Gunakan Formula Saya Untuk Menjana RM10,000 Dengan Mudah!

Apakah itu rahsia perniagaan internet yang sebenar? Ingin tahu? Sila baca tulisan ini..

Mungkin anda ingat saya ingin menjual formula atau berkongsi tips rahsia perniagaan internet.. Tetapi, bukan itu. Teruskan membaca.

Kebanyakan orang, begitu teruja apabila ditawarkan dengan formula-formula yang hebat untuk menjana pendapatan yang besar dengan mudah. Kononnya…. 😉

Lagi lagi teruja apabila melihat screenshot akaun bank atau akaun pendapatan daripada hasil usaha mereka yang menawarkan formula tersebut. Lantas, formula dalam bentuk ebook, perisian atau pelbagai bentuk yang ditawarkan itu laku lebih daripada pisang goreng panas. Pembeli (mungkin anda?) amat amat teruja dengan janji-janji manis sebegini di laman web jualan produk:

“Adakah anda ingin berehat-rehat di tepi pantai dengan wang tetap mengalir masuk ke akaun bank anda setiap saat dan minit?”

“Kini anda sudah boleh memiliki kereta besar, rumah besar dan duit bertimbun dengan begitu mudah!”

“Gunakan formula saya untuk menjadi jutawan dalam masa 9 hari sahaja! Sudah ramai yang berjaya…”

“Adakah anda ingin memiliki wang sebegini (lihat screenshot akaun bank) di dalam akaun bank anda dan dapatkan apa sahaja yang anda mahukan? Jika ya, dapatkan formula hebat kami hari ini juga!”

“Lihat akaun bank saya ini, wang terus masuk dan masuk tanpa henti! Dapatkan ebook kami jika anda ingin mendapat wang tanpa henti dengan begitu mudah!”

“bla bla bla bla…..”

Banyak lagi “hype” atau tipu daya dengan membuat ramai orang teruja. HENTIKAN ‘PENIPUAN’ INI!!

Mengapa saya mengatakan ini satu penipuan? Cuba kita lihat kenyataan ini:

1. Mereka mendapat pendapatan kukuh dan stabil setelah 3 tahun berusaha gigih dan sabar [ KOS = MASA YANG BANYAK ]

2. Mereka juga telah melaburkan wang untuk mendapatkan ilmu seperti membeli ebook panduan, seminar dan lain-lain. Juga memperuntukkan sebahagian wang untuk pengiklanan seperti google adwords [ KOS = PERLUKAN MODAL AWAL ]

3. Pendapatan yang ditunjukkan pada screenshot akaun bank atau paypal atau sebagainya adalah hasil usaha mereka dengan mengambil masa + kos (modal). Katakan di akaun bank yang mereka tunjukkan itu adalah RM25,000. Tapi, adakah itu untung bersih? Tidak sama-sekali.

4. Adakah pendapatan yang mereka tunjukkan itu 100% daripada usaha di internet yang berkaitan dengan formula yang mereka tawarkan itu? Mungkin ya, mungkin tidak. Apa kata anda tanya mereka sendiri. 🙂 Dalam hal ini, bukan saya ingin berburuk-sangka, tetapi biasanya pendapatan di internet adalah pelbagai. Usahawan internet telah menjual maruah mereka, menjadi penipu dalam senyap! Layakkah mereka digelar usahawan internet sebenar?

Paling teruk, ada juga mereka yang menggunakan screenshot milik orang lain dan LAGI TERUK, mereka mengubah angka-angka di statement akaun bank mereka! Maka jika mereka menggunakan penipuan sebegitu, mereka layak digelar penjenayah dan penyangak di dunia keusahawanan internet ini, merekalah golongan perosak!

Saya tidak bermaksud untuk mengatakan tidak boleh meletak screenshot pendapatan hasil usaha perniagaan internet, kerana itu adalah satu taktik atau teknik dalam menaikkan kadar “conversion rate” jualan laman web sales letter produk. Tetapi persoalan di sini adalah, adakah mereka menyatakan hal sebenar apa yang telah mereka lakukan untuk meraih pendapatan tinggi sebegitu?

“Saya telah laburkan USD100 untuk google adwords”

“Pendapatan RM50,000 saya dalam screenshot tersebut adalah hasil daripada usaha offline dan juga online SELAMA 3 TAHUN”.

“Pendapatan bulanan saya seperti dalam screenshot bukan pendapatan bersih. Daripada RM50,000 itu, sebanyak RM30,000 saya gunakan untuk membayar duit kereta, rolling modal untuk bisnes offline saya, keperluan rumah, bil itu dan ini, melancong ke luar negara, shopping dan lain-lain lagi.. Baki 20K pula saya guna balik untuk menambah baik perniagaan internet saya, melabur untuk iklan PPC dan bayaran untuk outsources (upah) projek-projek saya..”. Agak-agak, berapa duit untuk kegunaan peribadi dia ya?

Jadi jelas di sini, kebanyakan mereka yang meletakkan screenshot pendapatan hanya semata-mata ingin membuat orang teruja. Kebanyakan, bukan semua.. Mereka telah menjual maruah mereka dalam tak disangka oleh mereka sendiri. Mereka seolah tidak yakin dengan produk (formula) yang mereka jual tersebut, lantas menggunakan taktik meletak screenshot pendapatan. Ya, ia satu taktik dan mengikut satu kajian dan pendapat mereka yang melakukan teknik ini, “conversion rate” meningkat 400%!! TETAPI, yang membeli mula keliru setelah mendapat produk yang dibeli itu.

“Hmm, dah sebulan, kenapa tak dapat hasil lagi yer..”

“Kat laman web bukan main gempak RM1 juta dalam 9 hari, tapi hampeh, formula yang dijanjikan memerlukan masa yang lama rupanya..”.

Kemudian mereka pun bertanya kepada penjual formula itu tadi, “Kenapa dalam sebulan ni saya tak dapat apa-apa hasil ya?”. Jawab yang menjual, “Anda perlukan kesabaran, masa dan konsistensi. Saya ambil masa 1 tahun untuk menguasai teknik ni tau..”. Lihat, di laman web jualan tidak diberitahu pun hal ini, sebaliknya berdentum-dentam dijanjikan itu dan ini!

Nak letak juga screenshot pendapatan di laman jualan?

Pada hakikat sebenar, saya kurang galakkan sebab naluri manusia memang cepat teruja. Kita sebagai seorang muslim atau seorang manusia yang berjiwa baik, perlulah memahami bahawa walaupun kita berniat hanya untuk membuktikan usaha kita dan itu hasil kita, tapi pandangan orang lain adalah berbeza. Mereka akan tetap teruja, kerana mereka manusia biasa. Taktik ini walau berkesan untuk menghasilkan jualan, namun dari segi akhlak atau etika, 90% adalah lari jauh daripada matlamat asal muamalah yang sebenar. Kita mahu menjual sesuatu yang betul-betul diperlukan oleh si pembeli, bukan sebab teruja dengan pendapatan dan usaha kita. Kita sepatutnya lebih menekankan manfaat produk daripada menekan-nekan aspek duit duit dan duit.

Jika anda ingin menggunakan juga teknik ini, berikut adalah saranan saya:

1. Nyatakan bahawa pendapatan anda itu adalah daripada usaha yang perlukan kesabaran dan kegigihan, perlu ada pengorbanan masa

2. Pendapatan anda adalah pelbagai, bukan satu bidang sahaja. Dan income yang ditunjukkan bukanlah pendapatan bersih, ia belum ditolak dengan kos dan juga modal

3. Beritahu kepada bakal pembeli, screenshot pendapatan itu adalah untuk membuktikan formula yang digunakan telah memberikan hasil begini dan begini DAN ia adalah hasil usaha dengan begini dan begini (ada perancangan, faham, perlukan sedikit masa..)

4. Sebagai analisis. Letak screenshot untuk membuat analisis dan menunjukkan kepada bakal pembeli. Sebelum guna formula, hasilnya sedikit, tetapi selepas menggunakan formula ‘hebat’ tadi, kini jualan dan income berlipat-kali ganda.

Saya tahu, mungkin ada yang akan mengatakan, cara sebegini tidak “business minded”. Kalau jujur sangat susahlah, orang tak mahu atau lambatlah orang nak beli. Ya, saya faham, sebab saya juga berniaga. Tetapi saya tinggalkan satu soalan kepada pernyataan tersebut dan sebagai penutup tulisan ini:

Anda ingin menjadi usahawan yang hanya tahu buat duit atau meletak akhlak dan nilai etika dalam muamalah sebagai KEUTAMAAN? Yang mana satu lebih penting? Sila jawab, dan itulah jawapan UNTUK DIRI ANDA SENDIRI.

Sekian PENDAPAT PERIBADI SAYA yang juga merupakan prinsip saya dalam perniagaan. Berhentilah ‘menipu’ diri sendiri dan juga orang lain.

PS.
Tulisan ini saya tidak menujukan kepada sesiapa, tetapi melihat kepada aspek perniagaan internet yang global. Saya perhatikan, ramai orang terutama newbie tertipu dengan janji-janji manis kebanyakan usahawan internet dengan cara sebegini, lantas pasaran di internet dalam bidang tertentu sedikit lumpuh dan cacat akibat ‘usaha serong’ oleh segelintir yang tamak. Jadilah usahawan internet yang sebenar…

KEPADA PEMBELI: Usah mudah terpedaya dengan janji-janji manis terutama mengenai DUIT, gunalah pertimbangan akal dan fikiran yang baik untuk mengelakkan sifat teruja yang akan memakan diri sendiri.

RAHSIA PERNIAGAAN INTERNET:

Rahsia perniagaan internet yang sebenar adalah kefahaman yang jelas seseorang itu akan mengenai perniagaan internet yang sebenar-benarnya, iaitu membina satu asas yang kukuh dalam diri dan fikiran, bukan hanya sekadar melakukan sekadar melepas batuk di tangga atau ala kadar. Melakukan pelbagai strategi serta mencari yang sesuai dan terbaik buatnya, bukan mengikut arah angin atau “hype” (tipu daya) sehari-hari yang terus-menerus wujud di dalam industri ini.

Rahsia perniagaan di internet juga adalah diri anda sendiri (usahawan internet), iaitu mempunyai fikiran yang baik, mempunyai strategi yang tersendiri, asas yang kuat, bukan hanya sekadar membuat duit semata-mata, bermatlamat jangka panjang dan berpendirian teguh (ada prinsip). Usahawan internet yang sebenar adalah mereka yang mengutamakan nilai etika dan akhlak muamalah yang baik-baik dan memberikan manfaat kepada pelanggan (pembeli) mereka.

Sesungguhnya membina perniagaan internet adalah membina sebuah bisnes untuk jangka panjang dan berperancangan. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Rich Schefren dalam Internet Business Manifesto.

– sekian –

Ikhlas,

SmartZuL
“Anti-Hype” 😉

Rujukan menarik mesti baca:

1. Blog Henry Gold. Beliau adalah usahawan internet yang banyak bongkar KEBENARAN dan begitu jujur dalam usaha niaganya.

Antara artikel beliau yang amat menarik:

Why Marketers Go Broke?

Who Destroyed the Marketer’s Reputations?

Satu katanya yang amat menarik, “I am not going to be the judge. I just want you to know that small marketers, are NOT always wrong. Big marketers are NOT always right…”. 😉

Jumpa lagi.

TAWARAN TERHAD : Kupon RM15 untuk pembelian Ebook WordPress. Klik di sini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

40 thoughts on “Gunakan Formula Saya Untuk Menjana RM10,000 Dengan Mudah!

  1. tq zul.

    dulu, di awal penglibatan saya dlm dunia ebiz ni,
    mmg saya terpengaruh dgn ayat2 “power” di atas.

    alhamdulillah, skrg saya dah berubah. semua ni kerana banyak mendapat perkongsian ilmu ebiz drpd zul dan pakar2 ebiz yg lain.

    “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian hari”

  2. ade sikit terkene pulak..(dulu2la).. mcm hapisol kata, dulu saya pun mmg ghairah dgn benda2 mcm ni.. pantang tgk ade advert mcm tu, mula la meloncat seronok.. main beli je ebook ke ape ke.. Last2 terhegeh2 gak nak nak dpt duit ribu2nye… skg ni beli ebook zul je…kan sifu kan?

  3. Tepat sekali, Zul! This is one of the best posting you’ve made…

    Hanya ada beberapa cara je dapat jadi INSTANT millionaire:

    1.) Saudara anda yang jutawan tiba-tiba meninggal dan anda seorang saja waris yang ada.
    2.) Cara TAK halal – menang loteri sejuta, menang judi high-stakes, rompak bank, rompak kedai emas, jadi pengedar dadah, jual porn…

    But for manusia biasa macam kita, the only way ialah dengan usaha yang tekun, work smart, jujur dan ikhlas.

    Normally, mereka yang nampak tiba-tiba berjaya kat internet adalah kerana mereka sebelum tu dah 2-3 tahun plan (rancang) strategi mereka. Bukan hanya sekadar bina blog, website saja … tapi benar-benar rancang strategi untuk 6 bulan, setahun, 2 tahun, 5 tahun, etc… strategi pemasaran & pengiklanan, strategi product launching, strategy after-sales, etc…

    Plan Your Work and Work your Plan!

  4. “Gunakan formula saya untuk menjadi jutawan dalam masa 9 hari sahaja! Sudah ramai yang berjaya…”

    Ayat itu paling saya meluat (benci bagi orang utara) sekali. Saya dulu pun banyak juga terkena, tetapi pengalaman mematangkan kita.
    Sekarang saya lebih berhati-hati. TQ diatas nasihat ikhlas Zul.

  5. itulah kuasa nombor. ia macam magnet, punya kuasa tarikkan tersendiri. bila melihat angka yang banyak, manusia cepat teruja lantas ingin memiliki…seperti post zul pada hari ini…

  6. Bgus zul post ni.. Memng benar semua tu.. Byk yg tertipu..
    Tanpa usaha yang berterusan jangan mimpi la nak jadi kaya.. Orang yang jutawan tu tah berapa kali dia jatuh kemudian bangun kembali baru berjaya..

  7. for me, jadi jutawan ‘mee segera’ susah nak percaya, mustahil dia jadi jutawan segera sekelip mata atau dalam 9 hari, melainkan dengan cara yang Galadriel cakap kat atas tu..internet hanya sebagai medium bisnes, medium komunikasi..jadilah usahawan yg ‘real’ dengan cara jual barang atau perkhidmatan, than u get the money as profit in return..memang dah ada jutawan dengan cara online, tapi bukan dalam 9 hari! hehehe… 🙂

  8. hi sme…

    sy ade gak terjebak skali… letih x de pape pun yg spesifik. La ni sy sendiri pun kurang yakin ttg biz ni tp masih mencuba gak. Sy byk membace apa yg smartzul anta kat sy (terima kasih) tp bab membeli ebook tu sy minta maaf ye 🙂 belum ade keyakinan lg.

    Sy lebih ske bace apa yg di tulis oleh smartzul sbb mudah difahami dan dipraktikkan daripada blog2 mat saleh (kurang paham bhs eng. le). Byk manfaat yg sy perolehi dr blog beliau.

  9. Assalamualaikum saudara zul saya rasa sungguh bersyukur kpd Allah krn telah berjumpa dgn artikel2 dari zul yang telah menyedarkan org2 melayu kita dan termasuk saya yg senang terpengaruh dgn ebook yg cuma mencari untung semata-mata lastly pembeli jadi bingung ,keliru dan confuse…. akhirnya ape yg berlegar di otak saya nie sekian lama akhirnya terurai dgn nasihat dari saudara zul krn dulu saya sering tertipu dgn ebook boleh jadi jutawan dgn sekelip mata shj..benar seperti kata2 artikel saudara semua benda perlukan usaha yg gigih barulah kita mencapai ape yg dihajatkan dan akhir kata semoga saudara mendapat rahmat dari allah dan dimahalkan rezeki… susah nak cari org jujur skrg..

    jika kita gagal merancang sebenarnya kita merancang untuk gagal

  10. kalau saya ada lampu ajaib alladin, saya nak minta semua orang yang boleh membaca BM supaya dapat baca artikel yang ditulis ini.

    artkel ini jadi ‘default website’ untuk setiap orang dan supaya mereka baca dan faham akan janji2 manis yang tak diterima akal waras

  11. Saya masa mula² berjina jinak dengan ebiz dulu..ada gak kene…leh kata semua org penah kene..Itulah yang patut dijadikan satu teladan…Kenapa nak jatuh lubang yang sama..

  12. Hehe saya pun pernah kena gak. Tengok screenshot gempak, salesletter gempak tapi last-last baca e-book, everything spam, blackhat, against adsense policy.

    Lepas kejadian tu saya betul-betul beware, nak beli pape saya baca review orang kat forum dulu. Pengalaman adalah guru terbaik 🙂

  13. …dulu teruja juga dengan ayat power tu, sekarang agak lebih berhati-hati bimbang tertipu. Ilmu adalah segalanya.

    _ masih bisnes cara lama ….

  14. hahha… punyalah gempak nak kaya… nak jadi jutawan. apahalpun pertimbangan akal perlu digunakan dengan sebaik mungkin… jangan pakai terjah je nak kaya…

    informasi yang berguna amat penting untuk anda membina masa depan dengan perniagaan internet.

    sekian terima kasih…

    ingat muah ker nak jadi jutawan… jutawan berjualan tepi jalan pun banyak cabaranya… bukan tetiba je jadi jutawan. yer tak?

  15. Zul,

    Terima kasih kerana memberi peringatan. memang tawaran yang hebat tu kekadang buat semua orang teruja. Apa pun penuhkan dada dengan ilmu
    usahakan bisnes dengan jujur.

  16. Benar Zul,

    To be honest, saya memang dah terkena dengan “hype” macam ni.. bila difikirkan kembali, memang benar untuk membina sebuah perniagaan internet memakan masa..(itulah kos sebenar yang belum ramai yang mampu bayar)

    Kepercayaan saya lebih meningkat lagi selepas membaca ebook Rich Schefren “Internet Business Manifesto” salah seorang internet marketer yang mempunyai idea bisnes “strategic”. Beliau pun menyatakan hal yang sama iaitu tiada kejayaan dalam masa singkat.

  17. saya pernah tertipu 2 kali la sebab screenshot gitu. Sesiapa pun mengalir air liur nampak pendapatan 5 angka itu. apa lagi terus saya membeli ebook tersebut. lepas tu baru saya tau telah tertipu.

    teknik marketing diorang guna tu bijak sekali.. “Rahsia $$$ dari rumah”, “mendapat $$$ walaupun sedang tidur”…… menggunakan ayat-ayat yg berbunyi ajaib.. tetapi isi kandungan ebook yg tak seberapa aje tu.

    tetapi bagus juga la.. sekarang saya dah faham apa tu “marketing”. saya sekarang dah mampu jimat wang semasa membeli-belah. tidak akan mudah tertipu lagi.

      1. kena tipu macam mana tu hamid?
        kadang2, mereka tu betul sebab mereka dah usaha bertahun2…
        tapi yang tak betul pada mereka adalah tak jelaskan dengan betul…

        han

        1. kalau orang yang tak amanah dalam berniaga, baik jangan beli dari dia…
          nanti menyusah kan kita dan kita juga akan menyesal sebab membeli dari dia…

          han

        2. Tu la masalahnya han,
          kalau kita mengetahui dulu sikap mereka boleh la kita mengelak.
          Tapi kalau kta terburu² menyesal la jawabnya.

  18. akm, tahniah anda usahawan internet muslim sebenar..JUJUR membezakan dengan penipu..JUJUR melahirkan KETENANGAN dan KEYAKINAN..mereka dpt banyak pun tak berkat! saya sgt setuju dgn tulisan anda..my cofident increase in your smartusaha..look forward to learn how to start my own internet biz..jazakallah khairan kathira.

  19. wahahaha… gempak tul nak kaya cepat. bukan mudah nak tunjuk skreenshoot tersebut dengan jayanya tanpa sebarang usaha. kalo dah usaha dan berjaya baru bleh nak fikir nak letakkan skreenshoot itu sebagai dorongan kepada orang lain, bukan sekadar mengharapkan skreenshoot yang palsu itu…

    1. abdfatah,
      sreenshot tu kita boleh edit dgn photoshop kalau kita reti guna la…
      saya rasa sreenshot tu mungkin betul dan mungkin palsu..hehe..

      kalau betul mesti dah lama usaha mereka tu…
      takkan 1 sebulan dah dapat RM10000…
      betul tak…

      han

  20. abdfatah
    ada juga orang membuat jualan dalam satu malam sahaja boleh menjadi jutawan,
    ini disebabkan usaha mereka mengumpul list dan produk yang berkualiti serta banyak permintaan 😉

    1. setahu saya, IM tempatan masih takde lagi yang semalaman menjadi jutawan…
      kalau tak salah saya, DR irfan pun 3 tahun untuk jadi jutawan…
      mungkin tak lama lagi akan muncul IM tempatan kita yang satu malam je jadi jutawan… 😉

      han

    1. bukan senang nak kumpul list utk jutawan subscriber…
      memang susah tu…
      tambah lagi kena tahu bahasa inggeris juga…
      kalau tak, tak boleh dapat subscribe luar negara…
      untuk tempatan saja tak boleh jadi jutawan…
      sebab negara kita masih kurang yang membeli di internet…

      han

  21. wah, rm10,000 dengan mudah. kalo tak boleh berjaya dengan formula ini bermakna tidak ada maknanya formula tersebut. namun ia bukan formula ajaib sebagaimana yang anda harapkan… teruskan usaha untuk mendapatkan rm10,000 dengan jayanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *