Rahsia RM1.00

Saya yakin sudah ramai yang mahu menjana pendapatan di Internet. Sekarang macam-macam panduan menembusi pasaran Internet Malaysia iaitu cara-cara buat duit di Internet.

Persoalan yang terlintas di fikiran saya adalah, mengapa perlu target pendapatan yang besar terutama para newbie? Bagi saya, tak wajar ke kalau dapat RM50 pertama, kemudian RM100, RM200, RM300 dan seterusnya sedikit demi sedikit dan semakin meningkat?

Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. Bagi saya, tidak perlu target yang besar-besar di kala baru bermula sama ada empat atau lima angka. Dapatkan dahulu RM1.00 yang pertama dan kemudian rancang serta usaha lagi untuk menggandakan hasil tersebut. Pastikan tidak terlalu teruja dengan mereka yang menjanjikan anda pendapatan besar dalam masa yang singkat.

Mereka yang mendapat empat angka atau lima angka telah mengambil tempoh masa tertentu sebelum mendapat hasil tersebut. Paling kurang pun dalam satu hingga tiga bulan. Itu pun jika ada kemahiran komputer dan Internet. Terus terang saya katakan, kalau anda tiada asas kemahiran sebegini, perlu ambil masa sikit.

Kesimpulan: Cuba dapatkan ‘RM1.00’ yang pertama dahulu. Rata-rata usahawan Internet bermula dengan hasil yang kecil dan kemudian meningkat sedikit demi sedikit. RM1.00 ini sebenarnya ada dua maksud iaitu nilai RM1.00 itu sendiri dan kedua ia bermaksud jumlah hasil yang masuk akal (realistik) bagi diri masing-masing. Mungkin RM10.00, mungkin RM50.00.

Pendapatan saya yang pertama bernilai RM5.00. Itu pun untung kurang lebih dalam RM2.00. Dan sikit-sikit bertambah dan bertambah. Yang penting adalah ILMU, bukan target yang besar. Ilmu itulah yang akan menentukan sejauh mana kita bertahan dan banyak mana kita dapat. Target memang perlu, tapi kalau ia tak realistik, memang ia akan menekan kita.

Jika belum ada ilmu yang diperlukan, belajarlah dulu. Ilmu yang ada di dada adalah satu aset yang amat penting. Dengan ilmu itulah kita akan buat duit berulang-ulang kali tanpa rasa susah. Berbeza dengan hanya rasa teruja di hati, tapi target lima angka hanya tinggal angan-angan.

Ukurlah baju di badan sendiri.

Sekian.

ps. Saya nak tulis satu ebook bertajuk Rahsia RM1.00. Ok tak? 😀

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

18 thoughts on “Rahsia RM1.00

  1. Ya..pendapatan yang pertama dari internet adalah titik tolak permulaan dalam menempuh kerjayaan yg akan datang,ini kerana ianya akan memberi motivasi untuk diri kita terus berusaha dan yakin akan perniagaan menggunakan medium internet adalah salah satu peluang bagi menambah pendapatan lumayan yang tidak boleh di pandang sebelah mata..

    Saya sudah “merasainya” dan ianya mengujakan saya 🙂 walaupun pendapatan saya perolehi tidak banyak,tapi cukup utk diri saya terus yakin dan berusaha untuk memperolehi angka yg lebih besar di masa akan datang.

    Ps:saya stuju sgt kalu bro zul,buat ebook rahsia rm1 tuh..mesti penuh dengan motivasi…kan.

  2. menarik post ni. secara tak langsung bagi semangat pada orang cam saya. RM1 tu boleh jadi faktor motivasi untuk melangkah lebih jauh.

    masih tercari2 RM1 tersebut.

    dan kena byk sabar + usaha sekarang ni

  3. Hmm..memang susah pun untuk dapat RM1 yang pertama..ada dalam sebulan dua juga baru dapat..tapi memang seronok kerana pendapatan sentiasa ada selepas dapat RM1 pertama..alhamdulillah

    ps: sokong ebook RM1 tu

  4. Projek IM pertama saya ialah ebook Panduan Cendawan. Rasa gembira tak terkata apabila dapat jualan pertama, padahal cuma RM30 sahaja. Saya ikut cakap orang tua2, duit pertama jualan kena simpan, insyaAllah murah rezeki…

  5. salam…
    idea yg nampak kacang..mesti penuh motivasi dan byk idea utk newbie mcm saya ni..singgit pun duit juga…ia nampak simple,mudah dan menggalakkan usahawan2 supaya sentiasa konsisten dlm perniagaan..biar sikit asalkan berterusan…

  6. Bro..Zul,

    Saya sokong penuh ebook Rahsia RM1.00 tu..!

    Kontra dengan Rahsia10K…

    Lagi baik kalau hargenya pun RM1.00…he..he..he

    Daripada bagi percuma sekurang-kurangnya ada juga hasilnya…

  7. Betul betul betul…..

    yang lebih penting pengalaman yang kita dapat dan juga keseronokan mendapat sale pertama…bukan malam pertama..

    Tapi tak semua camtu…ada yang tak sabar…terus letak senjata sebab tak dapat wang besar….walau langkah baru bermula…

  8. Saya setuju dengan zul tentang bermula dari bawah dulu.Mmg susah untuk dpt RM1 yang pertama dari internet dan alhamdulillah saya berjaya juga merasai nikmat duit pertama dari internet. Walaupun hasilnya kecil, tapi ia merupakan satu lonjakan semangat buat saya untuk berusaha lebih gigih.

    Kepada zul, teruskan usaha untuk mendidik masyarakat malaysia tentang penjanaan wang dari internet dengan cara yang sah..

  9. Bukan senang untuk menjana wang pertama dari internet tapi ia juga bukan perkara mustahil.

    Apa yang penting ialah kita terus belajar dan belajar.Jangan cepat putus asa dan teruskan usaha walaupun masih belum menjana wang walaupun 3-4bulan berusaha. Walaupun tak dapat duit lagi, pengalaman yang telah kita kutip dapat membantu sedikit masa lagi. Percayalah, kita mampu melakukannya.

    Salam Kejayaaan untuk semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *