Semua banner adalah iklan berbayar. Ia tidak di'endorse' oleh kami.

Rahsia Pendapatan Tanpa Henti Melalui Internet

1 02 2008

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Mahukah anda mengetahui strategi pendapatan tanpa henti melalui Internet? Lakukan kerja sekali dan mendapat pendapatan berkali-kali?

Kemudian, mahukah anda mahu mengetahui rahsia pendapatan melalui Internet untuk pasaran tempatan?

Di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital, anda akan dikongsikan dengan beberapa perkara penting seperti:

1. Bagaimana untuk mendapatkan produk informasi tempatan dengan murah untuk dijual di Internet.

2. Bagaimana untuk menerima pembayaran melalui Internet - Terdapat 3 cara yang boleh digunakan tetapi mana satu yang sangat sesuai untuk pasaran tempatan? Gagal untuk memahami perkara ini akan menyebabkan anda rugi 80% dari perolehan anda.

3. Bagaimana untuk mencipta pelbagai saluran pendapatan melalui Internet tanpa perlu mengeluarkan 10-20 produk anda sendiri - Ianya semudah membina link ke beberapa laman web pilihan anda.

4. Bagaimana untuk menjana pendapatan bulanan yang berterusan dan pendapatan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang sehingga $4,957 atau lebih.

5. Bagaimana untuk membina sebuah sistem yang boleh mencipta keuntungan daripada produk front-end dan juga back-end dengan mudah.

6. Bagaimana untuk menggunakan usaha orang lain bagi menggandakan pendapatan internet anda.

Semuanya ada dibongkarkan di dalam Ebook Rahsia Perniagaan Digital.

“Saya ingin menunjukkan bagaimana anda boleh menjual sebuah ebook yang hangat - yang akan dibeli oleh sesiapa sahaja!…dan menjana pendapatan berterusan yang lebih banyak secara ‘residual’ setiap bulan daripada setiap jualan produk ‘back-end’.” - Penulis ebook, Zamri Nanyan.

“Saya memperolehi USD$ 7,776 dalam masa 4 bulan dengan menjual sebuah ebook 12 muka surat di dalam pasaran tempatan, dan saya menggunakan beberapa teknik yang diajar oleh Zamri Nanyan di dalam ebooknya Rahsia Perniagaan Digital. ~ Gobala Krishnan ~

Klik di sini untuk mendapatkan rahsia perniagaan digital yang direkemenkan oleh pakar-pakar pemasaran Internet Malaysia sendiri.

PS. Terhad untuk 3 hari bermula 1 hingga 3 Februari 2008, harga untuk ebook ini adalah RM30.00 sahaja. Ia akan dinaikkan kepada harga asal iaitu RM37.00.

Popularity: 42%

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini. Beritahu Artikel Ini Kepada Kawan Anda. Klik Di Sini.


Vote Artikel Ini:
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...



Artikel Berkaitan:
  • Kisah Malang Si Pencari Peluang
  • RM340.00 Dalam Masa 45 Minit!
  • Lipat Gandakan Pendapatan Adsense Anda
  • 13 Artikel Terbaik di Blog SmartUsaha.com
  • Gunakan Formula Saya Untuk Menjana RM10,000 Dengan Mudah!
  • 101MelayuBoleh di-indeks Dalam Masa 17 Jam Sahaja
  • Harga Minyak Naik, Harga Barang Naik? Takder Masalah!
  • Pelbagaikan Sumber Pendapatan Anda
  • Jana Ribuan Ringgit Tanpa Produk Sendiri
  • Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?

  • Actions

    Informations

    RSS feed | Trackback URI

    Ada 57 Pendapat Bernas

    Pendapat oleh pyan
    2008-02-01 10:33:06

    Zul , sudah memulakan perlumbaan , tepat jam 9.00 pagi 1 Februari 08. saya dah baca e book ni. sempoi je bahasanya. idea yang diberi sempoi (yang biasa anda buat). kira sudah terang lagi bersuluh. Beli lah kalo nak tau isinya.

    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-02 06:53:47

    Saya dah beli tadi guna link zul (sy tak takut beli guna link affiliate) .

    Nothing secret . Just another internet marketer technique to promote his own program . Saya tak rasa kena letak perkataan “Rahsia Perniagaan Digital” , makna perkataan tu dalam ,

    Jual ebook, mp3, video , stock image , doc , txt apa sahaja format digital kat dunia nih dijual itulah yang sebenarnya “Perniagaan Digital” .

    So what is exactly the “Rahsia” ?

    Terlalu mahal untuk ebook setebal 42 ms dengan beberapa screenshot dan citer-citer manis dan juga memanipulasi statement.

    Saya tak kata produk Zamri Nanyan tak bagus sebab saya beli ebook Rahsia MLM dia dulu, memang padat worth for every penny I spent .

    But yang nih , apa yang rahsia?

    Sy tak mintak refund tapi terkilan ………

    Pendapat oleh pyan
    2008-02-02 19:22:21

    rahsia……. itulah rahsianya. rahsia penggunaan perkataan rahsia. kan saya dah tulis kat atas tu “idea sempoi yang biasa anda buat”. tu je . cuba ulang baca 2 atau 3 kali dan fikirkan. :neutral: Mungkin u dah expert dalam bidang ni, dan tak jumpalah rahsianya.
    sorry kalau terkasar bahasa.

    (Comments wont nest below this level)
     
    Pendapat oleh Zamri Nanyan Subscribed to comments via email
    2008-02-04 21:43:05

    Mu’az… saya dah refund pembelian anda.

    Bukan sebab komen anda tetapi sebab saya mementingkan pembeli yang berpuas hati dengan produk saya.

    (Comments wont nest below this level)
     
     
     
    Pendapat oleh Zamri Nanyan Subscribed to comments via email
    2008-02-01 16:11:10

    Zul… Terima kasih kerana mula mempromosikan Rahsia Perniagaan Digital.

    Pyan… Bagi saya, perniagaan internet seharusnya dipermudahkan dan ebook ini saya tulis dengan tujuan untuk mempermudahkannya… dan saya harap matlamat saya tercapai. :)

    Selamat mempromosikan ebook Rahsia Perniagaan Digital!

    Saya amat menghargainya…

    Zamri Nanyan

    Pendapat oleh pyan
    2008-02-02 19:24:36

    Zamri ulas sikit pendapat Muaz tu :roll:

     
     
    Pendapat oleh Raymond Subscribed to comments via email
    2008-02-01 18:45:01

    Satu lagi sumber pendapatan bagi para affiliate. :)

     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-02-01 19:03:02

    Dah letak dah dalam blog saya!! Dah join Affiliate pun..

     
    Pendapat oleh abdfatah
    2008-02-02 01:56:32

    perniagaan digital pulok…. takper laa tengok aje dulu laaa… :mrgreen:

     
    Pendapat oleh Wan Subscribed to comments via email
    2008-02-02 11:55:07

    Tak de apa komen, cuma saya tertarik dgn pendapat sdr Muaz.. so mcm mana komen penulis dan sdr zul sendiri.. biasa kita dengar byk pujian dlm testimoni tapi ini very real luahan hati seorang pembeli.. :sad:

     
    Pendapat oleh nuaeman
    2008-02-02 12:31:18

    Saya dah beli tadi guna link ZUl di wangcyber tetapi selepas bayaran page error pulak. Risau juga sebab paypal saya dah ditolak 9 usd. Buat masa ini tiada apa2 feedback lagi dari Zamri.

    Berkenaan dengan tawaran di wangcyber tu saya termasuk dalam golongan 35 orang tu tak zul..? :grin: atau dah terlambat.

     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-02 13:20:29

    Ada beberapa ebook yang sepatutnya berbayar tetapi diberi percuma . Contoh :

    Affiliate Money Machine - Ewen Chia - Sangat padat dan berguna , saya masih rujuk ebook ini sampai skang.

    How To Get First $1000 - Ewen Chia , pergh memang padat , dimuatkan beberapa model perniagaan di internet yang panas . Disyorkan baca.

    Ada lah beberapa ebook lain.

    Yang berbayar contoh 7 Dollar Secret . Belilah memang best ebook nih, teknik pemasaran yang tak pernah orang buat dia buat. USD7 jer

    Secret Affiliate Weapon . Padat dan amat murah USD9.9 sahaja. Ada lebih dari 5 ebook dalam pakej ni .

    Make Your Site Sell. Saya banyak belajar pasal website yang menjual , dulu berbayar skang free. Puas hati . Berguna sangat , terima kasih pada penulis ebook ni.

     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-02-02 20:13:21

    Ehem..macam tu pulak jadinya, saya pun dah agak perkara ini akan berlaku. berdasarkan penerangan dan kata2 manis dalam mempromosikan ebook Rahsia Perniagaan Digital tu saya macam dah boleh agak apa isinya. Maafkan saya, saya tak beli lagi ebook tu tetapi dah membuat komen.

    Apa yg saya faham sebenarnya maklumat tu berguna, tetapi untuk mereka2 yg belum pernah menceburkan diri langsung dalam perniagaan internet. Sepatutnya Saudara Zamri menerangkan perkara ini. Adakah benar pendapat saya ni? :???: Saya HARAP saya SALAH! :!:

    Pendapat oleh pyan
    2008-02-03 10:37:51

    betul pendapat you tu :lol: saya dah banyak kali kena , sebab suka baca , saya beli je, ada gak ilmu walaupun sedikit. :cry:

     
     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-02 20:58:47

    Expert? bukan pakar tapi itu adalah bidang market yang saya masuk iaitu menjual ebook. But bila saya baca “dimanakah rahsia nya?”

    Saya bagi C- untuk ebook ni.

    Yang terkilan tajuk nya “Rahsia Perniagaan Digital” , dimana “Perniagaan Digital” ?

    Manipulasi perkataan perniagaan digital.

    Nak tahu apa yang “rahsia” belilah.

    Then dispute secepat mungkin.

    Pendapat oleh pyan
    2008-02-03 10:44:14

    itulah yang saya maksudkan , memanipulasikan perkataan rahsia. Sebenarnya tak ada rahsia pun. saya setuju dengan anda . Jujur dan berterus terang.

    Bagi saya yang tak pernah buat biz ni mungkin dapat ilmu, bagi anda yang memang terlibat dalam biz ni. mungkin tak de rahsia.

     
    Pendapat oleh SyedHafidz
    2008-02-06 18:48:55

    nampak mcm dissatisfied je bunyinye..
    setahu saya eBook saudara ZAmri belum pernah mengecewakan…
    mungkin itu persepsi saudara muaz ..
    biasalah setiap orang ada pandangan sendiri ttg stp eBook yang diterbitkan depend on pengalaman dll…
    :grin:

     
     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-02-03 01:59:32

    Kalau begitu mungkin tajuk yang diberikan telah mengelirukan pandangan pembaca. Saya setuju dengan pendapat saudara Muaz, yg menyatakan “Saya tak rasa kena letak perkataan “Rahsia Perniagaan Digital” , makna perkataan tu dalam.” :shock:

    Saya hampir saja membeli ebook ini untuk mengetahui apakah “Rahsia Pernigaan Digital” yang dimaksudkan. Tapi kalau ‘Rahsia’ itu tiada….. :???:

    Walaubagai manapun sy harap Saudara Zamri berjaya mencapai matlamatnya utk mempermudahkn perniagaan internet yg dimaksudkn! Saya amat menyokong usaha beliau. Cadangan saya, untuk meningkatkan kualiti ebook beliau, saudara Zamri perlulah cepat2 upgred ebook tu dengan rahsia2 yg lebih tepat dan jitu. Saya tahu, ini hanya permulaan.. :cool:

     
    Pendapat oleh titan
    2008-02-03 02:19:07

    Hehe. Malas komen lebih2. So far. Kalau korang rasa perkataan rahsia tu cam tak best. Tukar je kepada perkataan ” Panduan “. Lebih selamat dan sesuai kan?

    Actually. Susah nak jawab. Kene mintak zamri dgn zul cakap sendiri la. Aku tak beli lagi. Bila aku nk beli, aku beli punye walaupun harga dia mahal..huhu,,

    Apapun. Satu lagi ebook yg aku rasa bagus untuk newbie. Tapi mungkin TAK bagi otai IM dan pakar2 blackhat malaysia..

     
    Pendapat oleh nuaeman
    2008-02-03 10:26:15

    Satu perkara yang amat melemahkan saya. Saya dah bayar dari semalam tetapi masih tak terima ebooknya dari Zamri. Mula katanya tengah malam tetapi masih tak nampak bayang lagi. Sunguh mengecewakan Zamri Nanyan.

    Secara jujur saya beli dari link Zul sebab nak dapatkan offer zul kat Wangcyber but tak boleh nak tunjuk bukti kerana masih tak terima apa-apa dari Zamri. Kalau tak terima sampai offer tu closed.. mungkin terpaksa mintak refund laa.. Sorry Zamri.

    Pendapat oleh titan
    2008-02-03 12:34:42

    Rilekla nuaeman. Mana tau si zamri dengan si zul ada masalah ke apa ke..mana kita tau.

    Sabarla ek..

     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-02-03 19:11:44

    Betul tu..sabar la sikit lagi… :cool:

     
     
    Pendapat oleh Wan Subscribed to comments via email
    2008-02-03 12:03:17

    Nampaknya produk zamri kali ni menimbulkan byk kontra. Apa yg saya maksudkan dgn ‘banyak’ di sini ialah banyak kontar dgn testimoni yg diberikan. Yg bagi testimoni pun bukan calang org, pakar IM. Jd kalau ianya hanya sesuai utk newbie kenalah bgtau dgn jujur. Apa pun selagi pihak berkenaan tak jelaskan akan timbul rasa confuse di kalangan mereka yg nak beli. :neutral:

     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-03 17:28:57

    Bukan jer tak bley guna perkataan “Rahsia” tetapi terms “Perniagaan Digital” pun tak leh guna. Come on , saya juga adalah pedagang ebook . One of the “Perniagaan Digital” .

    I think better zamri change the name and the salesletter , its too hype and it make people confused.

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:12:35

    Muaz, bukankah jika anda beli ebook tu anda boleh jual balik ebook tersebut? MRR. Itu satu.

    Kalau beli dan baca sekali harung tanpa buat analisis, akibatnya komen yg kita buat akan tak tepat. Secara tak langsung ia mempengaruhi orang lain.

    Kalau anda baca secara hati yang terang dan relaks, apa yg ingin Zamri sampaikan ialah kita boleh buat residual income melalui ebook iaitu salah satu produk digital. Walaupun mungkin ebook zamri tu tak ajar cara jual ebook secara spesifik, tapi dia ada ajar konsepnya.

    Sila baca ebook tersebut baik2 dan buat ulasan dgn tenang.

    Bab perkataan rahsia, ia bergantung kepada si penulis ebook tersebut. Tak semestinya menggunakan perkataan itu bermaksud ia menipu. Tak ada satu makna sahaja dalam dunia ini bagi satu2 perkataan.

    Once kita bercakap, kita jangan meletakkan diri kita 100% betul. Jika tidak, ia akan terpalit kepada diri kita sendiri juga kelak. Hati-hati. Lagi2 jika sendiri ada buat silap.

    Saya tidak mahu berada di belah mana-mana pihak. Saya di tengah2. Cuma, silalah baca ebook tersebut dgn penuh kefahaman dan jauhkan rasa ego dan syak. InsyaAllah, anda akan nampak di mana maksud perniagaan digital tersebut.

     
     
    Pendapat oleh wanwma
    2008-02-03 19:09:00

    Alamak! Nampaknya perbincangan ni tak habis lagi…ginilah, apa kata korang dapatkan hadiah dari saya! Percuma…tak payah sakit kepala! :mrgreen: sy tengah bermurah hati nak bagi hadiah ni…semoga boleh mengubati hati anda yang mungkin terluka!!! see u!!! :wink:

    Pendapat oleh pyan
    2008-02-03 23:54:32

    hadiah apa tu :???:

     
     
    Pendapat oleh emet
    2008-02-03 22:57:19

    Saya dah beli buku ni, baguslah… Saya rase untuk seorang Newbie inilah buku yang anda cari selama ni…
    Dapat resell rirht lagi:)
    So,sape yang tak beli lagi tu rugilah… :mrgreen:

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:16:54

    See.. Cuba kita lihat dan fikirkan:

    Yang seorang ni, berpuas hati. Tak ada masalah.

    Yang seorang lagi, kecewa.

    Agak2, di mana silapnya?

    Apa yg dapat saya katakan:

    1. Beli jika anda perlu

    2. Jika ebook itu ada kekurangan, OK. Harap si penulis memperbaikinya. Kepada yg komen itu dan ini, jangan “tembak” si penulis ebook habis2. Tegur secara pro & ikhlas. Jauhkan ego.

    3. Kalau tak puas hati, minta refund. Habis cerita. Kalau ia tak berguna utk anda, ia berguna utk orang lain.

     
     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-03 23:26:15

    Wei jangan jadi tukang ampu kat sini.

    If you are newbie or not you know what I mean.

    Suggestion :

    Tukar tajuk
    Tukar salesletter
    Turunkan harga ke RM20

    Pendapat oleh emet
    2008-02-04 13:44:00

    aku rase tak salah ape aku cakapkan?
    memang bagus untuk newbies, Zamri pon dah beri penjelasan…

    Bagi aku yang dah baca ebook ni memang berbaloilah, Zamri sendiri pon dah cakap… Kena bertindaklah, nape nak salahkan orang lain?

    Idea ebook Zamri ni sebenarnya berasaskan MLM, dah name pon otai MLM. Dalam MLM, takde istilah duduk diam duit. :smile:

    Sebenarnya ape yang buat ko sakit ati ek? :wink:

    Erm, anyway aku beli ebook ni pon disebabkan tawaran SmartZul nak bagi item free, termasuk MRR dari ebook dia yang akan datang :grin:

    Nasihat aku jgnlah hot sgt… mesti ada penyelesaiannya…betul tak?

     
    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:18:19

    Muaz. Be pro Ok. Tenangkan diri. :)

     
     
    Pendapat oleh Huzairi
    2008-02-04 02:06:16

    Sabar sdr muaz, nampak macam tak puas hati je.. saya cadangkan anda mintak refund je kalau benar2 tak puas hati..
    Saya respek kat sdr Smartzul sebab tak ’sekat’ komen2 kontra sebegini apatah lagi ianya sedikit tersasar daripada apa yang di ‘rekomen’kan.
    Saya dah beli ebook nie. Pada saya ebook ini hanya sesuai untuk mereka yang benar2 ‘zero’ atau newbie mengenai perniagaan internet (digital). Jika anda dah biasa dengar atau sekurang2nya pergi di forum spt Wangcyber, maklumat yang terdapat dalam ebook ni adalah ‘celah gigi’ sahaja bagi anda. Pada saya ’sales letter’ nya terlalu ‘gah’ berbanding kandungan. Ditambah lagi dengan testimoni dari bukan calang2 IM membuatkan banyak yang teruja untuk membeli. Saya rasa ramai yang ’sedikit’ kecewa kerana menyangka banyak ‘rahsia’ yang akan dibongkar oleh penulis tetapi…
    Walaubagaimana pun selamat berjaya untuk sdr Zamri dan kalau boleh cipta sesuatu yang benar2 berlainan + kandungan lebih padat
    Kepada IM yang dah establish tu saya harap sebelum beri testimonial yang ‘mengujakan’ harap periksa dahulu sales letter dan kandungan sesuatu produk itu supaya akan datang orang akan lebih percaya kepada apa yang anda ‘rekomenkan’

    ps - saya tak mintak refund pada zamri

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:24:45

    Thanks Huzairi memberikan respon dgn nada pro. Beginilah cara yg sepatutnya di dalam berdiskusi. Relaks, tenang, cool. :)

    Apa yg dapat saya katakan, andaikata sesebuah produk itu bagi saya ia bagus, tapi tidak untuk orang lain. Maka, saya akan dianggap tersalah merekemenkan sesuatu produk.

    Di balik yg lain, jika saya promote produk yg salah, maka salahlah saya. Orang lain berhak menegur saya sebab saya juga tidak lepas untuk buat silap dan tersasar.

    Saya harap, isu yg dibincangkan sekarang ni bermanfaat untuk kita semua dan jauh daripada perasaan benci dan dendam.

    Bagi yg tak puas hati, jangan malu2 untuk minta refund. :)

     
     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-04 03:10:47

    Kalau komen cam ni pun nak sekat , that means there is no democracy here :cool: .

    Akhirnya berbaloi gak kuar duit RM30 saya tak tahu sesuatu yang saya akan dapat dari pembelian ini iatu bonus dari smartzul, walaupun saya beli dari link beliau, saya cepat-cepat hantar email.

    Bonus dari smartzul , so tak yah beli nanti launch.

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:33:20

    Muaz, saya tak amal demokrasi. Saya menilai dari sudut kemaslahatan semua orang. Kalau ia bagi mudarat utk org lain, saya tak terima. Then, kalau seseorang tu bagi komen yg tak ikut garis syarat blog ni, saya delete je. Saya berhak. Sebab ini ‘rumah’ saya.

    Pesanan saya kepada semua pembaca, kalau anda bagi feedback yg baik dan pro, insyaAllah dan konfirm sy tak delete punya. Tapi kalau anda lepas geram kat sini, tuduh itu dan ini & susah sangat nak terima pendapat orang lain, tak payah bazir masa lah untuk bagi komen sebab ia akan didelete akhirnya.

    Jadi, berdiskusilah dgn nada yg baik2, pro, jauh dari kebencian, saling redha meredhai, besangka baik dan sebagainya. Rasanya, tak perlu saya cakap kot pasal ni. Sebab ia benda basic dalam Agama kita ni. :)

    Sama2 lah kita berbincang dgn baik2. Jauhkan perkataan yg membuat orang tak selesa dgn kita.

    Wallahu ‘alam.

     
     
    Pendapat oleh Zamri Nanyan Subscribed to comments via email
    2008-02-04 12:30:28

    Wah… memang panas perbincangan di sini.

    Pertama sekali, saya berterima kasih kepada mereka yang membeli dan memberikan komen yang bernas di sini.

    Untuk pengetahuan anda, masalah dengan Nuaeman dah diselesaikan. Kadang-kadang tu memang ada glitch dalam sistem kalau beli melalui kad kredit atau PayPal. Saya pun pernah mengalaminya. Tapi saya deal terus dengan penjual (dan tak pernah beri komen sana-sini memburukkan penjual) kerana saya tahu ianya akan memburukkan reputasi saya sendiri juga pada masa akan datang. Dan kebiasaannya masa pelancaran produk, terlalu banyak perkara yang tidak dijangkakan akan berlaku dan kadang-kadang terlepas pandang. Kepada Nuaeman, saya minta maaf bagi pihak 2Checkout.com disebabkan ada glitch dalam sistem mereka. :)

    Muaz… ini merupakan ebook pertama yang saya tulis berdasarkan pengalaman dan juga yang mempunyai MRR. Jika dilihat pasaran tempatan, ebook bersama RR akan dijual pada harga RM120 atau lebih dan memang ianya patut diletakkan pada harga tersebut kerana usaha yang dicurahkan, sales letter dan produk yang diberikan mampu memberi peluang pendapatan tambahan kepada pembeli. Saya memberikan ebook ini bersama dengan MRR pada harga RM37 dan saya rasakan ianya berpatutan. Dan lagi, ebook ini juga akan mempunyai customization feature di mana anda boleh mengubah link untuk mempromosikan produk affiliate di dalam ebook tersebut (sesuatu yang belum pernah dilakukan dalam produk tempatan). Ebook yang berbentuk pengalaman, bagi saya adalah lebih berharga kerana ianya adalah berdasarkan result penulis sendiri - dan berapa banyakkan yang sanggup kita bayar untuk SATU rahsia daripada seorang jutawan? (yang saya dapat sebelum menerbitkan ebook ini dan saya terpaksa bayar RM997 untuk berjumpa beliau).

    Tentang rahsia pula… bergantung kepada yang membacanya. Saya juga banyak membaca ebook Ewen Chia, Jon Leger, Mike Filsaime dan internet marketer yang lain… dan disebabkan dah lama dalam bidang ni, memang kebanyakan rahsia yang diberikan bukan lagi rahsia pada saya. Tapi di dalam setiap produk yang memang saya dah agak apa isinya (kebanyakan agakan saya betul), saya cuba mencari sesuatu yang mungkin menjadi trigger kepada kejayaan di dalam perniagaan saya. Mungkin Muaz dah banyak membaca produk digital luar negara (seperti kebanyakan internet marketer lain tapi jika kita lihat, mungkin tak banyak yang menulis memperkatakan apa yang saya cover dalam ebook saya untuk pasaran tempatan. Kebanyakannya fokus kepada sesuatu topik yang lebih khusus seperti Adsense, Payloadz, Blogging dan sebagainya… Tak menjadi masalah. Tapi pada masa yang sama juga, mungkin tak ada orang yang memperkatakan sesuatu yang dibincangkan di dalam ebook saya… contohnya mencari produk yang anda MESTI gunakan di dalam perniagaan internet anda dan generate income daripada produk/servis tersebut. Tak tahulah sekiranya semua orang dah tahu mengenai perkara ini tapi berdasarkan feedback yang saya dapat daripada subcriber saya, memang banyak yang tak tahu langsung mengenai perkara ini (rahsia buat mereka).

    Tentang jumlah mukasurat untuk ebook ini, saya memang jadikannya begitu untuk satu tujuan - straight to the point dan juga untuk orang faham yang internet business sepatutnya simple. Cuma bila dah experience sikit, ramai yang jadikannya complicated. Itu sebabnya saya ingin bawa pembaca ke perkara yang asas - perkara yang boleh menjana pendapatan internet anda tanpa henti setiap bulan, dan bukannya sekadar promosi hari ini, dapat hari ini sahaja. BIG THING di sini sebab itulah tujuan perniagaan. Kita mahukan pendapatan berterusan dengan usaha yang bijak.

    Sesuai untuk newbie sahaja ke?

    Tak semestinya… kerana untuk internet marketer yang berpengalaman, mereka mungkin dapat generate idea dari penulisan saya kepada idea yang lebih power. Contohnya… sebelum ini jika anda cuma berikan report secara percuma, anda boleh jadikannya viral dengan meletakkan fungsi customization. Dan ini adalah rahsia terselindung di dalam ebook ini yang cuma mereka yang peka sahaja akan dapat membongkarnya. Satu lagi… kenapa diberikan link ke VideoPercuma.com di dalam ebook ini dan bagaimana ianya dilakukan… adakah ini satu lagi rahsia terselindung? Mungkin ‘ya’, mungkin ‘tidak’ kepada sesetengah orang tetapi bagi mereka yang benar-benar meneliti sesebuah produk, mereka akan menjumpai pelbagai rahsia yang dibongkar dan tidak dibongkar secara terang-terangan.

    Jadi untuk newbie - mungkin rahsia yang terang-terangan sahaja yang mereka nampak. Untuk yang berpengalaman (seperti kebanyakan smart internet marketer), mereka akan mengupas segala trik, tip & hidden message di dalam setiap produk. Jadi, tak semua produk adalah sama dan tidak mempunyai sebarang rahsia disebabkan memang selalunya terkandung hidden secret dalam sesebuah produk.

    Walau apa pun, saya harap ebook Rahsia Perniagaan Digital mampu memberikan pulangan kepada pembaca. Saya juga mengalu-alukan sesiapa yang mahukan refund (ps. komisyen affiliate tidak akan ditolak walaupun ada refund).

    Zamri Nanyan

    ps. Tidakkah anda nampak sesuatu rahsia di dalam post ini dan mempelajarinya?

    Pendapat oleh emet
    2008-02-04 14:03:41

    TQ la Zamri dengan penjelasan ni..
    Harap2 suma orang puas ati…(maaf ye,ni bukan mengampu tapi ikhlas dari hati…)

    KENA PEGANG KATA2 ZAMRI, BERTINDAK DENGAN SEGERA BILA DAH BACA EBOOK “RAHSIA BISNES DIGITAL” :cool:

    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-04 18:02:38

    Wei tukang ampu you really don’t know me very well. You such other people out there acting like “lalang ditiup angin” .

    You can’t said I do nothing , I just blame people , No , I’m not like that , One things I learn from ebook is :

    “Think what is exactly the best , virus way to promote our program”

    Using Master Resell Right + Joint Venture = Virus promotion .

    Yeah , online mlm , thats what exactly “Rahsia” .

    Like I said , change the name of ebook, salesletter and it will get better.

    (Comments wont nest below this level)
    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:39:12

    Muaz.. Be cool. Bincang baik2. :)

    Jangan panggil orang dgn perkataan “wei”. Tak sopan tu. Relaks. Jangan paksa orang terima pendapat kita je. Cuba baca yg Zamri tulis tu dgn hati yg tenang. Kalau Muaz tak dapat terima tak apa. Biar org lain yg setuju menerimanya.

    Cuba kita fikir. Kalau orang paksa kita, kita suka tak? Confirm tak suka. Begitu juga dalam kes ni. Sabar byk2.

     
     
     
     
    Pendapat oleh Wan Subscribed to comments via email
    2008-02-04 13:07:45

    Hai! datang juga zamri ni.. barulah lega rasanye..:) walau apa pun pandangan sdr huzairi tu patut diambil kira juga oleh para IM. Jgnlah keterlaluan sangat ketika hendak memberi testimoni, kecuali produk yg betul2 bagus dan berkualiti spt pakej bloggingsteps sdr zul (maaf, bukan ampu ni, sebab zul nyatakan awal2 “panduan asas membina blog”)
    Semoga pihak berkenaan ambillah perhatian perkara ni supaya para newbie tidak terkeliru.. tambah2 lagi bermacam-macam produk ada kat pasaran internet sekarang.. kadang2 tu benda yg sama.
    Tapi saya respect pada zamri. Takde riak emosi dan gelabah.. cool je (rasanya tak sama mcm Zul dalam sesetengah kes kalau kita baca ayat dia nampak emosi dlm ayat dia -sorry zul-) :) barangkali itu rahsia yang saya nampak pd post zamri

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:42:40

    Wan, lain orang lain style. Nampak jer beremosi, tapi kat sini tengah senyum tak kering gusi. Yg beremosi tu hanya ayat, tapi tuannya tidak. :D

     
     
    Pendapat oleh inspiration
    2008-02-04 16:50:10

    My apologize for being interrupting. The word of “secret” or whatever word similar to that is one of the famous word especially those who are selling ebook. To me that normal. It makes the mention ebook look special and indeed different from one ebook or another. That make it look spicy. I saw there are a lot of comments on the above topic. I have not read nor buy this ebook yet (considering it right now). Therefore i am not in the better position to give any comment. However i still think that we should not judge the price of the ebook with the expected knowledge from there. Sure, the knowledge can be vary. The info can be interpreted as “secret” for those who do not know but it can be very natural for those who already did. So it is very subjective. At the same time, it is good attitude also for the readers who bought the ebook to share their understanding. Nothing wrong with that. It can be +tive or -tive. That human being. Just my 2cents.

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:47:07

    Yup, ia amat subjektif. Bergantung kepada pemahaman dan prinsip setiap orang. Key point di sini, jangan paksa orang lain terima fahaman dan prinsip kita. Lg2 kalau fahaman org lain tu belum terbukti salah secara muktamad.

    Thanks for your comment Inspiration.

     
     
    Pendapat oleh aku
    2008-02-06 10:12:16

    Gua pun nak ampu juga. Ebook ini memang best bagi mereka yang mahu menilainya dengan mata hati yang serius dan mahu memanfaatkannya dengan sebaik mungkin.

    Perkataan rahsia dan perniagaan dan digital adalah yang dicari ramai orang maka wujudlah tajuk rahsia perniagaan digital. Kenapa nak tukar tajuk pula? Jika tak suka jangan beli awal-awal lagi.

     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-06 15:05:53

    Ooh man, pengampu dah tukar nama yer. Guna nick aku lak yer. Hohoho.

    Sekali lagi saya bagi tau “you dont know me very well”

    Stay out trouble.

    shit

    Pendapat oleh titan
    2008-02-07 00:54:11

    Sori. Mungkin ko lagi expert kot dari kami orang kat sini. Tapi..bahasa tu dah melampau sangat la..

    Mungkin kami orang tak tau pasal ko sebaik mana ko faham diri ko. Tapi ko kene ingat. You also don’t know about us very well..

     
     
    Pendapat oleh Zamri Nanyan Subscribed to comments via email
    2008-02-06 20:06:23

    Come on Muaz… kalau ye pun janganlah sampai attack orang yang berikan komen di sini personally… sampai nak keluarkan kata-kata kesat.

    Saya tak kisah kalau nak attack ebook saya. Kalau tak puas hati, saya dah refund pembelian anda (you can keep the ebook together with the resale rights). Kalau ada lagi yang tak puas hati, saya boleh refund jugak tapi saya akan tarik balik lesen jualan semula anda. Yang penting, pembeli dapat manfaat dengan pembelian mereka (dan selepas itu ambil tindakan sewajarnya). Majority customers be the judge.

    Saya dah explain panjang lebar kat atas… memang ada lagi yang nak saya explain sebenarnya tapi “what’s the point?” kalau cuma seorang dua (atau seorang saja?) yang tak puas hati dan dalam masa yang sama ramai pembeli lain berikan feedback yang positif…

    Yang lain-lain pun dah kemukakan pendapat masing-masing. Saya respect kedua-dua belah pihak… Setakat ini saya sedang meneliti semua maklumbalas/feedback yang diberikan dan akan memperbaiki mana yang boleh (semua orang dan setiap produk ada kebaikan/keburukannya).

    Sebenarnya, saya juga berterima kasih kepada Muaz kerana mensensasikan ebook Rahsia Perniagaan Digital ini. Cuma saya tak suka bahagian kata-kata kesat di atas sahaja.

    Zamri Nanyan

    Pendapat oleh titan
    2008-02-07 00:58:57

    Aku sokong bab kata2 kesat tu. Kot ye pun. Agak2 la kalau tak puas hati dengan benda alah tu. Semua e-book yang dah penah publish pun, aku tak penah puas hati. Mesti ada kekurangannya. Sebab tu la kami orang masih nak belajar..

    Rilekla muaz oit. Bahasa tu agak2 la sket.

    Ps: Betul zamri. Sedikit sebanyak, bende nih tolong promosi ebook baru ko.. :wink:

     
     
    Pendapat oleh Muaz
    2008-02-07 07:09:56

    I never ask for refund. Why? I ask for perubahan on salesletter and ebook title. I don’t want my money back because I got something from your ebook but……

    Yeah you otai, you well known good marveles malaysian internet marketer, I just another guy not satisfied with your ebook and you refund money for shut my mouth . For make me happy . No I didn’t ask for that.

    There is trend in this internet marketing industry , that is called “lalang ditiup angin” when somebody otai said A, this guy also said A , otai said B , they also follow said B.

    No jati diri , cant think rasional .

    I’m not going to fight with you even I can , any one could make a mistake , Me , you (maybe not) but we correction for make out things better and much better. We cant be perfect.

    I’m not pandai or tunjuk pandai , I also one of the newbies follow your advice and make practice . Take action.

    You can say whatever , but when you come with me , you have no idea what I can make trouble to you.

    Let time judge us .

    Ohh , I forgot , I just old Muax , laser tukang pancung yang sampah in front your retina eyes looking.

    For last comment , thanks for the info . Thanks also to titan , to zul to bro zamri , i appreciated .

    MuaX is still MuaX right?

    Assalamualaikum

     
    2008-02-07 13:44:04

    huhu..panas betul topik ni…

    setiap orang ada pandangan yang berbeza. itu memang fitrah. so, kita kena saling bertolak ansur dan sentiasa menggunakan bahasa yang sopan… itu yang ulama mazhab kita (malik,hambali,syafie, hanafi) amalkan.. masing2 ada pandangan tersendiri..so, kita jadikan ulama tersohor itu sebagai panduan kita :)

     
    Pendapat oleh abdfatah
    2008-02-07 20:55:15

    ahahahaa… yea laa tu. kesiannya kena pancung semua orang. kena libas.

     
    Pendapat oleh aku
    2008-02-09 11:07:18

    Oh, ada hot.fm kat sini rupanya.. hmm..

    Rasanya dalam teaser Zamri dah tunjuk isi kandungan. Kalau rasa bukan rahsia, better jangan beli.

    Serupalah buku Irfan, aku check, banyak yang aku dah tau, bukan rahsia lagi, tapi aku beli jugak sebab aku dapati ada topic yang aku belum tahu.

    Jadi. kesimpulannya, sila check isi kandungan sebelum beli apa2 ebook mahupun buku.

    … dan hati2 juga guna perkataan Rahsia.. hehehe.. boleh bikin kontroversi.. that’s why aku tak buat “Rahsia Saham Online” sebab ebook aku hanyalah panduan asas main saham guna maybank.

    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 19:58:55

    Yup, saya juga akui perkataan RAHSIA sudah kurang sesuai digunakan di zaman sekarang. Saya ada terbaca (lupa tah kat mana), dia kata elakkan guna perkataan rahsia sebab orang sekarang ni dah lali dgn perkataan tersebut.

    Berbeza dgn dulu, orang berminat nak tahu rahsia, tapi sebab segalanya sudah tak jadi rahsia, orang mula sangsi, syak dan ragu dgn janji2 rahsia. Buktinya? Kes yg sedang hot skrg ni lah. :)

    Walaupun kita guna perkataan rahsia dan tak niat nak menipu ke apa, tapi akibat persepsi dan prinsip manusia skrg, kalau boleh elakkan.

    Namun jgn salah faham. Perkataan rahsia tetap boleh digunakan, namun ambil kiralah pelbagai faktor dahulu sebelum menggunakannya. Saya insyaAllah, tidak akan gunakan perkataan rahsia utk mana2 produk saya melainkan sesuai.

     
     
    Pendapat oleh pyan
    2008-02-09 15:47:04

    thanks god :grin:

     
    Pendapat oleh emet
    2008-02-09 17:37:30

    Benda ni dah selesaikan? Alhamdulillah… ;)

     
    Pendapat oleh smartzul
    2008-02-09 20:07:20

    Setelah semua pihak memberikan pendapat, idea dan cadangan masing-masing, maka saya rasa, amat eloklah ruangan ini ditutup demi kebaikan semua pihak.

    Kepada yg tidak berpuas-hati dgn produk en zamri ni, sila hubungi beliau dan bincang baik-baik. Bukan dgn perkataan yg mencarut dan sebagainya.

    Saya menutup ruangan komen ini bukan sebab saya takut, tak demokrasi atau apa-apa sebab lain, tapi bagi saya, semuanya sudah diluahkan oleh kedua-dua belah pihak. Rasanya, sudah cukup untuk kita bincangkan isu ini. Lagipun, saya gunakan kaedah menutup pintu yg boleh membawa mudarat yg lain. Saya takut, perbalahan akan menjadi lebih besar.

    Cuma satu pesan saya, di dalam perbezaan pendapat, jagalah adab. Jangan terlalu emosional & menyerang peribadi seseorang, lagi2 secara umum. Kelak, diri sendiri yg akan menyesal.

    Kepada yg belum membeli ebook ni, sila buat pertimbangan. Begitu juga untuk mana2 produk juga. Jika sesiapa yg dah beli dan tak puas hati, minta refund (ini adalah normal dalam biz).

    Akhir kata, sama2 lah kita berlapang dada dan saling maaf-memaafkan. Inilah nilai akhlak Islam yg paling tinggi.

    Wassalam.

     

    Sorry, the comment form is closed at this time.




    Terbaik Untuk Anda: