Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Projek 7 Blogger LIVE!

Seperti mana yang dinyatakan tempoh hari, saya akan melancarkan satu projek mini yang bernama “7 Blogger Malaysia”. Jadi, dengan rasminya saya lancarkan projek ini untuk anda semua men-download material yang telah dihasilkan.

Secara mudah, projek 7 blogger ini memaparkan 7 orang blogger (rakyat Malaysia) bersama review ringkas blog mereka. Malah, saya juga telah menemu-ramah mereka dengan hanya menanyakan 7 soalan mudah tetapi berguna terutamanya untuk para newbie.

Sebanyak 3 material yang disediakan untuk fasa 1 Projek 7 Blogger ini iaitu:

panduan blog perniagaan internet

1. Ebook Interview Bersama 7 Orang Blogger Malaysia

video blogger

2. Video Case Study Blog 7 Blogger

akm.gif

3. Pengguna WordPress: Apa Kata Mereka

Item pertama iaitu eBook “Interview bersama 7 Blogger” adalah temuramah ringkas bersama 7 orang blogger yang telah terpilih untuk fasa pertama projek 7 Blogger ini. Mereka telah disoalkan dengan soalan-soalan asas dan tak kurang penting juga. Diharapkan para pembaca mendapat insprasi dan menjadikan blog-blog mereka sebagai contoh.

Manakala video yang tempoh masanya dalam 15 minit akan memaparkan blog milik mereka untuk dijadikan contoh atau sebagai case study bagi mereka yang ingin membina blog atau mereka yang telah memiliki blog.

Item ke-3 pula adalah ebook “Pengguna Wordpres: Apa Kata Mereka” mengumpulkan kata-kata ringkas atau testimoni daripada pengguna baru atau yang telah berpengalaman dalam menggunakan sistem WordPress untuk blog. Testimoni penggunaan ini bertujuan agar mereka yang belum mempunyai blog melihat bahawa WordPress itu mudah dipasang dan seronok digunakan.

Cukup sahaja dahulu 3 item tersebut walaupun banyak yang saya ingin berikan. Pengalaman saya, jika kita beri banyak-banyak item/perkara, ia biasanya tak diusik atau kurang efisyen. :) So, baca dan dapatkan maklumat yang berguna untuk anda daripada 3 item tersebut.

3 item tersebut adalah untuk fasa pertama dan item-item lain akan menyusul kemudian. Saya berharap, projek ini memberikan serba-sedikit manfaat dan faedah kepada semua walaupun ada kekurangan yang masih perlu diperbaiki terutamanya video.

Sekadar perkongsian, untuk membuat video, ia sedikit sukar kerana selain perlu masa yang sesuai, suara yang ok, keadaan persekitaran rakaman juga perlu tiada gangguan. Malah, idea yang kreatif juga diperlukan. Saya berharap, video tersebut ok lah yer walaupun tempohnya dalam 15 minit. Tonton, hayati dan take note… InsyaAllah, banyak lagi video-video lain akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat dan masa mendatang.

Usah bercakap banyak lagi, lawati laman web berikut untuk mendownload item-item yang telah dinyatakan:

http://smartusaha.com/7blogger

Di sana, ada satu link untuk download dan file download tersebut bersaiz dalam 7Mb yang mengandungi semua item tersebut.

Anda juga boleh menonton video tersebut di blog di sini yang telah dibahagikan kepada dua bahagian:

Klik di sini untuk menonton video tersebut di blog ini

Semoga semua yang anda dapat memberikan idea, ilmu, tips dan inspirasi.

Sahabat ebiz Anda,

usahawan internet

PS. Dapatkan Pakej Kit Blogger di http://bloggingsteps.com/kit. Peluang lesen resell rights akan SOLD OUT (habis) bila-bila masa sahaja! Jadilah salah seorang daripada 100 orang reseller untuk Pakej Kit Blogger.

Facebook comments:

15 Responses to “Projek 7 Blogger LIVE!”

  1. k.lynn says:

    wah Zul, akak org pertama yer yg tunggu dpn pintu blog Zul ni ;) dah download dah! tq Zul! link akak pun ada, org jepun kata honto ni arigatou!

  2. aman says:

    tahniah…aku dah dload dah..jap lagi pas abis baca aku review kat blog aku… :D

  3. awqi_zar says:

    terima ksih bro zul,bru tdi dpat e-mail trus donlod..trma ksih byk2..tgh donlod nie..pas2 nk bce,jdikan panduan..heee..

  4. Zamri Nanyan says:

    Terima kasih, Zul kerana menyediakan pakej yang
    menarik ini.

    Saya amat berpuas hati dengan video yang Zul rakamkan
    untuk Rahsia MLM, dan video-video yang lain pun amat
    menarik.

    Terima kasih daun keladi.

    -Zamri Nanyan

  5. setanjak says:

    Terima kasih daun keladi, kalau ada benda yang bagus kasi lah lagi… :mrgreen:

  6. Johari says:

    thanks zul for the download and also the link inside.. :grin:

  7. abdfatah says:

    hmmm… menda macam nih nampak kacang je…

    itu masa belum tahu ler… tatkala dah tahu, eleh semua orangpun boleh buat,

    macam citer bagaimana nak meletakkan telur dalam kedudukan menegak. siapa tahu bagaimana nak tegakkan telur?

    semua dah tahu jawapannya… wahaha

    ini bukan setakat 7 blogger je yang boleh dijadikan panduan. tetapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan rujukan yang terbaik buat masa kini.

    nampak mudah kan? mudah sungguh dengan wordpress nih…
    orang yang dah guna sepenuhnya ler… orang yang belum?

  8. mohd fazdlie says:

    Congratulation! Tahniah kerana menghasilkan satu laporan yang cukup bermanfaat untuk para blogger terutamanya yang newbie. Kewujudan ebook ini akan merancakkan lagi industri blog di tanah air kita.

    Syabas diucapkan… say dah pun download..

  9. SmartZuL says:

    Terima kasih semua. Ini baru fasa 1. Ada lagi next series.

    Fatah, WordPress memang mudah. Bukanlah maksudnya petik jari jer. Kena lah belajar dengan sabar dan bersungguh. Prinsip ni tetap kena ada. Hakikat asas, wordpress seronok dan mudah untuk digunakan. Yes, mula2 jer susah, lama kelamaan, ia akan jadi mudah. Bergantung kepada kesungguhan dan tujuan kita buat blog. Kalau sekadar cuba2 atau sekadar melepas batuk di tangga, memanglah susah sebab takder matlamat buat blog. Then, ia terbiar begitu saja & datanglah rasa susah. :)

  10. azwanhadzree says:

    Zul, aku dah download taip tak habis baca lagi. Terima kasih, byk yg boleh dipelajari dr interview tu.

    Lagi satu, izinkan aku menambah – Fatah, aku adalah antara orang yg baru dgn wordpress ni. memang mudah, petik jari je, tak tipu. terima kasih to Zul.

  11. amir says:

    Zul Tq, dah download dah..

  12. batagolek says:

    zul…yet another great piece of quality there… jelas dan mmg menarik, ;) …saya enjoy tgk video tu

  13. Farhan says:

    Thanks Zul untuk video free ini. Sedang download sekarang.

    Thanks once again. :mrgreen:

  14. ktom says:

    Tks…sesuatu yg sangat bermanafaat pd Ktom dan semua. :lol:

Trackbacks/Pingbacks

  1. Panduan & Kaedah Perniagaan Internet » Sedikit nasihat - Jaga Tingkah Laku Dalam E-biz!

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)