Produk Yang Saya Promosikan

Selain beberapa faktor penilaian JV yang saya nyatakan di beberapa artikel yang lepas, syarat-syarat ketat berikut juga saya praktikkan di dalam mempromosikan sebarang produk di internet sama ada produk digital mahupun fizikal.

Jadi bagi sesiapa yang mahu saya mempromosikan produk mereka (JV), mungkin boleh pertimbangkan syarat-syarat saya berikut dan mungkin akan terjawab mengapa saya tidak mempromosikan produk tersebut.

Antara syarat-syarat saya adalah:

1. Tidak melibatkan unsur yang jelas haram di dalam Islam seperti riba, judi dan lain-lain. Contohnya seperti mengajar orang lain melakukan pinjaman dengan kaedah konvensional atau melakukan pelaburan dengan cara yang jelas haram.

2. Jika produk informasi seperti ebook, ia tidak mengandungi unsur-unsur yang gharar (ragu-ragu) atau masih berstatus 50-50. Contohnya sesuatu topik yang masih hangat menanti fatwa para ulama atau majlis fatwa.

3. Tiada unsur pendedahan aurat melainkan jika perlu untuk tujuan pendidikan. Sebab itu jika anda perasan, saya cuba seboleh mungkin untuk mengelakkan penggunaan imej yang menggunakan imej wanita mahupun lelaki yang mendedahkan aurat atau pun yang berlebih-lebihan.

Psstt.. Sebab itulah sesiapa yang gunakan ecover yang ada guna imej awek-awek cun yang terdedah auratnya, saya biasanya tidak akan promosikan produk itu atau kalau promosikan pun, saya tidak akan letak imejnya pada usaha promosi saya. Gunakanlah imej yang syariah compliant (lulus syariah). šŸ˜€

4. Tiada janji-janji manis yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Sebelum ini saya ada promosikan pelbagai produk usahawan lain. Andaikata produk-produk tersebut anda kecewa memilikinya kerana indah khabar dari rupa, saya mohon maaf. Sebab itulah sekarang saya amat jarang mempromosikan produk orang lain kerana kualitinya di luar kawalan saya.

5. Saya akan fahami produk terlebih dahulu. Contohnya saya akan baca ebook tersebut sebelum mempromosikannya. Sebagai contoh, saya pernah membaca sebuah ebook untuk dipromosikan. Namun disebabkan ada unsur ragu-ragu dari segi hukum dalam ebook tersebut tanpa dinyatakan ia masih status 50-50 (sebaliknya disuruh pembaca melakukannya sahaja), maka saya mengambil keputusan untuk tidak mempromosikannya.

Saya bukan hanya akan membaca ebook tersebut, tapi saya akan kaji juga topik di dalam ebook tersebut jika ia di luar bidang saya. Saya akan kaji ketepatan informasi dan juga perkara berkaitan seperti hukum hakamnya dalam Agama.

6. Tidak mengajar orang melakukan strategi yang salah seperti SPAM, trik menipu, melanggar peraturan sesebuah pihak dan lain-lain lagi. Jika ada aspek sebegini, 100% saya tidak akan promosikan.

Kesimpulan

Ada beberapa buah ebook yang saya tidak promosikan kerana gagal melepasi syarat-syarat di atas. Saya bukanlah mahu strict atau ego, tapi saya tidak mahu orang lain turut melakukan dosa. Malah saya akan dapat dua dosa. Pertama, saya mengamalkan perkara tesebut. Kedua, mengajar orang lain melakukannya. Lagi teruk, jika mereka promosikan juga untuk orang lain, jadi orang pertama pun akan terus menerus menanggung dosa.

Hidup di zaman kini amat susah untuk mengelak daripada melakukan sesuatu yang salah. Tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mengelak pun itu sudah dikira terpuji. Saya bukanlah seorang yang alim atau warak. Tapi saya adalah seorang Islam yang cuba sedaya upaya untuk mempraktikkan ajaran yang saya anuti. Kalau terbuat salah juga, itulah namanya manusia..

Harap maklum.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

25 thoughts on “Produk Yang Saya Promosikan

  1. Bukan review sahaja, saya perhatian coaching juga begitu. Di nyatakan coaching 4jam, di sebabkan IQ peserta pantas dari yang di sangkakan coaching menjadi 2 1/2jam. Jika boleh keadaan sebegini perlu dielakkan walaupun ia mendapat persetujuan si peserta šŸ™‚

  2. Pada pendapat zul, adakah web jualan saya termasuk dalam kategori mendedahkan aurat?

    Waktu design minisite, asalnya brearned bondly letakkan imej penuh wanita tersebut. Lepas tu, saya minta dia ‘potong kepala’ sikit. Bila diteliti, macam masih ada yg perlu diperbaiki.

    Terima kasih banyak2 atas ‘peringatan’ yg sangat berguna ini. Kadang2, dalam kelekaan mengejar duit internet, kita terlupa, bukannya tak tahu…sehinggalah datang segolongan mereka yang ‘ikhlas’ memberikan peringatan. Memang peringatan itu baik untuk orang2 mukmin.

  3. Saya tak pastilah. Kalau ia bertujuan pendidikan, mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi kalau untuk pengiklanan, promosi, mungkin ada alternatif lain kot.

    Apa pun, saya lebih suka ambil mana yang menenangkan hati. So kena tanya diri sendiri lah. šŸ™‚

  4. Apabila kita mempromosikan produk orang lain, bukan sahaja produk tersebut memberi kesan kepada pengeluarnya, malah juga kepada promoternya.Hati-hati kerana orang kadang kala lebih mempercayai promoter (IM) dari pengeluar produk. Adakah berbaloi kredibiliti kita dicalarkan disebabkan oleh orang lain ? Dah beberapa kali terkena .. Buat masa sekarang 'bercuti' dr mempromosikan produk rakan2 yang lain.

  5. Salam Zul dan rakan – rakan,

    Alhamdulillah, dalam kesibukan mengejar kesenangan dunia, masih ramai lagi di antara kita yang memegang teguh (sedaya upaya) ajaran agama yang kita anuti.

    Sememangnya sukar pada masa sekarang untuk mengelak perkara – perkara subahah. Walaubagaimanapun, sebagai tanda keimanan dan ketakwaan kita, berusahalah menghindarinya dengan mendalami ilmu dan bergaul dengan mereka yang mengingati Allah dan hari kebangkitan.

    Antara rujukan yang sangat berguna mengenai muamalat mengikut syariat adalah di http://www.zahiruddin.net (gunakanlah pertimbangan yang wajar berdasarkan ilmu dan iman kerana kita dilarang mengikuti sesuatu ilmu secara membuta tuli).

    Kita mungkin boleh mengantikan gambar perempuan yang mendedahkan aurat (hanya jika sangat diperlukan untuk tujuan pendidikan) dengan lukisan kartun (hanya cadangan).

    Saya sendiri sedang berusaha menggunakan perisian tulen dalam usaha perkongsian ilmu dan mencari rezeki di internet.

    Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita ditetapkan iman dan takwa untuk terus berhijrah ke jalan kebaikan bersama – sama.

    PS: Terima kasih Zul atas penulisan yang membuka minda dan disampaikan dengan penuh berhemah. Alhamdulillah.

  6. Patutpun kebelakangan ini jarang-jarang melihat zul mempromosikan beberapa produk yang dikatakan 'hot' di pasaran..tahniah zul kerana ada prinsip yang jelas & sudah pastinya untuk rezeki yang halal šŸ™‚

  7. Irwan. Sama lah saya. Sudah beberapa kali kena. Kualiti produk orang lain 100% di luar kawalan kita. Tak sanggup saya nak merobohkan kredibiliti yang dibina bertahun-tahun lamanya semata-mata untuk wang komisen.Abg Zol. Ya, itulah sebabnya.:)Jundullah, memang perlu diperluaskan lagi. Bukan takat kewangan saja.

  8. saya menyokong ulasan product yg patut dipromosi. Kalau saya.. saya tambahkan lagi…Saya hanya promote product yg saya dah tengok.. dah baca.. dan test sahaja..Kalau ok barulah start promote.. bukan promote berdasarkan komisyen besar atau mudah dijual.Kalau kite promote product yg hampeh… atau hype. Hilanglah kepercayaan org kpd kita nanti

  9. Satu prinsip yang jelas. Semoga IM-IM lain dapat mencontohi perkara ini.Akhir-akhir ini semakin banyak produk-produk IM di pasaran yang mengandungi unsur SPAM dan over-promise. Saya mencadangkan agar IM-IM berkaliber seperti Tuan ZUl dan rakan-rakan lain dapat mewujudkan satu badan bebas untuk mengawal perkara ini.Ia seumpama IMP/PPIM/JAKIM yang mengawal produk-produk makanan halal, atau seumpama SIRIM yang mengawal kualiti produk eletrik, atau TAMRIN yang mengawal motivator-motivator muslim. Sekadar cadangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *