Rahsia kejayaan…

Mahu berjaya? Ini rahsianya:

1. Fokus semua tenaga dan fikiran sepenuhnya terhadap matlamat dan sasaran. Jangan biar apa jua jenis gangguan menghilangkan fokus itu sama ada dari persekitaran ataupun diri sendiri.

2. Buang segala sikap buruk, walaupun sekecil-kecil sikap buruk. Memang susah menghapuskan sikap-sikap buruk, tetapi itulah tuntutan untuk berjaya. Untuk berjaya, anda diminta korbankan sikap-sikap buruk yang ada pada diri.

3. Hati perlu kental. Katakan tidak pada hati tisu. Kalau ada orang kritik yang positif, ambil ia sebagai pelajaran. Jika ada orang kritik negatif, abaikan saja. Tetap terus ke depan dan berada di atas landasan perjuangan. Fokus, fokus dan fokus. Kalau ada orang menegur keras, tidak perlulah tersinggung, sedih, merajuk, merenung jauh dan menangis. Ingat, anda adalah pejuang.. Pejuang impian!

4. Doa dan zikir adalah senjata mukmin. Tidak perlu berzikir berpuluh ribu. Biar sedikit tetapi konsisten. Dengan zikir, kita sentiasa berada dekat dengan Allah. Kita akan dilindungi, dirahmati dan dipermudahkan apa jua urusan yang dirasakan sukar.

5. Belajar sepanjang hayat. Ingat perkara ini… Apabila kita sudah berada di atas, kita tetap perlu terus belajar. Ada ilmu yang terus berkembang. Malah kita juga akan belajar daripada pengalaman orang lain yang mungkin amat berguna untuk kita. Cuma pastikan… Apabila kita belajar dengan seseorang, bawalah “gelas yang kosong”. Tinggalkan ego dan kehebatan kita di belakang. Jika tidak, kita akan belajar tanpa ada adab dan rasa hormat, yang akan memusnahkan diri kita sedikit demi sedikit.

“Tidak mudah untuk berjaya. Ia memerlukan pengorbanan dan kesanggupan untuk bersusah payah sebelum senang. Soalnya, adalah kita sanggup??”

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Rahsia kejayaan…

  1. bukan senang nak senang..bukan susah kalau nak susah..

    nak berjaya kena byk berkorban wang ringgit, masa , tenaga..tu belum lg dugaan2 lain yg kdg2 tak masuk dek akal..

    apapun, sebagai pejuang impian..kita perlu maju ke depan..

    terima kasih Tuan Zul..artikel ni memberi semangat kpd sesapa ug membacanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *