Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Rahsia Affiliate Terbongkar..

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

Di kali ini, Sabri sekali lagi menyumbang satu artikel / tulisan yang begitu praktikal dan bermanfaat untuk anda semua. Kali ini, beliau menulis mengenai tips atau rahsia yang perlu anda ambil serius jika inginkan kejayaan di dalam program affiliate.

Selamat membaca.

“Pelik, Mengapa Program Affiliate Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”

Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Program Affiliate.

Salam Ceria Buat Pembaca Dihormati,

Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri.

Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.

“3 Taktik Mudah Super Affiliates”

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan kewujudan program-program affiliates tempatan yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya, memasarkan produk sebagai affiliates tidak sukar jika kena caranya.

Dan ia juga tidak mudah seperti yang diidamkan walaupun peniaga telah menyediakan banner, email & iklan-iklan yang boleh digunakan untuk anda. Tanpa membuang masa, mari kita lihat kunci kejayaan Super Affiliates.

Menggunakan Laman Web Unik Bagi Niche Berbeza

Sebelum anda mendaftar dengan program affiliates pilihan anda, seperti perniagaan internet lain, anda perlu mempunyai pelan perniagaan untuk diikuti. Anda perlu maklum, sebagai affiliate anda mempunyai satu kekurangan daripada penjual produk tersebut. Anda kekurangan fleksibiliti. Jadi, pelan perniagaan anda harus menumpukan kepada kekuatan dan kepakaran anda.

Contohnya, jika anda bermodal besar, mungkin anda akan menumpukan kempen pemasaran anda sekitar Enjin Carian Pay Per Click seperti Adwords & Yahoo Search Marketing. Jika anda mempunyai email list pula, kerja anda lagi mudah. Anda hanya perlu menghantar emel rekomendasi kepada subscriber anda.

Namun, bagi kebanyakan anda yang baru bermula, secara amnya saya boleh berkongsi satu petua berharga untuk anda.

Wujudkan Sebuah Laman Web Khas Mengandungi Testimoni, Review & Ulasan

Di laman web ini anda menceritakan sedikit sebanyak pengalaman anda menggunakan produk yang anda promosikan itu. Ceritakan serba sedikit bagaimana keadaan anda sebelum dan selepas anda menggunakan produk tersebut.

Jangan campur adukkan program masakan dengan program latihan nyanyian dan tawaran pelancongan. Bahkan dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah menyentuh mengenai peri pentingnya sesebuah laman web tersebut mempunyai fokus yang akan menjaga kredibilitinya.

Anda juga boleh membandingkan produk tersebut dengan saingan-saingan terdekatnya dalam niche yang sama. (lebih baik lagi jika anda juga adalah affiliates kepada produk satu lagi) Jadi anda tidak akan rugi jika pelawat memilih produk A atau produk B.

Fenomena ini anda dapat saksikan dengan jelas jika anda menaip “hosting review” di Google. Laman web-laman web review ini sebenarnya hanyalah umpan affiliates-affiliates yang ingin mempromosikan pakej hosting berkomisen besar. Lihatlah, setiap link ke laman web hosting berkenaan di letakkan link affiliate mereka.

Pintar bukan?

Memasarkan Dengan Virus Automatik

Anda juga boleh mewujudkan demam dengan menyebarkan virus automatik kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi laman web anda. Awas! Ini bukan jenayah ;)

Anda boleh memberi mereka Laporan atau Ebook Percuma berkenaan dengan niche program affiliate yang anda sedang promosikan. Kekuatan Pemasaran Viral ini adalah apabila pengunjung anda dibenarkan menyebarkan laporan dan ebook percuma tersebut kepada rakan-rakan mereka.

Di dalam ebook dan laporan tersebut pula, anda tidak lupa untuk meletakkan link kembali ke laman web anda ataupun link affiliate anda supaya jika mereka membuat belian, anda yang mendapat komisen.

Saya beri satu contoh;

Jika Ahmad mendownload ebook Petua Pengiklanan Berkesan di http://iklanberkesan.saifulsham.com secara percuma, setelah membacanya beliau mendapati ia sangat menarik dan berfaedah. Beliau menghantar pula ebook tersebut kepada Abu & Ali secara sukarela. Dan situasi ini berulang beberapa kali. Dari seorang bakal pelanggan, anda kini boleh mempunyai sehingga 100 orang bakal pelanggan!

Bagaimana jika seperti kami, anda mempunyai 500 pendownload ebook tersebut dari laman web anda? Tidakkah saban hari, jumlah yang demam akan bertambah banyak dengan berganda-ganda?

Lebih best lagi, bakal pelanggan anda tidak perlu keluarkan sesen pun! Bahkan anda pun tidak kisah jika dicetak rompak. Brand awareness anda juga yang semakin meningkat.

Tapi pastikan juga ebook & laporan ringkas tersebut berkaitan dengan produk yang anda jual.

Dapatkan Sebanyak Mungkin Pelawat Berpotensi

Dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah memberi satu situasi di mana beriklan di radio kecil seperti Radio 3 Pahang adalah lebih menguntungkan dari beriklan di radio-radio Nasional seperti Radio Era. Mahu tahu? Jangan lupa dapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Cuba anda fikirkan, jika laman web anda dikunjungi oleh pelawat yang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan, sudah tentu mereka akan pergi dan tidak kembali lagi. Bagaimana pula jika laman web anda adalah laman web yang membuat ulasan terhadap novel-novel terbaru yang berada di pasaran. Sentiasa dikemas kini dengan ulasan-ulasan muktahir. Anda juga menghubungkan laman web ulasan anda dengan Amazon.com di mana anda adalah affiliate mereka.

Jika seorang peminat novel datang ke laman web anda dan mendapati ianya penuh dengan informasi, sudah tentu mereka tidak keberatan untuk datang lagi bukan? Bahkan mereka juga akan bookmark laman web anda untuk dilawati berulangkali!

Setiap kali ada buku baru yang menarik yang anda cadangkan, setiap kali itu jugalah mereka beli! Dan setiap kali itu jugalah anda mendapat komisen! Wah, wah, wah… Inilah yang kami katakan buat duit dengan Internet tanpa produk!

Jadi bagaimana caranya anda hendak mendapat pelawat berpotensi ke laman web anda?

Banyakkan menulis artikel-artikel, ulasan-ulasan untuk disumbangkan di direktori-direktori berkaitan!

Secara ringkasnya, inilah 3 kunci asas kejayaan Super Affiliates menjana pendapatan automatik dari internet tanpa sebarang produk. Cuba anda praktikkan tips-tips ini untuk beberapa program affiliates yang anda sertai. Nescaya, hasilnya tidak mengecewakan.

Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah.

Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda

Kotak Informasi:

Sabri Hassan Assaari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di http://www.Saudagar.com.my.

Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php.

=====================================
Produk Berkaitan:

>> Pelajari asas program affiliate dan cara meningkatkan pendapatan affiliate anda. Klik di sini untuk informasi lanjut.
=====================================

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

77 Responses to “Rahsia Affiliate Terbongkar..”

  1. FATAH says:

    “Pelik Mengapa Program Affiliate Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”

    yer laaa bagai nak rak dah buat promosi… suruh orang beli… join free je, pastu buat promosi yang berterusan… tak ada yang nak ambik pusing pun…

    pasal maskawin pun orang tak ambik pusing… punya la gempaknyer buat promosi yang dah berlambak2… hasilnya tak dapat2…

    dapat penat aje ada jugak laaa…

    alahai…

  2. khmh says:

    Cara berkesan, efektif, kreatif dan inovatif perlu dalam nak memasarkan produk affiliate anda. Saya dulu pun macam saudara Fatah naik letih promosi tapi satu buyers pun takde. Tapi kenalah think smart sikit. Seminggu sekali saya ke Giant @ Tesco saya dapatkan phamplet mereka. Tengok macam mana dia promosikan barangan dalam perniagaan mereka. Harga Murah, Harga Terhebat, To Ensure That You Pay The LOWEST PRICE, We Price Check 5,000 ITEMS EVERY WEEK!, PRICE SLASH dan macam-macam lagi. Tu baru sikit je….

    P/s:Tengok orang Afrika buat bisnes kacamata, talipinggag dan beg kulit hari-hari cari customer jalan kaki bawah panas.

  3. sibakat says:

    banner buruk, design la banner cantik skit..,
    saya baru launch blog seminggu dah dapat RM0.30 dari adsense, awak rasa bagus ke progress saya ni?

  4. smartzul says:

    sibakat, awak nak web yang cantik, ATAU maklumat yang tak berguna? Baca 3 kali soalan saya dan awak faham apa maksud saya. :)

    Pasal design blog ni, awak kena baca post saya yang lepas. Saya dah beritahu yang saya dalam proses upgrade.

    About your adsense, dah ok lah tu..

  5. sham says:

    hmm..banner tu yang default wordpress..nape plak persoal banner..pelik jugak sibakat ni..

  6. asfaniz says:

    sibakat,,
    dapat sikit sikit dulu,, siapa nak bagikan,, oklah tu,, nanti datanglah rezeki tu,, saya pun dpat sikit sikit gak,, atas angin katakan,, pasal affiliate tu dah dapat habuan nyer from affiliate rajaadsense..
    http://hair-loss-hair.blogspot.com nak try tahu lebih lanjut pasal affiliate rajaadesen di sini EbookRajaadsense

  7. Zulkef says:

    Boleh ke asfaniz buat mcm tu? letak url u dalam komen di blog orang? rasanya tak boleh. smartzul amacam? di panggil apa splog? spam-blog?

    berkenaan affiliate ramai internet marketer yang buat sebagai salah satu strategi. panduan mengenainya pun byk. tapi kalau ada yang bahasa melayu punya lagi best. Nanti orang kita pun boleh buat duit from internet juga. So keusahawanan kita akan berkembang maju.

    Namun produk kita mestilah makin baik. Kita mesti boleh..:)

  8. Zulkef says:

    smartzul,

    mcm mana nak ambil artikel sabri atau u punya ke sapa2 punya ( with kotak informasi intact)? main ambik terus ke kena contact dulu?

  9. dzhull says:

    Bagi saya la, customer akan lebih berminat pada produk yang mereka cari, seperti, kalau melibatkan perkahwinan, pastinya pelamin menjadi perhatian, perkhidmatan catering, andaman, kad kahwin, baju pengantin, jurusolek, dan apa-apa yang berkaitan dengan perkara tersebut. Jadi secara tidak langsung sekiranya ada program affiliate berkenaan perkara sebegini sememang peratus untuk mendapat perhatian lebih cerah. Selitkan program affiliate berdasarkan tema web.

    Masih banyak yang perlu belajar, rezeki tak akan datang bergolek, tapi dengan ilmu, usaha dan amal sahaja ianya akan datang sendiri, perlu dilakukan dengan penuh komitmen serta fokus, baru menjadi.

    Tidak ada perkara mudah dalam dunia ini, walaupun kita nampak kejayaan seseorang pada masa sekarang, tapi adakah anda tahu, untuk mencapai kejayaan sehingga ke tahap tersebut, banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi. Tepuk dada tanya minda, renungkan sejenak.

    Just my opinion.

    • abdfatah says:

      kalo gitu kena buat kajian permintaan dari orang ramai laa berkenaan affiliate yang ingin kita sertai… permintaan ramai dan kita juga boleh menghasilkan komsein yang tinggi… kalo affiliate tersebut tidak menguntungkan dengan hanya segelintir je yang cari… kena fikir masak2 dulu laaa…

  10. automate says:

    hmmm… satu panduan yg baik.
    TQ

  11. ashid says:

    saya hanya mencuba kalau untung saya teruskan program affiliate ini.

  12. izudin says:

    em,sy b’minat nak tau tentang prog affiliate ni tp sy xtau ape2 bout internet bisnes ni…
    cmne sy nak promosikan mende ni…
    plz bg tips…

  13. Mr Zak says:

    Kalau nak dapat duit yang cepat dan banyak jangan buat biz info ni… masuk skim cepat kaya… biz ini adalah biz yang beri pendapatan pasif… keje sekali tapi pendapatan berterusan (mungkin sampai akhir hayat)…walaupun permulaan dapat sikit lama-lama jadik banyak secara eksponan . Pemikiran yg dinamik dan kreatif diperlukan utk buat pemasaran.

    Kita kena fikir sebagai ahli pemasaran bukan jurujual. To the owner of this blog… keep on rocking … u are in the right path to success forever…

  14. ilham says:

    baru nak belajaq Affiliate …

  15. unGVup says:

    so interesting dis program affiliates…program affiliates lain yg aku join,mane ade nak bagi tip or care2 mcm nie..jgn harap ler..mmg bonus la sape dpt join program affiliates kt sni.. :mrgreen:

  16. 2ndcybernet says:

    betul ke program affiliate boleh memberikan jaminan pendapatan ? Kalau betul saya raya lagi mudah dapat duit sebab kita hanya jual produk orang lain je!

    • affiliate boleh menjadi pendapatan tetap kelau kena caranya… :roll:
      namun, kebanyakkan IM tempatan menjadikan ianya sbg sampingan kerana market affiliate program di sini masih lagi kecil..
      kalau nak jadikan affiliate sebagai pendapatan tetap, saudara boleh cuba affiliate antarabangsa…

  17. MeL says:

    :smile:
    Hai errr…Encik Zul,
    Terima kasih dengan info yg diberi. Sangat2 berguna utk orang mcm saya. Saya masih baru dgn perniagaan internet. Dan mula berminat giler, sejak explore website SmartZul dan mcm2 lagi. Tapi SmartZul yg mula2 saya jumpa. Saya akan pastikan saya membeli pakej blogger tu. Useful Package…rugi kalau tak beli. Saya juga baru berjinak-jinak dgn afiliate. Dan saya perlukan tunjuk ajar dari En Zul. So, harap En Zul sudi tengok website yg saya letak kat sini. Pas tu En Zul bagi pendapat ok? Penting bagi saya minta pendapat dari org yg lebih berpengalaman. (OLDTIMER). So, tengkiu.

    Click Here

  18. halimj says:

    syukur dpt join…
    mintak tunjuk ajar…?

  19. smartzul says:

    halimj, cuba praktik teknik yg kat atas tu dulu. :)

    Petua saya, buat satu satu teknik dalam satu masa agar dapat kesan yg optimum.

    - zul

  20. sawing says:

    ok….cuba aje lah. :roll:

  21. sawing says:

    :smile: salam sejahtera rakan sekalian.

    terima kasih.

  22. Isman says:

    SELAMAT BERPUASA ZUL,

    SAYA NAK CUBA JUGA LAH… CADANG NAK BERGURU DENGAN EN ZUL LAH
    BOLEH KE ?

    TQ

  23. ahmadzul says:

    Asalammmmmmm semua bagi yg islam selamat berpuasa.
    Salam sejahtera buat bukan islam

    Saya ahmad zul baru dalam urusan internet ini
    maaf kalau saya banyak buat silap pasal tidak mempunyai pengelaman dalam bidang ini.Walau bagai mana pun akan saya cuba menjayakan juga progeram ini.
    Mohon tunjok ajar dari semua agar dapat membantu saya dalam bidang ini .sehinga sekarang saya maseh belom dapat apa2 bayaran pun dari mana2.
    Mungkin ada kesilapan dimana2 kot saya pun kurang arif.

    Sekelian

    http://www.modelbisnesinternet.com/index.php?ref=anak_melaka6

    terima kaseh

    ahmadzul
    anak_melaka6

    • abdfatah says:

      wah… ramai jugak aduan tak mendapat komisen dari affiliate yang disertai, tak kurang jugak yang masih baru… kena susun strategi affiliate untuk boomm kan kemasukan komisen aff nih… tetapi bagaimana …?

      mari kita sama-sama fikirkan untuk mendapatkan lebih lagi komisen… ada lain2 pandangan bagaimana…?

  24. Puan Nor says:

    Saya seorang surirumah yang mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Saya ingin bekerja tapi tidak boleh meninggalkan anak. Sekarang ini saya dah tahu bagaimana hendak menjana pendapatan tanpa perlu meninggalkan anak2. Jawapannya adalah dengan menyertai program affiliates di internet.

    Saya masih lagi terlalu baru dalam bidang ini, masih lagi merangkak.Di harap anda semua dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya.

    Sekian, selamat berpuasa

    Puan Nor

    • abdfatah says:

      caranya sudah terbongkar sebagaimana yang telah diterangkan. dan cara promosi jugak mempunyai pelbagai rentak yang boleh kita cuba. bolehlah cuba selongkar lagi dalam blog smartzul ini secara ansur2 dan anda akan temui cara yang tersendiri setelah mencubanya shingga berjaya…

  25. Saya baru nak belajar mencari wang melalui internet,
    sekiranya ada kesilapan di mana saya membuat promosi harap dapat tunjuk ajar dari pihak En Zul

    Sekian, terima kasih

  26. junai says:

    Salam sejahtera…

    Saya selalu pening kepala kerana dah banyak usaha yang dibuat tetapi tidak menjadi? Promosi melalui online atau offline tetapi sehinggan kini rezeki masih belum menyebelahi saya. Boleh beri tunjuk ajar atau pendapat yang membolehkan saya berjaya.

    Terima kasih kepada sesiapa yang sudi memberi tunuk ajar.

    • Han says:

      junai,
      cuba faham betul2 artikel ni…

      kalau nak buat promosi, banyak caranya…
      kena belajar satu per satu la…
      biar mahir dulu baru belajar yang lain pula…

      tak pernah dapat jualan ke?
      promosi mcm mana tu?

      han

    • abdfatah says:

      menda nih bukan mudah untuk brjaya. cabarannya boleh dikatakan sengit jugak. cabaran untuk mendapatkan komisen yang begitu sengit. bukan mudah tetapi mncabar kesabaran kita untuk mempromasikan produk orang lain dengan jayanya.

      kalo nak katakan sabar… berapa banyak dah bersabar untuk itu?? memang dah lali dah sehinggakan terpaksa menghapuskan iklan tersebut dari muka bumi ini buat sementara waktu dan menyusun semula strategi pemasaran… kena study balik laa untuk berjaya…

      • Han says:

        takde benda senang…
        kalau nak senang kan bukan senang…
        kalau nak susah bukan susah…

        semua benda kena usaha untuk dapat apa yang kita impi kan…

        han

  27. abdfatah says:

    mereka perlu terus berusaha untuk memastikan ia berjaya. jangan sekali-kali berundur selagi tak dapat banyak dan banyak komisen… dan jangan semata-mata join program affiliaate dan duk promote semata-mata…

    • Han says:

      sesiapa yang nak berhenti tu, berhentilah sekarang…
      kalau tidak buang masa je…
      kalau nak buat, jangan berhenti jika tak dpt byk…

      han

  28. abdfatah says:

    hihiii… dah penat promote dah. tak dapat2 hasilnya lagi… alahai apiliate…

    berhenti… berhenti… merah-merah….

  29. HARLUUU…BRO, SIGN UP PAYPAL KITE PILIH PERSONAL ACCOUNT KER ATAUPUN BUSINESS ACCOUNT… SAYE KONFIUS NAK PILIK MANER SATU.

    • Han says:

      nak sign up paypal tu boleh je pilih mana pun…
      tapi business lebih banyak kelebihan…

      han

    • roslankasim says:

      ada buku jual tajuk ‘ rahsia buat duit dengan ebay’ buku..bukan ebook keluaran PTS .tulisan oleh Azahar Abdul Raman
      mungkin ada kat website ni http://www.pts.com.my
      dalam buku tu ada citer boleh di katakan a – z ..
      pasal soklan ko tu dalam buku tu kata kalau nak busines buka akaun busines .

  30. ISWARDI says:

    Saya berminat dgn program ini tapi masalahnya cara saya promote tak dapat sambutan.Mungkin saya tak tahu cara untuk mendapat prospek.boleh bantu saya dalam hal ini.
    tq

  31. SyedHafidz says:

    Kaedah viral marketing memang secara tak langsung dapat meningkatkan trafik pada laman web seterusnya ke link affiliate yang disertai..
    karangan saudara sabri ni saya dah baca..
    mmg banyak manfaat pada newbie yang nak berjinak2 dengan pemasaran Affiliate :cool:

  32. hafiz says:

    hurm….
    when the first time I drop by here..
    owh my god!
    I’ve fall in love…!

    p/s: best la blog ni… penulisan bersahaja tapi tepat pada maksud!

  33. iliyas says:

    Salam,

    Saya baru dlm dunia peniagaan ini..mohon ntunjuk ajar

    iliyas

  34. ummi says:

    Assalammualaikum mr zul and rakan2….

    Dalam perniagaan kesabaran perlu ada…kan sabar itu separuh daripada iman….mana yg ok tak buat langsung atau ada buat sesuatu? jadi usaha itu penting…kalu nak buat yang terbaik….mulakan langkah kita dan perbaiki kelemahan yang ada pada diri kita sendiri…semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat…amin

  35. JinGGa says:

    Assalamualaikum…
    Saya JinGGa penulis blog CeriteraMuzika. Saya rasa program affiliate ni mmg mendatangkan hasil yg lumayan kalau kena pada caranya tp saya ada satu pendapat yg nak dikongsi kat sini dan semua boleh komen pslnya. Saya rasa selalunya byk yg tak dpt nak buat duit atau tak boleh jual sbb harganya sesuatu product tu terlalu mahal. Apa pendapat semua? Bayangkan dengan begitu byk product internet seperti E-Books atau Manual yg muncul di pasaran TETAPI apa yg diberikan adalah sama. Cuma harganya yg berbeza. Mungkinlah komisen yg diberikan kpd kita sebagai affiliate ni adalah lain-lain. Kalau komisen tinggi pun tapi tak terjual masalah jugak tu. Macam cara yg En Sabri berikan ni mmg cara yg terbaik dan aku bersetuju. Saya cuma nak berkongsi pendapat saja.

  36. khairulmdno says:

    dalam setahun dah ada 126 clik through…..tp blom ada yg sangkut…..kalau sangkut 1 pon….dah kira bagos….! kekeke….sabar2..mesti lekat punya laaaa…..!

    p/s…kalau la aku ne “smartzul”….hehe..dah kaya kot????

  37. roslankasim says:

    Saya roslan ,dah masuk affiliate ni dan banyak lagi …dah lebi kurang setahun lebih saya menceburi bidang ni …saya rasa belum ada satu pun lagi terima komisyen daripada program affiliate ..mungkin saya silap promosi dan sebagainya …tapi selama ini ,selama lebih kurang setahun lebih belum ada lagi ..
    samada melalui blog saya ataupun website saya
    panduanmelanconglangkawi.com
    roslankasim.blogspot.com
    saya tak nak ,nak tipu ..tapi ini memang kenyataan dari saya …saya ada juga membeli ebook mengenai adsense …itupun dah lebih setahun dah setakat ni dah hampir US50.00 ..alhamdullillah … ok .juga terima kasih rajaadsense …. mungkin saya perlu ubah cara promosi ..kalau sahabat semua yg ada pengalaman ..minta nasihat dari anda … roslan977@yahoo.com.my

  38. haziq90 says:

    im newbie kt cni..erm..ley tnjuk ajr x cmne nk promote dgn brksn affiliate nie..??

  39. mirlme says:

    saya tak tau camner nak jana pendapatan dari internet.. leh ajar?

  40. Hi,apakhabar semua saya baru nak tau apa itu affiliate program.Jom berjinak-jinak dengan affiliate program.Wasalam

  41. Panduan yang amat berguna. Terima kasih dan salam kejayaan.

  42. kbuliwan says:

    TERIMA KASIH, INI SATU PANDUAN DAN PELUANG YANG BAIK UNTUK SEMUA.

  43. Wow…amat hebat sekali. Panduan yg amat berguna. Sekarang nie pun saya cuba mempelajari dan cuba mencuba Online Business nie. Mudah – mudahan rezeki saya bertambah baik. Salam sejahtera.

  44. abdfatah says:

    memang berguna sebagai panduan untuk memulakan program affiliate masa kini…

  45. samdaddycool says:

    Saya baru cuba-cuba menceburi affiliate utk pergi lebih jauh.. sejak sebulan dua ni Alhamdulillah, makin murah rezeki affiliate. Cuma nak belajar lebih banyak lagi skil-skil yang terpendam pada otai-otai yang ada.

    Macam manapun, thanks bro atas artikel yg sangat tip top ni!

  46. Budakboy says:

    Smartzul well done, you all make us proud as Malaysian. Really need panduan from you all. Thanks…

  47. ita says:

    hi..,

    saya dah banyak joint mcm2 bisness internet tapi masih kecundang….no respond….

    boring masuk perigiduit, mcm2 smpai lupa semuanya…

    sbb cost hidup sekarang yg memaksa utk buat mcm nie, tapi masih tak berhasil…

    :-?

  48. roslankasim says:

    Betul ..la saya joint banyak dah program affiliate …termasuk 10 model bisnet internet …dah lama dah ..tapi hingga sekarang ni RM10 pun belum dapat lagi …rasa2 macam tipu jer .. betul ke ..?
    tapi saya akan cuba info yg di beri ni ..tq

  49. norzyy says:

    Saya baru jumpa blog ni. TQ for the info. Saya baru je siapkan satu blog dan baru je nak belajar pasal internet marketing. Masa mula-mula nak belajar saya sampai naik confius baca ebook. banyak istilah yang saya tak paham. Bila cari kat search enjin banyak blog indon je yang keluar.

    kesudahannya saya buat blog pasal istilah internet dalam bahasa melayu. Sekarang ni saya tengah cari cara macam mana nak distribute free ebook kat visitor. saya byk download ebook free tp tak tau macam mana nak tepek ebook free tu kat blog saya. saya pun nak gunakan kaedah ‘virus automatik tu’. SmartZul ada caranya tak?

  50. alung says:

    Salam buat semua…

    Siapa sangka saya akan mendapat banyak maklumat disini…
    ia sesuatu yang berguna terutamanya bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet nie..Nampaknya saya masih perlu belajar banyak kerana masih banyak yang saya tak faham dalam bidang nie..apa-apa pun saya akan cuba sebaik mungkin untuk majukan diri..

    thanks…

  51. Faiz says:

    Salam’alaik…

    Thanks! Maklumat yg amat berguna…

  52. pedagangIT says:

    manatap bro… info yang bagus,…

  53. burnallica says:

    Salam.

    Saya baru jumpa blog ni. Macam best plak. Saya baru hasilkan 1 blog. Masih dalam keadaan tunggang langgang lagi. Maklumlah org baru. Tapi tak boleh masuk Adsense sebab BAHASA MALAYSIA takda dalam senarai bahasa diorg. Betulkah kalau buat web/blog dalam BM Adsense tak akan layan?
    Adakah tips nak masukan Adsense dalam web BM?

  54. shamsiah says:

    assalamualaikum,
    sy baru jumpa site ni.. amat berguna terutama org baru mcm saya..
    tq 4 d info..
    selamat maju jaya utk en zul.

  55. shamsiah says:

    assalamualaikum sumer,
    sbg newbie sy nak tnya..
    bole ker url affiliate kiter d iklankan dlm blog2 sembang mcm facebook?
    harap dpt sumbangan idea dari anda sumer..
    tq.

  56. adi says:

    nice idea…saya ni baru lagi dalam bidang promosi affiliate biz ngan blog ni

  57. annuar says:

    Salam,

    Saya baru jumpa laman ni. Dah ketingggalan keretapi nampaknya..affiliate ni pun nampaknya dah mula sejak 2006 lagi berdasarkan komen yang pertama tu.

  58. Sadun says:

    Bukan saja untuk org baru, orang lama pun perlukannya…

  59. smartboon says:

    Info ini sangat bagus dan bermanfaat untuk semua.. walaupun ianya tips ini simple tapi padat lagi best lain dari yang lain…. bab kata pepatah Belum Cuba Belum tau. Dah Cuba Baru tau. :)

  60. lakanimaus says:

    best la info nie bro….salute!!!!!!!!
    suatu motivasi suatu azam suatu peluang!!!

Trackbacks/Pingbacks

  1. Serangkai Budi | Kejayaan Dalam Program Affiliate
  2. AFFILIATE STORE | Kejayaan Dalam Program Affiliate
  3. Rahsia Peluang Perniagaan Internet, Usahawan Internet Malaysia Berjaya, Pemasaran, Cari Duit, Motivasi Usahawan » Program Affiliate : Permulaan Yang Terbaik + Teknik Muktamad

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)