Program Internet tu Bisnes ke?

Kekadang, kita amat mudah teruja apabila sahabat kita atau sesiapa sahaja menceritakan yang dia mendapat income yang banyak melalui internet sahaja. Dan anda dengan keter-ujaan itu, anda pun ingin melakukan hal yang sama sahabat anda buat tersebut. TUNGGU!!

Jangan cepat dan mudah terpengaruh dengan ‘momokan’ mereka kerana pada hakikatnya kebanyakan program di internet amat besar dan tinggi risikonya! Sila jawab soalan ini:

Mahukah anda tidur dengan tidak lenanya kerana memikirkan wang anda ‘di internet’?

Mahukah anda asyik memikirkan untung rugi yang tidak menentu?

Setiap masa dan ketika, anda dikuasai ‘ketakutan’ yang mendalam kerana anda mungkin rugi bila-bila masa sahaja…

Persoalan tersebut akan menghantui anda jika anda menyertai beberapa program wang di internet. Tidak perlulah saya menyebut apakah program tersebut. Jika anda tahu, tahulah, jika tak tahu, inilah yang saya ingin bercerita dan berharap. Cerita apa? Ceritanya, anda jangan cepat menyertai program-program sebegitu. Kenapa? Saya bukan ingin menghalang anda, hanya sekadar pandangan.. Yang mana satu yang anda mahukan, risiko yang rendah atau risiko yang tinggi? Yang kukuh atau yang mudah rapuh?

Program wang begitu disukai oleh ramai orang kerana ia mudah, tapi pada hakikatnya anda perlu melakukan pelaburan dan jika untung, anda akan untung besar, jika rugi, mudah juga untuk rugi besar.. Tambahan, ia tidaklah sekukuh perniagaan internet. 😉

Harapan? Saya cuma berharap dan mencadangkan, lakukanlah sesuatu yang tidak menyusahkan anda. Cuma satu perkara yang anda perlu tahu, program wang BUKAN bisnes.. Dan ia sudah semestinya tidak akan kekal atau mudah rapuh berbanding empayar bisnes.. Ya, perniagaan juga boleh digulung tikar, itu lain cerita, tetapi bagaimana dengan perniagaan yang kekal berzaman?

Rajinlah berusaha, jangan malas.. Ketahuilah, kita tak akan sampai ke mana kalau hanya ingin melakukan perkara yang mudah rapuh. Alih-alih sampai ke tempat yang sama juga..

PS. Program wang yang dimaksudkan di atas tidak termasuk program affiliate (program ini sah dan termasuk dalam model biz internet).

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

3 thoughts on “Program Internet tu Bisnes ke?

  1. Jangan bertindak melulu. Saya pun pernah tertipu di internet ni tapi tak banyak la RM20 je kalau banyak mau menyesal tak sudah. Oleh itu berhati-hati lah.

  2. saya jugak suka untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah dan cepat hanya melalui blog yang saya bina dan tidaka perlu susah payah menanggung risiko website tertutup dengan sendirinya sebb takleh nak akses.

    manakala website jugak terkadang memberikan amaran untuk membanned website yang direportkan sebagai mempunyai aktiviti spamm… nak kena jel ke kalo suka sangat buat spammm???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *