Rahsia Perniagaan Internet : Formula Tetap Sama

Formula kejayaan perniagaan Internet tetap sama. Cuma strategi taktikal sahaja yang mungkin kerap berubah.

Formula kejayaan = Jumlah pelanggan/prospek yang besar + Laman web / ayat iklan yang menjual + Produk yang ada permintaan / potensi pasaran

Untuk laman web yang menjual, ilmu penulisan ayat jualan (copywriting) tidak banyak berubah sejak dahulu. Psikologi manusia masih sama sehingga kini.

Manakala produk yang mempunyai potensi pasaran pula, ia mempunyai dua kategori iaitu evergreen (yang selalu ada permintaan) dan trend (pasaran semasa).

Untuk mendapatkan pelanggan ataupun jumlah prospek yang besar (banyak), lakukan beberapa teknik yang efektif. Jika ditanya apakah teknik pemasaran yang efektif, saya cadangkan empat strategi taktikal berikut:

  1. Pemasaran artikel di rangkaian-rangkaian blog yang sesuai.
  2. Facebook Ads
  3. Pemasaran emel
  4. SEO melalui blog sendiri.

 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *