“Aku, Seteguk Air dan Sebiji Kurma…”

Tulisan kali ini lebih kepada peribadi. Mungkin sedikit sebanyak anda akan kenal saya lebih dekat. Hanya sekadar perkongsian.

Jika anda tanya saya, “zul, berbuka puasa dengan apa hari ni?”.

Jawapan ringkas saya, “Air masak dan buah kurma“.

Puasa kali ini, saya mahu cuba cara lain yang tidak seperti puasa-puasa dahulu. Dan permulaan di hari pertama semalam saya berjaya mendisiplinkan diri. Dengan hanya kos RM4.00, saya membeli juadah berbuka puasa. Tidak seperti tahun-tahun yang lepas, biasanya lebih RM5.00.

Ya, saya masih bujang, maka sebab itu kosnya kecil. πŸ™‚ Tapi anda yang sudah berkeluarga, bukan satu alasan untuk boros di bulan ini. Buatlah ‘budget’. Anggaplah bulan ramadhan ini seperti bulan-bulan yang lain untuk aspek makanan dan belanjawan.

Kali ini juga, saya ingin mengelak terlalu kerap ke pasar Ramadhan. Bukanlah tidak mahu merasai pelbagai aneka masakan, tetapi kadang-kadang nafsu mata melebihi keperluan… Jika alasan hanya bulan ini sahaja meriah dengan pelbagai aneka masakan, saya tidak terima alasan ini.

Selepas berbuka puasa, saya akan meringankan kaki ke masjid untuk solat maghrib berjemaah. Biasanya kalau perut sudah terisi macam-macam, kekenyangan itu akan memberatkan kaki untuk melangkah ke surau atau masjid. Hal ini saya fokus kepada kaum lelaki. Amat afdhal jika solat berjemaah.

Selepas solat jemaah maghrib di masjid, barulah saya akan menuju ke mana-mana kedai makan yang berdekatan untuk menjamu makanan yang lebih berat. Sehabis makan, saya akan pulang ke rumah sementara menunggu masuknya waktu isyak.

Ya, sekali lagi akan ke masjid untuk solat isyak berjemaah dan solat sunat tarawih.

Sebenarnya…

Cara yang saya lakukan inilah yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Jangan terus mengambil makanan yang berat. Jamu dahulu mana yang ringan. Kemudian, barulah menjamah yang berat-berat.

Jangan Terlalu Kenyang

Ibnu Qaiyum di dalam bukunya mengatakan, “Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan”.

Seorang ulama’ bernama Ibrahim ibn Adham berkata, “Barangsiapa menahan perutnya, maka dia akan berhasil mengatasi hutangnya. Barangsiapa bisa menguasai rasa laparnya, maka dia berhasil menguasai akhlak yang shalihah. Sesungguhnya maksiat kepada Allah itu jauh dari orang yang lapar dan dekat dengan orang yang sedang kenyang”.

Kurma, adalah ‘pemanis’ dalaman tubuh sebagai ‘penawar’ keletihan.

Air, adalah penyejuk dan ‘pendingin’ badan setelah seharian ‘kekeringan’.

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu (ia berkata) :

“Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air”. – Hadits Riwayat Ahmad (3/163), shahih.

Banyak Berdoa Semasa Berbuka

Inilah salah satu waktu mustajab untuk kita berdoa.

“Tiga orang yang tidak akan ditolak do’anya : orang yang puasa ketika berbuka, Imam yang adil dan doÒ€ℒanya orang yang dizalimi”. – Hadits Riwayat Tirmidzi (2528).

Puasa Mahu Mengajar Kita…

Jika kita mahu mengambil pelajaran, hikmah puasa ini amat banyak. Antaranya:

1. Berjimat-cermat. Bukankah suatu yang pelik, jika di bulan ini kita patut lebih berjimat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Puasa mengajar kita berjimat cermat.

2. Merasai kesusahan orang lain. Mungkin kita senang, kaya dan banyak duit. Tapi dengan berpuasa, kita akan dapat rasa keadaan mereka yang selalu mengikat perut menahan kelaparan. Dari situ, akan terbit keinsafan dalam diri agar kita ‘kaya sebelum miskin’ dan juga mahu membantu mereka yang perlu dibantu.

3. Solat berjemaah. Bila tiba bulan puasa, maka muslimin dan muslimat akan berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk solat berjemaah (tarawih). Ini mendidik jiwa agar bukan bulan puasa sahaja kita perlu berjemaah, tetapi sampai bila-bila pun terutama kaum lelaki.

4. Membersihkan jiwa dan hati. Semoga dengan berpuasa, diri kita berubah ke arah yang lebih baik. Dalam konteks Islam, lebih beriman dan bertaqwa. Saya berharap saya boleh membuang mana-mana sifat yang tidak bagus. Bulan puasa adalah bulan ‘riadah’ untuk hati dan jiwa.

Semoga…

Semoga, dengan keberkatan dan rahmah yang Allah kurniakan di bulan ini, kita akan menjadi seorang manusia yang bukan sahaja berjaya di dunia, malah di akhirat jua. Berusahalah untuk menjadi antara yang terbaik. Pesaing terdekat anda adalah diri anda sendiri.

Semoga, apa sahaja amalan baik yang kita lakukan di bulan ini diamalkan sampai bila-bila. Semoga juga kita berubah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini. InsyaAllah.

Setakat ini sahaja dahulu perkongsian saya. Selamat berbuka puasa.

==================
MP3 Quran Percuma:
==================

Anda boleh download secara percuma di sini untuk bacaan Al-Qur’an oleh empat orang Qari tanpa sebarang bayaran:

http://quran.mangga.com/quran_mp3.html

=================

Wassalam.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on ““Aku, Seteguk Air dan Sebiji Kurma…”

  1. 😐 Cara yang baik .
    Tadi, masa berbuka saya minum air masak secawan dan 3 biji kurma , solat dan mengaji, pastu baru makan , πŸ™‚ pastu tunggu isya’ . Letih betul mengajar petang, banyak bercakap. πŸ˜†

    Satu lagi, cuba makan kurma campur susu (susu uht) . LAGI SEHAT. πŸ˜‰

  2. Great post.

    Artikel ini banyak mendidik saya tentang berpuasa. Banyak maklumat yang saya peroleh. 2 hari yang lalu baru saya tanya pada diri sendiri, “Mengapa orang Islam perlu berpuasa?”

    Nampaknya saya telah attract jawapannya. πŸ™‚

  3. Raymond,

    What dont you try for one day, then you will realize how good is it ? πŸ˜‰

    Dont eat and dont drink only for 14 hour . πŸ™‚

    Its not bad.

  4. Thats good , πŸ™‚ . My record just 24 hour. πŸ˜‰
    Actually fasting not only to control our hunger. We must control our mind, our soul and our body , to be humble to GOD.

    The hardest thing for me is, cannot “korek telinga apabila rasa gatal” .
    πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜† 😳 πŸ˜† πŸ˜† πŸ˜†

  5. great trial raymond πŸ˜€

    sbrnnya puasa nie menjadikan tubuh badan lebih segar dan sihat, apa salahnya
    merehatkan sistem pemakanan, pencernaan dan penghadaman utk seketika waktu dalam bulan puasa.. banyak manafaatnya πŸ˜€

    P.S:zul lupa satu perkara tue, sebotol kicap so lg..ekekeke..

  6. betul tu Zul..kalau nak ikutkan cara kita berpuasa ni, memang tak sampai kepada matlamat yang sebenarnya..Pi bazar mata terbeliak tgk macam2.
    Insyaallah, kita sama2lah memeprbaiki diri

  7. semalam baru first time say berbuka di masjid kat sini. best gak berbuka kat masjid. makanan deorang pun best gak. masa berbuka makan kurma n air, pastu solat maghrib, pastu baru makan nasi. Lepas tu lepak jap kat masjid, mcm2 bole buat seperti baca quran, tunggu isya’.

  8. memang tepat artikal zul kali ini..kita mesti berjimat cermat…ermmm nak kongsi satu pengalaman..semalam saya pergi pasar ramadhan…dari segi harga fulamak…memang mahal ler…ayam bakar berempah satu bahagian (ayam seekor bahagi empat) harganya RM8.Mahal tak? 😯

  9. Seteguk air,sebiji kurma

    Ya itu la barakah

    kalau kaya sekalipun tapi tiada barakah tiada gunanya
    Biarlah sederhana tetapi penuh berkat, itulah nilai yang tinggi

    3 cara untuk mendapakan barakah dalam bulan Ramadhan
    1. berbuka dengan kurma terlebih dahulu seperti yang saudara zul katakan
    2. Memberi makan kepada orang yang berpuasa walaupun sebiji kurma
    3. Makan berjemaah seperti berbuka di Masjid atau Surau

    Ok semoga kita dapat amalkan bersama.

    Tahniah Zul, Solat Berjemaah itu Lah Senjata yang paling berharga di akhirat kelak πŸ˜‰

  10. Diam tak diam dah masuk sepuluh hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan. Rasa macam baru semalam mula berpuasa. Insya Allah pergunakanlah masa yang berbaki ini dengan sebaiknya. Mana tahu, tahun depan tiada lagi Ramadhan untuk kita. Ampunkan dosaku Ya Allah

  11. memang cepat masa berlalu. sebulan apa laa sangat yang nak heran sekarang nih. tetiba orang cakap dah 3 bulan dah… 3 bulan pun begitu cepat masa berlalu dan 3 bulan lagi akan datang tahun 2008.

    moga bertemu lagi di tahun hadapan untuk puasa yang akan datang. sesungguhnya kita akan merindui bulan puasa yang silam bahkan yang akan datang sentiasa ternanti-nanti…

    puasa ala kadar aje dan jangan terlalu kuat nak makan itu ini… membazir la pulok…

    sekian terima kasih… :mrgreen:

  12. esok lusa berapa hari lagi mau raya? maka ramadhan akan berlalu dan kita akan menunggu lagi bulan ramadhan yang akan datang menjenguk kita.

    ramadhan yang berlalui akan dirindui, ramadhan akan datang tetap ditunggu kedatangannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *