Home » Review Produk & Servis » [TERHAD] Promosi Harga Domain Serendah RM20

[TERHAD] Promosi Harga Domain Serendah RM20

Harga domain .com naik lagi pada beberapa bulan yang lepas. Rata-rata kebanyakan syarikat penyedia hosting menjual harga domain .com paling rendah dengan harga RM35.00 dan paling tinggi RM50.00.

Walaupun jumlah kenaikan itu tidaklah begitu besar, iaitu beberapa ringgit sahaja berbanding sebelumnya, namun bagaimana jika kita membeli banyak domain sekaligus? Jumlahnya pasti akan berganda tidak seperti sebelum ini.

Atas kesedaran itu, pihak KL Server Studio telah melancarkan satu promosi TERHAD di mana anda boleh mendapatkan domain name dengan harga serendah RM20! Tawaran ini adalah terhad sehingga 31 Mac 2012.

Bagi peminat nama domain yang berakhir (extension) dengan .com, dalam tempoh promosi itu, anda boleh mendapatkannya dengan harga RM29.00 sahaja. Harga ini cukup berbaloi dan mampu menjimatkan wang anda.

Berikut adalah senarai harga promosi bagi setiap ‘extension’:

  • .com - RM29.00 [harga asal: RM30]
  • .net - RM27.00 [harga asal: RM30]
  • .biz - RM27.00 [harga asal: RM30]
  • .info – RM27.00 [harga asal: RM30]
  • .org - RM20.00 [harga asal: RM30]

Tawaran yang cukup berbaloi dan menjimatkan wang ringgit anda.

Info: Harga di atas adalah sah sehingga 31 Mac 2012 sahaja dan untuk tahun pertama sahaja. Bermula tahun kedua, harga pembaharuan (renew) kembali kepada harga asal.

Klik di sini untuk menyemak nama domain yang ingin anda beli dan terus tempah di sana.

MAKLUMAT PENTING: Ribuan nama domain dibeli pada setiap hari. Inginkah nama domain yang anda mahu selama ini menjadi milik orang lain? Dapatkan sekarang sebelum terlambat.

Saya pernah terlepas beberapa buah nama domain dan ia menyebabkan saya tidak lagi memilikinya melainkan saya mengeluarkan modal yang agak besar untuk ‘merampasnya’ kembali. Jika beberapa puluh ringgit tidak apa, tetapi bagaimana jika ratusan USD? Pastika ia tidak berlaku kepada anda.

Sokongan Pelanggan (Customer Support)

Layanan pelanggan adalah satu aspek yang paling penting dalam setiap urus niaga, sama ada sebelum, semasa dan selepas jualan. Bagaimana dengan KL Server Studio?

Pihak KL Server Studio memberikan perkhidmatan yang memuaskan, cepat dan mesra. Ini yang anda dan kebanyakan orang mahukan. Pelanggan-pelanggan KL Server Studio berpuas hati dengan servis yang diberikan. Mereka menulis komen yang baik terhadap KL Server Studio, terutama dari segi layanan pelanggan.

Servis yang tip-top dan harga hosting yang murah adalah dua pakej yang menjadikan daya tarikan utama kepada aktechpage.com untuk berpindah hosting ke KLServer. Hanya dalam masa 1 hari sahaja blog aktechpage.com selesai berpindah ke hosting KLServer. Terima kasih kepada Tuan Punya Hosting KLServer.biz iaitu Saudara Wan Abdul Aziz. - Akmal, aktechpage.com

Perkhidmatan terbaik yang boleh saya katakan, hampir 3 tahun menggunakan khidmat KL Server, setiap permasalahan dibantu dengan cepat dan cekap. KL server membantu menjadikan blog anda yang terbaik! – Azhari Dol Kadir, InfoBizMalaya.com

Dapatkan domain anda dengan harga promosi ini, sebelum pesaing anda bertindak lebih awal.

Klik link di atas dan buat semakan nama domain. Kemudian ikut arahan yang diberikan di sana langkah demi langkah sehingga anda selesai membuat tempahan.

Anda boleh hubungi pihak KL Server melalui contact form ataupun melalui telefon dengan membuat panggilan ataupun SMS ke 019-9351390 (En. Wan Aziz) untuk sebarang pertanyaan. Urusniaga yang telus dan transparent. Anda juga boleh terus berinteraksi di FB Page KL Server.

Anda akan berpuas hati.

Ingin dapatkan nama domain percuma bersama pakej hosting? KL Server Studio juga menyediakannya untuk anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. [...] Berita baik: Hanya mahukan nama domain sahaja? Pihak KL Server Studio sedang melakukan promosi harga domain sehingga 31 Mac 2012 ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut. [...]

  2. [...] 1. Pihak KL Server Studio sedang melakukan promosi harga domain name. Klik di sini untuk maklumat lanjut. [...]

  3. Warren Kuan says:

    Terima Kasih Smartzul atas informasi domain nie.
    Sye amat memerlukan domain names yang murah dan dengan harga yg berpatutan!

    Million Thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.