Memberi, Membantu dan Menyumbang: Rahsia Menyuburkan Industri

Derek Sivers

Derek Sivers adalah seorang usahawan yang memberikan sepenuh hati dan jiwa kepada industri muzik yang diceburinya pada satu ketika dahulu. Beliau adalah pengasas CDBaby.com dan telah menjual perniagaan itu dan memberikan kesemua hasil kepada pihak kebajikan.

Apa yang beliau lakukan adalah memberikan sumbangan yang tidak terkira kepada para artis terutama dari segi ilmu dan pengetahuan. Beliau tidak berkira-kira dalam soal ini. Bagi beliau, dengan berkongsi, membantu dan menyumbang sebegitu, secara tidak langsung bisnesnya juga akan turut maju.

Artis maju, industri maju dan para usahawan sepertinya juga maju.

Tulisan saya ini bukan mahu mengajak kita ke dunia hiburan atau muzik, sebaliknya kita boleh mencontohi apa yang beliau lakukan.

Bagi usahawan internet yang lebih kepada servis, sistem dan seumpamanya, memberikan ilmu dan sumbangan sebegitu adalah salah satu strategi untuk mengembangkan bisnes sendiri dan juga industri / bidang perniagaan internet di Malaysia.

Seperti mana CDBaby.com yang menjual CD-CD artis, maka dengan menyokong dan membantu para artis akan memberikan hasil sama rata (win-win) kepada kedua-dua belah pihak.

Ainon Mohd. : UNIKA (Universiti Terbuka)

Contoh terbaik di Malaysia adalah Puan Ainon Mohd. di mana beliau tidak hanya membantu para penulis yang menulis untuk syarikat penerbitannya sahaja. Melalui blog dan kursus percuma yang dianjurkannya, sesiapa sahaja boleh menyertai dan belajar tanpa sebarang syarat. Konsep beliau adalah UNIKA (Universiti Terbuka).

Beliau menulis begitu banyak panduan di blognya untuk penulis buku, malah kepada penerbit-penerbit lain juga. Beliau banyak berkongsi pengalaman bagi mereka yang mahu membuka syarikat penerbitan sendiri.

Secara ringkas, beliau membantu penerbit lain, para penulis dan juga kedai-kedai buku.

Dalam bidang perniagaan internet, apakah yang dapat kita lakukan (sumbangkan) agar yang senang bukan hanya kita, tetapi semua pihak?

Sumber foto: http://thebln.com

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Memberi, Membantu dan Menyumbang: Rahsia Menyuburkan Industri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *