Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com


Kalau Nak Berjaya

Kalau nak berjaya, satu-satunya perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah tukar cara kita berfikir.

Sebagai contoh, kita mahu menyertai sesuatu kursus, bengkel atau seminar, katakan yurannya adalah RM1800.00.

Bagi sesetengah atau kebanyakan orang, reaksi mereka adalah seperti berikut:

“Saya tak mampu la..”, “Saya tak ada modal”, “Sorry la, tak ada duit nak join”, “mahalnya!!!”.

Maaf kalau saya katakan, kata-kata sebegitu boleh melambangkan atau memberi makna yang mendalam terhadap siapa dan jenis apa pemikiran kita. Ya, ia satu bentuk pemikiran tahap rendah. Pemikiran atau mindset sebegitulah yang membuatkan kita amat sukar untuk berjaya. Ia umpama satu block yang menghalang kita untuk terus mara maju ke hadapan.

Sebaliknya, orang-orang yang mudah berjaya, hanya salah satu daripada dua reaksi berikut sahaja yang akan mereka lakukan:

1. Mereka berdiam diri tanpa melatah. Kalau mereka tidak mampu mereka tidak akan berfikiran negatif atau mereka akan mencari alternatif lain.

ATAU

2. Mereka akan berkata begini kepada diri mereka sendiri: “bagaimana aku boleh dapatkan modal RM1800.00 untuk menyertai kursus tersebut?“.

Orang-orang yang berfikiran tinggi melihat hasil (results) berbanding melihat apa yang dilabur atau dikeluarkan. Bagi mereka, jika bayar RM1800.00 iaitu yuran yang mahal tetapi jika hasil yang diperolehi selepas mempraktikkan apa yang mereka belajar boleh memberikan keuntungan besar berlipat kali ganda, maka bagi mereka “why not?”.

Sebaliknya orang-orang yang berfikiran pendek dan aras rendah, mereka asyik melihat kos yang perlu mereka keluarkan. Orang-orang yang lemah sebaik sahaja mendengar jumlah kos yang perlu dibayar yang tinggi, mereka akan segera berputus-asa. Sebaliknya orang yang berjaya, mereka tetap tersenyum dan berfikiran positif.

Begitulah kita lihat, ramai orang yang asyik memberi alasan demi alasan. Untuk keluarkan beberapa puluh ringgit pun begitu berkira-kira. Padahal pelaburan mereka itu adalah untuk jangka masa panjang.

Bayangkan, jika tidak ada pengetahuan tentang sesuatu, duit RM50.00 katakan akan habis begitu saja. Malah zaman sekarang apalah sangat RM50.00, satu hari pun boleh habis macam tu saja. TAPI jika gunakan RM50.00 untuk membeli sebuah buku, ilmu yang kita kuasai dan terokai dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja malah dapat hasilkan RM50.00 berulang-ulang kali!

Inilah kehebatan ilmu. Jadi saudara saudari semua, jika mahu berjaya, tukarlah cara kita berfikir. Jika selama ini kita asyik kata tak boleh, tak dapat, tak mampu, sekarang kita tukarkan kepada mindset “apa yang perlu aku lakukan”, “how I can afford it?”, “bagaimana nak dapatkan duit sebanyak tu?”.

Saya menulis artikel ini bukan untuk menujukan kepada sesiapa. Tapi saya tergerak untuk menulis perkara ini kerana ke mana-mana saya pergi, 95% orang yang saya jumpa dan lihat, mereka sering beralasan dan alasan itu membuatkan mereka terhenti setakat itu. Mereka mengunci diri mereka sendiri dan membuatkan mereka terus berada di takuk yang lama tidak maju-maju.

Persoalan di sini, kita termasuk golongan yang mana? Golongan yang berfikiran aras rendah atau golongan yang berfikiran tinggi?

Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • rasia pemikiran orang berjaya


34 Responses to “Kalau Nak Berjaya”

  1. Untuk mencapai kejayaan…. pelaburan terhadap ilmu pasti berlaku.Lebih baik wang yang digunakan itu adalah hasil pendapatan sendiri agar lebih menghargai NILAI ilmu yang sebenar….

  2. satu perkongsian yang menarik untuk dibaca.

  3. ianya mmg benar… dulu mmg saya tak open minded ttg semua ni. tp skrg ni, saya akan letakkan sedikit duit untuk ilmu ni.setiap kali gaji,pasti ada produk yg ingin saya beli. Bila melihat rakan2 lain join seminar, saya cuma berharap satu hari nanti saya juga berpeluang pergi sama. Sentiasa kena fikir positif dan amalkan Law of Attraction.InsyaAllah,dgn doa saya selama ini..saya juga akan menguasai ilmu2 yg ingin saya kuasai.

  4. Abang Long says:

    Setiap hari kena tambah satu ilmu. Tak kiralah banyak atau sedikit. Yang pentingnya ada perubahan setiap hari.

  5. Lanchini says:

    Salam en Zul,

    Saya setuju dengan pandangan mengenai kepentingan untuk membuat pelaburan demi hasil yang lebih menguntungkan.

    Saya sendiri pernah mempunyai mindset utk mendapatkan panduan secara PERCUMA sahaja. Nak kursus percuma, ebook percuma dan macam2 lagi guide percuma. Nak save duit la konon2nya. Natijahnya, perkembangan projek saya terbantut dan hadapi macam2 masalah. Kalau dicongak2, nilai kerugian saya jauh lebih tinggi dari duit yuran kursus berbayar.

    Itulah sedikit pengalaman dr saya..

  6. eyeman says:

    setuju. jika kita mahu, usaha sampai dapat. :)

  7. Mohd Azree says:

    artikel yang menarik .thanks bro.

  8. Fahmi Samuni says:

    boleh x copy artikel ni letak kt blog saya..? hehe

  9. Akmal says:

    tukar cara kita berfikir mungkin salah satu langkah awal untuk berjaya, tapi percayalah, cara berfikir sahaja tidak cukup untuk berjaya. saya ada tulis satu rahsia kejayaan dalam post blog Aidan saya: http://blog.aidan.com.my/2009/04/biar-saya-kongsikan-formula-kejayaan/ sudilah melawat..

  10. Zolkie Baki says:

    yup artikel yg cukup 'memberangsangkan' thank's zul -;)

  11. alantanblog says:

    Bila beri komen dibawah, lihat apa feedback yg diperolehi!

    kalau asyik nak FREE je, camne nak maju?

    http://www.wangcyber.com/forum/wts-pengiklanan-and-pemasaran/14585-speed-adsense-limited-10-person-syed-ikhwan-17.html

  12. Fazli says:

    ramai yang tak sedar sebenarnya ilmu tu adalah aset utk kita berjaya lebih jauh lagi. kegagalan pun adalah satu aset. pengalaman kita adalah satu aset berharga. nak seribu daya, tak nak seribu dalih. kalau nak buat, buat je. berjaya atau tidak tetap kita kena usaha juga. tq zul.

  13. Zul dan rakan2 sekelian, itu RM1800 untuk ilmu.. Tetapi saya bersama Tuan Shamsuddin Kadir membuat wokshop hanya RM150 sahaja untuk ilmu dan faedah dengan nilai yang sangat tinggi itu pun sukar untuk mereka laburkan.Harta benda jika kita belanjakan akan habis jua, tetapi jika ILMU yang baik akan meninggikan martabat diri kita…

  14. Abang Long says:

    hairizal> couldn't agree more. Sebab tu kos per pax utk hadir ke bengkel rahsia tarikh lahir/rahsia kuasa minda/rahsia kekuatan matlamat yg saya anjurkan adalah antara RM 150 (di KL) dan antara RM 200 ke RM 250 (luar KL). Tuk personal coaching, will be cheaper. 3 perkara yang akan membantu kita di alam barzakh nanti adalah sedekah/amal jariah kita, doa anak yang soleh dan ilmu yang digunakan oleh anak-anak murid kita/orang lain

  15. Abdul Rahman says:

    Ada juga orang yang dapat duit, beli buku. Dapat duit, beli buku. Aish. Susah hidup macam tuh (macam orang yang tengah cakap ni).

    Tapi pasal cara fikir tu, memang betul. Ada yang mengeluh, ada yang cari jalan untuk mendapatkan perkara itu.

    RM1.8k? What the heck, cari ar duit untuk dapatkannya.

  16. saya bersyukur tempohari beli kit blogger upgrade wordpress, mmg berbaloi. saya tiada basic css, tp sejak pandai upgrade wordpress saya tau tweak code, placement grafik dan ads, macam2 lg bermula dr pelaburan ilmu. harapan saya blh buat blog dan minisite sendiri pula.saya juga menganjurkan kursus baja (RM300) dan selalu terima rungutan mahal. sbnrnya nilainya lbh dr itu dan tdk di tawarkan olh byk pihak. tdk semua org bersedia utk pelaburan modal insan yg minta pengorbanan..

  17. Zahrul Azua says:

    Ada duit terus pergi…. tak de duit tak payah bising… fikir macam mana nak cari duit utk pergi… doa… bertindak… insyaallah… tak kan lari gunung di kejar hilang kabus nampak ia…

  18. InsyaAllah kalu ada kemahuan tetap ada jalan… kekadang tu peluang tidak akan datang berkali-kali.. untuk ilmu tidak perlu ada banyak alasan.. Jika ada banyak alasan, kita akan berada di situ sampai bila2 bahkan mungkin lebih teruk lagi :)

  19. Saya stuju. Bak kata Donald Trump. Focus on the solution!!!! :) Come visit my blog and give yr comment…http://motivatedeveryday-al.blogspot.com/

  20. setuju sangat2 dengan ni

  21. Labur pada diri sendiri dahulu baru labur pada yang lain

  22. Pelaburan terbaik ialah pada diri sendiri…Ilmu akan menjaga diri pengamalnya,Insya-ALLAH.

  23. KampungBoy says:

    Berusah n terus berusaha
    jgn toleh kiri kanan
    jalan mesti kedepan bukannya kebelakang
    renung2kanlah

  24. nazanoyin says:

    salam en smartzul ..
    setuju dengan article ini .. pelaburan ada banyak jenis .. salah satunya pelaburan untuk mendapatkan ilmu ..

  25. Rahmah says:

    Saya setuju.. mindset memainkan peranan penting menentukan kita berjaya atau tidak. Positif mindset sentiasa attract perkara positif di sekeliling kita. Untuk memupuk positif mindset, kita perlu berkawan dgn. org2 yg positif.

  26. Bagi pandangan saya Ilmu itu lebih tinggi dari nilai Wang Ringgit. Sebabnya saya sendiri telah dapat hasil setelah melaburkan duit untuk beli ebook2 di internet.

  27. abgzol says:

    Hmm, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Aku ingat lagi masih aktif dlm MLM suatu ketika dulu..semata2 utk capai pangkat tertentu aku kena buat sales sekian banyak pada bulan tersebut. Aku ni bukannya jenis pandai menjual..dan berat mulut nak menjual barang terutamanya produk direct selling nih. Tetapi dek kerana setkan minda agar capai target bulan tu..tak semena2 memang boleh capai.

    Sama gak kes yg zul katakan tu RM1,800 memang mahal..tetapi kalau kita dah setkan yg seminar tu sgt berfaedah & mungkin jika dipraktikkan apa yg diajar akan memberi pulangan sebanyak RM18,000 atau lebih aku yakin sesiapa pun akan cari jalan utk dptkan modal RM1,800 betul tak?

  28. Zairi Zaidi says:

    Saya nak jadi golongan berfikirran tinggi!

  29. En Twitter says:

    Mana ada orang untung tanpa membuat pelaburan.Kalau bukan pelaburan duit,pelaburan masa.Tetapi perlu diingat,masa yang telah disia sia kan tidak boleh dicari ganti atau beli semula.Duit hilang boleh dicari dan mungkin bertambah.

    -buang duit boleh diganti lain yang mungkin berkali ganda banyak,tetapi tidak untuk membuang masa yang tiada boleh diganti-

  30. Amirul Hafiz says:

    laburkan pada ilmu adalah sesuatu yang menguntungkan..

  31. nuwa says:

    Saya setuju.. Mind set yang positif akan melahirkan tindak balas perbuatan yang akan menghasilkan kejayaan! :-D

  32. Hidet says:

    Salam.

    Betul.invest untuk masa depan.
    Saya setkan investment untuk diri saya – mesti beli buku motivasi paling kurang sebuah sebulan.
    (pastu baca lah..jgn letak dalam rak buku jek)

  33. 4life says:

    kepad golongan yg sayang nak labur rm1800 untuk ilmu saya ada satu cadangan iaitu belajar dari alam…maksudnya anda luang masa berhari hari duduk di bandar dan buat pemerhatian apa aktiviti setiap manusia yang anda lihat dan anda rekodkan. akhirnya buat kesimpulan apa aktiviti orang kaya,apa aktiviti orang miskin dan klas manusia kepada beberapa golongan..

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)