Lima Punca Usahawan Internet Tidak Berjaya
Semasa mengemas kotak simpanan barang, saya telihat sekeping nota kecil lama yang menyenaraikan lima sebab seseorang itu tidak berjaya di dalam perniagaan internet. Senarai ini telah saya catat hampir 6 tahun yang lepas.
Tidak berjaya di sini bukanlah bermaksud gagal sepenuhnya, tetapi mungkin kurang berjaya, kejayaan tidak begitu hebat, sering turun naik semangat, hasil tidak konsisten dan sebagainya.
Walaupun disenaraikan lima sebab ini, namun pasti banyak lagi sebab-sebab ‘kegagalan’ yang lain.
1. Terlalu banyak pilihan dan informasi.
2. Tiada sistem langkah demi langkah untuk digunakan.
3. Memilih ‘niche’ yang tidak menguntungkan.
4. Sesetengah perkara terlalu teknikal untuk diuruskan, atau menjadikan sesuatu perkara itu terlalu sukar untuk dipraktikkan.
5. Berseorangan diri tanpa ada kerjasama atau berkumpulan (team).
Dan berikut pula cara mudah untuk berjaya, di mana senarai ini juga tercatat di kertas nota kecil itu:
1. Berimpian BESAR.
2. Menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang spesifik dan realistik.
3. Melaburkan wang untuk pengetahuan.
4. Sentiasa bertindak dengan cepat (tidak menangguh).
5. Sentiasa fokus dan konsisten.
6. Selesaikan sesuatu kerja yang telah dimulakan.
Untuk berjaya ada caranya, jika GAGAL pasti ada sebabnya.
Semoga bermanfaat.
Incoming search terms:
- sebab-sebab internet tidak dapat digunakan
- punca perniagaan internet
- faedah dalam mengembangkanjenama menggunakan kaedah baru
- sebab internet digunakan
- punca-punca semangat keusahawanan idak wujud
- punca perniagaan dalam internet
- punca perniagaan
- nombor telefon peserta usahawan gagal
- kenapa seseorang susah nak berjaya dalam perniagaan
- faktor usahawan internet tidak berjaya















Terima kasih atas perkongsian Tuan Zul.
Walaupun apa yang dikongsikan adalah perkara yang tuan catat 6 tahun yang lepas, ianya tetap boleh digunakan dan masih relevan
masalah saya selalu betangguh, xde sistem…dah cuba buat sistem, tapi tak dapat nak ikut..huhu
hmm.. cara mudah utk berjaya tu takde buat pun (tak berapa amik pusing).. thanks utk entry hebat ni!
Infor yang bagus,fokuskan kepada satu atau dua bisnis saja barulah mudah menguruskan perniagaan anda.biasalah semangat memang ada turun naik,kalau hari ini down tak semestinya esok down juga kan..
Bab bertangguh itu memang tidak dinafikan. Itulah masalah utama.
saya setuju..saya pun selalu bertangguh.. mungkin sebab masa yang tidak mengizinkan..
Emm saya tertarik yang no 1 tu kerana ia ada kaitan dengan saya dimana terlalu banyak pilihan dan sukar untuk menentukan yang mana yang paling sesuai dan inilah yang menyebabkan gagal fokus kepada perkara yang lebih penting iaitu memulakan perniagaan internet dengan segera.
Salam mari teman berteman bersama saya..
Saya setuju dgn pandangan Tuan Zul tentang kenapa seseorang itu gagal dlm perniagaan internet. Memang betul jika kita mengalami kegagalan mesti ada punca yang menyebabkan perkara itu terjadi kita seharusnya mencari kelemahan tersebut dan usah mengulanginya semula.
Kesmua lima punca itu telah saya lalui. Paling penting adalah fokus anda.
Dan sekarang saya dalam proses untuk berjaya dalam perniagaan internet ini.
terima kasih smartzul
Memang point2 di atas masih relevan sampai sekarang…paling penting, kita perlu menuding jari pada diri sendiri sebelum berniat nak salahkan orang / faktor lain. Diri sendiri tak bergerak, jika jutawan internet nak tolong sekalipun, memang tak jadi punye…
Sekarang saya tengah praktikkan melabur wang untuk pengetahuan..sebab pada pandangan saya saya mesti ambil risiko untuk berjaya..
Kadang-kadang semua sistem dah ada cuma cara yang tak betul.5 sebab nilah punca kita gagal.
Memang kadang2kala sering bertangguh dan cuba nak tau banyak perkara .. itu yang susah nak berjaya tu
Bagus perkongsian ini.Sekurangnya dapat menambahkan lagi keyakinan dalam diri dan ilmu tentang prkara yang dilakukan..Terima kasih tuan zul
info yg sgt berguna!tq