Proton Persona : Kereta Terbaik Keluaran Proton?

Kali ni, SmartZul nak cerita pasal kereta pulak. πŸ˜€

Hoho, tidak sama sekali, ia bukan kepakaran saya!

Saya bukanlah pakar atau tahu sangat mengenai kereta, tetapi saya tetap kagum dengan usaha Proton walaupun ada sejuta satu kata-kata negatif itu dan ini. Go Proton, Go!

Terkini, Proton telah mengeluarkan sebuah lagi model terbaru yang diberi nama, Persona. Sekali tengok, ia memang mempersonakan!

proton persona

Sumber imej: http://www.proton.com.my

Oleh kerana saya tidak tahu sangat mengenai kereta atau dunia permotoran, biar yang pakar sahaja bercakap mengenainya. Siapa lagi kalau tidak salah satu blog yang femes di Malaysia iaitu PaulTan.org. Cakap jer apa jenis kereta terkini, beliau akan menulis di blognya.

Jika anda melihat tulisannya mengenai Proton Persona, terdapat lebih daripada 500 komen pada artikel itu! Wah, dahsyat sekali. Blogger-blogger hebat macam John Chow dan Darren Rowse pun susah nak dapat komen sebanyak itu. Syabas kepada Paul Tan!

“Maybe you can share any blogging tips with us Paul?”. πŸ˜‰

Post atau tulisan ini ada dua tujuan:

1. Mengenai Proton Persona

2. ‘Niche Blogging’

Mengenai tujuan pertama, rasanya Paul telah mengulas secara detail di blognya.

Klik di sini untuk membaca mengenai Proton Persona.

Pada artikel itu disertakan juga imej kereta Proton Persona termasuk bahagian dan sudut tertentu…

Tapi untuk perkara kedua, biar saya sentuh sedikit di sini.

Blog PaulTan.org adalah salah satu contoh terbaik di dalam arena ‘blogging’ kerana ia bukanlah sebuah blog ‘how to make money’, business, Internet Marketing atau apa-apa yang berkaitan dengan buat duit.

Sebaliknya, blog tersebut menulis mengenai industri automotif terutama membuat ulasan dan review terhadap apa sahaja jenis kereta yang ada di pasaran.

Dalam hal ini, kita dapat mengambil banyak pelajaran, tetapi dua perkara berikut amat perlu anda tahu:

1. Banyak lagi topik yang ‘menguntungkan’ berbanding topik cara buat duit. Bahkan ikhlas saya katakan, berbicara atau menulis mengenai cara buat duit lebih susah daripada topik lain.

2. Perlunya banyak membaca, mengambil tahu dan menimba ilmu. Untuk bercakap mengenai sesuatu, adalah lebih baik jika anda tahu mengenainya. Saya tidak kenal Paul, tetapi pada andaian saya, mungkin bidang kerjanya ada sangkut paut dengan dunia permotoran. Atau mungkin beliau menulis kerana amat berminat dengan bidang automotif?

Adakah topik blog hanya yang kita tahu?

Tidak. Anda boleh gunakan cara alternatif untuk memiliki blog yang mana topiknya di luar pengetahuan anda bahkan tidak perlu menulis hatta sepatah pun:

1. Upah penulis bebas yang tahu mengenai topik tersebut. Bayar mereka untuk menulis bagi anda.

2. Buat secara “Team” dengan rakan anda atau blogger lain. Sebagai contoh, anda jaga bahagian teknikal, seorang lagi kerjanya hanya menulis.

3. Upah segala-galanya. Dari pemasangan blog (hal teknikal) sehinggalah kepada penulisan, anda upah semuanya. Kerja anda hanya mempromosikan blog sahaja… Cara ke-3 ini jika anda ada banyak modal.

“Perlukah saya ber-blog?”

Ini soalan yang penting. Ramai yang mahu berblog kerana teruja dengan orang lain. Tapi tiada matlamat dan tiada sebab. Sebelum anda bermula, tanya diri sendiri dahulu, perlukah aku berblog? Untuk apa? Bolehkah aku memberikan komitmen? Seriuskah aku? Itulah beberapa soalan yang perlu anda persoalkan kepada diri sendiri sebelum ikut sekali ber-‘blogging’.

Sekian dan jumpa lagi.

Sahabat Online Anda,

Mohd Zulfadli (SmartZul)

.

Rujukan Berkaitan:

1. Tip Mudah Blogging: http://bloggingsteps.com/tips

2. Panduan Asas WordPress dan Blogging: http://bloggingsteps.com/kit

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “Proton Persona : Kereta Terbaik Keluaran Proton?

  1. yea betul… tahu takper dan tak tahu kena tanya…

    nak buat duit dengan blog bukan mudah dan nak berblog pulak kena tahu minat dan kemahiran yang sedia ada yang kita miliki…

    nak cakap pasal buat duit bukan senang… rujukan kena ada, kalo setakat nak meriahkan sahaja lain citer la. bercerita secara umum boleh laa… tak gitu??

    kalo tersemangat nak berblog, memang takleh nak mulakannya dengan segera pun. terkial-kial jugak jadinya pada peringkat permulaan…

  2. slmt pg zul,
    mmg btl sgt tu zul… nak berblog mesti kena ade tujuan dulu baru boleh memulakannya… kalau takde, sampai separuh jalan mesti terbengkalai…hehe πŸ˜€

    nak berblog ni bukan mudah seperti yang orang fikir…kita mestikena ada komitmen untuk menulis… kalau tulis main2 tak akan dapat buat duit dengan blog… tu untuk suka2 takpe lah…

    han

  3. Mungkinkah Paul Tan ni menjadi Corey Rudl yang kedua?

    Kedua-duanya suka akan kereta. Cuba zaman Corey Rudl dulu, blog belum femes lagi.

    Sekadar pendapat. πŸ˜›

  4. Hmm.. i’m not a copycat here but my blog is quite niche – motoring news with a personal touch. Anyway, its up to the reader to judge. Making money or not? Hey, I just started about 2 months ago on blogging.

    Paul Tan’s blog is an inspiration to me, heck, he was my ex-schoolmate back in primary! So, we’re just one of the few to write on motoring in Malaysia.

    Visit my site if you may and judge for yourself. Dont forget to leave a comment to a new blogger like me. πŸ˜€

    Sekian. πŸ˜€

  5. hoho, tak kot. Kalau nak pun, biar ia dah berada on the road dalam sekian2 waktu dahulu. Al-maklum, kereta yg baru keluar ni kadang2 banyak probnya.

    Walaupun begitu, Persona ni memang mempersonakan. πŸ˜€

  6. bagi saya, sejak mula menulis di blog sejak 29 mac yang lalu, ia sungguh menyeronokkan ..

    saya tak tahu menulis pasal kereta, pasal make money atau perkara lain, saya cuma tahu menulis mengenai motivasi pembangunan diri dan kuasa minda, kerana ia memberi keseronokan tersendiri buat saya, idea juga datang mencurah-curah ..

    tips kali ini banyak membantu, thanks Zul.

    – shueqry –

  7. aku permilik kereta persona,memang kereta ni betul betul baik dari segi minyak,,penumpang dan keselesaan
    aku bangga memilikinya

    1. xsmpai sebulan aku guna persona h/line.dah 4 kali servis/baiki…skrg pintu depan plak xleh bukak…tinted bgelembong…

  8. saya nak beli proton tapi masih musykil pasal enjin campro,ia cuma enjin asas sahaja ………….buatkan saya befikir nak ambil vios….. πŸ‘Ώ πŸ‘Ώ

  9. Saya ini tak ada sebarang kepakaran untuk menulis dalam bidang tertentu. Cuma ada keinginan. Mungkin saya akan bermula dengan blog peribadi seperti yang dicadangkan oleh Zul.

  10. meh sini proton sebijik… kalo takder kepakaran dah tentu kena ada modal untuk membuat pengupahan kepada mereka yang mahir dalam kepakaran yang telah sedia dimiliki… modal untuk mengupah…

    hmmm nak upah siapa yer…? buat masa ini takleh nak upah sesiapa lagi daaa… kena tunggu stabil ke apa ke yang patut… hihiii…

    sekian terima kasih… :mrgreen:

  11. nak upah siapa?
    upahlah penulis hantu…

    tapi kalau baru nak belajar, ia tak sesuai utk anda…
    sebab ia akan memakan modal anda…
    tapi kita belajar dari 0…

    dalam ebook zul ada cerita tentang ni kan…
    so belajar lah dari situ…
    atau boleh pergi ke http://bloggingsteps.com/tips/ utk belajar berblog…

    han

    1. saya dah banyak ribu juga beli ebooks dan menyertai program affiliate, tapi semua tak menjadi bila kita dah beli produk, mulalah akaun suspended. Mereka ni memag scamer ke?

  12. Berminat untuk gandakan WANG anda?…

    Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca, Kumpulan Noradz (664630-W) TDC-KPN/LN-4360, Kem Kew 357-0205623838 sudah 25 tahun ditubuhkan kini menawarkan kepada semua yang berminat untuk menjadi rakan kongsi dalam berbagai-bagai perniagaannya seperti dalam perlancongan, pertanian, pembinaan dan lain-lain lagi.

    Sebagai contoh 1 unit Kereta Sewa, (Kereta Proton) modal yang diperlukan RM3300, syarikat akan membayar kepada kita sebanyak RM250 sebulan (14 bulan pulangan modal dari RM3300) melalui akaun bank (MBB @ CIMB) selama 5 tahun (60 bulan).

    Dokumen perjanjian yang sah akan disertakan diantara syarikat dan ahli (rakan kongsi). Jika syarikat mengalami kegagalan sebelum pulangan modal (60 bulan), syarikat akan membayar sekurang-kurangnya separuh dari modal kita sebagai rakan kongsi.

    Sebagai rakan kongsi kita tidak perlu berbuat apa-apa cuma tunggu saja bayaran setiap bulan, bayaran pertama akan diterima selepas 40 hari pendaftaran & bayaran kedua serta seterusnya akan diterima setiap 30 hari.

    Ini adalah peluang terbaik untuk anda mengubah ekonomi masa depan anda sekeluarga, jika berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi atau sms saya, terima kasih. Salam hormat daripada saya untuk anda sekeluarga. Semoga berjumpa lagi…

    En Wan: +6013-971 9824 atau lawati http://www.noradz-pahang.com

  13. Blog niche ini lebih kepada kepakaran. Kalau minat + kepakaran dalam satu-satu niche itu. Memang meletup.

    Banyak tengok blog hiburan, politik dan buat duit di Malaysia. Blog niche lain juga nampaknya makin mendapat tempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *