Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Psstt.. Mari Belajar Ceroboh Server dan PC orang.. ;)

Oh tidak, tidak sesekali. Saya tidak akan ajar anda untuk menceroboh pc atau server orang lain.. Sebab? Ia illegal, berdosa dan sebab lain adalah…. Saya pun tak tahu.. hehe..

Ok, tajuk di atas hanya gimik jer. Kali ni tulisan saya pendek jer. Saya ingin mengajak anda semua banyak membaca mengenai bagaimana untuk mengelak daripada kena ceroboh dan bagaimana menggunakan internet dengan berhemah dan bijaksana agar tidak menjadi mangsa dek tangan hacker yang illegal tu. Hacker berketurunan alien kat Malaysia ni ramai tau, so pastikan anda tahu langkah pencegahannya ok.

Anda tahu? Hacker yang expert boleh masuk PC anda dan boleh lakukan apa sahaja. Juga boleh merampas username dan password emel anda dan akhirnya, anda sudah tidak dapat menggunakan emel itu. Paling teruk, segala data di dalam komputer anda terhapus! Jadi, marilah kita sama-sama tahu langkah pencegahan di samping berdoa dan tawakal kepada Allah. Kita doa banyak-banyak agar hacker yang illegal ni diberikan balasan yang setimpal oleh Allah. DIA Maha Adil dan Lebih Mengetahui apa yang patut untuk hambaNya.

Oklah, anda boleh merujuk banyak artikel, white paper dan sebagainya di laman web ini:

http://www.niser.org.my

Nak tahu apa itu NISER, baca sendiri di http://www.niser.org.my/about.html ;)

Untuk baca artikel dan berita sekuriti, klik manu news pada laman web tersebut. Dan ini adalah salah satu artikel yang berguna:

http://www.niser.org.my/news/2005_03_21_01.html

Satu lagi laman web PENTING adalah myCert. Kalau laman web anda kena godam, ceroboh, hantar report kat mereka:

http://www.mycert.org.my

Bukan setakat report kena hack ke apa, kalau anda di-spam, kena virus ke, atau apa-apa, just report to them.

Salah satu artikel berguna di myCert adalah:

http://www.mycert.org.my/homepcsecurity.html

Wassalam.

PS. Kepada hacker illegal tu, insaflah ekk.. Ilmu kamu tu bila-bila masa Allah boleh cabut dan rampas.

PPS. InsyaAllah, saya sudah memikirkan satu perancangan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna internet di Malaysia mengenai keselamatan komputer dan internet dan seterusnya mengurangkan laman web atau pc kena ceroboh.

PPPS. AWAS!! Mungkin gerak kerja anda di pc sedang diperhatikan! Pasanglah firewall seperti ZoneAlarm dan lain-lain.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

13 Responses to “Psstt.. Mari Belajar Ceroboh Server dan PC orang.. ;)”

  1. cikgubiz says:

    Suspen je smartzul ni aku ingat leh aku belajar hack server orang ;)

    Kepada yg belum buat backup lebih baik buat sebelum terjadi perkara2 yg tidak diingini.

  2. sham says:

    Tak baik hack orang..

    Selamat Menyambut hari Kemerdekaan ke 49..MERDEKA x7

  3. smartzul says:

    Lepas ni, saya akan banyak sikit menulis mengenai keselamatan komputer dan internet. Saya nak pastikan si hacker yang illegal ni susah nak cari makan. hehe.. Moga Allah membantu kita di pihak yang benar ini. Amin.

  4. aie says:

    saya newbie dlm perniagaan internet..baru sgt lagih.

    Bila ruangan blog nih tulis pasal hacker illegal nih, lagi la risau ttg dunia perniagaan internet nih.

    Ada tak artikel sebelum nih yang bercerita serba sedikit ttg apa yang dikatakan sebagai “back-up”. Apakah ianya dokumentasi yang diletakkan disebuah pc lain atau web?

    Terima kasih.

    p.s : selalu ikut gak perkembangan artiket blog smartzul, tapi kalo diam tak bertanya, mmg selamanya la tak paham..hehe.

  5. smartzul says:

    Dalam tulisan kat atas, saya ada bagi 2 website rujukan. Then, saya ada bagi link tutorial backup file kat cpanel. Boleh rujuk yang tu dulu.

    InsyaAllah, next time saya akan kerap juga bincang hal sekuriti ni. Aie, jangan takut, kalau tak, sampai bila kita nak wat bisnes kan? Sama lah bisnes biasa ada kedai, bila-bila masa orang boleh ceroboh walau kita pasang alat sekuriti. ;)

    • abdfatah says:

      apa yang penting adalah sekuriti perlu seimbang dengan bisness yang ingin dijalankan, jangan asyik duk meniaga aje namun sekuriti terlepas pandang begitu sahaja… jika tidaknya dah tentu haru-biru dibuatnya…

  6. rahsia says:

    mari la belajar hack.. korang nengok dak indon sesama share pasal ilmu hack.. bukan untuk buat jahat just untuk menimba ilmu.. mana laa tau kalau ada lagi web yang leh merosakkan akidah why not kite tembak atau rosakkannya ? should do like that.. so far aku mmg ZERO pasal hack hack neh.. tp stkt pakai prog pepelik tuh penah laa.. tade la sampai hack..

  7. ksue says:

    saudara zul

    terima kasih dengan tulisan ini , at least dari sekarang kita patut bersedia kalau perkara ni berlaku , saya pon tak tau tentang hack..ni..takot la ..sebab tak de back up langsong..boleh bagi tips macam mane nak back up semua data2 kita tu????

  8. kupu2 says:

    mm…mm….elmunya boleh juga tapi bahasanya kurang mengerti buat kita2 yg dari indonesia ,kalau bisa yg mudah di mengerti,salam buat anak2 hack malaysia ,kita bisa share elmu koq untuk melawan amerika ok….!!!!

  9. abdfatah says:

    meh sini kita menjengukkan diri kita ke dalam pc orang lain. weiii apa yang hang buat dalam pc saya nih…?

    hahahahaa… apohalpun sekuriti memang penting sebagai langkah berjaga-jaga. namun kita tak tahu bila masa mereka akan attack dn attack dengan secara tetiba-tibanya…

  10. Han says:

    isy..
    tengok pada tajuk memang gempak…hehe..
    suspek sekejap…
    igt zul nak ajar orang buat kerja jahat..hehe..
    kalau betul zul ajar, hancur lah blog blogger ni…

    han

  11. salam..saudara…saya nak tanya sikit la…ada musykil sikit…saya baru tukar template baru kat blog…tapi masalahnya saya tak boleh edit fonts dan color pd blog…tiada apa paparan yang keluar pd kotak tersebut…kosong…satu lagi kat template ada ruangan banner 125×125 …masalanya mcmana nak isi ruang banner tersebut..ada 4 kotak banner kat template blog baru saya…harap saudara boleh bantu saya…terima kasih

  12. Maaf Tengkolok Hitam is Zainudin Sulaiman…tq

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)