Rahsia kejayaan zaman sekarang

Pepatah orang Melayu ada mengatakan, “Biar lambat asal selamat”. Ia betul dalam sesetengah perkara. Namun ada beberapa perkara mungkin pepatah itu tidak relevan seperti pencapaian dalam perniagaan. Zaman sekarang zaman teknologi dan media sosial. Pengiklanan dan pemasaran boleh dilakukan dengan begitu mudah. Sasaran pelanggan boleh dicapai dengan begitu cepat.

Rahsia kejayaan zaman sekarang adalah sejauh mana kita cepat bertindak dan secepat mana kita dapat hasil. Mungkin kita cuba menafikan hakikat ini kerana ada yang menyatakan “orang yang cepat berjaya biasanya cepat jatuh”. Adakah pernyataan itu ada faktanya? Tiada. Sejujurnya saya menganggap ia hanya kata-kata yang mahu menyedapkan hati sahaja bagi mereka yang begitu lama masih tidak mencapai satu tahap kejayaan yang boleh dibanggakan. Padahal kita juga perlu akui, orang yang berjaya secara perlahan-lahan juga ada yang jatuh.

Mengapa kita perlu cepat capai sesuatu? Salah satu sebabnya adalah teknologi pemasaran cepat berkembang dan sesiapa sahaja yang baru masuk ke dalam bidang perniagaan boleh memintas kita pada bila-bila masa sahaja, kerana semua orang menggunakan “senjata” yang sama. Zaman sekarang bukan zaman untuk berbangga dengan nama dan jenama yang kita ada, tetapi zaman sekarang adalah zaman tindakan yang pantas.

Bagi usahawan yang suka bertangguh dan suka cara “relaks”, berhati-hati kerana mungkin sekarang kita masih selesa dan rasa selamat. Di satu hari nanti andaikata sesuatu berlaku, sejauh mana kita dapat turut sama menjadi usahawan yang cepat bergerak padahal darah daging kita sudah agak selesa dengan cara yang perlahan.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *