Bagaimana Mencapai Kejayaan dengan Segera?

Tajuk artikel nampak seperti ‘hype’, tetapi perkara yang akan saya dedahkan di sini telah banyak digunakan oleh kebanyakan usahawan-usahawan yang berjaya.

Apakah ‘rahsia kejayaan’ itu?

Ia adalah…. Keluar daripada keselesaan diri (comfort zone).

Jika kita selesa dengan pendapatan RM1000 sebulan, keluar daripada keselesaan itu dengan melakukan sesuatu usaha dan perkara yang baru agar pendapatan akan lebih banyak dan meningkat.

Jika kita selesa dengan ilmu sedia ada, keluar daripada keselesaan itu dengan pergi belajar lebih banyak ilmu agar kita lebih menjadi seorang yang bernilai tinggi.

Jika kita selesa dengan satu dua produk, keluar daripada keselesaan itu dengan menghasilkan produk-produk baru.

Jika selesa dengan sebuah buku yang telah diterbitkan, tulis lagi banyak buku.

Jika kita selesa dengan satu dua cara promosi sahaja, keluar daripada keselesaan itu dengan melakukan lagi kaedah-kaedah lain.

Jika kita selesa dengan kaedah-kaedah pemasaran percuma, keluar daripada keselesaan itu dengan menggunakan kaedah-kaedah berbayar seperti Facebook Ads.

Daripada contoh-contoh di atas, jelas… Tidak semestinya perkara baru yang dilakukan adalah perkara yang mendadak besar dan berubah 360 darjah. Sebaliknya, kita boleh lakukan perkara baru walaupun sekadar satu peratus. Lakukan perkara kecil itu sampai berjaya, dan lakukan lagi perkara baru kecil yang lain. Lama-kelamaan, ia akan menjadi semakin banyak dan membesar.

Rakan-rakan usahawan yang saya kasihi…

Allah tidak akan mengubah nasib kita jika kita sendiri tidak memulakan sesuatu usaha yang sewajarnya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *