Promosi Produk: Perlu Yakin 100%
Boleh dikatakan ramai usahawan internet sama ada yang baru, yang setengah lama dan yang lama mempunyai produk untuk dijual.
Namun persoalannya mengapa produk-produk tersebut tidak dijual?
Jawapan kepada persoalan tersebut adalah kerana mereka TIDAK YAKIN terhadap produk mereka sendiri.
Pernahkah anda membuat satu produk dan ia sudah siap, tapi ia terbiar begitu saja tanpa dijual? Rata-rata yang tidak menjual produk mereka adalah kerana mereka takut promosi mereka ditolak (rejection) oleh prospek.
Inilah salah satu penyakit yang dihadapi oleh ramai usahawan internet : TIDAK YAKIN atau TAKUT
Di dalam buku Secrets of The Millionaire Mind, dinyatakan salah satu sikap jutawan yang berjaya adalah mereka YAKIN di dalam mempromosikan produk mereka. Mereka YAKIN bahawa produk mereka benar-benar memberikan manfaat, faedah dan kebaikan kepada pembeli mereka.
Jadi jika anda mahu berjaya di dalam perniagaan, anda perlulah yakin dan berani mempromosikan produk jualan anda. Jangan ada takut-takut. Kalau ada rejection, maka senyumlah dan ucap terima kasih kepada orang yang menolak tawaran anda tersebut.
Fahamilah bahawa mereka yang menolak tersebut bukan target yang kita cari. Malah sebenarnya tidak menjadi satu masalah pun kalau mereka menolak sebab itu bukanlah bermaksud kita sudah perlu berhenti mempromosi. Bermaksud, kita ada pilihan sendiri untuk teruskan atau berhenti. Kita sendiri yang menentukan, bukan orang lain.
Kesimpulan: Jika anda ingin berjaya di dalam jualan produk, anda mestilah yakin sepenuhnya dengan produk anda sendiri. Kalau anda tidak yakin, bagaimana prospek akan yakin?
“Jangan bina tembok halangan untuk diri sendiri”.









Produk IM tempatan memang tidak kurang hebatnya. Hanya pilih saja mana satu yang perlu.
Jika takut untuk menjual sesuatu produk, boleh beri percuma. Dapat juga orang lain memanfaatkannya daripada disimpan sahaja sampai berlapuk.
Betul tu Zul, tanpa keyakinan apa saja diusahakan pun tidak akan menjadi. Kalau mahukan sesuatu, lakukan seribu daya!
Salam en Zul,
Saya bukanlah usahawan internet, tapi usahawan cendawan. Saya sering lawati blog ini untuk dapatkan motivasi dan panduan keusahawan. Banyak input berguna yg saya dapat. Teknik penulisan en Zul memang saya suka.
Thanks en Zul.
lanchini
Chini Agro.
salam zul.
setuju dengan zul kita perlu yakin dalam promosikan produk. Tak kisah kalau kena reject pun. teringat lagu ahli fikir [klu x silap la]
… berderet2 sasaran tetapi tiada satu peluru pun dilepaskan.
lebih kurang la. klu takut kena reject kita tak promosi, kita pastinya gagal 100%, klu promosi, 1 dari 10 mungkin beli. kita berjaya 10%
pendapat cuma.
Saya ada juga ebook yang pada mulanya nak jual tapi kurang yakin kerana rasa macam lekeh sangat.Lalu saya pun jadikan nya viral marketing untuk promosi blog saya daripada saya menyimpan nya didalam hard disk saya.