Rahsia PERTAMA dan TERAKHIR Kejayaan Perniagaan
Rahsia kejayaan bisnes yang sebenar adalah senarai maklumat pelanggan sedia ada. Jika anda mempunyai 500 orang pembeli, anda boleh hubungi mereka kembali pada bila-bila masa untuk menawarkan produk-produk anda yang lain.
Mengapa saya kata rahsia sebenar? Cuba lihat seketika perniagaan besar seperti Maxis, Celcom, TMNet dan seumpamanya. Apakah sumber utama pendapatan mereka? Ya, tekaan anda betul: Pelanggan sedia ada!
Mereka hanya perlu promosikan produk-produk baru ataupun pelanggan itu perlu membuat bayaran pada setiap bulan. Di sini kita lihat perniagaan itu tidak perlu terlalu bersusah payah mencari pelanggan baru untuk buat duit.
Kelebihan menjual kepada pelanggan sedia ada adalah kerana mereka telah percaya kepada anda, selain telah berjaya berurusan dengan pengalaman yang memuaskan hati. Jadi, mereka biasanya tidak mahu pening kepala membeli produk yang sama dengan penjual lain yang belum mereka kenali.
Dengan mempunyai senarai maklumat pelanggan, berikut adalah sedikit tip yang boleh dilakukan:
- Gunakan sistem autoresponder untuk menyimpan maklumat mereka. Kita mudah menghubungi mereka (contohnya 500 orang pelanggan) dengan hanya sekali klik.
- Simpan nama, emel, nombor telefon dan alamat mereka.
- Kirimkan emel secara konsisten kepada mereka. Elakkan kerap melakukan promosi, sebaliknya berikan mereka maklumat yang berguna.
- Kirimkan surat ataupun poskad terima kasih kepada mereka melalui pos. Melalui emel pun boleh juga.
- Kirimkan pamplet ataupun maklumat berguna kepada mereka melalui pos. Selitkan promosi produk bersama maklumat tersebut.
- dan apa sahaja cara yang anda fikirkan sesuai untuk hubungi mereka kembali sama ada untuk berikan maklumat percuma ataupun promosi produk terbaru.
- Salah satu cara untuk buat duit berkali-kali daripada pelanggan yang sama adalah dengan menggunakan sistem membership site.
Incoming search terms:
- artikel seminar keusahawanan 2012
- kisah kejayaan pelancongan menggunakan internet
- rahsia kejayaan perniagaan orang cina
- kejayaan maxis
- Kit pertama dan terakhir
- maxis menjual maklumat peribadi pelanggan
- modal kecil dan syarikat promosikan 2012
- modal untuk perniagaan rm5000
- prinsip orang cina berniaga
- rahsia kejayaan maxis











