Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

27.07.07 : 02.07 – Projek Gelombang Pertama

Tarikh hari ini amat cantik:

27.07.07

Saya suka 27 kerana tarikh lahir saya adalah 27hb (Mac). Tapi lagi cantik pada 7hb yang lepas, 07-07-07. Ada orang kata, apa ada pada tarikh? Bagi saya, setiap yang dah berlalu, tak akan kembali lagi. Ia telah menjadi sejarah. Begitu juga dengan kita, kalau hari ini anda tidak melakukan walau satu perkara yang bermanfaat, bermakna anda telah menyiakan hari ini yang akan menjadi sejarah.

Dan post (tulisan) ini diterbitkan secara automatik pada pukul 02.07 petang waktu Malaysia:

Perniagaan Internet

 

Sempena tarikh hari ini dan lagi-lagi hari ini adalah hari Jumaat, maka saya dengan suka hatinya ingin memberikan sesuatu yang susah untuk anda dapatkan secara percuma. Apa yang saya berikan ini adalah saya beli sendiri dan ada yang saya menghasilkannya. Tapi saya hadiahkan kepada anda sebagai tanda terima kasih kerana sentiasa datang ke blog SmartUsaha ini.

Terima kasih, terima kasih dan terima kasih.

Pergi ke page khas itu sekarang, salah satu produk yang akan anda dapat adalah yang saya biarkan selama setahun di dalam hard-disk saya! Ia dihasilkan oleh saya sendiri dan saya pernah berjanji dahulu. Kini saya sudah tunaikan…

Antara item yang saya sertakan sekali adalah Ebook-Ebook percuma yang telah saya tulis sepanjang saya menceburkan diri di dalam bidang ini dan selama wujudnya blog ini. Saya yakin, ada di antara anda terlepas pandang Ebook percuma saya…

Selain itu, saya sebenarnya banyak menghasilkan ‘produk’ hampir setahun yang lepas, tetapi tidak memasarkannya. Kini, saya mengambil keputusan untuk menghadiahkan kepada anda. Daripada membiarkannya ‘berdebu’ di dalam hard-disk, lebih elok saya kongsikan untuk anda.

Apakah Itu Gelombang Pertama?

Buat masa sekarang, anda tidak perlu faham apa itu Gelombang Pertama, cukuplah merasa sesuatu. Ada rasa tak? :) Tapi kalau anda mempunyai daya analisis yang kuat, mungkin anda dapat memahami walau tidak tepat tujuan Projek Gelombang ini. Ada masa dan diizinkanNya, saya akan kongsikan kelak…

Tidak perlu saya menulis panjang lebar, anda klik pada link di bawah untuk ke satu laman web Eksklusif khas untuk anda pembaca blog yang amat saya hormati dan kasihi. Tidak perlu berikan nama atau emel, anda boleh terus download…

Klik di sini untuk ke page Eksklusif

Jika anda rasakan pemberian saya ini bermanfaat untuk orang lain, beritahu mereka. Tiada kos walaupun satu sen… Beritahu mereka tidak perlu membawa sebarang duit.

Sahabat Online Anda,

usahawan internet

ps. Sahabat semua, masihkah ingat tulisan saya yang lepas? Masa sedang berlalu… Klik di sini untuk membacanya lagi dan lagi. Jangan lupa impian kita, 3 tahun dari sekarang.

pps. Apa kata pada hari Jumaat yang mulia ini, kita banyakkan berdoa agar Allah selamatkan kita daripada kejahatan manusia dan semoga kita berjaya, mendapat untung yang tinggi dan memudahkan usaha kita di dalam perniagaan Internet yang dilakukan. InsyaAllah.

ppps. Di kesempatan ini, saya ingin memaafkan sesiapa sahaja yang ada bersalah dengan saya dan saya memohon maaf jika saya mempunyai salah terutama yang tidak disedari…

Wassalam.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

32 Responses to “27.07.07 : 02.07 – Projek Gelombang Pertama”

  1. Fai says:

    Perfect Packages For Me !!

    Thanks Zul.. ;)

    PS: Smoga dimurahkan rezeki.. :)

  2. edyanie says:

    terima kasih en zul..

    tersentak sebentar bila saya membaca coretan encik…

    semua yang en katakan terkena batang hidung saya sendiri..

    apa pun, terima kasih atas hadiah encik yang sangat bernilai itu..

    saya pasti akan betulkan kembali “jalan” yang telah saya lalui..terima kasih en zul.

  3. hanrz says:

    thanks zul for the Eksklusif produk…

    han

  4. Abooain says:

    Terima Kasih, Zul ….. semoga diberkati Allah s.w.t

  5. Rizal Hardy says:

    Salam Zul…

    selama ni saya hanya membaca blog ni… tapi kali ni tertarik nak komen plak…

    :idea: menarik, peluang yang perlu dimanfaatkan oleh mereka yang baru berjinak – jinak merpati tentang IM mcm saya…hehe…

    p/s: 20072007 adalah tarikh lebih cantik pada saya…hehe… :lol:

  6. naem says:

    :mrgreen: orang kampung saya cakap Thank you..
    tapi biasanya kalau dalam bahasa urdu saya TERIMA KASIH BANYAK_BANYAK :cool:

  7. tazamfn says:

    Yup terima kasih :cool: semoga dimurahkan rezeki

  8. Raymond says:

    Banyaknya hadiah SmartZul kasi.

    Saya harap saya ada hadiah-hadiah ini masa saya mula dahulu.

    Pasti newbie-newbie akan berasa gembira menerima hadiah yang tak ternilai ini.

    You Rocks!

  9. zool says:

    Tq pada Zul yang sudi memberi hadiah kepada kami semua..
    semoga dimurahkan rezeki hendaknya..

  10. ammbiz says:

    Terima kasih atas e-book percuma yg saudara berikan . Ia amat berguna kepada newbie seperti kami … semoga terus berjaya hendaknya utk smart zul

  11. menarik tawaran ini zull.. akan diwar-warkan.. :)

  12. shuk says:

    Thanks zul,

    Satu perkongsian yang hebat..

  13. ktom says:

    Askm Zul, terima kasih byk2. Tentang domain tu….coming soon.

    Hadiah2 ni amat berguna kepada semua blogger tak kira yg baru atau yg lama. Setiap kebaikan dan keikhlasan yg diberikan akan dibalas dengan kebaikan juga.

  14. reezluv says:

    salam..

    wow..terkejut gile aku tgk semuanya FREE…memang bagus la Zul ni..rasanya semua produk tu dah lama kan?minat kat audio book..bagus Zul..semoga sukses selalu.. :smile:

    kunjungi blog saya untuk free tips :grin:

  15. Suhail says:

    Salam semua dan Apakabar.. semua produk tu bagus2 belaka yer.. terima kasih smartZul..saya akan mendalaminya…

  16. Afzai Afandi says:

    Zul..semoga sihat sokmo

    Memberi sesuatu yang disayangi kepada sesama insan nescaya akan mendapat balasan yang takkan ternilai harganya.

    Teruskan..Blogger Melayu Boleh

  17. kayrul says:

    Askum

    Terima Kasih En. Zul atas tunjuk ajar dan koleksi-koleksi yang diberi kepada blogger yang baru & yang otai dengan secara percume…

    Thanks!!!…

  18. azam says:

    ZUL ….
    Awak di kalangan yg terbaik ….
    Semoga kehidupan Zul & keluarga Zul mendapat berkat dunia akhirat..
    Terima Kasih..

  19. Maizul says:

    Selagi mana ilmu yang Zul sampaikan ini digunakan selagi itulah pahala Zul berganda-ganda. Terima kasih Zul…

  20. shah says:

    manafaatkan semua ilmu yg diberi :smile:

  21. smartzul says:

    Terima kasih dan terima kasih semua. :)

    Saya kongsi apa yg saya terdaya sahaja.

    Semoga ia bermanfaat.

    - zul

  22. Terima kasih Zul

    Tangan yang memberi apa apa lebih baik dari tangan yang tak beri apa-apa.
    tangan yang menerima lebih baik dari tak de tangan.

  23. Sezali says:

    Terima kasih…..Saya telah download semua..Tapi masalah apabila saya hendak buka software Frontpage dan GNU utk belajar membina blog terdapat password. Macam manakah saya utk membuka prog tersebut :oops:

  24. titan says:

    Terus terang. Ini kali pertama aku jumpa ‘free gift’ terbaik sejak 4 tahun aku bergelumang dalam internet. So, hope the best from you Zul. :mrgreen:

  25. awqi_zar says:

    akum dan salam sejahtera,
    terima kasih zul di atas segala pemberian! terima kasih..

    :mrgreen:

  26. zirmy says:

    errrrkkkk…!!! alhamdullilah…. ader lagi tak offer percuma lepas ni? semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki

Trackbacks/Pingbacks

  1. Projek Gelombang Pertama SmartZul
  2. Adsense di Laman, Anda Tahu Caranya ? - Diari Adsense.com
  3. Rahsia Peluang Perniagaan Internet, Usahawan Internet Malaysia Berjaya, Pemasaran, Cari Duit, Motivasi Usahawan » Di Manakah Mereka Menghilang??
  4. Panduan & Kaedah Perniagaan Internet » Satu Berita Gembira & Satu Berita Sedih
  5. » Khas Untuk Usahawan Internet mohdabdhalim.com: Menyingkap Segala Elemen
  6. Projek Gelombang Pertama SmartZul | Tip-Tip Usahawan Internet | BUAT DUIT MELALUI INTERNET DI MALAYSIA

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)