Rahsia Perniagaan Internet??

Adakah wujud rahsia dalam perniagaan internet? Sejujurnya, tiada.

Saya telah banyak menulis mengenai hal ini, tetapi saya terpanggil untuk menulis lagi walaupun secara ringkas agar kita sentiasa memperingati diri masing-masing.

Biarlah saya berterus-terang di sini. Sebelum itu, ingin saya katakan, saya tidak mahu mengganggu periuk nasi mana-mana perniagaan Internet Marketer yang memfokus pada ‘niche’ Internet Marketing, malah saya sendiri pun menjadikan niche ini bidang utama saya. Niat penulisan saya ini adalah baik agar bidang ini sentiasa berada dalam keadaan yang terkawal.

Hakikatnya, kebanyakan Internet Marketer tidak akan sama sekali mendedahkan kesemua ‘senjata-senjata’ yang mereka gunakan secara mendalam. Jika ada 10, mereka akan kongsikan satu, dua dan tiga sahaja. Dan itu pun, hanya secara berperingkat dan melalui tempoh masa tertentu.

Namun saya tidak nafikan, masih ada Internet Marketer yang telus dalam penyampaian ilmu mereka. Sebaliknya bergantung kepada orang yang belajar itu pula mahu bertindak ataupun tidak.

Saya tidaklah mahu menjadikan ilmu yang saya miliki sebagai satu bisnes, tetapi saya mahu menjadi seorang yang boleh membimbing orang lain dengan cara yang teratur dan terancang. Secara peribadi, saya kurang suka menggunakan trik untuk menarik minat orang lain semata-mata saya banyak tahu dan berpengalaman.

Bagi saya, ilmu yang ada pada diri kita adalah satu amanah. Jika mahu kenakan harga, biarlah ia mampu milik kebanyakan orang. Saya sentiasa memegang prinsip seorang mentor saya di mana katanya, “Ambillah sedikit sahaja keuntungan. Moga berkat yang kita dapat.”

Persoalan yang timbul, bagaimana kita akan kaya jika ambil sedikit untung sahaja? Kita boleh lakukan begini:

  • Cipta sumber pendapatan berulang (recurring income) dan juga passive income (buat kerja sekali dapat duit berkali-kali). Walaupun untung kecil, tetapi apabila pendapatan berulangan, maka di situ lah kita akan mula dapat mengumpul ‘kekayaan’ sedikit demi sedikit.
  • Perbanyakkan produk dan perkhidmatan.
  • Pelbagaikan lagi bisnes dalam bidang yang sama.
  • Pertingkatkan ‘volume’ jualan. Semakin tinggi jumlah jualan, semakin banyak wang yang kita dapat.
  • Tambah kekerapan aktiviti. Contoh: Adakah 4 kali kursus dalam sebulan, berbanding sekali sahaja.
  • Kaedah bersiri. Contoh: Tulis buku secara bersiri.

Dan itulah yang akan dan sedang saya lakukan.

Berbalik kepada topik artikel ini, benarkah ada rahsia dalam perniagaan internet?

Untuk berjaya, ia bukanlah berkaitan dengan rahsia, tetapi sejauh mana kita memiliki kemahiran perniagaan. Selain itu, kesungguhan, disiplin dan kerajinan kita juga adalah di antara faktor penyumbang kejayaan. Manakala, proses pembelajaran perlu terus berlangsung sampai bila-bila. Perlu banyak membaca, bertanya dan belajar.

Seseorang usahawan yang mahu berjaya perlu mempelajari skil (kemahiran), sebaliknya bukan hanya membaca dan mendengar informasi sahaja. Walaupun apa yang dibaca itu langkah demi langkah dan “how to”, namun jika tidak melatih dan melakukannya sehingga mahir (terbiasa), maka sedikit sukar untuk meraih hasil yang besar.

Saya kuat percaya bahawa selain soal hati yang bersih, usahawan yang berjaya adalah kerana mereka memiliki kemahiran dalam aspek tertentu seperti pemasaran, penggunaan komputer dan teknologi, pengurusan, keterampilan, estim diri, komunikasi dan beberapa lagi aspek lain yang penting.

Dan semua itu dipelajari, dilatih dan diamalkan secara berperingkat. Sebaik-baik jalan pintas adalah, tiada jalan pintas sama sekali.

Layari blog Motivasi Usahawan

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Rahsia Perniagaan Internet??

  1. Salam..

    Banyak perkara yang kita harus pelajari untuk menjadi usahawan ni. Bukan semua orang sanggup. Maka, perlu siapkan diri untuk mempelajari banyak perkara kerana cabaran yang mendatang semakin kuat. Jom tambahkan ilmu dan kemahiran !

  2. Saya berpendapat adalah tidak salah seorang IM itu mengajar satu atau dua sahaja dari 10 ilmu yang dia ada. Cuma saya rasa adalah salah bila dia meletakkan harga yang tidak munasabah sepertinya dia telah mengajar 10 ilmu yang dia ada itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *