Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Produk PLR Dalam Bahasa Malaysia – Peluang Untuk Usahawan Internet Tempatan

Ramai yang mengetahui bahawa produk PLR merupakan produk ‘penyelamat’ yang membolehkan sesiapa pun mampu memiliki produk sendiri tanpa perlu bersusah payah menciptanya.

Produk PLR sebenarnya menyumbang sebanyak 70% daripada seluruh usaha anda untuk mencipta produk sendiri, manakala 30% lagi merupakan kreativiti anda untuk mengubahnya menjadi sesuatu yang berbeza dari yang asal!

Contoh produk yang boleh anda hasilkan melalui produk PLR:

1. Ebook
2. Audio
3. Video
4. Emel Newsletter
5. Artikel
6. Membership Content

Namun begitu, di pasaran tempatan kehadiran produk–produk PLR dalam Bahasa Malaysia amatlah kurang dan hampir tiada. Realitinya, pasaran tempatan dibanjiri oleh produk PLR dari luar negara dan semestinya ia di dalam bahasa Inggeris. Ini sebenarnya peluang yang baik untuk usahawan tempatan menembusi pasaran luar negara.

Namun, dari satu aspek lagi ia merupakan satu kerugian juga kerana ianya menghadkan permintaan dari pasaran tempatan. Bagi mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris dan memfokuskan pasaran tempatan, ini merupakan satu halangan untuk memajukan lagi perniagaan mereka.

Bayangkan usahawan internet tempatan terpaksa membuat “kerja dua kali” untuk menjadikan produk PLR mereka sesuai untuk pasaran tempatan iaitu dengan melakukan penterjemahan dan pengubahsuaian. Ini turut menyumbang ke arah kelewatan serta pembaziran dari segi masa dan wang ringgit. Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh usahawan tempatan yang terlalu bergantung kepada produk PLR dari luar negara akibat kekurangan produk PLR dalam bahasa Malaysia.

Namun, salah seorang usahawan internet tempatan iaitu saudara Julius telah tampil untuk membantu usahawan internet tempatan dengan menerbitkan tiga buah produk PLR yang 100% dalam bahasa Malaysia. Kesemua produk ini dipakejkan dalam satu pakej yang dinamakan Pakej Mini PLR. Kehadiran pakej ini dilihat mampu mengatasi masalah yang dihadapi usahawan internet tempatan yang menjadikan produk PLR sebagai niche mereka.

Kehadiran Pakej Mini PLR ini dilihat mampu menjimatkan masa serta wang kerana anda tidak perlu membuat sebarang penterjemahan. Produk–produk yang disertakan juga amat bersesuaian dengan kehendak pasaran tempatan dan terdiri daripada tiga niche utama iaitu niche kesihatan, gayapos dan juga perniagaan internet.

Produk yang disertakan juga merupakan produk yang amat ’segar’ di pasaran serta belum pernah diterbitkan di mana–mana laman web. Selain daripada produk PLR, pakej ini juga mengandungi tool pemasaran profesional khas bagi setiap pemiliknya melakukan kempen pemasaran dengan lebih mudah seperti grafik dan juga laman jualan.

Akhir sekali, Pakej Mini PLR ini memang pilihan dan penyelesaian terbaik untuk semua usahawan internet yang ingin membina perniagaan dengan pantas. Ianya juga satu peluang besar untuk semua usahawan yang ingin melebarkan empayar perniagaan mereka khususnya bagi pasaran tempatan.

Maklumat lanjut, sila layari http://www.produkplr.com

ps. Saya juga akan menggunakan produk PLR ini untuk menghasilkan beberapa produk informasi yang unik. Saya akan kongsikan case study nanti.

pps. Dapatkan segera Pakej Mini PLR kerana ia hanya dihadkan kepada 100 orang pembeli sahaja.

banner468x60

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

14 Responses to “Produk PLR Dalam Bahasa Malaysia – Peluang Untuk Usahawan Internet Tempatan”

  1. Kobot says:

    Wah.. bagus produk ni, sebab produk PLR dalam bahasa kita amat kurang, susah nak cari. Nak dapatkan satu la :)

  2. Shukor says:

    Salam bro Zul,

    memang betul tu. Produk PLR dalam pasaran tempatan memang masih kurang.

    Moga lepas ni makin bertambah produk PLR di Malaysia :)

  3. adrenal says:

    salam bro smartzul..

    produk PLR dalam Bahasa Malaysia di pasaran kita mmg amat kurang..ramai yang telah nampak peluang jana pendapatan dengan produk PLR berbahasa Malaysia ni..tetapi sy yakin ramai juga sbenarnya tidak yakin dengan kebolehan mereka memahami dan menterjemahkan bahasa Inggeris..

    kalau tersalah faham kandungan produk ,nanti kualiti produk diorg dipersoalkan pulak..tu la masalahnya..

    - sekadar pendapat saya -

  4. Fazli says:

    saya baru beli dari link saudara zul. first nak cuba produk plr ni.

  5. Jarang ada IM kita yang mampu bantu kita yang lain untuk dapatkan PLR versi BM. yang pentingnya dalam ebiz, masa sangat2 penting. Mungkin ini salah satu cara kita “outsourcekan”

  6. smartzul says:

    -ruangan komen blog ini ada sedikit masalah buat masa sekarang. saya sedang cuba memperbaikinya. harap maklum.-

  7. produk PLR merupakan pilihan utama sebahagian besar golongan ZERO dan Newie..semoga ada IM akan megeluarkan produk PLR dalam Melayu dalam masa terdekat..

  8. jue74 says:

    saya nak cuba lah…

  9. mahirEnglish says:

    kenapa tak dapat buka file ni???

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 
| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)