Rahsia Utama Kejayaan Usahawan

Sebelum ni saya tulis 7 petua kejayaan usahawan internet, kali ni saya tulis pula satu lagi rahsia utama kejayaan usahawan. Tak kisahlah usahawan siber atau usahawan offline, satu benda ni lah yang akan menentukan cepat lambat, kukuh ke tak usaha perniagaan seseorang itu. Nak tahu? Kik link ini :

BERJIMAT-CERMAT DAN PANDAI URUS WANG

Inilah kuncinya. Walaupun income anda berjuta-juta tapi banyak membazir, beli itu dan ini, tak disimpan, tak disalurkan untuk menambah-baik bisnes, dijaga, tak diurus dengan baik, anda boleh dikatakan sebagai usahawan yang bermasalah. 🙂

Anda jangan jadi usahawan yang bersifat ala-kadar, jangan jadikan bisnes sekadar untuk mengisi perut, jangan jadikan ia satu permainan. Anda kena serius. Barulah sifat-sifat yang lain akan datang seperti menguruskan perniagaan dengan baik, ada perancangan yang jelas, pendapatan dijaga dengan elok dan lain-lain.

Ramai mereka yang menjadikan bisnes sebagai batu loncatan untuk mendapatkan duit semata-mata. “ala, aku buat bisnes ni setakat nak isi perut aku jer..”. Jika beginilah pegangan anda, anda bukan usahawan sebenar. Bagi saya, anda tak layak digelarkan sebagai usahawan. Usahawan yang sebenar adalah mereka yang betul-betul bersungguh-sungguh untuk menjadikan jalan perniagaan sebagai sumber pendapatannya, bukan untuk main-main atau sebagai ala-kadar. Anda perlu tahu, keusahawanan adalah satu KERJAYA. Bukan medan atau tempat untuk cari-cari duit semata-mata.

Disebabkan sifat tidak serius inilah, ramai yang tidak ‘menjaga’ kewangan mereka dengan baik. Bila dapat bayaran daripada pelanggan, terus diguna, tidak diasingkan dengan wang kegunaan, tak ada catatan aliran masuk dan keluar. Pendek kata, berterabur! Ini akan berlaku jika anda hanya tahu menjual semata-mata dan meremehkan serta tidak mementingkan ilmu pengurusan. Bukan bermaksud anda perlu buat catatan akaun yang complete seperti sebuah syarikat tu, saya pun tak buat macam tu. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, pengurusan yang baik. Itu sahaja.

Tanpa pengurusan yang baik, pendapatan anda cepat habis. Dapat RM50 hari ni, esok dah tinggal RM5. Aik, ke mana duit aku pergi ni? Padahal, dia tak sedar, duit itu telah digunakan untuk benda-benda yang tak penting.

Kesimpulan di sini:

1. Anda perlu SERIUS di dalam perniagaan. Sifat ala-kadar patut dijauhi sama-sekali.

2. Anda perlu bijak mengawal perbelanjaan harian anda. Bezakan antara keperluan dan kehendak. Utamakan keperluan, dan keperluan pula ada yang penting dan ada yang tidak penting (boleh dikemudiankan).

3. Berjimat-cermatlah, kerana ia amalan orang-orang yang berjaya. Bahkan sifat ini adalah amat dituntut di dalam Agama.

4. Urus pendapatan anda sebaik-baiknya. Jika perniagaan anda sudah kukuh, ambil 10 hingga 20 peratus untuk simpanan peribadi dan simpan juga untuk pelan kecemasan perniagaan anda. Sebaliknya di awal perniagaan, anda perlu banyak melabur (guna balik) untuk meningkatkan dan mengukuhkan kemajuan perniagaan anda.

5. Yang terakhir, satu soalan emas dan serius daripada saya:

“Adakah anda serius di dalam mencari wang di internet? Atau hanya ala-kadar asal dapat duit? Apakah matlamat anda di dalam bidang perniagaan internet ini? Atau, belum ada matlamat? Hanya sekadar main-main? Jika anda main-main dan sekadar ala-kadar:

ANDA BUKAN USAHAWAN INTERNET

– sekian –

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

11 thoughts on “Rahsia Utama Kejayaan Usahawan

  1. Terima kasih atas tips yang diberikan.
    Kalau berjimat takpe, asal jangan kedekut. Kalau kedekut sangat susah jugak nak buat bisnes.Sebab kalau bisnes ni nak ke tak nak mesti keluar modal.Walaupun tak banyak tapi biasanya mesti ada.
    Kalau nak bisnes berkembang tapi tak mau keluar modal itu yang tak betul.

    Salam Usahawan! 🙂

  2. Tepat sekali Zul…!

    Dan kena tambah satu lagi….. kalo anda dah pergi ke 10 internet seminar dan satu website/blog pun masih TAK ADA (sekurang-kurangnya FREE blog kat blogger),
    dan MASIH LAGI tanya mana lagi ada internet seminar untuk anda pergi,

    sila dapatkan rawatan pakar psikiatrist…. anda bukan usahawan internet,
    anda adalah SEMINAR JUNKIE.

  3. So far perkara2 yg bnyk menyebabkan duit aku burn setiap bulan:
    1. Bil telefon henset
    2. Minyak kereta
    3. Makan-minum
    4. Hiburan (Wayang, Futsal, etc..)

    Nampaknya aku kene mula “aware” dengan pergerakan keluar wang aku supaya dapat berjimat lepas ni.. huhu..

  4. Satu lagi ciri yang saya mahu tambah..sebagai seorang usahawan perlu ada R&D..Research And Development yang berterusan..inilah antara sebab mengapa Corey Rudl dan Dr Irfan jadi jutawan internet di usia muda…

    Mengenai perbelanjaan, seorang usahwan perlu tanya diri sendiri dulu, apa yang boleh dia buat dengan wang yang diperolehi untuk menjana lebih untung dan ‘grow’ dia punya bisnes..perlu ada cash flow yang control in & out belanja bisnes..

    Kalau boleh, biarlah kedekut bertempat, bukannya pemurah membabi buta dan tak berkira! last-last diri sendiri juga yang susah jadinya. ini pernah berlaku pada diri saya sendiri..good luck 4 all malaysian online entreupreneurs.

    shueqry
    kota kinabalu

  5. Assalamualaikum WBT…

    Apa khabar Zul…saya pendatang baru dalam minat perniagaan internet tapi masih mengumpul ilmu untuk berniaga..ALHAMDULILLAH baru mengenali blog, internet dan seangkatannya…sebelum nie hanya tau guna word jer l beri ain taktau….

    mungkin ini adalah pertama kali post something untuk blog..saya masih belajar sikit2 sebab masih baru lagi. Mungkin Kuno sikit tapi dah ada kesedaran. terima kasih atas tips berguna.

    harap dapat tunjuk ajar.

    tq

  6. Wah..pasal wang..Jika anda ingin berjaya…kawal kewangan anda..Rekod semua duit yang keluar masuk..Usahawan jarang mengahadapi sindrom kurang duit hujung bulan..Jika anda tidak mengawalnya,awal bulan pun dah kene sindrom tu..

    Setakat ni saya simpan separuh dari dari hasil pendapatan saya..Katakan saya dapat rm2000,saya akan simpan rm1000 dalam akaun yang saya susah nak keluarkan mcm ASB.

    Bukan,apa kene beringat tentang masa depan. Sekurang kurangnya kita ada menyimpan untuk masa memerlukannya.Parent sakit ke. family sakit ke,kita sendiri sakit ke..kita boleh gunakan wang kita simpan tapi seeloknya gunakan yang lain dulu kalo ada..kalo dah emergensi sangat boleh la guna duit simpanan.

  7. Assalamu’alaikum, Zul,

    Aku nak tanya (tak da kaitan ngan posting ) apakah buku yang boleh aku beli supaya aku mahir dalam penggunaan photoshop? (nak buat banner, image editing) bagi Tajuk Buku dan Penerbit skali.

  8. Assalamualaikum WBT…

    Apa khabar Zul…saya pendatang baru dalam minat perniagaan internet tapi masih mengumpul ilmu untuk berniaga..ALHAMDULILLAH baru mengenali blog, internet dan seangkatannya…sebelum nie hanya tau guna word jer l beri ain taktau….

    mungkin ini adalah pertama kali post something untuk blog..saya masih belajar sikit2 sebab masih baru lagi. Mungkin Kuno sikit tapi dah ada kesedaran. terima kasih atas tips berguna.

    harap dapat tunjuk ajar.

    tq

  9. em..betui..betui..kena jaga kewangan kita. kalau tak..jangan harapla nak maju..paling sakit sekali bagi student cam aku tiap2 bulan, slalu perabih duit kat..

    1. prepaid ( aku pakai 3 line, maxis, digi, celcom)
    2. dating, tgk wayang, lepak, main futsal, main macam2 lah..
    3. streamyx kat rumah aku walaupun kitaorang share 3 org holder
    4. duit motor aku..minyak naik lagi
    5. rolling balik bisnes aku..
    6. tesis aku.(dulu masa wat tesis, dekat rm2000++ habis..)
    6. projek sana sini..
    7. keje lapangan + fieldwork..
    8. em..apa lagi..itu jelah kot..

    kalau korang macam aku, tapi tak reti nak jaga duit kuar masuk..sakitlah..at least aku ada rmr300 untuk tiap2 bulan roliing buat benda2 kat atas tuh..sakit woo nak roling rm300 tiap2 bulan..dah la aku tak dapat ptptn..harap titk peluh jantan sendiri..jual cd lah aku gamaknya lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *