Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Projek Kecil VS Projek Besar

Projek Kecil (Projek Cepat Siap) = $$$ cepat

Projek Besar (Projek Lambat Siap) = $$$ ???

Agak-agak anda, mana yang patut diutamakan? Projek kecil atau yang besar? Projek cepat siap yang dapat memberikan hasil / keuntungan yang tinggi, ATAU projek yang lambat siap, tapi juga akan mendapat sambutan?

Jawapannya terserah kepada anda, tetapi bagi saya, mulalah kecil-kecil dahulu, barulah yang besar kemudian. Jangan bermain api…

Jika anda mempunyai wang yang sedikit sahaja, cukup untuk makan minum pada bulan ini sahaja, tapi anda asyik tumpu dan mengharap kepada projek yang besar semata. Siapnya tak tahu lah bila, jadi atau tak, belum pasti. Apa-apa pun boleh berlaku. Jadi, adakah anda sanggup menghadapi masalah kewangan akibat dari tangan anda sendiri? Lebih-lebih lagi anda adalah usahawan internet sepenuh masa seperti saya… hehe.. Maka, adakah patut anda masih bertumpu HANYA kepada projek besar yang entah bila akan terealisasinya?? Maksudnya tiada perniagaan / projek lain yang memberikan sumber pendapatan berterusan kepada anda?

Jadi jawapan kepada persoalan di atas adalah, utamakanlah dahulu projek-projek kecil yang dapat memberikan hasil yang cepat. Selepas anda memiliki beberapa perniagaan atau sekurang-kurangnya satu, ia akan menyara kehidupan anda di samping usaha menyiapkan projek yang mengambil masa untuk siap itu. Ini adalah penting terutama kepada usahawan-usahawan sepenuh masa yang baru. ;) Dan inilah yang saya lakukan sekarang. Dengan melakukan perkhidmatan membangunkan laman web dan lain-lain, saya dapat menanggung kehidupan seharian saya sementara menunggu beberapa projek lain siap. :) Saya hanya guna apa yang saya tahu untuk buat duit!! Nak mengharap beberapa projek lain, masih dalam pembangunan, huuh, entah bila dapat menuai hasilnya. Maka, lakukanlah beberapa idea yang kecil, mudah dan lebih bagus apa yang anda tahu.

Jangan buat silap, jika tidak merana hidup anda! Kalau anda bujang tak per lagi, tapi kalau dah beranak-pinak? Cari nahas namanya..

Tamat topik kali ini..

============
TAHUKAH ANDA?
============

Tahukah anda? Mitos atau kepercayaan yang paling bahaya dan teruk adalah buat duit dengan goyang kaki di internet dan terus boleh meletak jawatan bagi kerja anda di peringkat permulaan?? Itu adalah ajaran sesat! Hati-hati.

Dan tahukah anda? Kebanyakan atau hampir 99% pelaburan mata wang asing di internet adalah TIDAK SAH DAN HARAM di sisi undang-undang? Tak tahu? Atau tahukah anda apakah hukuman dan tindakan oleh pihak berkuasa?? Sebat, penjara, rotan sampai nangis?? Juga tak tahu?? Tak per, nanti smartusaha bagitahu di post seterusnya yer.. hehe, tungguuu!!! ;)

Facebook comments:

13 Responses to “Projek Kecil VS Projek Besar”

  1. Baik Jalankan mana yg ada kat dpan mata
    xkira la kecil atau besar projek tu

  2. Belalangz says:

    Ni nak tanya google adsense tu pelaburan haram ke x

  3. irwan.dahnil says:

    Projek Kecil vs Projek Besar = Dua2 mempunyai keutamaan.

    Pro Projek Kecil : Projek cepat siap, duit cepat dapat.
    Implikasi : Kalau tak der projek kecik, mungkin utk sara makan minum hari2 pun susah.
    Cont Projek Kecik : Jumlah wang terkumpul sedikit. Biasanya projek kecil bernilai kecil dan hasil keuntungan digunakan untuk perbelanjaan harian. Brapa sangat yang bole terkumpul

    Pro Projek Besar : Sekali dapat, setahun boleh cover perbelanjaan
    Implikasi : Kalau tak der projek besar, memang susah la company nak maju dari segi kewangan.
    Cont Projek Besar : Big investment, xtra masa n resources.

    Anyway, do not stop dreaming untuk dapatkan projek besar. Mesti aim projek besar. Tapi never pandang sebelah mata projek kecik. Rezeki tu datang dari Allah. Kita usahalah…

  4. smartzul says:

    Belalangz, adsense bukan pelaburan, sebab ia free. Dan ia juga sah di sisi undang-undang, terutama US. Sebab rata-rata program atau urusan di internet kebanyakan terikat dengan undang-undang US, kalau melibatkan negara tu la..

    Dari segi hukum, dah ramai yg membincangkan. Wallahu ‘alam. Yang pasti, google adsense bukan seperti pelaburan yang ambil duit orang, menindas, piramid atau seumpamanya. Your income depends to the your efforts.. ;)

  5. Labanon says:

    Bagi saya projek kecil atau besar memang perlukan usaha yang berterusan dan jangan hanya goyang kaki.Semakin banyak anda goyang kaki semakin sedikit income :p(macam hiphotesis sains laks).. tapi klu sambil kerja sambil goyang kaki x per… jangan hanya goyang tetapi kerja x buat…huhuhu

  6. Abdullah says:

    Assalamualaikum,

    bagi saya, kalau fikir projek besar atau kecil, baik accelerate antara kedua-duanya sebab kalau projek kecil dapat duit cepat, boleh digunakan untuk optimize & maximize projek besar. Tapi kalau asyik focus yang kecik sahaja, biler nak maju? Sama juga dengan projek besar, kalau focus disitu sahaja, it takes too much time and that’s not a good thing to happen for a business.

    • abdfatah says:

      bermula dengan projek kecil lepas tu bleh plan projek besar secara sambilan dengan perancangan yang teliti, tatkala prokej kecil dh makin kukuh barulah bleh boommkan projek besar ke pasaran…

  7. azwan says:

    projek besar selalu byk masalah dan kebarangkalian projek failed/delay tinggi sbb projek susah/complicated, customer cerewet, payment lambat, tak bayar pun byk.

    projek kecik ni lebih mudah, cepat siap, tak pening kepala, payment biasa ok, customer plak terdiri dari sme and individual so senang nak handle

    kalau dpat projek kecik yg banyak dan consisten lagi bagus. ni mengikut pengalaman ler :)

  8. abdfatah says:

    projek kecik kena selesaikan dengan caranya yang tersendiri dan projek mega dah tentu perlukan perhatian yang sewajarnya untuk mendapatkan hasil yang berbaloi dari pelaburan yang telah dikeluarkan…

  9. Han says:

    projek kecil cepat siap dan cepat dapat duit…
    kalau projek besar, lambat siap tapi dapat banyak duit..
    hehe…

    dua2 bagus…

    han

  10. abdfatah says:

    ia bergantung kepada kos yang dilaburkan. kalo kecil menguntungkan okeh laa. kalo tak untung memang tak best…

    kalo projek besar lagi berisiko tinggi nak dapat untungnya kalo tak kena caranya.. kalo berjalan lancar dah tentunya lumayan maaaaaaaaaa….

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)