Kesilapan Demi Kesilapan…

Apa khabar semua?

Pada sabtu lepas, saya telah ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu program. Pada petang selepas tamat program tersebut, saya telah ke sebuah restoran nasi kandar bersama dengan Jimiey dan dua orang lagi kawan.

Di sebelah malam pula selepas berehat di Hotel Seri Malaysia, saya pekena pula sup kambing di sebuah restoran dekat dengan Line Clear (malam tu keluar kat Majalah 3 TV3 mengenai Line Clear). Terima kasih tak terhingga kepada Jimieray sebab beliau telah membawa saya jalan-jalan di sana.

sup kambing mamak

Bahagian luar Restoran Sup Hamed (Sabtu lepas)

line clear

Line Clear, Pulau Pinang (Saya ke situ April lepas)

*Hati-hati dengan makanan berlemak. Jaga kesihatan anda.

Baik, itu hanya mukadimah sahaja. 🙂 Mari kita ke topik yang utama.

Sepanjang saya melakukan perniagaan Internet, banyak juga kesilapan-kesilapan yang telah saya lakukan. Namun, ia adalah satu pelajaran yang amat berharga jika kita tahu menilai dan mengambilnya sebagai peringatan…

Jika anda mendaftar di http://www.internetmuda.com, anda akan menerima satu emel mengenai saya yang mana saya menceritakan salah satu kesilapan saya di awal pembabitan saya dalam bidang perniagaan Internet ini.

Kesilapan yang saya kongsikan adalah mengenai sifat mahu menjaga hati mereka yang tidak suka terhadap saya. Tak perlu saya ceritakan di sini sebab tak gunalah saya bagi cerita tu untuk emel InternetMuda tapi saya cerita kat sini pula. 🙂

Namun, banyak lagi kesilapan-kesilapan lain yang mahu saya kongsikan.

Kesilapan Lain…

Berikut adalah lima kesilapan lain yang telah saya lakukan dan tak mungkin akan saya ulangi lagi. 🙂

1. Terlalu Menumpu Pada Satu Produk atau Perkhidmatan

Jika anda telah mempunyai produk sendiri, pastikan ia lebih daripada satu. Mungkin dua, tiga, lima, sepuluh atau lebih. Maksudnya, satu laman web, satu produk. Perniagaan pertama saya adalah menjual sekeping CD (perisian) dan kemudian membuka satu perhidmatan membina laman web minisite. Kedua-dua perkhidmatan ini telah dihentikan sebab saya mahu menumpu kepada produk lain.

Anda pula bagaimana? Tiada apa-apa produk? Lebih baik anda bertindak cepat untuk memulakan perniagaan Internet sendiri. Bagi yang ada satu produk/laman web, sudah tiba masanya untuk anda menambah produk-produk lain.

Saya kini dalam proses mengemaskini Pakej Kit Blogger dan seterusnya akan menyiapkan beberapa produk lain. Banyak sebenarnya projek yang akan dilancarkan ni dan di antaranya tiada kaitan pun dengan ebiz. 🙂

Kepentingan mempunyai banyak produk adalah agar jika produk A tak banyak jualannya, mungkin produk B, C dan lain-lain boleh ‘cover’ untuk jumlah pendapatan bagi setiap bulan. Anda faham maksud saya bukan? Gambarannya begini. Andaikan ada empat produk (laman web) dan pendapatan setiap bulan adalah:

Produk A: RM300.00

Produk B: RM250.00

Produk C: RM500.00

Produk D: RM800.00

Total = RM1850.00

Bayangkan jika anda hanya ada produk A. Tidakkah ‘terseksa’ hidup anda? 🙂 Psst, RM1850 tu sedikit je tu. Kalau boleh, minimum pendapatan bulanan ada paling kurang RM2000 sebulan. 😉 Jika lebih lagi Ok. Tapi, terserah kepada individu, orang lain tak layak nak menghakimi anda.

Tugasan matematik untuk anda: Katakan setiap produk di atas masing-masing mendapat jualan RM1000 setiap bulan. Berapakah jumlah keseluruhan pendapatan anda bagi satu bulan tersebut?

Tip: Selain daripada produk utama (A,B,C dan sebagainya), anda juga boleh menjana pendapatan dengan cara-cara yang lain (sampingan/one-time income). Kalau nak tahu, datang ler hari-hari ke blog ni. 😉

2. Hanya Menumpu Satu Model Bisnes

Mungkin sudah tiba masanya anda cuba memasuki model perniagaan yang lain juga selain model yang anda lakukan sekarang.

Sebagai contoh, saya sehingga kini hanya menumpu kepada produk digital tetapi tidak melakukan produk fizikal atau memanfaatkan pasaran lelong seperti lelong.com.my atau ebay.com. Maksudnya di sini, saya perlu ada produk fizikal dan digital. Atau jika nak lagi, ada perniagaan berbentuk perkhidmatan.

Apa kelebihan mempunyai pelbagai model perniagaan? Ketahuilah, tak semua orang suka dengan produk digital seperti ebook. Hakikatnya, ramai yang sukakan produk fizikal kerana fitrah manusia sukakan barangan yang boleh disentuh, ada bau dan boleh dirasai. Atau secara mudah, produk fizikal mempunyai “value” tersendiri. Tak begitu Sabri? 😉

Saya tak perlu menceritakan model-model bisnes Internet yang lain kerana anda boleh mendapatkan panduan daripada saudara Tazilan melalui Ebook Model Bisnes Internetnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Ebook tersebut.

3. Tidak Memanfaatkan Sepenuhnya Ebook dan Software yang Dibeli

Saya tak lah banyak membeli Ebook atau software di Internet, tetapi apa yang saya beli itu jika digunakan amat-amat baik untuk perniagaan saya. Katakan saya membeli satu perisian pada 4 bulan lepas dan saya tidak menggunakan sehingga kini, cuba anda bayangkan betapa ruginya saya. Perisian itu katakan mampu mendapatkan puluhan malah ratusan dan ribuan prospek (bakal pembeli) dalam tempoh tersebut. Rugi…

Sebagai pelajaran di sini, apabila anda telah membeli sesuatu seperti ebook dan perisian, pastikan anda menggunakannya dengan segera agar tidak membazirkan masa dan melepaskan bakal pembeli begitu sahaja. Jangan menangguh!

4. Terlalu Banyak Idea 🙂

Haha.. Pelik. Biasanya orang yang banyak idea ni orang kaya. Tapi sebenarnya, orang kaya adalah orang yang ‘banyak idea dan menjual ideanya itu’. Jual di sini bermaksud menjadikan idea itu sebagai satu produk atau perkhidmatan.

Tapi ini tidak, hari-hari senaraikan idea nak buat itu dan ini. Sebulan, dua bulan, 5 bulan yang lepas, tak terbuat-buat pun walau satu idea! Tidakkah begitu rugi??? Kan bagus buat satu idea demi satu idea dan menjual produk yang terhasil? Dah siap satu, buat lagi satu dan begitulah seterusnya.

Tip untuk anda, utamakan idea yang:

1. Mudah dan cepat untuk dihasilkan

2. Berkos rendah (lebih-lebih jika anda baru bermula)

3. Mudah untuk dijual dan diuruskan

Namun, pastikan produk anda itu ada permintaan (demand). So, kena buat market research dulu sebelum menentukan produk apa yang boleh dijual.

5. Tidak Yakin dan Terlalu Membanding-banding…

Saya yakin, kesilapan ini juga ramai yang melakukannya bukan? Apabila si A menghasilkan satu produk mengenai satu topik, maka kita terus mahu mengelak untuk tidak mengeluarkan produk yang lebih kurang sama dengannya.

Alasannya mudah, tak nak bersaing, sebab si A tu kawan dan takut produk tak laku. Ketahuilah saudara, sebenarnya setiap usahawan atau perniagaan mempunyai target dan bakal pembeli tersendiri. Dah adat perniagaan akan wujudnya persaingan.
Maka, usahlah takut untuk menghasilkan produk yang lebih kurang sama dengan orang lain tetapi dengan syarat, produk anda lebih baik daripada produk si A dan ada keunikan tersendiri.

Banyak lagi kesilapan-kesilapan yang ingin saya kongsikan dan saya berharap, anda tidak melakukannya. Berusahalah dengan bersungguh dan lakukan yang terbaik untuk perniagaan anda.

Daftarkan diri anda di www.internetmuda.com (klik sahaja link ini) dan anda akan mendapat satu ebook percuma yang menyenaraikan banyak kesilapan yang jika boleh anda perlu elakkan dalam perniagaan Internet.

Akhir kata, pastikan anda sentiasa mempunyai momentum agar graf prestasi perniagaan Internet anda dan diri anda sendiri sentiasa menaik atau stabil.

Terima kasih.

PS. Satu Seminar Perniagaan Internet akan diadakan lagi di bahagian utara iaitu di Alor Setar, Kedah. Bertempat di Hotel Regent Alor Setar, pada minggu pertama Ogos 2007 (sabtu). Saya akan maklumkan kepada anda dalam masa terdekat apabila pihak penganjur sudah bersedia untuk menerima pendaftaran.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Kesilapan Demi Kesilapan…

  1. Oh.. Tidak…. Semua kesilapan tu ada pada saya.. :mrgreen:

    Tp kesilapan No 3 tu yg saya rasa saya tak gunakan sepenuhnya.. Lps ni saya kena ubah sikap ni.. Kalau dari skrg xubah sikap, sampai bila2 pun saya akan melakukan kesilapan sama ni..

    Thanks Zul.. 😉

  2. Saya akan jadikan artikel ini sebagai panduan apabila memulakan perniagaan internet nanti.Nasihat saya kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan internet supaya menggunakan formula 80:20.Pastikan 80 peratus perniagaan internet di pasaran antarabangsa dan 20 peratus untuk pasaran di Malaysia. 🙂

  3. Ya Zul. :mrgreen:

    Ada orang dia lebih suka menjual barangan yang dia boleh nampak dan pegang. Bahkan baru-baru ini saya baru tahu ada juga orang yang tak suka style dropship, kerana tidak dapat melihat dan memeriksa sendiri kualiti barangan yang dihantar kepada pelanggan.

    Dalam hal ini, kita buat apa yang kita suka sampai berjaya. Lepas dah berjaya, kita buat pula yang kita kurang suka skit, sampai berjaya. Lepas tu buat plak yang kita tak suka, sampai berjaya juga. dan seterusnya.

    Cuma, jangan puas hati dengan satu model mcm Zul ckp. Kalau dulu kami stay di laman lelongan sahaja, pasti kami tidak akan berada di sini hari ini.

    Sabri

  4. panduan yang baik dan amat bagus untuk newbie macam saya…
    tapi saya masih tercari-cari produk…dan masih juga tercari2 fokus sebenar untuk blog saya…kejap terang, kejap kabur….ada kala tu rasa macam malas, tapi bila baca dan menijau blog orang lain semangat tu datang kembali ❓

  5. Hee..hee… Best kan Zul. Bila sujuk2 kena hujan lebat kat Bt Feringhi lepas tu lepak2 pekena Sup Hameed panas2 sambil sembang2 tentang perniagaan internet. 😀

    Sepanjang saya jumpa Zul banyak tips2 yg Zul berikan kepada saya. Lagi bersemangat untuk saya tumpukan produk fizikal dulu. Terima kasih Zul atas tunjuk ajar dari anda.

    Err…malam tu baju Zul basah sampai berjeruk… Ha..haa… 😆 😆 😆

  6. Asmkm Zul, apa khabar? Shueqry here.

    Saya pernah buat kesilapan No. 1, bertumpu pada 1 produk saja. Namun berkat dari percubaan dan eksperimentasi berterusan, lebih baik bila kita ada 11 produk atau ‘back-end’ sbg produk susulan pada produk asal..

    Ataupun, buat 2 model bisnes setelah model bisnes yang pertama berjaya.. satu tips yang bagus dari SmartZul..

    Thanks 🙂

    -shueqry –

  7. Macam terkena kat batang idung je ni! teruklah Zul ni..hehehehe… :mrgreen:
    Memang betul apa Zul cakapkan tu..tak boleh tumpu pada satu produk je. Sekarang ni pun saya baru ada beberapa produk. Kalau produk A tak jalan, produk B ada. Kalau tak jalan juga C ada. Tapi skarang ni A+B+C pun dah kurang jalan juga..hehe..

    Saya pun masih mengambil masa dan membuat kajian untuk menambah produk saya. Maklumlah kata Zul banyak persaingan. Jadi saya sentiasa mencari jalan supaya produk saya unik dari orang lain walaupun produk saya hampir sama. Terima kasih atas tips ini

  8. saya ada satu perisian yang saya beli hujung tahun lps.. alangkah rugi kalau tak gunakan..

    sebelum ini memang saya gunakan .. dan memang nak berkesan…. tetapi apabila banyak data yang hilang selepas kes pindah hosting terus tergendala..

    saya pasti akan gunakan semula perisian ini.. hehehe

  9. memang tul…
    ada ebook yang saya beli tapi masih tak gunakan…
    tapi insyaallah ia akan digunakan…
    tak mau terlalu gopoh cam dulu…
    nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran…

  10. Semoga kesilapan lepas tak berulang lagi. 🙂

    Senaraikan kesilapan yg pernah dilakukan dan pastikan apakah jalan yg terbaik agar kesilapan itu tidak dilakukan lagi.

    Azahari, ‘perjuangan’ mesti diteruskan dalam keusahawanan, jika tidak hidup kita segan mati tak mahu. Terutama usahawan full time lah.

    Shueqry, yup, itu salah satu cara untuk kita menjana more profits.

    Thanks all.

  11. Kesilapan yang sama macam saya. Cuma, saya tak buat apa-apa produk lagi.. Huhu (tunggu masa jer – Opss, kantoi)..

    Beberapa hari ni, saya dah tulis kat artikel saya berkenaan dengan kesilapan2 yang saya sudah lakukan dan perlu diubah. Yelah, newbie macam saya, lagilah banyak kesilapan yang dibuat.
    no 3 dan 4 saya memang sedang atasi. Masalah no 5, baru jer terjadi beberapa hari kebelakangan ni.. Sebab tengah siapkan projek pertama.. Nanti saya bagitau Zul..
    Wassalam

  12. mungkin kerana kekurangan masa dan masih dalam peringkat pembikinan membuatkan segala idea tu tersadai..tapi, rasanya ada ideal bih baik dari takde idea lansung, buat idea tu adalah yg terbaik…teringat buku rahsia perniagaan orang cina, mula2 buat dulu tengok mana yg profits dan fokus pada itu..berisiko tapi what the H, lebih baik dari duduk berangan dan membuang masa…janji otak berfikir dan sentiasa jana idea…tak buat dulu pun tak ape, bersyukur kerana Allah masih berikan kebolehan berfikir..kalau ditarik nikmat tu..tak tahu ler

    posting menarik kali ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *