Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com


Rahsia Harga Tinggi Terbongkar!

Kalau dulu-dulu kebanyakan usahawan Internet meletakkan harga paling tinggi kepada produk mereka adalah RM50.00. Tapi kini kita melihat satu perkembangan baru di mana mereka semakin berani meletakkan harga yang tinggi.

Sebagai contoh, produk RahsiaClickbank diletakkan dengan harga RM240.00. Dalam masa lebih kurang tiga hari, jualan produk tersebut mencecah RM100 ribu (bukan ratus ya, tapi ribu).

Saya pula (sejak dulu lagi) meletakkan harga yang tinggi kepada produk-produk resell rights saya terutama Pakej Kit Blogger. Dua tahun yang lepas saya letak harga RM137.00 dan kini saya letak RM150.00. So far sambutan amat menggalakkan.

Pada hari ini saya baru sahaja lancarkan jualan promosi berharga RM197.00. Selain membuat jualan, saya juga dalam proses kajian untuk memastikan bahawa harga tinggi bukan masalah bagi pembeli di Malaysia. Jika jualan promosi ini berjaya, bermakna harga bukanlah satu masalah, sebaliknya produk dan cara kita menarik keyakinan/minat pembeli yang menjadi faktornya.

Kesimpulan:

1. Jangan takut untuk cuba meletak harga yang tinggi kepada produk anda jika ia sesuai dan munasabah. Tak cuba tak tahu.

2. Kelebihan meletak harga tinggi adalah tidak perlu bersaing dengan kebanyakan usahawan lain yang meletakkan harga yang lebih kurang sama. Kita lebih menumpu kepada jumlah jualan dan bukan bilangan.

————–

ps. Bagi anda yang berminat, sila lihat apakah yang akan anda dapat jika membeli Pakej 101. Klik di sini.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



One Response to “Rahsia Harga Tinggi Terbongkar!”

  1. nal says:

    Hello Bro,
    Betul juga, kenapa jual harga murah. jual mahal pun tak apa tapi salesletter mesti power.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)