Kurangkan Projek, Tingkatkan Keuntungan

Mungkin anda sudah membaca perkongsian oleh dua usahawan Internet ini yang mana topik perbincangannya tidak jauh berbeza:

1. Irfan Khairi: Tak Semua Menjadi

2. SaifulSham: ‘Downsizing’ Perniagaan

Apa yang mereka kongsikan adalah, beberapa projek perniagaan Internet atau perancangan mereka telah dibatalkan (Irfan Khairi) atau dikurangkan saiznya (SaifulSham)…

Saya juga begitu. Sebanyak dua buah projek (dah settle urusan pembatalan nama domain) dan satu lagi bakal (mungkin) telah dibatalkan perlaksanaannya walaupun sudah beberapa peratus bermula bahkan salah satunya telah memberikan hasil ribuan ringgit.

Secara logik, jika sesuatu projek dikurangkan, kita akan menganggap kemasukan duit atau pendapatan perniagaan akan berkurangan, tetapi hakikatnya tidak semestinya begitu…

Jika sebelum ini anda mempunyai 10 projek dan setelah mengambil kira dan menganalisa, maka didapati hasil daripada dua projek tidak begitu membanggakan dan telah menggunakan banyak juga masa. Katakan semasa mempunyai 1o projek itu, masa yang digunakan mungkin terbatas dan pendapatan hanya sekitar RM10,000 sebulan.

Tetapi apabila menolak dua projek yang tidak berkembang itu, hasil pendapatan mungkin akan meningkat lebih daripada RM10,000. Masa pula boleh ditambah sedikit untuk diluangkan kepada projek-projek lain dan hasilnya jualan setiap produk akan berganda.

Maka, jika ikut logik sahaja, kadang-kadang tidak terpakai pun logik tersebut. Sesetengah perkara, ia akan terbalik dan bertentangan dengan apa yang kita fikirkan.

Ada orang kata, projek atau laman web kena banyak baru boleh pendapatan yang banyak. Tapi tidak juga. Ada usahawan Internet yang laman webnya sedikit sahaja, tetapi ermm, income bulanan mengalahkan gaji pegawai tinggi.

Projek: Perlukah dibatalkan begitu sahaja?

Ada dua cara membatalkan projek:

1. Cancel-kan 100%. Hentikan semua kerja yang berkaitan. Tiada lagi apa-apa yang perlu dilakukan… Mudah cerita, lupakan terus!

2. Menjual projek tersebut untuk pihak lain. Cara kedua ini, mungkin boleh memberikan sedikit suntikan kewangan kepada perniagaan anda. Daripada membiarkan ia pergi begitu sahaja, mungkin lebih baik menambah wang untuk perniagaan anda.

Alternatif:

Mungkin anda sayang untuk menutup terus projek perniagaan tersebut, maka jalan lain adalah:

>> “Downsize”kan projek tersebut. Boleh rujuk artikel SaifulSham untuk cara sebegini.

Syarat!

Kalau anda sudah kurangkan projek perniagaan Internet anda, maka bukan bermaksud anda semakin banyak masa untuk menghirup teh tarik di kedai mamak. Sebaliknya, luangkanlah masa kepada projek-projek lain, tingkatkan promosi dan juga perancangan agar jualan semakin bertambah.

Atau, rancanglah projek lain yang menguntungkan…

SmartZul nak jual projek Ebiz

Saya sekarang tengah berfikir dan menimbang-nimbang, perlukah saya menjual sebuah laman web saya yang terbukti paling kurang mendapat RM1000.00 sebulan dan laman web itu baik kedudukannya di enjin carian. Malah, ia memiliki Google PR2. Ada sesiapa nak beli? 🙂 Tapi saya belum pasti…

Kalau jadi, saya akan umumkan di sini dan mungkin saya akan gunakan cara bidding. Siapa yang bid paling tinggi, dialah yang layak menjadi pemilik laman web itu. Serius saya katakan, projek yang mungkin saya jual ini jika anda fokus dan lakukan promosi yang berkesan, paling kurang RM1000 dalam tangan setiap bulan.

Sikit, tak semestinya tak bagus…

Buat masa sekarang, saya mempunyai laman web Ebiz tak lebih daripada 10. Tapi saya mempunyai perancangan dan cabaran saya sendiri sebelum tahun 2007 menutup tirainya…

Akhir cerita, jangan hanya gunakan logik di dalam perniagaan. Projek yang sedikit tidak semestinya hasilnya sedikit, banyak pemalar dan pemboleh ubah yang terlibat…

Jumpa lagi.

usahawan internet

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

24 thoughts on “Kurangkan Projek, Tingkatkan Keuntungan

  1. Belum sampai tahap banyak online business pada satu masa. But good advice untuk persediaan.

    Semuanya berbalik kepada untuk optimumkan masa, tenaga dan modal dan keuntungan.

  2. Saya setuju dengan pendapat Zul ini. Dulu incone saya terhad. Malah Kos pengiklanan jauh mengatasi keuntungan.

    Tapi selepas saya batalkan 3 domain dan 4 projek. Saya mula nampakkan keuntungan. Syukur.

    Walaupun projek yang telah dibatalkan tu dah sampai pertengahan jalan, banyak wang digunakan untuk outsource, tapi kena berhenti juga untuk kepentingan projek yang lain yang lebih menguntungkan.

    Kesimpulannya, janganlah ragu-ragu untuk batalkan projek yang kurang produktif untuk memajukan projek lain yang lebih produktif. 😆

  3. Betul juga kata Zul tu..
    tak perlu terlalu banyak.. yang penting sejauh mana kita tumpukan pada sesuatu tu..
    saya rasa konsep ini bukan hanya boleh dipakai untuk bisnes sahaja tapi juga dalam kehidupan..
    sebagai contoh kalau terlalu banyak berpersatuan, tak dapat memberikan yang terbaik.. he he he.. dapat idea nak tulis dalam blog ni…
    Tq Zul..

  4. @abdfatah –

    meh sini nak bid jugak… takper laa keuntungan simple2 tetapi berhasil… wuahahahahaa…

    smartzul >> InsyaAllah kalau jadi. 🙂

    @shuk –

    Belum sampai tahap banyak online business pada satu masa. But good advice untuk persediaan.

    Semuanya berbalik kepada untuk optimumkan masa, tenaga dan modal dan keuntungan.

    smartzul >> Yup Shuk, asas tetap penting. Tapi ramai yg ambil mudah.

    @Han –

    zul,
    boleh tahu projek apa tu?

    smartzul >> Han, buat masa skrg sy tak dapat dedahkan lagi. Kalau jadi nanti, baru sy akan umumkan.

    @Raymond –

    Saya setuju dengan pendapat Zul ini. Dulu incone saya terhad. Malah Kos pengiklanan jauh mengatasi keuntungan.

    Tapi selepas saya batalkan 3 domain dan 4 projek. Saya mula nampakkan keuntungan. Syukur.

    Walaupun projek yang telah dibatalkan tu dah sampai pertengahan jalan, banyak wang digunakan untuk outsource, tapi kena berhenti juga untuk kepentingan projek yang lain yang lebih menguntungkan.

    Kesimpulannya, janganlah ragu-ragu untuk batalkan projek yang kurang produktif untuk memajukan projek lain yang lebih produktif. 😆

    smartzul >> Thanks Raymond kongsikan pengalaman. 🙂

  5. Fuh, gerun dengar otai-otai bercerita pasal business masing-masing. Semua ada projek tak kurang dari 3. Nampak gaya macam kena berguru dengan semua yang ada kat sini ni 😛

  6. amer,
    otai2 kat sini memang power…
    bukan 3 tp 20 pun ada…

    kalau baca tip zul di sini setiap hari pu nkira ok dah…
    kira boleh buat dah ebiz…
    janji jangan lepas kan tip yang dikongsi…

    han

  7. yea… panduan yang berguna sudah sedia untuk digunakan dengan sebaik mungkin. peluang keemasan sudah tersedia… maka terokailah ilmu yang ada untuk manfaat masa depan perniagaan internet dengan projek2 mega samada tergendala atau yang baru nak mula…

    sekian terima kasih… 😎

  8. ada sesiapa yang beli ebook tsunamiwang dulu?
    saya rasa ebook tu sangat berguna…
    tapi yang tak baiknya ebook tu pada versi 1…dia mengajar spam…

    di versi 2 dah di baiki…
    saya ebook tu sangat bagus sb ia yang buat saya buka mata tentang ebiz…

    sekarang saya belajar bersama anda semua…
    sama2lah kita belajar untuk tambah kan lagi ilmu di blog otai2…

    han

  9. kurangkan kontroversi dan tingkatkan prestasi… miahahahaa…

    projek apa sekalipun yang terbengkalai atau terbatal secara totalnya mempunyai nilai yang tersendiri dari segi pengalaman mengendalikannya. kita boleh gunakannya sebagai panduan untuk memulakan projek yang lain pula suatu hari nanti…

    sekian terima kasih… 😆

  10. zaki nak tambah web lagi nampaknya…
    web apa pl yang nak tambah tu?
    dah nak sampai 10 web zaki ada…
    memang hebat lah tu…

    zaki, idea selalu datang…tapi kebanyak dr kita tak tuliskannya di dlm buku kecil…
    jadi hilang begitu saja idea…
    sia2 kan tu namanya…

    kan baik kalau kita selalu sediakan notebook di dlm poket kita…
    bila idea dtg, cepat2 kita tulis…
    bila ada masa belek2 lah notebook tu…

    han

  11. hihiii… ebook tak ada? mailing list takder? takpe pengunjung tetap ada dan trafik sentiasa ada. boleh buat bila masa tatkala dah siap sedia untuk bermula…

    saya pula hanya dengan blog saya yang sekeping ini aje. kalo ada yang free pun tak terjaga sangat ke-update-annya itu… adesh.

    sekian terima kasih… 😎

  12. prokej minima dan keuntungan dah tentunya maksima. kalo banyak projek yang terkejar nanti, hasilnya dah tentu tiada nilai dan tiada kualiti yang sepatutnya berkualiti…

  13. Betul juga… kalau buat ebiz dgn byk laman web.. tak semestinya kesemuanya untung.. malah masa juga banyak digunakan… kalau ada sedikit projek dan FOKUS, tentunya banyak masa boleh digunakan untuk upgrade dan tingkat kan promsi.. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *