Dibongkarkan: Rahsia memukau pembaca blog

Untuk mendapat banyak pelawat ke blog, sesiapa pun boleh. Tetapi, untuk mengekalkan pembaca-pembaca itu sentiasa melawat ke blog kita, ia adalah satu cabaran yang besar. Jika ia dilakukan dengan berjaya, bermaksud kita telah mempunyai blog yang berjaya.

Untuk mewujudkan pembaca yang kekal setia mengakses blog kita, maka kita perlu sediakan SEBAB. Orang tidak akan masuk ke blog tanpa sebab dan tanpa keperluan.

1. Tulis dengan gaya sendiri

Ini adalah syarat pertama. Kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain. Dua akibat buruk apabila kita cuba meniru orang lain:

  • Kita tidak akan mempunyai motivasi yang berpanjangan kerana akan mula bosan dan terseksa.
  • Pembaca akan rasa ada sesuatu yang pelik pada tulisan kita.

2. Pengisian blog yang mempunyai unsur MB:

  • Memudahkan pembaca.
  • Benar-benar berguna.

M adalah memudahkan. Ia bermaksud, pembaca kita tidak perlu membeli banyak buah buku, majalah ataupun menyelongkar blog-blog lain untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sebaliknya, blog kita sudah memadai untuk mereka rujuk dan baca. Jika blog kita mengenai pengurusan kewangan peribadi, maka sebahagian besar maklumat asas dan penting mengenai topik itu telah ataupun akan ditulis.

B pula adalah berguna. Bagi saya, inilah faktor utama. Jadikan blog kita umpama makanan dan minuman di mana pembaca blog kita akan menjadikan ia satu kewajipan dan keperluan dalam hidup mereka. Jika tidak baca tulisan kita, mereka serba tidak kena dan seperti tidak sempurna hari mereka.

Ini dapat dilakukan dengan menghasilkan tulisan yang benar-benar memberi nilai hidup dan pengetahuan berguna kepada mereka (pembaca). Semakin mereka baca, semakin mereka menjadi manusia yang berilmu dan mampu hidup dengan ilmu-ilmu itu.

3. Gaya penulisan menarik

Topik penulisan yang biasa-biasa tetapi diolah dengan gaya yang menarik, maka ia seolah-olah akan memukau pembaca untuk membaca lagi dan lagi tulisan-tulisan kita. Satu caranya adalah dengan belajar ilmu ‘copywriting’.

Contohnya, tajuk artikel pada blog adalah satu bahagian terpenting untuk menentukan ia dibaca ataupun tidak. Jika tajuk biasa-biasa sahaja, maka sukar menarik perhatian. Tajuk artikel ini contohnya, “Rahsia memukau pembaca blog” mungkin lebih menarik berbanding “Unsur blog yang menarik”.

Ingin tahu strategi lain? Dapatkan panduan Strategi Blog Berpengaruh di sini.

Jika anda belum mempunyai blog, panduan buat blog ini dapat membantu.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

7 thoughts on “Dibongkarkan: Rahsia memukau pembaca blog

  1. Bagi saya tulisan Zul sudah memukau ramai orang termasuk saya. Sebabnya, ia salah satu blog wajib saya lawat setiap masa.

    Banyak boleh belajar dari blog ini. Terima kasih.

  2. Salam sejahtera.

    Alhamdulillah, saya sudah menghabiskan bacaan ebook Strategi Membina Blog Berpengaruh. Kini saya di dalam proses mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

    Terima kasih banyak-banyak kerana perkongsian di dalam artikel ini. M & B. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *