Rahsia Pendapatan Cara Mudah, Simple, Tetapi Menguntungkan!

Tajuk di atas hanya ‘gimik’ sahaja. Tajuk yang sebenar untuk artikel ini ialah:

Kumpul Bakal Pembeli Walaupun Produk Belum Siap

Pada hari ini, saya mahu berkongsi satu tip yang amat mudah, TETAPI amat penting untuk anda melakukannya. Cara dan teknik ini digunapakai secara meluas oleh sesiapa sahaja hatta si guru pemasaran yang telah berjaya sekali pun.

Termasuklah diri saya sendiri, setiap kali saya mahu melancarkan satu produk baru, cara ini adalah WAJIB bagi saya. Dan saya harap, anda pun cuba melakukannya. Yang pasti, ia menjadi!

Dan berita gembiranya, dengan teknik inilah anda akan mendapat bayaran daripada pembeli tanpa perlu bersusah payah selepas melancarkan produk anda tersebut. Satu perkara yang saya ingin nyatakan di sini, teknik ini lebih sesuai untuk produk baru anda sendiri. Maksudnya, produk unik yang tiada di mana-mana pun.

Contoh terbaik di sini ialah, walaupun produk Panduan Mudah FTP saya belum siap sepenuhnya, saya sudah ada ratusan bakal pembeli yang sedang menunggu untuk membeli. Dengarnya seperti agak menarik bukan? Itulah hakikatnya. Bayangkan, produk belum siap tapi dah ada orang yang mahu membayar anda pada bila-bila masa!

Berikut adalah teknik dan strateginya secara mudah:

1. Seelok mungkin, anda buatlah perancangan mudah untuk produk anda. Katakan anda meletakkan masa selama 1 bulan untuk siapkan produk anda.

2. Dalam masa sebulan tersebut, anda siapkan satu page yang simple atau dipanggil juga sebagai ‘squeeze page’ untuk mendapatkan nama dan emel mereka yang berminat. Ya, sudah semestinya anda mesti mempunyai Autoresponder untuk mengumpul list. Sekali lagi saya ulangi, orang yang ‘kaya’ melalui internet biasanya mempunyai ‘list’.

*Beberapa hari lepas, seorang rakan JV saya telah membeli autoresponder di Aweber.com. Walaupun beliau tidak mempunyai modal yang banyak, namun dengan memahami kelebihan jangka panjang dengan Autoresponder berbayar, dia sanggup melaburkan wang untuk itu. Saya harap, anda juga berusaha dan merancang strategi untuk kejayaan anda sendiri.

Baik. Di page tersebut, anda perlu menyatakan ayat yang tertentu agar mereka mendaftarkan diri (nama dan emel). Contohnya:

“Daftarkan nama dan emel anda, dan dapatkan diskaun 20% untuk produk kami ini nanti. Peluang ini akan ditutup pada bila-bila masa sahaja!”

“Jadilah di antara pembeli terawal yang mendapatkan produk ini dan dapatkan diskaun 20% sebaik sahaja ia dilancarkan!”

“Jadilah di antara yang terawal untuk mengetahui mengenai produk ini dan dapatkan 5 siri tip hebat petua kesihatan secara PERCUMA terus ke emel anda!”

Itu hanya contoh saya secara spontan sahaja. Saya bukanlah pakar ‘copywriting’. Jadi, mungkin ayat-ayat tersebut tidak begitu ‘killer’. 😉

Poin yang perlu anda tahu ialah, letakkan satu ‘tawaran’ yang membuatkan mereka tidak mahu melepaskan peluang tersebut. Contoh tawaran adalah seperti jika mereka mendaftar ke ‘list’ anda, mereka akan mendapat Ebook percuma atau beberapa siri emel (newsletter) atau diskaun untuk produk anda nanti.

Ingat, jangan hanya menyuruh mereka mendaftar sahaja tanpa memberikan apa-apa imbalan kepada mereka. Satu lagi syarat untuk mendapat hasil yang optimum kelak ialah, anda mesti menyatakan secara jelas apakah produk yang akan anda keluarkan tersebut. Jangan hanya bagi ‘hint’ atau hanya sekadar menyatakan ‘produk baru kami’ agar anda mendapat mereka yang benar-benar berminat.

Saya telah melakukan kesilapan tersebut sebelum ini di mana saya tidak menyatakan secara jelas apa produk saya. Walaupun ada ratusan bakal pembeli, tetapi mereka hanya mendaftar sebab hanya mahu tahu semata-mata. Kesannya, hanya sekitar 45% sahaja yang membeli. Berbeza jika anda menyatakan secara jelas apa produk yang akan anda keluarkan nanti, anda akan mendapat peratusan bakal pembeli yang betul-betul mahu membeli.

Contohnya, jika anda mahu mengeluarkan satu Ebook bertajuk “33 petua badan sihat dan kuat”, anda perlulah menyatakan secara jelas, apa yang akan ada di dalam Ebook tersebut atau secara mudah, ringkasan mengenai kandungan Ebook tersebut.

*Saya akan bagi contoh ‘squeeze page’ di tulisan akan datang untuk contoh ini. Untuk makluman, saya akan hasilkan satu Ebook terbaru nanti.

3. Promosikan squeeze page tersebut dengan pelbagai cara seperti iklan banner, link, tulis di blog, letak di sidebar blog, iklan percuma, PPC dan pelbagai lagi cara promosi. Pelawat yang terus masuk ke page tersebut akan membuat keputusan untuk mendaftar atau tidak. Jika mereka berminat, mereka akan daftar. Jika mereka tidak mahu, maka mereka itu bukan prospek anda. Ingat, target anda ialah mereka yang berminat sahaja.

4. Dalam masa sebulan atau tempoh yang anda tentukan di awal tadi, walaupun produk belum siap, anda telah pun mempunyai bakal pembeli. Seorang demi seorang yang berminat akan mendaftar ke dalam ‘list’ anda walaupun produk belum siap.

5. Katakan segalanya sudah siap (laman jualan, produk, dan lain-lain), tibalah masa untuk pelancaran. Anda tidak perlu bersusah payah untuk membuat promosi lagi sama ada yang memakai kos atau tidak. Apa yang perlu dilakukan ialah anda hanya perlu menghantar emel kepada mereka yang telah mendaftar ke dalam list anda. Umumkan bahawa produk anda telah pun dilancarkan.

Mari kita kira-kira

Katakan dalam tempoh sebulan anda berjaya mengumpulkan seramai 100 orang bakal pembeli. Harga produk anda pula ialah RM30.00 katakan (untuk tempoh terhad). Biasanya, tidak semua orang yang mendaftar tersebut akan membeli. Katakan hanya 50 orang membeli. Hasilnya ialah = RM1500.00 tanpa perlu begitu bersusah payah. 🙂

Anda perlu mempercayai formula dan strategi ini. Saya dan ramai lagi usahawan internet melakukan cara ini. Kami mendapat pembelian dengan begitu mudah sekali tanpa perlu bersusah payah mempromosikan untuk mendapatkan satu pelanggan. Strategi ini salah satu tujuannya ialah untuk mendapatkan ‘fast income’.

Cara Tak Untung: Siapkan produk –> Cari pelanggan

Strategi Yang Bijak: Kumpul bakal pembeli –> Siapkan produk –> Jual

Nampak tak beza kedua-dua cara tersebut? Begitu berbeza sekali.

Berbanding dengan menyiapkan produk dan kemudian baru melakukan promosi, ia amat menyulitkan sebab kita perlu meyakinkan dan berhubungan dengan bakal pembeli itu dahulu sebelum mereka membuat keputusan pembelian.

Berbeza dengan bakal pembeli yang mendaftar ke dalam list, mereka sudah kenal kita lagi-lagi jika kita telah menghubungi mereka beberapa kali sebelum pelancaran produk. InsyaAllah dan yakinlah bahawa, di hari pertama anda melancarkan produk anda, biasanya anda akan mendapat pembelian sekurang-kurangnya daripada seorang pembeli. Tapi biasanya lebih daripada itu. 😉

Kesimpulan

Teknik dan strategi ini amat mudah dan simple tetapi telah memberikan pendapatan yang cepat kepada usahawan internet. Buat kerja sekali (sediakan squeeze page), fokus pada penghasilan produk dan umumkan apabila telah siap.

Kumpul bakal pembeli + Siapkan produk –> Produk Siap –> Umum pelancaran

Oh ya. Teknik ini bukan hanya untuk Ebook semata-mata ya. Yang jual produk fizikal pun boleh melakukannya termasuklah anda yang menggunakan ebay atau lelong.com.my untuk menjual barang. Teknik yang saya kongsikan pada hari ini adalah berkaitan Email Marketing, maka ia sesuai untuk apa-apa produk pun.

Nota Tambahan:

‘Squeeze page’ adalah satu jenis ‘mini-site’ yang mempunyai satu tujuan sahaja iaitu daftar atau tidak mendaftar (subscribe or don’t subscribe). Di ‘squeeze page’, ada borang pendaftaran (opt-in form) untuk pelawat mengisi nama dan emel mereka. Contoh ‘squeeze page’:

http://smartusaha.com/7blogger/

http://smartusaha.com/news/news-perniagaaninternet.html

Kata Jim Edwards, mini site ada empat keadaan:

1. Beli atau tidak beli

2. Daftar atau tidak daftar

3. Klik atau tidak klik

4. Ya atau tidak

Untuk mengoptimakan ‘squeeze page’ anda, pastikan ia mengandungi info yang jelas apa yang akan pelawat akan dapat dan nyatakan satu tindakan sahaja yang perlu mereka lakukan iaitu mendaftarkan nama dan Emel. Jangan menyuruh mereka buat pelbagai perkara di ‘squeeze page’ tersebut atau menceritakan pelbagai perkara yang tidak berkaitan.

*Jim Edwards adalah salah seorang yang berpengalaman mengenai mini-site dan membina kekayaannya di Internet melalui penggunaan model mini-site.

Selamat mencuba.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Rahsia Pendapatan Cara Mudah, Simple, Tetapi Menguntungkan!

  1. Ya. Fokuskan kepada satu perkara sahaja dalam squeeze page supaya pelawat tak kena distracted.

    Saya pernah lihat ada banyak orang yang buat macam-macam link kat squeeze page. Ini akan “mencederakan” kadar opt in.

  2. Zul, Thanks…Satu pendedahan yang cukup berguna untuk newbie perlu tahu. Sebab sebelum ini ramai orang memandang ringan untuk kumpul list. ‘Autoresponder’ (kumpul list) ini boleh di katakan sebabagai oksigen kepada perniagaan internet ini.

    Bak kata Azman Chin “Alang2 seluk pekasam”.

    P.S – Fuhh! Dua hari tak dapat online rasa mcm tak senang duduk jer…Ni pun sempat curi masa 30 min online kat cc di KL ni. 🙄

  3. betul tu. saya perhatikan saudara amirul juga sedang berbuat demikian untuk ebook teknik nichenya . Siap ada peraduan …2 hadiah ebook percuma. 🙂 banyak asam banyak garam …. ❓

  4. Bab inilah yang saya tak buat lagi, nak beli Autoresponder mahal sangat, tapi akan buat juga pada masa hadapan. Tapi saya bersetuju sangat dengan pendapat “your money is on the list”. Ini slogan para otai2 IM ni 🙂

  5. Bravo..

    Satu tips dan teknik yang sememangnya telah terbukti berkesan. Walaupun teknik ini sudah lama, tapi masih ramai lagi yang tidak mengaplikasikannya..

    p/s : Untung bila dah tahu awal2.. 😉

  6. Terima kasih Zul,

    Kalau kita sanggup bekorban untuk dapatkan autoresponder berbayar macam Getresponse,banyak faedah untuk kita.Macam Zul cakap sebelum produk dilancar sudah ada bakal pembeli menunggu.

    Pelik tapi benar.

    Tips yang bagus untuk newbies macam saya ni.

  7. Kini saya sedang cuba mengaplikasikan teknik ini pada awal tahun 2008. Mungkin ia mengambil masa sedikit tetapi, saya tetap akan teruskannya.. Contoh yang saya dapat lihat ialah VideoPercuma.com 😛

  8. Teknik yang menarik! 🙂

    InsyaAllah, nanti-nanti saya akan lancarkan produk, saya akan lakukan ini. Sudah terbukti Zul kata ia berhasil, jadi masakan saya perlu abaikannya.

    Dan, kalau tak silap saya… tip ini juga ada terkandung di dalam ebook Rahsia 10K. 🙂 Sekali lagi, ia terbukti!

    – Usahawan, Zainun Mat Deris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *