Produk Yang Boleh Dijual Di Internet?

Dalam kata lain, mahu jual apa? Nak jual apa? Produk apa yang boleh dijual di Internet?

Selain menjual produk yang kebanyakan kita lihat seperti barangan kegunaan biasa, kita juga boleh menjual produk-produk seperti berikut:

1. Produk yang boleh menghilangkan sakit dengan ‘cepat’.

2. Produk yang boleh menghapuskan rasa ketidakyakinan diri.

3. Produk yang boleh mengurangkan beban hutang dan mendapatkan wang dengan cepat.

4. Perkhidmatan pinjaman bank yang pasti LULUS walaupun nama disenarai hitam atau tidak cukup syarat.

5. Produk yang boleh ‘perbaiki’ keadaan penampilan diri. Contohnya produk turun berat badan, perawat kulit berminyak dan produk menghilangkan jerawat batu.

6. Produk untuk orang-orang malas yang memudahkan mereka. Contoh: Sistem buat duit 1 jam sehari, income RM1000 sebulan secara autopilot. 😀

7. Produk untuk orang-orang sibuk yang mempercepatkan urusan mereka dan memperbanyakkan lagi masa lapang mereka.

8. Produk untuk orang yang tidak cukup wang yang mahukan pendapatan tambahan.

9. Produk yang sama kualitinya tetapi lebih rendah harganya berbanding produk sedia ada di pasaran. – Dalam suasana ekonomi sekarang, orang berlumba-lumba mahu berjimat.

10. Produk seksualiti (18 SX). Produk yang boleh menambah baik sesuatu ‘keadaan’ dan memperbaiki situasi yang kurang memuaskan.

11. Produk yang dapat melindungi barangan kesayangan mereka atau diri mereka sendiri. Contoh: Penutup mulut (mask) semasa wabak Influenza H1N1 atau semasa musim jerebu. Sampai stoknya cepat habis.

Produk-produk di atas dipanggil sebagai produk untuk mereka yang sedang ‘terdesak’ dan ‘mahu/perlu sangat’. Mereka rela membayar dengan syarat masalah mereka selesai 100%.

Sifat manusia memang tidak sukakan kesusahan, ketidakselesaan dan kesakitan. Sebagai usahawan, kita boleh membantu mereka dengan mengurangkan atau ‘menghapuskan’ kesemua aspek tersebut.

Artikel lain: Ciri-ciri Terbaik Produk Jualan

# Jom sertai FB Page SmartUsaha: http://www.facebook.com/smartusaha

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Produk Yang Boleh Dijual Di Internet?

  1. salam zul,

    saya setuju benar dgn pendapat zul..

    tetapi jika dizaman 2006 dan 2009 mungkin point
    6 dan 10 masih relevan…tetapi ditahun 2011 saya rasa ia kurang relevan…bukan tidak relevan tetapi kurang relevan..

    sebab pertama pengguna internet semakin pintar. mereka sukar percaya pada ‘magic pill’ lagi.

    sebab kedua, mereka mungkin telah mendapatkan produk point 6 dan 10 tetapi hasil daripada pembelian produk berkenaan kurang memuaskan.

    jadi mereka hebahkan perkara ini kepada rakan mereka yang lain.

    Kesimpulannya, para IM yang ingin keluarkan produk perlu kreatif dalam menghasilkan produk mereka.
    pastikan ianya lain dari yang lain…

    1. Terima kasih. Saya setuju.

      Cuma apa jua produk yang kita jual, jika kita tunjukkan buktinya, lagi-lagi jika kita ada kredibiliti, menjual produk sebegitu akan lebih mudah. Yang menjadi masalah adalah, cara yang kita guna sama seperti ribuan usahawan lain.

      Kedua, apa yang dijanjikan, kita perlulah penuhi. Kalau kita kata 1 jam sehari, berikan betul-betul caranya. Kalau kita kata boleh dapat lebih RM1000 sebulan, pastikan ia betul-betul boleh. *Point 6: Tajuk di atas hanya contoh sahaja* 🙂

      Ketiga, kita perlu ada senarai prospek dan pembeli sedia ada. Asingkan dua kumpulan ini dalam database kita. Prospek, perlu dididik lagi. Pelanggan sedia ada, berikan mereka diskaun, promosi dan sebagainya agar produk kita diulang beli (seperti produk kesihatan).

      Bagi produk seksualiti, pasaran ini amat besar. Kalau kita bijak mensegmenkan pasaran, kita boleh memiliki senarai pelanggan kita sendiri. Lihat sahaja pada setiap tahun, berapa jumlah pasangan (baca: lelaki) yang menjadi suami (berkahwin). Itu salah satu sasaran. Yang penting, pandai target. Tambahan, sekarang zaman media sosial. Manfaatkan untuk berinteraksi dengan mereka. Seorang IM underground mendapat jualan tidak putus-putus dengan menjual produk kewanitaan, padahal beliau seorang lelaki. Ini kerana beliau pandai memilih produk dan kemudian memastikan prospek benar-benar targeted.

      Setiap hari, setiap saat, pasti akan ada orang baru dalam setiap ‘niche’ yang berpotensi menjadi pelanggan kita. Tugas kita sebagai usahawan perlu menggandakan lagi usaha promosi dan pemasaran dengan kaedah yang berkesan.

      Seperti yang tuan katakan, IM perlu kreatif.

  2. seperti yang zul katakan, “Prospek, perlu dididik lagi. Pelanggan sedia ada, berikan mereka diskaun, promosi dan sebagainya agar produk kita diulang beli”

    saya sendiri telah test perkara ini terhadap list saya.

    Dengan diskaun yang diberikan ia berjaya menghasilkan jualan yang memberansangkan.

    Biasanya diskaun diberikan pada permulaan produk itu dilancarkan.

    daripada keuntungan disitu, boleh digunakan untuk marketkan produk kita. contohnya membuat blog review dan memperhebatkan SEO.

    Disitu sahaja kita boleh dapat income berterusan. Tanpa perlu affiliate ataupun JV yang besar-besar…

    Saya rasa ramai IM-IM baru tidak nampak hal ini.
    Semoga dengan penerangan dan artikel dari Tuan Zul ini dapat membuka ‘mata’ mereka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *