Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Rahsia Perniagaan Internet Automatik

Salah satu sebab saya sukakan perniagaan melalui Internet adalah kerana kita mampu melakukannya secara automatik sama ada sepenuhnya atau sebahagian.

Salah satu cara untuk membina perniagaan internet secara automatik adalah dengan menggunakan Autoresponder. Ya, pemasaran emel (email marketing). Tetapi bagaimana?

Sebelum saya memberitahu caranya, kita perlu memahami fungsi asas autoresponder di mana ia biasanya terdapat dua fungsi utama:

  • Broadcast Email (dipanggil juga sebagai Newsletter)
  • Follow Up Messages (emel bersiri)

Broadcast maksudnya kita menghantar emel secara terus tanpa menetapkan secara bersiri atau untuk satu tempoh yang panjang (lama). Contohnya, jika saya keluarkan produk baru, saya akan hantarkan emel kepada puluhan ribu subscriber saya pada hari pelancaran. Itu namanya broadcast.

Manakala Follow Up Messages pula, kita tetapkan sejumlah emel secara bersiri yang akan dihantarkan dalam selang tempoh masa yang ditetapkan bermula dari hari subscriber mendaftarkan emelnya. Contohnya, mereka akan mendapat emel setiap 3 hari sekali sehingga sejumlah emel yang ditetapkan oleh kita.

Untuk mudah memahami, imej di bawah adalah 7 siri emel yang saya lakukan:

getresponse ar

Perhatikan, terdapat 7 buah emel yang akan dihantar setiap selang tiga hari daripada hari pertama seseorang mendaftar di laman web squeeze page. ‘Day 0′ iaitu emel pertama, ia akan dihantar terus pada hari pendaftaran (selepas pengesahan emel pendaftaran dilakukan). Day 3 pula, emel itu akan dihantar pada tiga hari kemudian. Begitulah seterusnya.

Bagi contoh di atas, saya menetapkan siri emel tersebut pada penghujung tahun 2006 lagi dan terus beroperasi sehingga sekarang (2010). Dan ia beroperasi tanpa sedikit pun memerlukan pemantauan daripada saya. Itulah kelebihan penggunaan autoresponder (sudah nama pun auto). Dan inilah yang dikatakan perniagaan secara automatik.

Tetapi, bagaimana kita boleh buat duit daripada emel susulan (follow up) tersebut? Ada dua cara:

  • Orang yang mendaftar biasanya belum membeli produk yang dipromosikan. Emel susulan berfungsi sebagai alat untuk meyakinkan mereka sedikit demi sedikit. Dikatakan oleh pakar pemasaran, melalui emel ke-7 (paling kurang) barulah prospek akan mula berminat untuk membeli. Berdasarkan kepada pengalaman saya, ia betul. Sebab itu kita digalakkan membuat sekurang-kurangnya 7 siri emel.
  • Mempromosikan produk di dalam emel yang dihantar itu. Katakan pembeli sudah membeli produk A, kita promosikan lagi produk B, C dan lain-lain di dalam setiap emel itu. Caranya, kita berikan tip dan informasi pada permulaan emel dan di akhirnya kita promosikan sesuatu. Produk yang boleh dipromosikan adalah seperti produk sendiri dan juga produk affiliate.

Contoh promosi dalam emel:

PERSOALAN LAZIM

1. Adakah penggunaan autoresponder (pemasaran emel) ini sesuai untuk semua bentuk perniagaan Online?

Jawapan: Ya, sudah semestinya. Tidak kisah anda menjual produk fizikal, digital, servis dan sebagainya, menggunakan emel adalah kaedah terpantas untuk menghubungi para pelanggan dengan hanya sekali klik sahaja (butang Send). Ia juga tidak memerlukan sebarang kos tambahan.

2. Berapakah kos bayaran autoresponder berbayar?

Jawapan: Setiap jenama autoresponder mempunyai kaedah cajnya yang tersendiri. Lihat senarai berikut:

  • Getresponse.com: 500 emel (subscriber) = $18.00 (harga meningkat jika jumlah emel semakin meningkat)
  • Aweber.com: 500 emel (subscriber) = $19.00 (harga meningkat jika jumlah emel semakin meningkat)
  • TurboAutoResponder.com (milik Aweber juga) = $19.95 untuk 10,000 emel subscriber yang pertama (Servis ini milik Aweber, tetapi diselia oleh Reseller mereka)
  • Norabots.com = $14.97 sebulan

TurboAutoresponder:

Getresponse:

Aweber:

Mungkin ditanya, yang mana satukah yang terbaik? Jawapannya, ikut pada kemampuan anda. Jika ada modal, pilih Aweber atau Getresponse.

3. Apa itu subscriber?

Jawapan: Ia adalah panggilan kepada mereka yang mendaftar (subscribe) ke dalam sistem pangkalan data Autoresponder kita. Mereka biasanya subscribe di laman web (dipanggil squeeze page).

4. Bagaimana cara guna sistem Autoresponder?

Jawapan: Perlu masuk ke laman web servis Autoresponder berkenaan (yang anda langgan), dan Login. Semua fungsi yang disediakan ada di sana. Tidak perlu pasang (install) sebarang perisian ke dalam komputer. Ia 100% Online dan boleh Login dari mana-mana sahaja di seluruh dunia. Rujuk bahagian Help dan Tutorial untuk panduan penggunaan.

5. Bagaimana cara membeli (melanggan) sistem Autoresponder?

Jawapan: Ada dua cara: Menggunakan kad debit, kad kredit atau Paypal. Lihat pada laman (page) pembayaran servis autoresponder berkenaan. Biasanya perlu dibayar melalui kad debit / kredit. Untuk Norabots.com, boleh bayar melalui Paypal. Selepas selesai buat bayaran, terus boleh menggunakannya.

6. Saya tiada modal yang banyak untuk bayar langganan Autoresponder tiap-tiap bulan. Ada cadangan?

Jawapan: Sebelum membeli (melanggan) perkhidmatan autoresponder, pastikan anda telah memahami asas perniagaan internet, produk yang akan dijual dan telah melakukan perancangan yang rapi. Dan yang penting juga, ada asas teknikal laman web. Pendek kata, setelah ada persediaan barulah langgan autoresponder.

Kemudian, jika tiada modal, keluarkan dahulu modal untuk kali pertama. Bayaran yang seterusnya pula, boleh dilakukan melalui dua cadangan berikut:

  • Jual produk. Jika bayaran bulanan dalam $18.00 (lebih kurang RM60.00), maka promosikan produk melalui emel sehingga mendapat hasil yang tertentu. Katakan mendapat RM500 sebulan. Sebahagiannya gunalah untuk membayar langganan. Sebab itu selepas melanggan servis ini, cepat-cepatlah mengumpul list (emel) melalui laman web squeeze page.
  • Affiliate sistem autoresponder. Getresponse, Aweber dan Norabots memberi peluang kita mempromosikan perkhidmatan mereka. Komisen yang diperolehi adalah pada setiap bulan selagi orang yang membeli melalui link affiliate kita melakukan bayaran. Jadi, gunakan duit komisen itu untuk membayar caj perkhidmatan mereka.

Kesimpulan

Bagi anda yang belum menggunakan autoresponder, memilikinya adalah satu keuntungan. Ia adalah salah satu senjata dan rahsia para Internet Marketer yang berjaya. Jangan menangguh atau meletakkan pelbagai alasan untuk memiliki autoresponder berbayar. Ia adalah satu pelaburan terbaik untuk perniagaan kita.

Wassalam.

ps. Daftar Newsletter saya untuk mendapat emel informasi semasa terus ke kotak emel anda. Klik di sini.

Facebook comments:

23 Responses to “Rahsia Perniagaan Internet Automatik”

  1. hanafiwawi says:

    Terima kasih diatas info yang sgt berguna, saya ada permintaan boleh tak saudara Smartzul tuliskan sebuah ebook mengenai atau panduan menggunakan sistew autoresponder yang berbayar dengan lengkap ini kerana saya lihat ebook ini kurang dipasaran dan pengetahuan ini sangat penting.

  2. Shahrul says:

    Baru tahu psl kepentingan autoresponder. Ia boleh berjalan dlm tempoh yg lama.

  3. aimanahmad says:

    saya pun baru berjinak2 dengan autoresponder berbayar ni (norabots)… bimbang tak tertanggung kos tiap2 bulan je nanti… apa2 pun kene cuba dulu.. tak cuba tak tau kan…

  4. Fazli says:

    dulu saya pun takut nak guna autoresponder berbayar. tapi disebabkan beberapa masalah berlaku kalau guna yang percuma, saya terus pergi kepada autoresponder berbayar. bulan pertama rasa susah hati gak nak kena bayar yuran. tapi dah masuk bulan kedua, list pun dah bertambah. beban tu jadi kurang. autoresponder ni mmg senjata berkesan. nice post. tq zul.

    • smartzul says:

      Usahakan lagi untuk percepatkan jumlah list seperti pengiklanan berbayar dan juga viral marketing. Dalam masa yang sama, jangan biarkan sahaja list tersebut. Hantarkan sebarang emel yang boleh bina hubungan baik kita dengan mereka.

  5. Shukor says:

    Belum pun setahun saya menggunakan autoresponder berbayar, saya berasa yakin akan mendapat hasil jangka panjang yang akan kita peroleh jika kita dapat menggunakannya dengan optimum.

    Penerangan yang baik dari Tuan Zul. Terima kasih :)

  6. samdaddycool says:

    Panduan yang sungguh padat. Thanks sifu

  7. setria says:

    Saya bersetuju sangat dengan artikel ini. Saya masih ingat lagi tahun 2 atau 3 tahun lepas Smartzul pernah menegaskan betapa pentingnya membina list. Kini saya baru tahu betapa pentingnya list, cuma saya cadangkan saudara Zul cipta produk pemasaran list pasang siap, mesti gempak punya sebab ayat saudara saya tengok begitu “attractive”.

  8. ZULAZIS says:

    1.) Mula-mula Spammy,

    2.) Lepas itu FeedBurner/Marketing Tool Percuma

    3.) Akhirnya Autoresponse

    Info yang bagus & berbaloi guna Autoresponse

  9. sufian says:

    “Sebelum membeli (melanggan) perkhidmatan autoresponder, pastikan anda telah memahami asas perniagaan internet, produk yang akan dijual dan telah melakukan perancangan yang rapi. Dan yang penting juga, ada asas teknikal laman web. Pendek kata, setelah ada persediaan barulah langgan autoresponder.”

    - saya suka sangat promosi secara jujur macam ni..tak suruh pun saya akan recommend pada orang lain..
    (sebab pernah terkena dengan promosi yg beria2 suruh guna autoresponder, tanpa beri ilmu asas dan penerangan yg jelas terlebih dahulu)

    • smartzul says:

      Alhamdulillah. Saya selama ini hanya berikan cadangan dan pilihan. Kalau mereka tidak mampu juga, terpaksalah guna yang percuma. Saya tidak mahu orang lain guna yang berbayar, tapi kemudian mereka terkial-kial tidak tahu buat apa.

  10. Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik saudara smartzul. Memang tidak dapat dinafikan penggunaan autoresponder sangat penting dalam apa sahaja perniagaan internet.
    Tetapi sebelum melanggan autoresponder berbayar, pastikan kita tahu bagaimana menggunakan autoresponder untuk mendapatkan hasil yang optimum.

    Saya juga sudah mula menggunakan autoresponder berbayar walaupun saya masih baru dalam perniagaan internet : )

  11. mhnizam says:

    Autoresponder merupakan salah cara menjadikan pendapatan kita automatik..dan saya akui memang ia berkesan…cuma lebihkan memberi tips berbanding promosi..saya ada pengalaman bila terus menerus promosi..list kita akan jadi meluat

  12. wahh. satu tutorial yang teliti.

  13. azam says:

    salam kenalan

    saya ni baru2 nak berjinak-jinak dengan blogger
    nie…ermm…tapi masih lom tau lagi mcm mana nak buat duit dengan blogger…huhu3

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  2. Mengapa Pelancaran Besar-Besaran GAGAL? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)