Projek-15
TERKINI: Tawaran Projek-15 telah pun ditutup. Harap maklum.
Amaran: Tulisan di entri ini amat panjang. Tetapi mengandungi informasi penting dan terkini. Luangkan masa dalam 5 hingga 10 minit untuk membacanya.
Mungkin ramai yang sedang menunggu satu perkara di blog ini iaitu ulasan saya terhadap Sistem Mininiaga yang dihasilkan oleh pihak Flarebiz. Buat masa ini, ulasan itu belum siap sepenuhnya (dalam bentuk video). Saya akan letak di blog ini dalam masa terdekat.
Sebelum itu, anda perlu baca dahulu entri ini iaitu berkaitan dengan PROJEK-15 dan di sini juga saya ulas serba sedikit mengenai sistem ini.
Apa itu Mininiaga?
Ia adalah satu sistem untuk menghasilkan sebuah laman web jualan berbentuk minisite. Contoh laman web minisite adalah laman web Panduan Asas Paypal. Laman web itu saya buat secara manual menggunakan perisian Web Editor. Ia terlalu teknikal dan mengambil masa.
Tetapi dengan Mininiaga, saya hanya perlu sediakan imej laman web sahaja dan selebihnya, sistem Mininiaga secara automatik membina laman utama (index.html), borang pesanan (order form) dan juga sistem Affiliate. Imej laman web tadi dapat dimasukkan dengan mudah sekali melalui menu yang disediakan.

Surat jualan (ayat promosi dan maklumat produk) perlu dimasukkan di sini:

Masukkan maklumat produk di sini:

Maklumat produk di atas akan dipaparkan pada borang pesanan di laman web jualan:
*klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.
Jadi seimbas lalu untuk mudah memahami, Sistem Mininiaga adalah satu sistem atau perisian yang membina dan seterusnya mengurus sebuah laman web jualan di mana laman web itu dijana oleh sistem tersebut.
SISTEM MININIAGA <<>> LAMAN WEB JUALAN
Saya akan tunjukkan lagi beserta dengan contoh sebenar laman web jualan saya dengan menggunakan Mininiaga melalui video penerangan nanti. Laman web saya untuk projek ini adalah:
Projek apakah itu? Tunggu dan lihat. Setelah siap, produknya boleh terus dibeli jika anda mahu.
Pro Dan Kontra Sistem Mininiaga
Mungkin ramai yang telah tahu harga Sistem Mininiaga iaitu:
- Versi Produk Fizikal: RM199.00 (sekali bayaran sahaja)
- Versi Produk Digital: RM249.00 (sekali bayaran sahaja)
Saya amat yakin, sesiapa sahaja dapat mengeluarkan jumlah tersebut. Saya jamin, mereka yang menggunakan sistem ini untuk menjual produk mereka tidak akan menyesal kerana:
- Sistem ini mudah dipasang. Atau, boleh upah pihak Flarebiz memasangnya. TETAPI, jika membeli melalui saya, anda dapat berjimat RM30.00 (kos khidmat pemasangan oleh mereka). Ya, saya akan bantu pasangkan TANPA KOS TAMBAHAN.
- Rekod pelanggan terurus. Ucapkan selamat tinggal kepada pengurusan pelanggan yang tidak teratur (kaedah lama: emel). Dengan setiap pelanggan mempunyai nombor invois yang unik, mereka dapat menyemak status pesanan mereka. Malah kita juga dapat “search” maklumat mereka dengan hanya memasukkan nombor invois, nama ataupun emel mereka.
- Menjual produk digital secara automatik dan terurus! Jika anda menjual ebook, tidak perlu lagi pening kepala dengan proses teknikal seperti membina halaman download produk itu dan tidak perlu lagi risau soal keselamatan (orang pecah masuk laman download). Serahkan semuanya kepada Sistem Mininiaga (versi digital). Di antara soalan yang kerap ditanya kepada saya adalah “bagaimana cara buat download page?” Kini segalanya mudah dengan sistem Mininiaga versi digital.
- Lagi untuk versi produk digital, kita boleh set tempoh download yang kita mahukan. Maksudnya, link download akan ‘expired’ selepas tempoh tersebut. Contohnya 24 jam atau 72 jam. Boleh juga tidak ditetapkan apa-apa tempoh iaitu link download tidak akan expired.
- Boleh mengemaskini atau menyunting (edit) laman jualan dari mana-mana sahaja selagi ada komputer dan sambungan ke Internet. Konsepnya sama seperti blog yang boleh diakses di mana-mana sahaja.
- Borang pesanan dan sistem affiliate terpasang secara automatik. Kita hanya perlu pasang sahaja sistem ini (sekitar 10-30 minit: bergantung kepada kemahiran komputer). Kita hanya perlu pasang, ‘setting’ sedikit dan sudah siap untuk digunakan. Hanya perlu masukkan maklumat produk sahaja. Mudah bukan? Tidak perlu lagi buat cara lama yang terlalu sukar.
- Segala proses memasukkan imej dan grafik ke dalam minisite (laman jualan) dilakukan HANYA melalui bahagian Admin. TIDAK PERLU menggunakan apa-apa perisian FTP.
- Boleh menjual maksimum tiga jenis produk di satu laman web. Ini adalah normal bagi sebuah laman web minisite. Tiga itu pun sebenarnya sudah terlalu banyak.
Kos sebanyak RM199 sebenarnya adalah kos yang berbaloi kerana kalau kita mengupah orang lain untuk memasang sistem Affiliate, ia boleh mencecah RM70 hingga RM150. Itu belum lagi dengan kos-kos perkhidmatan yang lain. Tetapi dengan sistem ini, itu semua automatik, tidak perlu buat apa-apa pemasangan tambahan.
Mungkin bagi sesetengah orang mereka lebih selesa dengan kaedah lama membina laman web jualan. Tetapi bagi saya, dengan Mininiaga, ia adalah satu permulaan yang baik untuk sesiapa yang baru mahu memulakan perniagaan internet kerana ia mudah untuk digunakan. Ia adalah satu pelaburan yang bijak.
Malah bagi usahawan yang telah lama pun, sistem ini juga terbaik untuk mereka kerana begitu banyak kelebihan yang ada sama ada dari segi masa pembinaan laman web jualan dan juga pengurusan pelanggan.
Apakah “Kelemahan” Sistem Mininiaga?
Mana-mana produk yang masih baru, pasti ada kelemahannya. Begitu juga dengan Mininiaga. Namun daripada penelitian saya, kekurangan yang ada hanyalah dari segi teknikal dalaman sahaja dan tidak memberikan kesan kepada pengguna. Fungsi-fungsinya berjalan dengan baik dan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Flarebiz.
Sebaliknya, pengguna perlu mempunyai sedikit asas penggunaan komputer, asas Internet dan juga asas perniagaan internet. Antara asas itu adalah:
- Menaip. Ya, menaip. Perlu tahu cara gelapkan perkataan, italic, buat hyperlink dan lain-lain lagi. Ia 100% sama seperti menaip artikel di blog. Anda juga perlu kreatif di dalam penulisan seperti warna, grafik dan size font. Ia bukan masalah besar kerana begitu banyak contoh di Internet yang boleh dijadikan contoh.
- Grafik. Pihak Flarebiz menyediakan template grafik secara percuma. Tetapi ia tidak berguna jika anda tidak tahu mengeditnya untuk kegunaan laman web jualan berasaskan sistem Mininiaga. Namun ia bukan satu masalah kerana anda boleh mengupah mana-mana graphic designer yang amat ramai sekarang.
- Copywriting atau Surat Jualan. Anda perlu tahu menulis ayat-ayat jualan untuk laman web jualan produk anda itu. Ramai yang tidak dapat berbuat apa-apa di sini kerana tiada idea walaupun mereka tahu banyak mengenai produk yang mahu dijual. Adakah ini berkaitan dengan kemahiran penulisan?
Sebenarnya, ketiga-tiga perkara di atas TIDAK BERKAIT pun dengan Sistem Mininiaga kerana itu semua adalah keperluan asas untuk laman web jualan jenis minisite, sama ada laman web itu dibuat secara manual atau dengan sistem Mininiaga.
Bagi grafik contohnya, ia adalah keperluan asas. Sistem Mininiaga hanyalah “enjin” sahaja dan tiada kaitan dengan grafik. Tetapi melalui sistem ini, anda mampu memasukkan imej (header, content dan footer laman web jualan) dengan begitu mudah sekali dalam masa beberapa saat sahaja.

Begitu juga dengan penulisan ayat jualan, ia adalah keperluan atau ilmu asas yang wajib dimiliki oleh semua usahawan atau Internet Marketer. Gunalah mana-mana cara untuk buat web jualan minisite pun (cara percuma, murah atau mudah), kalau tidak tahu kaedah penulisan, maka segalanya sia-sia.
Jadi kesimpulannya, sistem Mininiaga atau mana-mana jenis sistem pun, kalau kita tidak tahu menggunakannya maka ia hanya sia-sia. Umpama kita memiliki sebuah kereta tetapi tidak pandai memandu, maka mahu salahkan siapa? Pengeluar kereta itu ataupun kita? Sudah pasti kita yang bersalah kerana kita tidak berusaha untuk belajar memandu. Pengeluar kereta hanya menjalankan tugas mereka iaitu menghasilkan kereta.
Begitu jugalah dengan pihak Flarebiz, peranan mereka hanyalah mengeluarkan sistem dan tidak bertanggungjawab untuk mengajar atau menyediakan hal-hal yang lain. Pembeli (pengguna) sistem tersebut perlulah belajar cara menggunanya dan mempunyai asas-asas berkaitan. Namun dalam kes ini, pihak Flarebiz ada menyediakan manual (tutorial) penggunaan sistem dengan begitu lengkap sekali.
Apa Itu Projek-15?
Baik, kembali kepada tajuk entri ini iaitu PROJEK-15.
Saya memilih nombor “15″ kerana dua sebab:
- Saya hanya buka peluang kepada 15 orang sahaja.
- Peluang ini dibuka sehingga 15 Julai 2010 sahaja.
Projek-15 ini adalah satu projek “simple” di mana saya akan memberikan konsultasi bebas dan secara percuma kepada sesiapa yang membeli Sistem Mininiaga melalui saya.
Antara bentuk konsultasi itu adalah menguruskan proses awalan untuk pembeli. Contohnya pembelian domain & hosting (jika perlu) dan juga pembelian MiniNiaga. Saya juga boleh memberikan cadangan idea dan perbincangan mengenai produk yang akan dijual atau jenis projek yang akan dilakukan.
Mereka hanya perlu masukkan sejumlah wang ke akaun bank saya yang akan saya maklumkan jumlahnya (selepas perbincangan). Seterusnya saya akan menguruskan pembelian domain name, hosting dan juga Sistem Mininiaga. Seterusnya, saya akan pasangkan terus sistem itu untuk mereka.
Selebihnya, mereka hanya perlu tunggu pemasangan siap dan mereka sudah boleh mula memasukkan maklumat produk melalui sistem tersebut. Jika mereka mempunyai persoalan, mereka boleh terus menghubungi saya untuk meminta cadangan atau saranan, sehingga laman web mereka siap.
Projek ini bukan untuk seumur hidup. Saya sama sekali tidak memberikan sebarang jaminan sokongan selama itu. Projek-15 ini seperti yang dikatakan adalah “konsultasi bebas” sehingga projek bisnes menggunakan Mininiaga telah siap. Sebaliknya, tiada apa-apa jaminan lain yang akan saya berikan.
Bagi mereka yang membeli Mininiaga melalui saya:
- Saya akan uruskan pembelian Mininiaga.
- Proses pemasangan akan dilakukan oleh saya. Jika oleh Flarebiz, anda akan dicaj RM30.00. Tetapi percuma sahaja oleh saya.
- Konsultasi bebas. Boleh tanya sebarang persoalan yang berkaitan dengan Mininiaga dan perniagaan internet.
Itu adalah asas Projek-15 ini. Pendek ceritanya, saya akan membantu serba sedikit tetapi bukan untuk selamanya. Selebihnya, peserta itu sendiri perlu berusaha dan berikhtiar. Hanya itu sahaja yang mampu saya berikan tanpa sebarang kos buat masa ini.
Anda boleh lihat di tempat lain, tiada sesiapa pun membuat tawaran sebegini. Saya lakukan ini kerana memahami, tidak guna anda membeli sesuatu tetapi terkontang-kanting dengan bonus-bonus yang bernilai tinggi. Saya tidak mahu begitu kerana produk ini adalah sistem, bukan ebook.
Atas dasar itu, saya mengambil keputusan untuk membantu serba sedikit yang saya mampu. Sekurang-kurangnya pelaburan yang anda keluarkan itu adalah berbaloi.
Matlamat Projek-15
- Mengumpulkan seramai 15 orang untuk berniaga di Internet dengan menggunakan sistem Mininiaga. Tidak kisah yang telah lama berniaga di internet atau baru.
- Membantu 15 orang ini menyiapkan laman web jualan mereka dari segi pemasangan dan konsultasi percuma sehingga ia siap dan berfungsi.
- Memberi saranan percuma cara promosi dan pemasaran laman web jualan masing-masing.
Lima komponen asas yang akan diberikan kepada 15 orang ini dalam bentuk konsultasi berkala:
- Asas surat jualan dan copywriting.
- Kaedah promosi yang terbukti berkesan dan strategi jualan.
- Asas-asas teknikal seperti HTML dan CSS. Jika perlu.
- Idea dan saranan produk.
- Pemasangan dan penggunaan Mininiaga.
Konsultasi: Khidmat nasihat dan juga tolong buat. Tapi tolong buat itu bukan semualah ya. Mana yang saya sempat dan rasa perlu saya bantu.
Agak-agak, kalau saya caj konsultasi sebegini, berapa agaknya? Boleh mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit. Tapi dengan Projek-15 ini, ia adalah PERCUMA.
Perlu dimaklumkan, saya hanya memberikan cadangan, sedikit bantuan dan saranan sahaja. Selebihnya, berhasil atau tidak, ia di luar daripada kawalan saya. Suka saya katakan, perniagaan adalah satu proses. Ia perlu dilakukan terus menerus tanpa berharap akan berhasil dalam sehari dua. Tiada jaminan di sini.
BONUS LAGI: Saya akan letak senarai laman web peserta Projek-15 di bahagian tepi blog saya ini. Blog ini tinggi nilai Google PR-nya, trafik pun boleh tahan (lihat statistik Alexa) dan yang pasti, blog ini amat “mesra” dengan Google. Jadi, website jualan yang tersenarai di blog ini akan masuk ke senarai enjin carian Google dalam masa yang singkat! Senarai ini adalah untuk TIGA BULAN selepas projek siap. Menarik?
TAWARAN TERHAD…
Kepada sesiapa yang berminat dan SERIUS SAHAJA, sila hubungi saya dengan menggunakan borang di sini dan nyatakan bahawa anda amat berminat. Nyatakan secara ringkas idea projek jika ada (mahu jual apa). Tawaran Projek-15 ini dibuka sehingga 15 Julai 2010 sahaja. Saya akan tetap melakukan Projek-15 ini walaupun hanya beberapa orang sahaja yang menyertainya.
Kalau tiada idea langsung, boleh minta idea daripada saya. Akan saya cuba berikan cadangan jika ada. Tetapi lebih elok jika empunya badan sendiri yang tentukan mahu jual apa. Ini bagi mengelakkan ketidakpuas-hatian di masa-masa akan datang.
PENTING: Saya hanya menerima projek yang tidak bertentangan dengan syariat Islam sahaja. Contohnya, saya tidak akan berkonsultasi untuk produk yang mendedahkan aurat wanita mahupun lelaki. Termasuklah produk yang melalaikan manusia atau menyalahi akidah.
Tawaran ini tiada diberikan oleh mana-mana Internet Marketer yang lain. Hanya saya sahaja yang “berani” melakukannya. Jika IM lain hanya memberikan bonus bernilai ratusan dan ribuan ringgit, tetapi saya sebaliknya. Saya tidak mahu pembeli terkontang-kanting kerana produk ini bukan ebook, tetapi ia adalah sistem yang memerlukan sedikit sebanyak konsultasi.
BONUS TAMBAHAN
Untuk menjadikan pembelian anda lebih berbaloi-baloi, saya berikan beberapa buah produk secara percuma.
Lihat senarai bonus di sini berupa produk dan konsultasi percuma. Nilai bonus ini melebihi daripada RM150. Salah satunya adalah ebook Panduan Asas Paypal. Produk yang jualannya laku seperti pisang goreng panas.
*Jika pembeli melalui saya sudah memiliki sebahagian produk di sana, saya tidak dapat menggantikan dengan mana-mana produk lain. Harap maaf.*
TESTIMONIAL AWALAN
Berikut adalah testimonial salah seorang yang telah mendapatkan konsultasi saya dari segi idea asas, cadangan projek, pembelian sistem dan seterusnya pemasangan sistem Mininiaga.

*Dipetik daripada Wall Facebook beliau.
Perkara yang telah saya lakukan untuk beliau adalah:
- Memberi saranan nama domain dan menyarankan pembelian hosting.
- Membeli sistem Mininiaga untuk beliau.
- Memasang sistem.
- Dan sekarang dalam proses konsultasi surat jualan untuk laman web beliau itu.
Dan ini adalah bukti komunikasi antara saya dan beliau:


Semuanya PERCUMA tanpa ada sebarang caj tambahan. Jika tidak percaya, boleh tanya beliau sendiri. Komunikasi kami setakat ini adalah melalui emel dan juga SMS. Terkadang melalui Facebook. Kadang-kadang pada waktu tengah malam pun saya masih membalas emel beliau (jika ada).
Saya amat-amat “excited” untuk menyiapkan projek untuk 15 orang ini. Saya mahu mereka yang belum ada laman web jualan ataupun bisnes di Internet, mereka akan memilikinya melalui projek ini.
Saya tahu kebanyakan orang sibuk dan tidak mahu memeningkan kepala mengenai proses pembelian dan juga pemasangan (walaupun ia mudah). Saya dengan sukanya memberikan tawaran perkhidmatan pemasangan TANPA CAJ TAMBAHAN. Setelah siap dipasang, saya akan berikan apa-apa saranan atau menjawab apa jua soalan yang berkaitan.
Saya akan tutup peluang ini sebaik saya mencukupi 15 orang ataupun pada 15 Julai 2010 ini walaupun bilangan peserta tidak mencecah 15 orang. Saya tidak mampu membuka kepada lebih ramai orang agar saya dapat melayan semua peserta lebih adil dan sama rata. Saya tidak mengejar keuntungan kerana niat saya sekarang adalah mahu mereka yang berminat memulakan bisnes Internet, dengan cara yang mudah dan cepat.
Akhir kata, anda mahu beli sistem ini daripada orang lain dan kemudian buat sendiri-sendiri, ATAUPUN beli melalui saya dan kemudian saya berikan konsultasi percuma? Lakukan pilihan yang terbaik untuk anda.
Terima kasih.
PS. Layari: http://mininiaga.smartusaha.com.
PPS. Daftarkan diri di sini untuk mendapat empat video cara promosi yang TERBUKTI berkesan.
**Selepas ini, sebarang informasi mengenai Mininiaga HANYA akan dihantar kepada mereka yang mendaftar di laman web tersebut sahaja.**
Sebagai penutup entri ini, mari tonton video ini:
Incoming search terms:
- bisnes hanya pasang sistem sahaja
- contoh projek keusahawanan
- contoh projek perniagaan dan keusahawan
- masalah penggunaan internet dari segi perniagaan sahaja
















zul dah hulur senjatanya…tahniah Zul…
Tak semestinya senjata hebat boleh berhasil. Hehe.. Kena cuba macam-macam strategi. Sebab kali ini produknya amat berbeza. Memang berpeluh….
Salam sejahtera.
Khidmat dan pemberian yang hebat, menarik dan tidak berselindung. Tahniah saudara SmartZul.
peluang yang sukar dilepaskan begitu sahaja.Sesiapa yang berminat jangan lepaskan peluang yang Zul sediakan di sini.
Offer yang mantap dan terbaik dari bro Zul… tahniah
Bro Zul memang seorang yang baik hati dan suka menolong. Saya memang menunggu peluang seperti ini. Terima kasih bro Zul.
Saya berminat tapi kalau org yang bisnes produk fizikal dan digital sekaligus,kena beli 2 kot.
Betul, perlu beli dua.
pada saya ini satu pekaj yang baik,sebab kita akan dapat dua support(Smatzul dan Flarebiz) disamping juga bonus percuma..yang paling best khidmat yang bagus dan tersusun..zul akan menjawap email walaupun 3-4pagi pun..dan juga sms..
T,kasih smartzul
Tawaran tuan Zul memang terbaik dari ladang. Ini merupakan shortcut untuk sesiapa yang ingin melangkah di dalam perniagaan Internet.
Saya sangat berminat dgn projek 15 en.zul. Cuma saya nak tanya minisite ni adalah web untuk jualan kan? Kalau untuk tujuan kumpul mail-list boleh ke kita guna mininiaga ni atau kita kena guna cara lain. Lagi satu saya sangat berminat dalam bidang affiliate bolehkah kita guna sistem ini untuk buat squeeze page kita.
salam tuan zul.sy berminat utk dapatkan mininiaga dr tuan. Sila letakkan nama saya dalam senarai.
Salam Tuan Hatta,
Ok, permintaan dimaklumi. Nanti hubungi saya melalui emel atau contact form.
Terima kasih.
baik.saya akan hubungi tuan melaui email dengan segera mungkin. Saya agak
sibuk sekarang ni. Terima kaseh tuan.