Rahsia Wang RM1000.00

RM1000.00, bukan satu jumlah yang banyak bagi sesetengah orang. Namun, ia amat banyak bagi orang lain. Bayangkan, seorang pekerja biasa yang bekerja sehingga mengeluarkan peluh setiap kali beliau bekerja, tetapi gaji untuk sebulan hanya beberapa ratus sahaja. Tapi bukan kerja itu yang saya mahu persoalkan atau perlekehkan, tetapi apa yang saya mahu nyatakan ialah, kehebatan Internet.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan nikmat dan kemudahan Internet yang tercipta ini. Melaluinya, kita boleh mendapatkan wang dengan begitu banyak sekali. Sebut sahaja berapa jumlahnya, insyaAllah ia boleh didapatkan tanpa perlu berpenat lelah sangat.

Apabila anda mendapat kemahiran membuat duit di Internet, maka anda boleh mengulangi cara yang anda gunakan berulang-ulang kali dengan begitu mudah. Nak buat satu ribu, dua ribu, lima ribu? Ia bukan lagi mustahil! Itupun jika tahu caranya. Dah tahu formula asasnya, anda cuma perlu buat kiraan tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja.

Ramai lagi yang ragu-ragu dengan cara mendapatkan wang melalui Internet. Sepatutnya tidak begitu kerana jika mereka mengerti dan faham, Internet adalah anugerah Ilahi sama seperti ciptaan-ciptaan yang lain, cuma Internet lebih laju, cepat dan menjimatkan kos.

Akibat sifat teknologi ini yang cepat, maka cepatlah kita mendapat wang. Lagi cepat dan mudah, maka lagi besar dan banyaklah wang yang diperolehi. Inilah nikmat Ilahi. Orang yang ragu biasanya mereka tidak faham dan tidak mahu ambil faham mengenai sifat nikmat kurniaan Ilahi ini.

Baik, kita biarkan dahulu dengan keraguan tersebut. Kita beralih pula mengenai cara bagaimana untuk mendapatkan RM1000.00 melalui Internet. Pada tulisan kali ini, saya akan senaraikan beberapa cara untuk anda dapatkan RM1000.00 tanpa perlu mengeluarkan peluh. 😉

Cara 1: Jual Produk – Pasaran Malaysia

Hasilkan sebuah produk dan jualnya dengan harga RM50.00. Jika anda mendapat 20 jualan, maka hasilnya ialah RM1000.00.

RM50.00 x 20 jualan = RM1000.00

Untuk pasaran Malaysia, tidak banyak cara untuk anda promosikan produk anda melalui Internet. Berdasarkan pengalaman saya, di antara teknik yang berkesan bagi pasaran Malaysia ialah menggunakan program affiliate, viral marketing, List, JV, forum komuniti dan iklan.

Ya, jika anda mahu membuat wang yang banyak dengan masa yang cepat, LIST adalah cara yang terbaik.

Cara 2: Dapatkan USD350.00 (Kuasa Tukaran Matawang)

Cara ini lagi mudah sebenarnya. Salah satu sebabnya ialah pasaran yang dimasuki ialah satu pasaran yang besar. Kedua, pasaran tersebut mempunyai kuasa beli yang tinggi. Sebab ketiga ialah anda mempunyai banyak pilihan dan cara untuk mempromosikan produk anda, ada 1001 cara.

Usahakan untuk mendapat sekurang-kurangnya USD350.00 dan apabila ia ‘dibawa masuk’ ke Malaysia, jumlah dalam RM ialah lebih daripada RM1000.00.

Cara 3: Servis/Perkhidmatan

Jika satu servis yang anda sediakan berharga RM400, berapa orang pelanggankah yang perlu anda dapatkan untuk memperolehi RM1000? Ya, tiga orang sahaja! Jika anda mahu tahu, salah satu cara mahu ‘kaya’ cepat melalui Internet ialah dengan menyediakan servis. Caj untuk satu jenis servis boleh mencecah ribuan ringgit atau paling kurang RM100.

Kebiasaannya, modal untuk servis ini tidaklah tinggi sangat, hanya perlukan masa sahaja. Lagi kompleks servis, lagi banyak masa diperlukan dan lagi tinggi cajnya.

Fikir dan analisa apakah perkhidmatan yang boleh dan mampu anda sediakan. Kemudian letakkan jumlah caj untuk servis tersebut. Tak cuba tak tahu.

Sebelum ini saya ada menulis 7 contoh idea perkhidmatan di Internet. Boleh rujuk di sini:

Siri 1: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Siri 2: 7 Idea Perkhidmatan di Internet

Kesimpulan

Berniaga atau mencari pendapatan di Internet amatlah mudah sebenarnya. Cuma anda perlu tahu cara yang betul dan tepat. Itu sahaja. Soalnya, bagaimana? Jika mahu tahu cepat, belajarlah daripada mereka yang sudah tahu caranya. Atau jika ada masa, anda boleh usaha sendiri dengan membuat kajian. Tapi cara ini amat lambat dan biasanya anda akan mudah berputus asa.

Carilah mentor atau pembimbing. Anda pasti berpuas-hati.

Sekali lagi.. Dah tahu formula asasnya, anda hanya perlu sesuaikan dengan projek perniagaan anda sahaja. Persoalannya, adakah anda sudah menemui formula untuk kegunaan anda itu? Atau, anda si pencari peluang yang malang?

Salam maju jaya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “Rahsia Wang RM1000.00

    1. kecanggihan dunia teknologi menjadikan benda yg dlu mustahil dah tak jadi mustahil lagi…
      🙂
      mungkin 10-20 akan datang kita akan berjumpa dengan 1 lagi medium menghasilkan pendapatan yang kita tak pernah fikirkan hari nie…

  1. Benar..Dulu kita boleh pegang sekeping not RM1000.Sekarang biarlah internet pula yang tolong “pegangkan”.Jangan salah faham pendapatan saya melalui internet tak mencecah nilai tsb 😥 ini ada kaitan dgn “niche” yg saya pilih 😉 kot !

    1. Yup, niche dan pasaran yg kita masuk juga menjadi faktor berapa pendapatan kita untuk sebulan. Tapi nak seribu daya.

      Ada beberapa cara untuk tingkatkan income kita:

      1. Tambah produk
      – Jual kepada pelanggan baru
      – Offer kepada pelanggan sedia ada

      2. Jadikan produk sebagai servis
      – Jika jual panduan matematik, why not offer khidmat nasihat secara maya? Caj untuk servis biasanya lebih tinggi berbanding produk.

      3. Masuk niche & pasaran lain yg lebih menguntungkan selain niche sedia ada. Tak salah nak buat banyak niche.

      1. Nampak gaya nya dah masuk bab “Matematik” nie 😀 ,terima kasih di atas cadangan sdr smartzul -cadangan yg memang bernas kerana kebanyakan pelajar Malaysia ( maaf-lebih lebih lagi pelajar Melayu) kurang berminat produk ebook matematik -Kita tawarkan PERCUMA ramai yg download ;dapat “list” je 🙂

  2. Saya berhajat untuk mendapatkan pendapatan RM1000 ke atas bulan 2 ni dalam perniagaan internet. Usaha untuk menghasilkan produk 💡 sedang bermula..Alhamdulillah..nikmat masa cuti sebulan ni boleh la saya gunakan untuk fokus dengan matlamat saya itu.. 😉 semoga otai2 dapat membantu… 🙂

    1. Rancang baik2, insyaAllah boleh! 🙂

      Tip saya, perbanyakkan produk, tapi jangan sampai hilang fokus. Lagi banyak produk, lagi mudah untuk dapatkan jumlah tersebut.

      Atau, jual satu produk jika kena caranya pun dah boleh dapat RM1000 tu.

      Panduan tambahan:
      1. Produk mesti unik
      2. Trafik yang targeted
      3. Tawaran yang bagus
      4. Conversion rate laman web mesti tinggi

  3. Insya-Allah. Jika betul caranya. Nak dapat RM1000 dalam 2 minggu pun boleh. Nak dapat dalam 1 hari pun boleh. Tapi usaha nak dapatkan sesingkat itu memerlukan teknik yg dikaji lama.

    Aku berjaya buat setelah kaji begitu lama. BOlehla. Kalau dulu susah nak menyimpan. Sekarang dah bolehla sikit-skit..

  4. ya.. perbanyakkan produk, tapi kadang2 ada juga produk tak bermutu tinggi.. saya pernah membeli produk yang tiada nilai langsung.. harga RM 40.. menyesal betul!! sebelum membeli, penulisnya menjanjikan rasiah rasiah sulit dan dan langkah-langkah terperinci untuk mendapat duit dengan cepat hanya di rumah, rupanya Ebook yang dibeli hanya disiapkan dalam masa tiga bulan ja… 42 page saja dan semuanya ringkasan sahaja.. dah lebih 10 kali saya ulang baca, tapi sampai sekarang masih tiada hasil.. walaupun demikian, saya tak menyebarkan ebook ini itu kerana menghormati orang itu..

    saya nasihatkan kepada peniaga internet supaya menghasilkan Ebook yang bermutu tinggi, langkah terperinci.. dan jangan menghasilkan produk semata-mata untuk “ada produk untuk dijual” supaya “dapat duit cepat”..

  5. Wah..terima kasih, dengan nasihat dan padangan anda semua saya semakin bersemangat!

    kata pluto tu betul, jika ebook yg dihasilkan tidak bagus, ini bukan sahaja menjejaskan perniagaannya, tetapi turut mmberi kesan buruk kepada newbie. susahlah kalau pelanggan dah hilang rasa percaya terhadap kualiti produk2 yg dikeluarkan…

  6. Alhamdulillah, bulan lepas sambutan terhadap produk MMR saya berjalan dengan lancar dan baik.. dan dah dapat income berganda.. cuma saya masih bekum berpuas hati lagi.. heheheh… sebab belum dapat target income bulanan yang saya nak..

    InsyaAllah, mungkin dalam masa beberapa bulan lagi impian ini akan tercapai berdasarkan perancangan dan jadual yang telah saya gariskan pada penghujung tahun lepas…

  7. Peluang sentiasa ada..
    rezeki ada di mana2 je..
    kalau kita berusaha insyaAllah kita akan peroleh hasil…
    bak kata pepatah arab

    “siapa yang menanam, akan mendapat hasilnya” 😛

  8. Saya teringin nak dapatkan sebanyak itu tetapi buat masa sekarang saya masih memikirkan niche yang lain dari internet marketing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *