Rahsia FB Ads

RAHSIA FACEBOOK ADS

Cara dapatkan kos rendah untuk iklan dapatkan Likes.

Salah satu cara untuk dapatkan Likes adalah dengan menggunakan FB Ads. Ia satu cara yang cepat, tetapi ia adalah berbayar.

Melakukan FB Ads tanpa cara yang betul akan menyebabkan kita menghabiskan wang yang banyak, tetapi hasilnya hambar.

Untuk dapatkan kos iklan FB yang rendah (bagi iklan untuk dapatkan Likes), biasanya formulanya sama sahaja, iaitu:

BILANGAN KLIK PADA IKLAN HARUSLAH BANYAK, SELARI DENGAN JUMLAH REACH (PAPARAN) IKLAN. KALAU KLIK SEDIKIT DAN REACH AMAT BANYAK, MAKA ITU TANDA IKLAN ANDA TIDAK BEGITU POWER.

SEMAKIN BANYAK KLIK, SEMAKIN TINGGI NILAI CTR (CLICK THROUGH RATE). MAKA SEMAKIN RENDAH KOS IKLAN.

MENGAPA FACEBOOK RENDAHKAN KOS ADS YANG CTR-NYA TINGGI? SEBAB FACEBOOK MAHU KITA TERUS MENGIKLAN DENGAN LEBIH LAMA.

Berikut adalah beberapa cara untuk mendapatkan kadar CTR yang tinggi:

1. Gambar perlu menarik dan berkaitan. Sebaiknya gunakan border berwarna merah. Saya sudah uji, border merah tetap menarik perhatian.

JANGAN PANDANG REMEH TERHADAP GAMBAR. Ia akan menentukan iklan anda menarik ataupun hambar. Dalam satu eksperimen, saya menguji dua iklan. Satu hanya guna logo, dan satu lagi menggunakan gambar makanan yang menggiurkan. Dan gambar itu diletakkan border berwarna merah.

Iklan yang menggunakan logo gagal mendapat klik like yang tinggi.

Sebaliknya iklan yang menggunakan GAMBAR YANG MENGGIURKAN pula mendapatkan klik yang berderu-deru.

Jadi luangkan masa untuk menyediakan gambar yang menarik. Upah designer jika mahu mudah, atau boleh hasilkan sendiri jika mahu.

2. Ayat iklan amat penting. Headline dan baris dalam iklan (body), haruslah digunakan sebaik mungkin. Letak kata kunci (perkataan) yang berkaitan dengan market. Gunakan juga perkataan berkuasa seperti PERCUMA, MUDAH, MURAH, SEDAP, BERKESAN dan sebagainya yang sesuai.

3. Dalam ayat iklan juga harus ada AYAT ARAHAN (call to action). Tanpa ayat ini, iklan akan mudah gagal. Reach banyak tetapi klik kurang, sebab kita tidak suruh orang klik. Salah satu contoh mudah ayat arahan adalah “klik like jika anda suka ________”.

FB Ads untuk dapatkan Likes tidak perlu panjang lebar. Ia harus ringkas dan jelas, tetapi powerful.

Dalam satu eksperimen yang sama, saya menyediakan dua iklan lebih kurang begini:

A. Klik Like jika mahu kuruskan badan.

B. Klik Like jika mahu kuruskan badan dengan cara mudah dan cepat.

Iklan B akan mendapat respons yang tinggi kerana ada perkataan mudah dan cepat.

Saya berhenti di sini terlebih dahulu…

Perkongsian di atas adalah melalui apa yang saya lakukan sendiri. Bukan sekadar teori. InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi di lain masa. Perkongsian di atas belum selesai. Ia hanya mukadimah.

Jika anda suka tulisan pada kali ini, boleh berikan sedikit komen di bawah? 😉

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Rahsia FB Ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *