Rahsia Utama Perniagaan Online

Dalam perniagaan online, membina kepercayaan dan keyakinan pelanggan untuk membeli dengan kita adalah perkara paling penting. Pelanggan hanya mahu barang sampai secepat mungkin tanpa mahu mendengar sebarang alasan peribadi daripada kita. Sekali kita melakukan kesilapan kecil, pelanggan akan mula mencari penjual yang lain.

Antara cara membina kepercayaan bakal pembeli baru adalah:

1. Letak gambar kita (penjual/peniaga) atau gambar premis perniagaan (jika ada). Meletak gambar sendiri akan menggandakan lagi kepercayaan pelanggan.

2. Letakkan testimoni pelanggan sedia ada.

3. Meletak alamat lengkap perniagaan dan nama perniagaan berdaftar. Perkara ini sebenarnya sudah diwajibkan oleh kerajaan.

4. Letakkan gambar bukti barangan yang telah diposkan.

5. Meletak nombor telefon walaupun sekadar menerima SMS sahaja.

6. Ini paling penting. Urus tempahan mereka secepat mungkin tanpa sebarang alasan dan penangguhan.

Manakala untuk mengekalkan pelanggan sedia ada, mereka harus dilayan dengan cara eksklusif. Namun cara paling mudah adalah… pembelian pertama mereka haruslah berjalan dengan lancar dan tanpa ada sebarang situasi yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Jika tidak, mereka akan serik untuk berurus niaga dengan kita di lain masa.

Kesimpulannya, jangan pandang remeh terhadap layanan terhadap pelanggan walaupun perkara yang paling kecil. Mereka tidak mahu tahu masalah dan alasan peribadi kita apabila kita gagal mengurus tempahan sebaiknya, tetapi mereka hanya mahu produk sampai ke tangan mereka pada masa sepatutnya.

Perniagaan online lebih kepada “menjaga hati” pelanggan. Jagalah hati mereka sebaik-baiknya kerana kita bukan mahu berurusan sekali sahaja dengan mereka. Pastikan mereka tidak melalui saat-saat yang “mengerikan” apabila berurusan dengan kita.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Rahsia Utama Perniagaan Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *