Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Peluang Tidak Terduga: DJ SmartZul?

Sebelum ini, teringin juga saya untuk ke udara melalui mana-mana Radio tanahair sebagai “DJ” atau sekurang-kurangnya sebagai seorang tetamu jemputan secara siaran langsung (LIVE). Setakat ini, ia belum terealisasi. Semoga impian saya itu tercapai kelak.

Namun, di dalam menanti perkara itu, datang satu peluang untuk saya mengendalikan satu slot di Radio Internet FuhyooFM (http://www.fuhyoofm.com). Slot tersebut adalah Dunia IE (Internet Entrepreneur) yang akan bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 12.00 tengahari. Manakala siaran ulangan pada hari Rabu, jam 2.00 petang.

Pastikan mengikuti siri pertama rancangan Dunia IE pada 7/1/2010 (Khamis) ini, jam 12.00 tengahari. Layari http://www.fuhyoofm.com untuk mendengar siaran rakaman tersebut. Ia adalah edisi rakaman dan siaran LIVE akan dilakukan pada siri yang akan datang.

smartzul-2

Pada Program Countdown 2010, 31/12/2009 di pejabat Fitrah Media

Selain saya, ada beberapa orang lagi yang mengendalikan slot tersebut secara bergilir-gilir iaitu saudara Rohaizad dan juga saudara Zamrin, di samping blogger-blogger dan Internet Marketer yang lain. Di antara segmen di dalam slot Dunia IE adalah seperti Review Produk, Layan Emel, Terjah Blog, Tip dan beberapa lagi. Setiap “DJ” akan membawakan penyampaian masing-masing.

InsyaAllah, selain daripada slot di atas, saya juga akan mengendalikan slot yang lain. Saya akan umumkan kelak. Selain itu, kami juga akan bersiaran langsung (ONLINE) pada masa yang tidak terjangka.

Langkah Pertama…

Permulaan mengendalikan rancangan di radio Internet ini adalah satu permulaan yang begitu mengujakan saya. Walaupun saya tidak pandai berkata-kata, namun ia boleh dipelajari. Yang penting, informasi yang diberikan adalah bermanfaat untuk para pendengar di samping tidak menghilangkan ciri-ciri santai (hiburan).

Selain mengendalikan rancangan di Radio Internet ini, saya juga akan kerap mengadakan mini seminar, mini workshop dan personal coaching di tingkat atas iaitu di Fitrah Media Commercial Centre (FMCC). Pada Jumaat lepas, saya baru sahaja selesai mengadakan satu sesi personal coaching Blog Wordpress. Kiranya, ber”DJ” di samping melakukan kerja-kerja di sana.

FMCC dan FuhyooFM adalah dua projek milik Fitrah Media Entreprise. Bagi pihak yang berdekatan dengan Johor Bahru, ada beberapa buah bilik yang sesuai untuk digunakan bagi melakukan sesi taklimat, seminar atau personal coaching. Hubungi mereka untuk maklumat lanjut.

Walaupun Radio Internet ini tidak dapat menandingi radio-radio gah yang besar, namun yang pasti, matlamat utama pihak FuhyooFM adalah PENDIDIKAN. Ini selaras dengan slogannya, “Lebih Berilmu dan Berinformasi”. Kekuatan Radio Internet ini adalah jangkauannya yang tanpa had dan sempadan.

Maka saya bersama yang lain akan cuba membawakan mesej-mesej yang bermanfaat kepada para pendengar. Semoga kelak radio Online ini akan membina pasaran dan empayarnya sendiri bukan hanya di Malaysia, malah ke seluruh dunia.

Semenjak kami bersiaran pada 31/12/2009 lepas, ramai juga pendengar dari negara lain seperti Singapura dan Indonesia. Malah, ada rakyat Malaysia yang berada di negara lain seperti London, Jepun dan lain-lain juga mengikuti siaran dari FuhyooFM.com. Inilah salah satu kekuatan Radio Online. Jangkauan tanpa sempadan.

mixer

Sedikit Info:

1. Radio Internet FuhyooFM boleh didengari di mana-mana sahaja selagi komputer tersambung ke Internet. Untuk mendengar, layarilah http://www.fuhyoofm.com. Jika mempunyai masalah untuk mendengar, boleh cuba menggunakan Toolbar (hanya untuk browser Firefox sahaja). Dapatkan di sini.

2. Layari ruangan Foto di Facebook saya untuk melihat gambar-gambar di sekitar program bersama Blogger & IM pada 31/12/2009 lepas. Perlu login ke Facebook untuk melihatnya.

ps. InsyaAllah. Saya sekarang akan fokus untuk menulis buku pula di samping menyiapkan beberapa buah produk informasi.

“Hidup terlalu singkat untuk menghabiskan masa kepada perkara yang sia-sia.”

-

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

71 Responses to “Peluang Tidak Terduga: DJ SmartZul?”

  1. Waah!! Inilah salah satu faktor yang membuatkan saya kagum dengan perkembangan perniagaan internet di Malaysia.

    Bermula hanya dengan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya blog dalam dunia perniagaan internet sebagai medium penyampaian maklumat.

    Kemudian wujud pula majalah IM yang mendedahkan pelbagai ilmu dan peluang buat duit di internet tidak kira kepada yang sudah otai ataupun masih newbie disamping diselitkan motivasi-motivasi yang berguna.

    Kini lahir pula radio online yang khusus untuk penyampaian maklumat mengenai dunia perniagaan internet. Saya yakin dengan cara ini, pertunmbuhan perniagaan internet di Malaysia pasti akan berkembang pesat dan tidak mustahil ia mengatasi mana-mana negara maju yang lain.

    Dengan kehadiran radio online ini juga dapat menunjukkan betapa ‘unite’ nya para usahawan internet di Malaysia.

    SYABAS KEPADA FUHYOOFM. Dan tahniah juga kepada Zul kerana impian untuk menjadi DJ. Mungkin ini salah satu dari azam tahun 2010 Zul kot… ;)

    • smartzul says:

      Terima kasih Azrul.

      InsyaAllah, jika semua usahawan internet melakukan peranan masing-masing, bidang ini akan sentiasa stabil dan memberi keuntungan kepada semua orang.

      • Yup, betul tu. Peranan tu pula tidak hanya khusus kepada perniagaan semata-mata. Tapi mestilah menjurus ke arah mendidik masyarakat di Malaysia.

        Secara jujur, saya suka melayari blog Zul sejak dulu lagi. Dan dari artikel di blog Zul lah yang mendidik saya untuk mencuba peluang buat duit di internet. Dan macam tak percaya, ia memberi hasil yang sangat memberansangkan.

        Dari artikel di blog zul ni la baru saya tahu, apa sebenarnya perniagaan internet ini. Teruskan usaha Zul untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat Malaysia mengenai dunia perniagaan di hujung jari ini. ;)

  2. Tahniah bro!!!

    Teruskan usaha anda :)

  3. Aqif says:

    Saya kagum dengan pencapaian saudara Zul. Nampaknya impian sudah menjadi kenyataan. Kini tibalah masa untuk terus menuju kehadapan. :)

  4. DjSenja says:

    Salam
    T/kasih kpd SmartZul kerana memberi komitmen terbaik utk program Dunia IE..
    Anda memang bermaklumat dan berinformasi..
    Sehingga selesai rakaman, kami dapati durasi program itu menjadi 1jam 15 minit.
    Apapun kami tak kisah. Setiap perkataan yg keluar dari mulut SmartZul adalah umpama permata. Sayang sekali kalau tidak disiarkan.

    Jangan lupa dengarkan siaran pilot program ini kerana semua maklumatnya amat berguna.

    Kami percaya DjSmartZul akan mampu melakukan lebih baik lagi pada program akan datang:)

    Salam suksess untuk anda..

  5. Yg paling menarik segmen “Terjah Blog” tu..hoho..tersenyum sy sorang-sorang..kelako bunyinye..mcm Melodi pulak..

    Agaknya mcm mana la ye segmen itu akan dikendalikan. Macam menarik.

  6. Insyaa-Allah ianya akan direalisasi pada tahun 2010, untuk itu berlatih sekerap mungkin dengan menggandaikan Tuan sudah on air.

  7. Assalamualaikum. PErtamanya saya nak ucapkan tahniah kepada Zul kerana telah melangkah setapak ke hadapan. Teruskan usaha. Bantu umat Islam biar semuanya maju.

  8. pada malam kejadian saya lihat zul dapat "berDJ". Seperti telah berengalaman menjadi DJ. Saya sendiri kekok untuk berceloteh. heheh. Tahniah dan terima kasih pada pihak fitrah media kerana memberi peluang kepada Kami.

  9. Tahniah Tuan Zul! Saya juga suka utk ke udara atau terus jadi DJ..Belum kesampaian.. Tahun lepas Dr Irfan Khairi ada mempelawa saya untuk slot radio tapi hasrat saya belum kesampaian..

  10. Tahniah dpt jd DJ wlpn utk seketika

  11. Terima kasih Tuan SK.

  12. Tuan Hisam, saya tiada pengalaman langsung. Tapi mungkin sebab dua hari saya buat sesi rakaman, jadi hilang gementar sikit. Apa pun, selama ini saya pernah membayangkan (visualisasi) jadi DJ.

  13. Tuan Jai. Kalau ringan kaki, singgahlah ke pejabat Fitrah Media. Boleh menjadi tetamu DJ pada bila-bila masa saja.

  14. taknak pangil saya ke udara ke?hehehe

  15. Rohaizad kata, Yazid ada di JB. Kalau mahu ON AIR bersama, datanglah ke sana. Nasi ayam penyet juga sentiasa menanti.

  16. hehehe,haah,saya ada di JB,isyaallah..sabtu ni saya datang..camne dengan sabtu ni?boleh ke saya datang?

  17. Zamri Nanyan says:

    Tahniah, Zul! Satu pencapaian yang baik… :-) teruskan usaha…

  18. Sabtu ini ya.. Cuba confirmkan dengan bro Rohaizad. Biasanya Zamrin akan ON AIR pada hari tu.

  19. DeeJay Senja says:

    Tuan Yazid klu nk dtg Sabtu ni kami tunggu.. perpun betul kata Tuan Zul .. try confirm dgn bro Ijad yer..

  20. bro ijad tidak balas mesej saya..mungkin sibuk

  21. Hello Dj .. that night i tunggu lebih satu jam , dapat dengar 1 minit lepas line tak clear. Walau bagaimana pun syabas saya ucapkan, kerana dj lah guru pertama saya dalam blogging

  22. dah dapat mesej reply dari bro rohaizad..saya datang hari sabtu nanti..hehehe…boleh berborak nanti…

  23. tahniah tahniah tahniah..nak jadi DJ untuk segmen wanita, boleh?hehehe..

  24. DJ blogger pertama malaysia.

  25. Mat Cargo says:

    nak try jadi dj wakil matcargo.. hehehehe eeeehaaaa

  26. Irwan Dahnil says:

    Bagus Zul! Insyallah akan menjadi jemputan pula Zul selepas ini untuk projek WebTV dalam segmen Bisnes Internet.

  27. deejaayy Zul, sangat cool tu! :) Nanti untuk siri bro Zul, tak buat mp3 untuk di downlioad? :-)

  28. InsyaAllah ada untuk didownload.

  29. Terima kasih Irwan. Projek bagus tu.

  30. FuhyooFM masih membuka peluang untuk mana-mana wanita yang ingin menjadi DJ sambilan di sana. Siapa yang dekat dengan bandar JB bolehlah.

  31. Jauhnya. Kalau ada di KL, saya la orang nombor satu tawar diri. Haha.

  32. Zul, Fuhyoo FM tak nak buat teaset berbentuk audio ke. Hehe. Kalau ada, dan perlukan suara wanita. Saya berbesar hati memberikan perkhidmatan secara percuma. :D Portfolio itu penting.~

  33. UstazCahaya says:

    Salam Zul.

    Alhamdulillah. Tahniah, saudara Zul semakin maju. Semoga terus maju pada masa hadapan, Amin;-)

  34. Semua idea akan di tapis oleh pihak management FuhyooFM terlebih dahulu. Tiada jawapan boleh di beri di sini. Thanks :D

  35. Tahniah bro sebab dah jadi DJ lak skang nie.. Satu pembaharuan tue.. Makin mantap bro

  36. hafizmd says:

    Syabas Zul. Mudah-mudahan Zul terus sukses. Memang cukup kagum dengan usaha para blogger dan IM yang terus berusaha keras. Moge sentiasa diberkati Allah jua.Ameen.

  37. olie says:

    Nampaknya Zul dan beberapa IM lain telah mencipta ’sejarah baru’ dalam dunia IM tanahair. Syabas diucapkan. Saya percaya ini merupakan petanda baik untuk industri IM khususnya di Malaysia. Semoga satu hari nanti Zul boleh keudara di Radio Era pula :)

  38. idea yg menarik…..

  39. fullamak , smartzul memang dah mcm DJ pro la nampaknya..Gud luck bro smarzul! :)

  40. Oh, InsyaAllah.. Kalau ke JB tak sampai 1 jam setengah jer..

  41. NayanMohd says:

    Tahniah dan syabas Zul…
    semoga terus sukses dalam bidang perniagaan…

  42. Huh, glamor habis … Dj kena host program : Internet dan Anda bersiaran dalam facebook. Make it great. Tahniah

  43. Tahniah Zul..Zul sebenarnya bukan pemalu orangnya, sebab masa jumpa dulu, banyak juga cakap Zul ni…kekekek..cuma caranya macam pemalu..kan Zul?

    p/s: Mungkin Zul tak jadi pindah ke KL kalau dah selesa dan bertambah mantop di JB tu Zul :D

    • smartzul says:

      Entahlah Mazlie. Nak kata saya ni pemalu, tak juga. Nak kata saya tak pemalu, tak juga. Bergantung pada kondisi kot. :D

      Saya jadi pindah KL. Cuma masanya belum pasti. Atau mungkin ada perubahan rancangan.

  44. jai@jaigoku says:

    Tuan Zul.. Takyahla ke KL.. KIta mantopkan yg di selatan ni dulu.. KL tu utk rumah ke dua kita bagi projek yg lain tu ok la.. Amacam?

  45. Tahniah..kalau ada peluang memang mesti dengar punya..

  46. Heheheheh…Zul tak boleh tinggalkan KL tu..ada sebab besarkan Zul? eheheheh :D

  47. jai@jaigoku says:

    Tuan Mazlie, saya juga bercadang utk ke KL tahun ini sbb peluang itu lebih terbuka luas, tapi lebih selesa di sini sgt bersederhana dalam pelbagai sudut. KL tu saya akan jadikan rumah ke dua nanti,, takde masalah jika kita sepenuh masa bisnes.. :)

    • smartzul says:

      Adakah Tuan Jai mahu mempengaruhi saya? :D

      Sifu kita Tuan SK pun ada berpesan, “Beristeri biar ramai”. Maksudnya biar banyak rumah, seperti mana kata Tuan Jai di atas rumah kedua. Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.

  48. palihapiz says:

    Selamat menjalankan tugas.

  49. semoga saudara makin maju dan terus maju…
    dan selamat menjalankan tugas..

Trackbacks/Pingbacks

  1. Countdown Tahun Baru bersama Bloggers dan IM di FuhYooFM Dot Com : : Blog FuhYooFM
  2. FuhyooFM | JB Cool

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)