Berniaga Di Ebay Secara ‘Mudah’

Bayangkan, anda berniaga tanpa perlu bersusah payah menguruskan stok barangan dan menghantarnya kepada pelanggan, sudah pasti ia satu perkara yang anda mahukan.

Itulah kaedah dropshipping di mana anda hanya mempromosikan produk dan menguruskan pembelian pelanggan sahaja. Selebihnya, pihak dropshipper (syarikat pembekal) yang akan menyediakan barang, membungkus dan menghantarnya kepada pelanggan anda.

Walaupun ia nampak mudah, namun tidak bermakna anda boleh melakukan sambil memejam mata. Ini kerana, di dalam kaedah dropshipping, begitu banyak scam (penipuan) di internet yang dilakukan oleh pihak penyedia produk, dan untuk mendapatkan pihak dropshipper yang betul-betul jujur, ia sedikit sukar.

Usah pening kepala dengan risiko tersebut kerana saudara Lan atau lebih dikenali sebagai Sifu Lan, telah menyediakan anda satu panduan yang mudah difahami untuk anda bermula.

Ebook Panduan dan Teknik Rahsia Ebay mengetengahkan kaedah dropshipping sebagai kaedah berniaga di Ebay. Antara produk yang boleh dijual melalui teknik yang dinyatakan di dalam ebook ini adalah begitu banyak sekali seperti mousepad, mug, pen drive dan sebagainya.

Berikut adalah gambaran kasar proses kaedah dropship:

Di dalam ebook ini, saudara Lan telah menunjukan langkah demi langkah bagaimana menyediakan produk yang anda ingin jualkan. Contohnya, anda ingin menjual mousepad. Kemudian, anda perlu lakukan design untuk produk tersebut.

Seterusnya, proses listing di Ebay akan dilakukan. Anda akan belajar sedikit tip bagaimana menulis tajuk (ayat) jualan untuk barangan yang dijual itu. Penggunaan perkataan (keywords) adalah teramat penting agar barangan jualan anda ditemui oleh pembeli di Ebay.

Secara mudah, ebook ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

1. Pengenalan Ebay & Paypal

2. Proses Membuka Akaun Ebay dan Paypal – Anda akan dinyatakan bagaimana membuka akaun Ebay dan Paypal serta cara termudah untuk verify akaun Paypal.

3. Melakukan research produk, buat design produk dan menyenaraikan produk di Ebay

4. Memantau Perkembangan Jualan serta tip-tip tambahan.

Secara jujur, Ebook ini memang satu ebook yang betul-betul menunjukkan ‘rahsia’ yang dilakukan oleh penulis ebook ini sendiri dan tidak dicedok dari mana-mana sumber. Penulisannya adalah asli dan amat praktikal.

Saya berani mengatakan, anda tidak akan menyesal membeli ebook ini kerana apa yang disajikan adalah betul-betul praktikal dan dilakukan sendiri oleh penulis.

Dengan membeli ebook ini, anda juga akan mendapat sokongan dan bantuan terus daripada saudara Lan melalui forum tertutup yang disediakannya.

Yang pasti, Ebay adalah satu-satunya pasar Online yang jikalau anda betul-betul fokus dan serius, anda pasti menemui kejayaan yang besar seperti yang telah diperolehi oleh saudara Lan. Di Ebay, soal prospek atau trafik bukan masalah utama kerana ia telah siap tersedia. Cuma sahaja anda perlu berusaha sedikit untuk mendapatkan mereka.

Itu sahaja sedikit review daripada saya. InsyaAllah, jika saya ada perkembangan terkini mengenai panduan ini, saya akan tulis lagi.

Klik di sini untuk maklumat selanjutnya.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

14 thoughts on “Berniaga Di Ebay Secara ‘Mudah’

  1. Salam Zul, nak tanya sket.

    Apa yang saya faham dari review yang Zul buat :

    1) Kita tidak perlu mencipta produk sendiri untuk dijual di ebay kerana kita boleh dapatkan produk untuk dijual dari pihak pembekal. Kita hanya perlu iklankan sahaja produk tersebut di ebay.

    2) Kita hanya membayar kos untuk produk kepada pembekal apabila pembeli membuat pembayaran kepada kita.

    Camtu yer Zul?

    1. 1) Perlu cipta produk sendiri. Bukan buat, tapi cuma design sahaja. Contohnya kalau kita nak jual pendrive, kita designlah apa2 nama atau letak imej pada pendrive tersebut. Produk tu company yg akan buat dan hantar kat client kita.

      So, kita cuma design sahaja. ‘Kerangka’ asas produk pihak company dah sediakan. Kita cuma perlu design sahaja untuk diletak pada produk tersebut.

      2) Yup, tepat sekali. Kita perlu bayar harga kos kepada company sahaja.

      Tapi satu perkara yg perlu tahu, boleh dikatakan semua company dropship akan kenakan yuran bulanan. Tapi dalam ebook ni, anda boleh cuba dalam sebulan secara percuma. Yg perlu bayar cuma kos produk itu sahaja.

  2. Bukan setakat menjual..
    Membeli barang di ebay pun bagus dan masih selamat..
    He he he.. Bilalah agaknya nak jadi penjual ni…
    Tengah tercari-cari lagi

    1. Sedang usaha ya.. Tapi bila dah jalan kedaionline tu, bolehlah masuk ebay juga. Link-kan ke kedai online tu. Jadikan ebay sebagai sumber trafik.

  3. Salam, teringat pula cerita Executive tempat saya bekerja di sini. Dia pernah beritahu saya, ketika belajar di UK dulu. Dia banyak menjual pendrive melalui E-bay.

    Produk tu semua dia bawa dari Malaysia, dijual pada orang luar. Bayangkan keuntungan dia dapat. 🙂

  4. Memang Betul Tu…100% diberikan kepada sifu lan.

    Dah lama saya jual produk fizikal..tapi bila cuba kaedah dropship ni plak..Wow!! Hari2 ada Masyuk beb.

    Pembelian tak pernah putus dari hari ke hari..saya baru cuba dlm masa tak sampai 1 minggu.

    Yang penting kena bijak memilih barangan apa yang nak di dropshipkan…

    Kalau tak try mcam mana nak tahu!! so beli dan buat…jangan beli dan simpan…

    1. Orang yang dah ada sedikit asas dan pengalaman macam shahraduan, kalau buat teknik memang untunglah sebab trik dan teknik ebay dah tahu. Cuma perlu hasilkan produk sahaja.

      Bagi yg tak ada asas, selagi tak mula, selagi tu lah tak dapat apa2. 🙂

  5. kaedah dropshipper yang di tunjukkan oleh sifulan ini adalah baik. pada mulanya ianya adalah menjadi rahsia peribadi jualan, akan tetapi ingin memberikan peluang untuk berkongsi pendapatan dan rezeki, akhirnya sifulan membuka rahsia ini melalui ebooknya. apapun sesapa yang ingin menjana pendapatan di ebay boleh mendapatkan ebook ini.

  6. Satu lagi cabang bisnes internet yg makin berkembang kat Malaysia.

    Terima kasih kepada sifu2 ebay kita ni kerana dapat beri guide terbaik untuk kita semua.

Comments are closed.