Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Rahsia Perniagaan Internet Sebenar

Artikel ini adalah mengenai perniagaan internet yang SEBENAR. Bukan mengenai buat duit di internet. Perniagaan internet sebenar memerlukan satu kekuatan yang bukan sekadar berdiri di atas kekuatan taktik dan teknik semata-mata.

Kebanyakan usahawan internet memfokuskan kepada taktik dan teknik. Sebahagian besar masa mereka dihabiskan untuk menguasai teknik-teknik pemasaran perniagaan seperti SEO, blogging, PPC dan pelbagai lagi. Ada 1001 cara pemasaran dan cara promosi.

Jika anda dikatakan sebagai pakar SEO, bagi saya, itu bukan kekuatan utama anda di dalam perniagaan internet. Kebanyakan yang saya perhatikan, ramai yang mudah tewas di ‘gelanggang’ perniagaan internet gara-gara mereka banyak fokus atau semata-mata fokus kepada taktik dan teknik sahaja.

Walaupun anda hebat dan pakar di dalam sesuatu teknik, ia bukanlah satu ‘aset’ atau kekuatan yang boleh dibanggakan atau boleh diharap untuk terus membawa anda ke hadapan dan terus kekal di dalam perniagaan. Mengapa saya berkata begini?

Mudah saja jawapannya. Jika hari ini anda yang hebat dalam SEO, esok akan muncul pula sekurang-kurangnya seorang lagi pakar SEO. Lusa dan seterusnya muncul lagi pakar-pakar SEO, malah mungkin lebih hebat daripada anda.

Jika anda hebat dalam blogging, jangan terlalu berbangga dengannya kerana esok lusa akan muncul pula seorang pakar blogging yang lebih hebat dan berjaya daripada anda.

Jadi, apakah salah satu rahsia kejayaan perniagaan internet untuk satu jangka masa yang lama? Jawapannya adalah keunikan diri anda sendiri yang tidak boleh ditiru oleh orang lain atau jika ia ditiru, ia tidak terlalu menjadi.

Hal ini kita boleh lihat perniagaan jenama KFC, Pizza dan McD, walaupun ada pihak lain yang cuba meniru konsep yang sama, namun ketiga-tiga perniagaan tadi tetap teguh, malah sentiasa mempunyai pelanggan yang ramai. Sebaliknya yang cuba meniru konsep mereka itu gagal atau kurang berjaya.

Mengapa ini berlaku? Kerana mereka mempunyai keunikan tersendiri. Dalam bahasa marketing, kita panggil keunikan ini sebagai Unique Selling Proposition (USP). Secara ringkas ia bermaksud keunikan tersendiri yang membezakan sesebuah perniagaan dengan perniagaan yang lain.

Sebagai contoh mudah, di dunia ini hanya seorang sahaja yang menggunakan nickname SMARTZUL (saya lah, siapa lagi). Tidak ada dua, tiga atau orang lain yang menggunakan nama tersebut. Ini terbukti apabila setiap kali saya ke mana-mana program, jika saya menyebut nama Zul, orang tidak begitu memberi respon. Tapi apabila saya sebut “saya smartzul”, reaksi mereka berbeza daripada biasa. Ini kerana mereka tahu, inilah zul smartusaha.com. :D

Untuk mewujudkan USP atau keunikan pada bisnes anda, ada pelbagai cara sama ada dengan menggunakan logo, warna, style perniagaan, slogan, nama perniagaan dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, katakan anda pakar dalam bab SEO. Jadi, apakah perbezaan yang hanya anda sahaja satu-satunya boleh berikan kepada pelanggan anda? Mungkin anda boleh janjikan perubahan ranking kepada website laman web pelanggan anda dalam masa 12 jam sahaja. Atau mungkin anda mempunyai satu perisian SEO unik yang hanya anda sahaja yang memilikinya.

Contoh lain pula, jika anda menyediakan khidmat konsultasi pemasaran internet, keunikan anda adalah menjanjikan pendapatan RM10,000 hanya dalam masa 14 hari kepada pelanggan anda yang mana janji ini tidak dilakukan oleh konsultan atau pihak lain.

Atau mungkin anda menggunakan tagline tertentu seperti “Formula XYZTM” yang mana dengan menggunakan formula tersebut yang hanya anda sahaja yang memilikinya, pelanggan anda mampu menjadi usahawan yang berjaya dalam dalam tempoh yang singkat.

Untuk menampakkan lagi kehebatan USP, kita ambil contoh perniagaan servis tukang paip (plumber). Begitu ramai yang menyediakan khidmat sebegitu. Cuba kita lihat contoh berikut yang diambil dari laman web 88db.com:

usp-tukang-paip

Katakan anda mengalami kerosakan paip atau yang berkaitan di luar daripada waktu kerja (katakan jam 8.00 malam), pihak manakah yang anda akan hubungi dahulu? Katakan kesemua pihak di atas adalah di kawasan yang tidak jauh dari rumah anda. Bagi diri saya dan secara normalnya, sudah pasti saya akan hubungi pihak yang menyediakan servis 24 jam yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja.

Bagi contoh iklan di atas, saya ada dua pilihan iaitu “call a plumber in emergency” dan juga “24hrs plumbing service”. Tapi yang kedua lebih jelas kerana menyatakan kesediaan berkhidmat dalam 24 jam berbanding yang pertama hanya menyatakan emergency semata-mata yang tidak pasti menyediakan khidmat di luar waktu kerja atau tidak.

Ini iklan penyedia khidmat 24 jam tersebut yang boleh dihubungi walau pada jam 2 pagi:

Need a plumber at 2am? Sounds absurd.
Can’t wait until weekend to fix the problem?

Blockage, leaking and all sort of problems related to plumbing, tap, water tank, basin sink piping and pump – we’ll save you from the wrinkle on your foreheads. Let us do the ‘dirty job’.

Call the 24/7 Plumber at 019-2063872 for the best ever plumbing service.

Sumber: http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Household/Plumbing/?PostID=75939

Saya harap dengan contoh di atas, kita semakin jelas betapa pentingnya USP (keunikan) dalam perniagaan atau di dalam melakukan iklan / pemasaran. Kalau setakat mengatakan anda boleh memasak ayam goreng yang sedap, orang lain pun boleh juga. Jadi wujudkan ayam goreng yang berbeza daripada orang lain. Confirm berderu-deru orang datang ke kedai anda.

Bagi pihak HPA (sebuah perusahaan yang semakin meningkat naik) telah mula sedikit demi sedikit mewujudkan rangkaian perniagaan ayam goreng dengan nama RFC (Radix Fried Chicken).

Keunikannya adalah pada ayam organiknya yang menyihatkan, malah sos cilinya pun bebas daripada bahan yang membahayakan kesihatan, dan tepung ayamnya pula disadur dengan herba. Malah air minuman di RFC pun bebas daripada kandungan gula yang tidak menyihatkan.

Kewujudkan RFC yang berbeza itu sedikit sebanyak telah ‘menggugat’ jualan perniagaan ayam goreng yang lain sehinggakan ada beberapa pihak yang panas punggung cuba menjatuhkan usaha HPA tersebut. Walaupun RFC masih lagi ‘bertatih’ dalam bidang ayam goreng, namun sehingga kini ia dilihat sebagai pencabar utama kepada pihak lain seperti KFC.

Contoh lagi: Jika anda seorang designer, apakah keunikan anda berbanding dengan designer yang lain? Sebagai contoh, saudara Mazlie Nadzri (VirtualNiaga.com), beliau adalah orang terawal (pertama?) yang menggunakan tagline “design siap dalam 24 jam”. Inilah perbezaan beliau dengan designer online yang lain.

Walaupun designer lain juga boleh menyiapkan design dalam 24 jam, namun disebabkan saudara Mazlie orang pertama yang fokus menyediakan servis siap dalam 24 jam, maka secara normalnya kekuatan itu telah menjadi ‘milik’ beliau. Walaupun ada designer lain yang mahu mencuba “tagline” sebegitu, namun ia sedikit sukar kerana perkhidmatan 24 jam Mazlie itu telah menjadi “buah mulut” ramai orang.

Design yang cantik dan berkualiti bukanlah satu-satunya aspek yang boleh membantu kerana begitu ramai designer yang boleh menghasilkan design yang bagus. Jadi jelas, keunikan (USP) adalah aspek yang paling mendasar yang perlu dititik-beratkan. Maka jika anda adalah designer, apakah keunikan servis design anda yang boleh anda janjikan kepada para pelanggan?

Maka ada tiga pelajaran penting yang kita lihat di sini iaitu:

1. Perlu ada keunikan yang TIADA pada orang lain (usahawan/perniagaan)

2. Jadi yang pertama (be the first) yang memiliki keunikan tersebut

3. Lakukan ‘viral marketing’ (pemasaran mulut ke mulut) yang ‘agresif’ untuk menyebarkan keunikan tersebut

Biasanya orang pertama yang memulakan sesuatulah yang akan ‘menang’ dan menjadi ‘pemilik’ bagi perkara tersebut. Buktinya, apabila disebut ayam goreng, ramai yang teringat KFC. Apabila disebut pizza, ramai orang terus terfikirkan Pizza Hut. Ini kerana mereka mempunyai keunikan dan juga menjadi perintis utama dalam bidang sebegitu serta ‘agresif’ melakukan pemasaran.

Kesimpulan

Perbezaan dengan pihak lain menyebabkan anda sentiasa dicari dan dikehendaki kerana fitrah manusia suka mencari ilmu, perkhidmatan atau produk yang berbeza untuk melengkapkan, menambah atau meningkatkan pembelajaran dan usaha mereka. Malah fitrah manusia suka mencuba sesuatu yang berbeza berbanding perkara sama yang ramai melakukannya.

Persoalannya sekarang, apakah keunikan anda atau perniagaan anda? Jika tidak ada, wujudkannya dengan segera sebelum terlambat dan menyesal di kemudian hari. Milikilah perbezaan sekurang-kurangnya pada nama perniagaan yang unik.

Kekuatan utama perniagaan bukanlah semata-mata pada kepakaran, tetapi keunikan anda atau perniagaan anda lah yang terus mengukuhkan kedudukan anda di dalam arena persaingan yang begitu sengit. Lagi-lagi di zaman maklumat yang begitu pantas ini.

Dalam kata yang mudah, “be different or die”.

-

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

20 Responses to “Rahsia Perniagaan Internet Sebenar”

  1. Norfazli says:

    Kalau sebut atau baca perkataan blogging…saya teringat pada laman web jualan warna merah milik saudara zul

    Saya rasa lama sangat kot asyik terlihat laman web jualan saudara zul bila baca blog ini

  2. Zahrul Azua says:

    Yes bro samrtzul….

  3. good article..thanks for the sharing.

  4. Bent Daniel says:

    Hi Zul..thanks for your article do you remember me?

  5. USP really help 'buah mulut' bergerak…

  6. Zahrul Azua says:

    kalau tak de keunikan susah kita nak bersaing dengan player2 yang dah lama dan terserlah kredibiliti diorang…

  7. Abang Long says:

    Dan bila anda dah dikenali dengan USP/brand tersendiri, jangan nakal-nakal dan janji dengan customer kena ditunaikan. Kalau tak, …….

  8. Afif says:

    Wow, keunikan memang memberikan impak yang besar terhadap perniangaan seseorang, tapi ramai yang terlepas pandang…

  9. KampungBoy says:

    Mainkan niche yang kita pilih smpai jadi expert
    dan orang senang untuk mengenali kita
    pakar dalam satu2 bidang

  10. kampungboy saya setuju buat sampai expert dan selain tu buat satu kelainan dalam apa yang kita expert tu…sebagai contoh bila kita expert dalam blogging cuba buat product tu menampakkan keunikan kita contoh…buat duit dengan blog dalam masa 24 jam…..atau teknik blog dengan jaminan trafik 1,000 visitor setiap hari……

  11. betul,betul,betul wa caya lu la bro,apahal pun thanks.

  12. zuar says:

    keunikan sesuatu perniagaan memang amat penting supaya kita dapat membezakan diri dari orang lain..keunikan tersendiri membuatkan orang lebih yakin dan lebih bermotivasi untuk mendapatkan sesuatu produk ataupun services yang kita hasilkan..tq smartzul dengan informasi yang berguna..:-)

  13. nurjannah says:

    salam zul..thanks atas penulisan artikel yg bermanfaat ni..sy sebenarnya dlm proses membina web dot com sendiri..setelah membaca artikel ni, sy sedang tercari-cari apakah keunikan yg akan sy saji utk web terbaru sy nnt.tq=)

  14. carifulus says:

    Salam tuan tanah,
    Bagi saya orang baru dlm bidang ini, amat gembira membaca apa ilmu yg saudara tulis ini.
    Semuga anda dapat berkarya dimasa akan datang.

    terima kasih
    carifulus

  15. kamarul says:

    salam sdr zul.. Terima kasih krn telah byk memberi tips2 yg berguna dan skrg sy tlh mengikuti tips2 tersebut. walaupun masih br ttp dgn tunjuk ajar sdr sy bole bina blog dgn lbh mudah.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Perniagaan Internet | Usahawan Internet Malaysia Berjaya | Motivasi » Buat Duit Dengan Kepakaran
  2. Membina Blog Tanpa Kajian ‘Niche’
  3.   Membina Blog Tanpa Kajian ‘Niche’ by JimieRay dot Com
  4. Panduan Membina Web Jualan Dengan WordPress »

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)