Rahsia FB Ads & Google Adwords

====================
FB Ads & Google Adwords
====================

1. Tiada rahsia dalam kedua-dua kaedah ini.

2. Kedua-duanya mempunyai kaedah operasi yang lebih kurang sama iaitu PPC dan CPM. Biasanya kaedah PPC yang paling terkenal.

PPC = pay per click
CPM = cost per impressions

3. Dalam iklan berbayar seperti FB Ads dan Adwords, perkara yang penting adalah kadar CTR. CTR dalam bahasa yang mudah adalah semakin ramai orang klik, semakin akan tinggi CTR. Jika iklan hanya dipaparkan tetapi klik sedikit, maka CTR biasanya rendah.

CTR = Click Through Rate

4. CTR yang bagus bukan hanya untuk dapatkan kos yang rendah, tetapi untuk memastikan iklan kita berada di kelompok teratas. FB & Google akan utamakan iklan yang mendapat klik yang bagus / banyak (CTR yang tinggi).

5. Bagaimana cara untuk dapatkan CTR yang tinggi? Antaranya:

  • Ada call to action seperti meminta iklan kita diklik.
  • Target iklan kepada orang yang betul.
  • Headline & ayat iklan yang menarik.
  • FB Ads: Guna imej/gambar yang menarik.

6. Tiada rahsia dalam apa jua kaedah pengiklanan. Segalanya hanya kemahiran COPYWRITING (penulisan ayat power) & target audience yang betul, selain mahir menggunakan platform pengiklanan yang digunakan.

7. Bagaimana cara target audience yang betul?

FB Ads: Pilih “interest” yang berkaitan atau ada beberapa pilihan lain seperti lokasi, umur, jantina dan ‘pekerjaan’.

Adwords: Guna keyword yang berkaitan.

8. Permulaan iklan memerlukan kita “test” dan bereksperimen sehinggalah mendapat iklan yang berkuasa. Jadi kita perlu laburkan sedikit wang pada permulaan.

9. Setelah dapat iklan yang efektif dan memberi hasil yang baik, gunakan iklan itu secara konsisten untuk tempoh yang panjang. FB dan Google suka berurusan dengan pengiklan yang melakukan iklan secara konsisten & tanpa henti kerana bagi mereka pengiklan sebegitu adalah lebih serius dalam pengiklanan.

10. Sekali lagi, tiada rahsia. Asah dan latih kemahiran penulisan copywriting anda.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “Rahsia FB Ads & Google Adwords

  1. info yg bagus..maknanya kita kena study pasal copywriting…mmg banyak faedah yg kita peroleh bila kita berjaya mahir dgn copywriting..kita mampu menarik ramai pembaca jika kita mempunyai blog hanya dengan ilmu copywriting..

    psst: mohon tuan betulkan saya jika ada komen saya ni silap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *