Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Rahsia Usahawan Berjaya..

Kebanyakan usahawan akan berasa tercabar, bahkan paling teruk mereka akan rasa putus asa apabila mereka mempunyai persaingan. Jika mereka menjual produk A, dalam masa yang sama ada juga usahawan-usahawan lain yang turut sama mengeluarkan produk yang lebih kurang sama.

Tetapi bagi seorang usahawan yang berfikiran jauh dan jelas matlamat ‘perjuangan’ hidupnya, mereka sama sekali tidak gentar dengan persaingan yang wujud. Bahkan mereka sama sekali tidak ambil kisah sangat dengan pesaing-pesaing mereka terutama pesaing yang berniat buruk dan jahat.

Bagi usahawan yang bijak pandai ini, prinsip mereka teramat mudah. Formula keusahawanan mereka semudah tambah tolak sahaja, tidak perlukan formula yang rumit-rumit. Bagi mereka, rezeki untung rugi adalah ketentuan ALLAH, bukan pesaing yang menentukan jatuh bangun mereka. Inilah kekuatan yang asasi: TAUHID.

Yang penting, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh, menghargai kelebihan diri sendiri dan tidak terlalu membandingkan kekurangan diri dengan kehebatan orang lain. “Aku adalah aku. Hidup aku adalah perjuanganku”. Jadi, untuk apa mereka perlu menyusahkan diri sendiri semata-mata mahu lebih hebat daripada orang lain? Kerana bagi mereka, musuh yang paling dan sentiasa dekat adalah DIRI SENDIRI.

Mereka si usahawan yang bijak ini hanya mengutamakan perusahaan dan perniagaan mereka sahaja, di samping bekerjasama dengan usahawan-usahawan ikhlas yang lain terutama yang sama jalan dan matlamat.

Itu adalah prinsip dalaman. Anda sebagai usahawan perlu mempunyai prinsip yang kuat di dalam diri agar tidak goyah dengan segala cabaran yang datang. Dalam kes ini sebagai contoh, cabaran daripada pesaing dalam bidang yang sama. Biarkan pesaing anda itu melakukan kerja dan usahanya kerana mereka juga usahawan yang perlu mencari makan (rezeki).

Kemudian, fahami bahawa setiap orang sudah ditentukan untung dan ruginya oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan kefahaman ini, diri anda tidak akan gundah gulana atau tamak di dalam mengejar nama, harta dan populariti. Yang lebih penting adalah darjat di sisi Ilahi. Itu lebih bernilai untuk dunia dan akhirat sekaligus. Harta, kekayaan dan apa semua itu akan datang dengan sendirinya apabila anda berusaha dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan

Jadi wahai usahawan yang sejati, usahlah dikau dirundung kesedihan kerana wujudnya persaingan yang sengit di dalam bidang perniagaanmu. Yakinlah dengan janji Ilahi di mana usahawan yang jujur dan beriman akan pasti berjaya di dunia dan akhirat.

Apakah lagi “senjata” yang paling kuat kalau bukan keimanan dan kepercayaan kepadaNya? Hanya itu sahaja kekuatan yang tidak boleh dinafikan kehebatannya. Tiada yang sebanding atau yang lebih hebat.

Wassalam.

ps. Selepas ini, satu artikel akan menyentuh mengenai dua strategi untuk anda mengurangkan ‘beban’ persaingan di dalam perniagaan Internet.

pps. Jangan lupa subscribe RSS blog ini. Nak dapat info direct ke emel anda pun boleh:

RSS Subscription

Dapatkan makluman artikel terkini terus ke emel. Masukkan emel anda untuk mendaftar (percuma):

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • rahsia usahawan berjaya
  • contoh usahawan berjaya
  • kesimpulan usahawan
  • rahsia bisnes berjaya
  • rumusan tentang usahawan berjaya
  • rencana tentang usahawan yang berjaya
  • rumusan usahawan berjaya
  • rahsia usahaawan berjaya
  • rahsia perniagaan yang berjaya
  • rahsia pengurusan perniagaan yang berjaya

16 Responses to “Rahsia Usahawan Berjaya..”

  1. dauz says:

    SmartZul sudah mengeluarkan artikel keagamaan..
    Betul tu..Keimanan dan ketaqwaan..Dan tawakal…

    Tapi sebelum itu kena usaha larr..baru tawakal

  2. Raymond Chua says:

    Sebenarnya, kalau dilihat dari sudut yang betul, pesaing mempunyai potensi yang hebat dalam memajukan kita.

    Leverage!

  3. Nizam says:

    Persaingan baik untuk meningkatkan kualiti kerja kita. Dan kadang kala ia akan mendekatkan lagi kita kepadaNya. Yang lebih penting janganlah persaingan menjadikan kita lebih teruk dari persaing disebabkan takut pada bayang-bayang sendiri. Selepas usaha WAJIB tawakal itulah ubat untuk mengelakkan tekanan ni. Insyallah pasti berjaya.

  4. firdaus says:

    ya, rezeki kita telah ditentukan oleh Allah. Yang penting kita usaha bersungguh2. buangkan rasa resah gelisah itu jauh-jauh…

    salam ikhlas,

  5. Han says:

    pesaing ni ade bagus dan ada buruknya…
    bagus ttg pesaing ni, kita boleh majukan diri kita dgn tambahkan ilmu utk mengatasi pesaing tu…
    yang buruknya pula, kita kena bersaing dgn dia…
    jadi, saya lebih suka takde pesaing…hehe…tak lah letih sgt bersaing…

    han

    • Raymond Chua says:

      Ada persaingan bermaksud wujudnya pasaran.

      Kalau jual kuih bulan, ada banyak persaingan kerana adanya pasaran.

      Kalau jual bulan, tiada persaingan kerana tiada pasaran :)

      Secara keseluruhannya, saya lebih suka pasaran yang mempunyai pesaing. ;)

      • Han says:

        hehe…
        raymond, maksud saya yang ade pasaran lah…
        kalau diberi pilih, saya akan pilih yang takde pesaing…hehe
        sebab tak lah letih sgt…
        tapi benda ini adalah mustahil…hehe

        han

        • Raymond Chua says:

          Pasaran yang tiada pesaing memang sukar dicari dan apabila anda dapat mencarinya dan orang lain nampak anda mengaut keuntungan yang banyak, maka mereka akan mula bersaing dengan anda.

  6. Han says:

    utk subscribe tu zul…
    dah lama dah subscribe…tapi mcm tak subscribe pun…hehe
    sebab tiap2 hari saya mesti masuk blog zul ni…

  7. Begitu tersentuh hati saya.. Sehingga ingin menitiskan air mata.. Saya tertarik dengan petikan Zul “Yang penting, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh, menghargai kelebihan diri sendiri dan tidak terlalu membandingkan kekurangan diri dengan kehebatan orang lain.”..

    Saya sedar walaupun saya mengalami kecacatan kaki.. Saya tidak perlu putus asa.. Malahan kena terus berusaha sebab rezeki yang Allah beri meluas.. Insyaallah, boleh berjaya.. Tq very much Zul.. Terharu sungguh..

    • SyedHafidz says:

      Saya pun rsa terharu dengan kesungguhan saudara walaupun saudara dilahirkan tak sempurna..
      Walaupun mungkin kita ni ada kekurangan tapi yakin bahawa Allah telah berfimana yang manusia ni adalah sebaik2 kejadian..
      So, walau bagaimana kurangnya diri kita, sebenarnya masih banyak lg kelebihan yang ada dalam diri kita..
      teruskan usaha sahabat!!
      :)

    • Han says:

      kuatkan semangat safuan…
      jangan fikir kita ni lemah…
      setiap org ade kelebihannya…
      org yang lengkap fizikalnya pun, belum tentu lebih baik dari safuan…

      han

  8. En Dlie says:

    Tanpa persaingan, perniagaan tak akan maju kerana dengan adanya persaingan, akan terdapat peningkatan kualiti.. tidak ada soal “merampas” customer dari sesiapa.. jika sevice bagus, tentu orang akan cari kita semula..

  9. SyedHafidz says:

    Asas kepada kehidupan manusia ialah keimanannya kepada Ilahi..
    Daripada rasa bertuhan inilah yang mendorong manusia untuk melakukan pekerjaan yang boleh mendorongnya dekat dan mendapat keredhaan kepada Allah…
    Kerja, berniaga adalah suatu ibadah jika kita menjalankannya Lillahita’ala..
    :)

  10. Zamri Nanyan says:

    Saya nak highlight ayat ni…

    “Formula keusahawanan mereka semudah tambah tolak sahaja, tidak perlukan formula yang rumit-rumit.”

    Saya rasa ramai juga mereka yang cuba berjinak-jinak dengan internet marketing yang tak faham maksud ni atau menganggap ayat ini sebagai trik. :)

    Tapi itulah formula yang kebanyakan usahawan internet yang berjaya praktikkan.

    Sebagai contoh… saya nak program affilite untuk promote produk saya tapi saya cuma berminat untuk menghasilkan jualan dan mengira keuntungan sahaja. Jadi, saya tak perlu pening kepala dengan install program affiliate sendiri etc walaupun saya tahu bagaimana melakukannya. Jadi, saya hire Zul untuk install program affiliate :) dan fokus kat marketing produk saya. Sama macam kat proses marketing juga, kalau ada yang complicated, saya akan permudahkan yang mana patut.

    Bila ada time, baru saya explore yang mana yang rumit-rumit semata-mata untuk sentiasa upgrade diri saya. Tapi yang asasnya tidak saya lupakan.

  11. syikin72 says:

    artikel yang amat menarik.. menjalankan biz produk kesihatan secara online, saya berdepan ramai pesaing yang suka bermain dengan harga.. pada peringkat permulaan memang rasa tercabar.. tapi bila baca tips dari mereka yang berjaya, kita perlu cipta kelainan dalam perniagaan utk terus bertahan..

    dan saya mengambil langkah belajar tentang semua produk yang saya pasarkan dan memberikan khidmat runding secara online.. dan cara ini mendapat sambutan yang amat baik.

    sekarang pesaing bukanlah masalah bagi saya.. sebab saya yakin customer akan mencari consultant yang baik untuk membeli sesuatu produk.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)