Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Perniagaan Internet : Produk vs Servis

Kepada anda yang telah atau akan (dalam perancangan) menjana pendapatan di internet, mungkin anda memikirkan, apakah cara ‘terpantas’ untuk membuat banyak duit dalam masa yang singkat. Ehem, singkat di sini bergantung kepada keadaan tertentu ok (disclaimer nih, hehe).

Ada dua jenis model bisnes yang boleh anda buat di internet iaitu PRODUK dan PERKHIDMATAN (servis). Yang mana satukah dapat memberikan keuntungan yang besar dalam masa yang ’singkat’?

Jawapannya sudah tentu PERKHIDMATAN. Ya, mari kita lihat perkiraan matematik ini:

Untung bersih satu unit produk = RM10

Caj untuk satu servis = RM350

Maka, untuk menghasilkan RM900, cara manakah yang lebih cepat dan ‘mudah’??

Sudah pasti perkhidmatan bukan? Dan inilah yang telah saya rasai dan lalui. Satu projek atau caj perkhidmatan saya paling rendah adalah RM300. Mahalnyaa… Hohoho… Mintak maaf tuan puan, saya rasa kat Malaysia ni, saya antara yang ‘baik hati’ dan ‘crazy’ letak harga murah macam ni. Orang lain letak ratus-ratus, saya letak puluh-puluh.. Tak cayer tak per, my client know it. :)

So, merujuk contoh di atas, bila saya siap tiga projek atau perkhidmatan saya tu, maka saya akan dapat RM1050! Atau kadang-kadang, duit dah dapat sebelum projek bermula lagi. Dalam contoh ini, 3 projek bukan RM900, tapi lebih dari itu!

Sebaliknya, jika saya jual produk yang untungnya RM10 untuk satu unit, maka saya perlu jual sebanyak 90 unit untuk dapat RM900. Mampukah anda menjual produk sebanyak 90 unit dalam masa yang singkat?? Mungkin ya, mungkin tidak. Psst, jika anda tahu cara dan ’syarat-syarat’nya, 90 unit jualan tu boleh dihasilkan dengan ‘mudah’ jer.. ;)

Namun!! Perkiraan memang mudah saudara mara semua, hehe, tapi hakikat realitinya, model servis memerlukan masa yang banyak untuk menyiapkan projek atau perkhidmatan kita tersebut. Ya, it’s happen to me.. Saya buat servis design laman web, setup blog, sistem affiliate, dan lain-lain, memerlukan masa yang banyak dan perancangan yang baik.

Tidak seperti produk, mudah sekali kerjanya. Ada order, dapat bayaran, hantar. Just that.. Tidak untuk perkhidmatan, kita kena melayan dan berurusan dengan client dalam beberapa kali sampai siap projek itu. :)

Kesimpulannya, kedua-dua model ini ada pro dan kontranya, dan anda perlu rebut kedua-dua jika anda mampu. Saya dah buat model servis dan kini saya nak create produk sendiri pula.. Kena ada multiple sources of income.

Jadi, bagi anda yang baru nak mula ebiz, fikirkan yang terbaik, model mana yang sesuai untuk anda.. Ingat pesan saya dulu, pilih satu, fokus..

Wassalam.

Selingan: Kebanyakan pendapatan saya banyak digunakan utuk re-invest semula kepada bisnes saya agar lebih kukuh dan fleksibel. :) Antaranya membeli domain untuk projek yang mendatang dan membeli tools yang dapat membantu. Orang kata, biar sakit dahulu, senang kemudian. Saya tak banyak belanja untuk kehendak, tapi saya gunakan wang yang ada untuk keperluan yang penting dahulu.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

21 Responses to “Perniagaan Internet : Produk vs Servis”

  1. aku says:

    good info, zul.

    amacam kalo tawarkan produk yang memberikan service? hehehe.. sesuatu untuk difikirkan..

  2. fai says:

    Bg saya la kan..

    “Kalau boleh saya nak jadi semua sekali sebab hidup kita cupa sekali..
    Kita enjoy…….”

    He he..

  3. fai says:

    eh.. bkn ‘cupa’ tp ‘cuma’..

    sorry..

  4. abdfatah says:

    yang cantik ada produk dan ada servis lepas jualan. bleh dapat pendapatan yang berterusan setiap bulan.

    produk bagus. servis pun bagus.

    ada kelasss…

  5. Bagus Zul, start small, finish big. Jangan turutkan sangat kehendak tu… ;)

    Reinvest, lama2 barulah kita dapat merasai “kemanisan” pelaburan kita tu.. :)

    Btw Zul, ada orang kata rakan kongsi bisnes terbaik adalah wifey kita.. Zul, bila nak cari rakan kongsi? hehe… :p

  6. smartzul says:

    Sabri, memang perancangan saya nak jadikan wife sebagai partner. huhu.. Entah bila lah nak kawin ni yer.. :lol:

    aku, jadikan servis sebagai produk. Contohnya saya buat web design service, then saya publish satu ebook cara buat web design. :)

  7. soulof99 says:

    Bukan kat internet jer. Memang bisnes jenis servis ni percen keuntungan lebih besar dari produk. Cam beza servis PC dan jual barang PC. Kalo gabung barang dgn servis lagi le besar untungnye… :P

  8. cikgubiz says:

    Betul tu bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian…

  9. abdfatah says:

    yeaa… pilih satu dan fokus, kemudian lipatgandakan lagi dengan melaburkan semula wang yang telah diperolehi dengan jayanya. jangan dah dapat semuanya dihabiskan untuk belanja itu ini. nak buat bisness kena ada perancangan yang teliti baru boleh jadi jutawan yang budiman…

    kalo produk best, servis best itulah yang akan dicari oleh orang ramai… kalo produk tak ok servis jugak tak ok… siapa yang akan datang menjenguk..?

  10. Han says:

    servis dengan produk memang berbeza…
    kalau produk lebih senang nak jual…
    kalau servis agak susah bagi saya…
    kadang2 pelanggan agak cerewet..hehe…
    buat ni tak kena, buat gitu tak kena…
    kalau betul2 nak buat servis, kena bersabar lah dengan pelanggan yang cerewet tu…hehe..

    tapi jangan sangka jual produk tak jumpa pembeli yang cerewet…
    kadang2 mereka tak puas hati dgn produk kita dan minta money back walaupun 1000 org suka…terpaksa lah bagi balik duit tu…

    han

  11. Hamid says:

    Biasa lah karenah pelanggan.
    lebih² lagi kalau dia tipu, rugi kita.

    Kalau nak berniaga kena la biasakan dengan situasi mcm ni,
    jadikan ia agar dapat meningkatkan lagi mutu produk kita.

    • Han says:

      hamid,
      dalam internet ni mereka sukalah menipu sebab mereka ingat kita tak dapat kesan dia…
      kalau kat offline, mereka nak menipu susah sikit…
      tapi kat luar pun ada juga yang menipu…
      jadi kena hati2 lah walau dimana kita pun…

      han

  12. Hamid says:

    Ini lah ragamnya manusia bila mengikut nafsu dan godaan syaitan :evil:

  13. Keta says:

    betul juga ya apa yang di katakan. saya pun tak tau

  14. Hamid says:

    Anda tak tau :?:
    mcm mana leh kata betul :mrgreen:

    • Han says:

      keta katakan betul pasal benda lain kot hamid…
      kalau tak tahu memang lah tak boleh kata betul…
      nanti jadi fitnah pula…hehe

      han

  15. Hamid says:

    Tula saja nak wat lawak ngan dia :mrgreen:

Trackbacks/Pingbacks

  1. www.tazilan.com » Blog Archive » Perniagaan Internet : Produk vs Servis

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)