Rahsia Perniagaan Internet Mr. X!

Tulisan saya kali ini amat ringkas!

Di dalam satu temuramah bersama dengan Mr. X (video klip), beliau telah ditanya satu soalan berikut:

“Bagaimana anda boleh berjaya dalam perniagaan Internet? Membina laman web, SEO, produk dan sebagainya, bagaimana anda melakukannya?“.

Dengan senyuman yang manis dan penuh keyakinan, beliau menjawab bagaimana beliau berusaha sehingga berjaya…

.

.

.

.

Saya gunakan khidmat mereka yang pakar…“.

Itulah rahsia perniagaan Internet Mr. X.

Malah, itulah rahsia bagi kebanyakan usahawan Internet yang tersohor.

Mereka tak tahu mengenai teknikal blog, tapi mereka hanya tahu menggunakan menu Write and Publish sahaja! Blog mereka dibina oleh orang lain (servis).

Mereka tak tahu mengenai pengaturcaraan (coding) perisian, tetapi mereka mengupah programmer melakukannya dan mereka hanya menjual dan mengaut keuntungan!

Mereka tidak tahu teknik itu dan ini, tools itu dan ini, tapi mereka menggunakan khidmat individu yang tahu akan hal tersebut.

Mereka tidak tahu design laman web, Ebook Cover dan sebagainya, tapi mereka upah orang lain yang melakukannya.

Mereka menjual Ebook, tapi bukan mereka yang menulis Ebook itu walau ada nama mereka pada Ebook itu. Mereka menggunakan khidmat Ghost Writer.

Mereka tidak mencari-cari sendiri di Internet mengenai itu dan ini, tetapi mereka membeli rujukan yang telah siap disusun seperti Ebook, buku dan sebagainya!

Mereka adalah ‘Smart Netpreneur‘. Bijak menggunakan kepakaran orang lain untuk menjana keuntungan bagi perniagaan Internet yang dibina. Masa mereka banyak terluang kerana 90% kerja dilakukan oleh orang lain. Masa yang ada digunakan untuk mencari peluang, menambah rangkaian perniagaan, JV Partner (rakan niaga) dan merancang serta menguruskan perniagaan, di samping menambah lagi dan lagi perniagaan Internet mereka.

Ya, mengupah orang lain sudah semestinya memerlukan kos. Tapi, apabila kita menyebut perniagaan, sudah tentu memerlukan modal! Inilah keusahawanan yang sebenar, kos tetap ada dan tidak melakukan semua perkara sendiri-sendiri. Kelak apabila anda sudah mampu, lantiklah staf sendiri atau paling kurang menggunakan khidmat mereka yang pakar bagi sesuatu perkara.

Saya, sudah lama menanamkan impian sebegitu di dalam minda saya… Sudah sentiasa berdoa agar suatu masa kelak, saya menjadi seorang ‘Smart Netpreneur‘. Bukan seperti hari ini yang kebanyakan perkara dilakukan sendiri-sendiri, banyak masa digunakan untuk buat itu dan ini… Nasib ler tak kawin lagi. 😉

Anda pula bagaimana?

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Rahsia Perniagaan Internet Mr. X!

  1. Betul tu, Zul.

    Outsource ini sangat penting jika seseorang itu hendak memperkembangkan perniagaannya.

    Tapi kat Malaysia ni kadang-kadang ada sedikit masalah kalau nak outsource.

    Dulu saya outsource beberapa projek melalui elance. Tapi masa nak bayar, mereka tak nak terima payment melalui kredit kad saya pula (kerana saya ni dari Malaysia)

    Akibatnya, saya kena buat wire transfer dan dikenakan caj yang agak mahal.

    Dah lah itu, masa kat bank kena tanya pula dengan beberapa soalan seperti transfer bagi siapa, untuk tujuan apa dan sebagainya. Kononnya Bank Negara Malaysia nak tahu walaupun amountnya tak banyak.

    Masa saya jawab transfer bagi Elance, tanya pula ape tu Elance. Bagaimanalah saya nak ceritakan semua itu. Bingung saya ditanya mereka. Kan dunia ini ada internet cari je lah.

    Hehe… ini lah sedikit sebanyak tentang pengalaman outsourcing saya.

    Sejak itu, masa nak buat outsourcing kat Elance, kena fikir 2 kali dulu.

  2. salam,

    memang betul tu zul, kalau kite yang buat sendiri semua, memang tak ke mana la kita. lagipun kita memang tak mampu nak lakukannye semua sendirian. saya ambil dari pengalaman saya biz offline. sebelum ni saya takde partner, memang terlalu susah nak berkembang. tp lepas saya join dgn kawan saya buka trading, alhamdulillah, dalam masa setahun saje berkembang. dan biz pun dah sampai ke China.

  3. Hm.. terpikir juga nak buat outsource untuk dapat pendapatan sampingan…
    Ye lah sekarang nie blog mungkin masih kecil lagi tapi siapa tahu 10 bulan akan datang,,, masa tu mungkin ada keperluan untuk menggunakan outsource..

  4. Nasib ler tak kawin lagi.

    Zul,
    InsyaAllah, perkahwinan tidak hanya menjadikan Zul ‘Smart Netpreneur‘ sahaja, malah boleh menjadikan Zul ‘Double Smart Netpreneur‘. Pilihan ditangan sendiri.

  5. Btul tu… pengalaman sy pon mengajar cam tu… smua bende nak buat sendiri, last2 ape pon xdpt.. ltih jer yg dpt… Kalu kite bijak juga, kite ble try “ayat” joint venture ngan diorg… sdikit sbyk ble naikkan name kite… dh permudahkan marketing biz kite sendiri… 😀

  6. saya setuju tu zul,
    tp kalau buat orang yang baru nak mula dan kekurangan modal, terpaksalah buat sendiri. macam zul, semua benda buat sendiri.
    kadang-kadang semua kita buat sendiri adalah rugi. seperti nak jual ebook, kalau buat sendiri, kena buat cover, isi, laman web, sale letter dan lain2. tu semua makan masa kita sebenarnya. sepatutnya kita dah boleh untung dalam masa yang kita duk buat semua tu…

    masa lebih penting…kalau kita dapat kawal masa tu, kita akan lebih mudah untuk berjaya. pandai guna kepakaran orang adalah kebijaksana orang yang bijak.

    han

  7. Setuju dengan Han. Tapi tak semestinya orang yang baru bermula perlu buat sendiri semuanya. Kalau kena cara dan bijak menggunakan peluang, saya rasa tak ada masalah untuk newbie2 ni jadi seperti Mr. X. Apa yang penting, cari peluang yang terhidang di depan mata, bukannya menunggu bulan jatuh ke riba 🙂

  8. yeaa…. kena mintak bantuan atau berikan upah yang setimpalnya dari mereka yang tahu dan berpengalaman. kalo kita ikut suka hati je nak buat website atau blog mengikut citarasa kita, apakah akan berjaya dengan jayanya tanpa bantuan dari orang lain…?

    1. em…
      ni lah yang patut newbie tahu…
      tapi kebanyakkan mereka takut rugi…
      jadi mereka kurang berani untuk mengupah…
      sebaliknya kalau mengupah, mereka boleh menjimat masa untuk buat kerja yang patut…

      han

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *