsepkan minisite bagi produk, perkhidmatan dan bisnes anda.

Anda boleh gunakan laman minisite ini untuk mendapatkan senarai prospek, menghasilkan jualan, memberi produk untuk didownload dan sebagainya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Ledakkan Perniagaan Anda dengan Minisite

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *