Mengapa Belum Berjaya?

Sempena hari jumaat, saya tulis artikel untuk kita sama-sama muhasabah diri mengapa kita belum capai kejayaan yang kita mahukan..

1. Kebanyakan manusia tidak bersyukur apa yang mereka miliki. Potensi dan kelebihan yang ada dirasakan belum cukup sehingga mereka menunda untuk berusaha. Inilah salah satu maksud tidak bersyukur sehingga akhirnya mereka menyalahkan takdir atau nasib.

Di dalam surah Ar-Rahman, Allah berulang-ulang kali bertanyakan, “Maka nikmat Tuhan mana satukah yang kamu dustakan?”. Mari kita sama-sama muhasabah diri, apakah kelebihan yang ada pada kita tetapi kita tidak menggunakannya untuk mencapai kejayaan dan menjadi insan yang disayangi oleh Allah?

Ramai orang terus menerus meminta sesuatu dengan Allah yang kononnya belum ada pada mereka. Padahal ia telah ada dalam diri mereka. Cuma sahaja mereka tidak cuba menggali dan mengenali potensi diri mereka.

Namun wujud persoalan, bagaimana untuk mengetahui potensi diri jika diri sendiri tidak dapat mengenalpasti kebolehan/potensi tersebut?

Jawapan kepada persoalan ini Allah telah menjawabnya di dalam Al-Qur’an iaitu: “Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kalian tidak mengetahui (An-Nahl:43)“. Tanya dan belajarlah dengan mereka yang boleh membantu mengenalpasti potensi, bakat atau kemampuan anda.

Jadilah orang yang bersyukur dan seterusnya asah kelebihan yang ada pada diri sendiri tersebut. Allah sudah sempurnakan kejadian kita dengan dikurniakan dengan kelebihan tersendiri. Cuma perlu belajar, mengasahnya dan berusaha dengan betul. Sebab itu kena berguru. Baru mudah untuk berjaya.

2. Potensi atau bakat atau kelebihan pada setiap insan perlu digunakan semaksima dan sebaik mungkin (sudah pasti untuk jalan yang diredhaiNya – halal dan berkat). Kita tidak boleh salahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Allah jadikan setiap orang dengan kelebihan masing-masing. Gunakanlah ia untuk kejayaan diri sendiri termasuk untuk manfaat orang lain.

Pendek katanya, kenalpasti apakah potensi dalam diri anda dan gunakannya ke jalan yang betul untuk meraih kejayaan dan kecemerlangan hidup yang diredhaiNya.

Bersempena artikel kali ini, saya berikan contoh bagaimana dua orang berikut menggunakan potensi yang mereka ada dan juga membuat keputusan serta bertindak untuk merealisasikan impian mereka.

Sila tonton dua video di bawah.

Video 1: Paul Potts (Juara Britains Got Talent Musim Pertama). Daripada orang biasa, kini telah berjaya menjadi penyanyi opera yang amat berjaya. Ya, sudah jadi seorang jutawan.

Klik URL berikut untuk melihat video:

http://www.youtube.com/watch?v=1k08yxu57NA

Video 2: Susan Boyle (Peserta Audition Britains Got Talent 2009) – Bakal Juara?? Di’ramal’kan beliau yang akan menjadi juara pada kali ini. Oh ya, beliau berumur 47 tahun. πŸ™‚

Klik URL berikut untuk melihat video:

http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY

Walau mereka nampak ‘selekeh’, tapi mereka berusaha untuk menggunakan potensi dan kebolehan yang ada dalam diri mereka dan terbukti ia berjaya ‘memukau’ jutaan orang di seluruh dunia. Keinginan mereka amat tinggi dan tidak gentar untuk mencuba.

Secara ringkas, kita boleh ambil pelajaran seperti berikut:

1. Walau apa pun usia kita, tiada erti terlambat untuk memulakan sesuatu atau mencapai kejayaan yang besar. Mungkin walau hanya seminit kejayaan tersebut dicapai, ia mungkin satu titik tolak kepada perubahan besar untuk orang lain. “Berjaya walau sesaat untuk menjayakan atau memberikan perubahan baik terhadap orang lain”.

Dalam konteks Islam, mungkin kebaikan “seminit” yang anda lakukan memberikan imbalan yang tidak putus untuk anda di dalam alam kubur kelak dan memberikan manfaat kepada orang lain untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Ia satu perkara yang amat bagus berbanding tidak berbuat apa-apa.

2. Membuat keputusan. Dua insan tersebut membuat keputusan untuk mencapai apa yang mereka mahukan. Jika mereka tidak membuat keputusan, mereka pasti akan terus berada di takuk yang lama atau kebolehan mereka hanya terbiar begitu saja.

*Walau pun contoh di atas adalah bidang hiburan, namun kita ambil sudut yang positif. Saya bukan mahu mengajak anda menjadi penyanyi/artis, tapi saya ingin menyatakan unsur positif sebagai pelajaran. Sesuaikan unsur positif yang saya huraikan di sini untuk bidang yang sedang / akan anda ceburi.

Mereka berdua telah membuat keputusan untuk mencapai apa yang mereka mahukan dan bertindak untuk meraihnya dengan menggunakan kelebihan/potensi yang mereka ada. Kita pula bagaimana?

“My dream is to spend my life doing what I believe I was born to do – Paul Potts

Susan Boyle ditanya dalam satu sesi temubual: “What made you go in for this, because you’re a shy person. What made you push yourself forward for this?”

Jawap beliau: “Basically I wanted to fulfil a wish to my mother, I wanted to do something with my life. Not only that but I think I had a bit more to offer.”. – Susan Boyle

Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi seorang yang pengalah kerana Allah jadikan semua insan untuk menjadi seorang PEMENANG walau hanya sekadar berjaya untuk diri sendiri. Bangkit dan berjuanglah. Buatlah sesuatu untuk merubah hidup dan diri anda. Do something!

Ringkasan…

Setiap kali seseorang insan meminum air yang begitu nikmat, sedap dan lazat, kebanyakan mereka tidak mensyukurinya walau hanya sekadar ucapan alhamdulillah.

…Maka nikmat Tuhan mana satukah yang kamu dustakan? Banyak sekali… Gunakanlah potensi yang anda miliki untuk manfaat diri, keluarga, Agama dan negara. Allah jadikan kita bukan untuk saja-saja. Potensi dan kelebihan anda, ada dalam diri anda. Serlahkan ia, gunakan ia.

Jika anda dilanda cabaran, masalah dan ujian, anda perlu berusaha untuk menjadi pemenang. Jadi kena banyak sabarlah. Never give up, teruskan usaha. Seorang pemenang atau orang yang berjaya biasanya banyak sabar. Kalau dapat sesuatu tanpa usaha dan sabar, tak syok lah kan? πŸ˜‰

Kita dilahirkan untuk MENANG. Buktinya? Di dalam Al-Qur’an tidak ada satu ayat pun Allah menyuruh kita menjadi seorang yang kalah atau gagal! Jadi? Anda tahu apa jawapannya dan anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

Wassalam.

Untuk menang atau berjaya ada caranya, kalau kalah atau gagal ada sebabnya.”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Mengapa Belum Berjaya?

  1. Salam Bro.

    Awak dah membuat saya menitiskan air mata. sesungguhnya saya tidak perasan apa yang ada dalam diri malah hanya menuding jari ada orang lain.

    Terima kasih.

    amat bermakna dan berkesan.

  2. Memang pada setiap orang ada potensi yang mungkin tidak disedari. Saya ambil contoh, Nabil, juara Raja Lawak Musim ke-2. Dari seorang mat despatch yang tidak dikenali sesiapa dan mungkin dipandang rendah satu ketika dulu, lihat di mana beliau sekarang.

    Dari segi luaran sudah nampak hidupnya yang diselubungi kemewahan. Beliau nampak potensinya sebagai seorang pelawak dan terus menggilap bakatnya dalam Raja Lawak….dan beliau berjaya. Skang ni dah ada awek cun plak tu. Saya rasa, jika Nabil masih mat despatch seperti dahulu, mana-mana awek pun takkan pandang walau sebelah mata.

    Jadi…kenalpasti bakat dan potensi anda. Mungkin ada ada ‘sesuatu’ yang tiada pada orang lain, dan itu adalah kelebihan anda!

  3. Syabas. A very good article. Teruskan usaha murni ini. Ia amat bermakna bagi sesiapa yang benar-benar ingin berubah dan mencapai kejayaan di dalam kehidupan. Semoga Allah sentiasa merahmati Zul.

  4. Kegagalan kekadang berpunca dari diri kita sendiri tapi kita sering menyalahkan orang lain. cthnya salahkan keluarga miskin sebab tu tak pandai sedangkan ramai org yg telah berjaya kebanyakannya berasal drpd keluarga yg dulunya miskin.

    Bangkit selepas gagal amat bermakna agar kita maju setapak ke hadapan.

  5. Menarik zul. Thanks πŸ™‚

    Zul yang ‘gali’ kelebihan saya sehingga saya dah jumpa potensi diri saya πŸ™‚

  6. Salam!

    Sememangnya kita insan ni berlumrah pelupa. Lupa pada nikmat yang diberikan Allah. Kalau sebut nikmat je, cuma fikirkan rumah besar, kereta besar (isteri @ suami besar termasuk ke?), duit berkepok dan semua yang material je. Lupakan nikmat yang non-material seperti ilmu, kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan bahkan udara yang dihirup setiap saat juga.

    Kebetulan Surah Ar-Rahman tu antara kesukaan saya. Memang sesuai dibaca bila selepas Subuh dan Asar. Antara kebaikan untuk menguatkan daya ingatan dan bermuhasabah menginsafkan diri. Tak dinafikan nikmat-nikmat tuhan pada kita mesti dimanfaatkan dan sebaiknya dikongsi untuk kepentingan ramai. Setuju sangat dengan Smartzul!

    Wassalam

    1. Terima kasih Adilla. Memang surah tu amat bagus untuk kita muhasabah diri. Kekadang kita lupa, nikmat yg ada pada kita sendiri kadang2 kita rasa tak cukup, padahal dah banyak sangat Allah bagi.

      Nikmat bukan hanya sekadar material, tapi ia menyeluruh.

  7. Ada masa kita boleh melihat kelebihan diri sendiri.

    Selalunya kita memang tidak boleh melihat dengan sendiri.

    Caranya carilah seorang yang sentiasa memberi “support”, sentiasa memberi kata2 “perangsang”. Ini bermakna orang itu memberi pendapat yang bernas dan teruja kepada anda walaupun anda mengeluarkan idea yang di fikirkan mustahil untuk di lakukan.

    Di sini anda pasti boleh cari apa kelebihan sebenar.

    PS : Saya kerap di kelilingi orang yang kurang “support”, kurang “motivasi” diri. Dan diri kita yang di libatkan sebagai remaja yang suka membuang masa di internet. Adakah internet di gunakan untuk bermain game dan chat sahaja? Renung2kan dan selamat beramal πŸ™‚

  8. Selalulah berbaik sangka (Husnu Dzon) dengan Allah (atas apa yang telah DIA takdirkan) ,nescaya selamatlah diri ini walaupun datang ujian bertimpa.

    Manusia telah ditakdirkan-NYA menjadi pentadbir bumi dalam pelbagai bidang. Kesyukuran dan kekufuran adalah lumrah seorang manusia. Sejauhmana kesedaran seseorang itu menghargai dan menikmati kesyukuran bergantung kepada sejauhmana hubungan diri kepada Yang Maha Kuasa, juga sejauhmana kita berusaha mengekalkan hubungan manusia sesama manusia.

    Manusia mudah mengucap syukur bila kesenangan mencurah-curah, namun hanya SEDIKIT yang bersyukur kepada-Nya bila ditimpa kesusahan. Bila dah ditimpa kesusahan, mulalah manusia salahkan keadaaan, insan sekeliling, malah lebih malang menyalahkan Maha Pencipta sehingga alpa menuding diri sendiri. Walhal, lagi berat ujianNYA kepada seseorang, lagi banyak kasihNYA pada seseorang tersebut. Hanya usaha, doa dan tawakal yang mampu menjadi tunjang kekuatan diri untuk berjaya…

  9. Memang sekali bernas kata-kata SmartZul. Sesuatu yang kebanyakan dari kita tidak menyedari akan kelebihan dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Terima kasih atas motivasi yang cukup bernas ini. Semoga saya dan juga pembaca2 blog yang lain dapat dihidangkan lagi dengan tips2 dan motivasi yang menyemarakkan lagi semangat kami smua.

    Wassalam.

  10. En Zul,

    Satu post yang penuh dengan pengisian!

    Rasa lebih semangat selepas baca post kali ni. Walau apa pun cabaran yang datang, kita mesti berusaha untuk atasinya, kerana,

    Kita dilahirkan sebagai pemenang!

    Thanks en Zul

  11. Buat commentator Olie,

    Saya dah tak dapat respek Nabil lagi selepas membaca comment dia dalam Mingguan ahad lalu. Kejayaan tiba2 kadang boleh membuat manusia lupa untuk bersyukur. Sekadar peringatan utk diri sendiri…

    Maaf en Zul kalu lari dari topik..

  12. Pengisisan jiwa yang begitu mengusik hati.. dalam berbisnes kita jangan lupa utk mengucap syukur kepadaNya.. Thanks Zul.. πŸ™‚

  13. Setiap hari jumaat sy akan bermuhasabbah terhadap diri sendiri, menilai apa yg telah sy lakukan sepanjang hari sabtu hingga ke hari Jumaat ini. Adakah byk menguntungkan diri sendiri atau membazirkan masa, so bila hari jumaat ada perkongsian sebegini mmg bagus lah.. Thanks Zul

  14. Kejayaan perlukan proses-proses tertentu ke arah itu. Kejayaan bukan hanya berimpian bahkan perlukan perancangan yang teratur dan tindakan yang tepat. Baru boleh berjaya.

    Potensi atau bakat atau kelebihan pada setiap insan perlu digunakan semaksima dan sebaik mungkin (sudah pasti untuk jalan yang diredhaiNya – halal dan berkat). Kita tidak boleh salahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Allah jadikan setiap orang dengan kelebihan masing-masing. Gunakanlah ia untuk kejayaan diri sendiri termasuk untuk manfaat orang lain.

    Persoalan yang belum terjawab bagaimana untuk merangsang diri untuk mengenal potensi diri? πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *