Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Produk Sendiri Vs Program Affiliate

Produk Sendiri Vs Program AffiliateMempunyai produk sendiri di dalam usaha perniagaan Internet adalah satu kelebihan kerana anda boleh membina keunikan anda sendiri, atau dalam erti kata lain, “anda menyerlahkan diri” dengan ‘bantuan’ produk yang unik tersebut.

Malah, keuntungan adalah 100% milik anda tanpa diusik sedikit pun oleh sesiapa.

Namun begitu, tak semua indah belaka jika anda berniaga dengan produk sendiri. Ada juga ‘kekurangannya’ yang terpaksa ditanggung.

Berikut adalah jadual ringkas perbandingan di antara produk sendiri dan produk program Affiliate (bukan produk anda) :

Perniagaan Internet
Perniagaan Internet
Perniagaan Internet

Namun, jika anda tanya saya yang mana satukah yang saya lakukan, jawapannya, saya lakukan kedua-duanya dan ditambah dengan satu model lagi iaitu Servis. :)

Produk sendiri + Servis + Produk Affiliate = $$ + $$ + $$

Semakin banyak model perniagaan Internet yang anda lakukan, maka semakin banyak sumber pendapatan anda. Setiap bulan, selain daripada saya mendapat hasil daripada produk sendiri, saya juga mendapat komisen daripada program-program Affiliate yang saya sertai.

Namun seperti yang saya katakan sebelum ini, anda perlu lakukan model perniagaan Internet satu demi satu. Jangan menjadi seperti peribahasa Melayu, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berkeciciran” atau “yang putih dikejar, yang hitam tak dapat”.

Salam maju jaya.

Tambahan Terkini: WangCyber Kembali!

Setelah Shuth bertungkus-lumus untuk mengembali forum WangCyber setelah “down” dalam seminggu yang lepas, kini forum itu telah kembali:

usahawan internet

Lawatinya sekarang untuk berkomuniti di sana!

http://wangcyber.com/forum

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.



25 Responses to “Produk Sendiri Vs Program Affiliate”

  1. asharudin says:

    Kalaulah setiap usahawan internet kat malaysia ni mempunyai sekurang-kurangnya satu produk sendiri tentu lebih meriah bisnes internet kat malaysia nih. Jangan harap pada affiliate marketing saje.
    Lepas ni, sama2lah kita tumpu pada product creation dan pilih satu niche serta fokuskannya. Ini utk m’hangatkan lagi perniagaan internet di negara kita.

  2. motokriss says:

    Kalau belom ada produk sendiri promote ler produk orang lain dulu. pastu cari idea buat produk sendiri baru dinamakan usahawan. tapi yang paling penting kena tau macam mana nak jual. :lol: :lol:

    p/s: saya dah banyak sangat joint affilite tapi sampai kehari nie tak dapat jual satu pon produk2 tu. camana ek? bleh bagi idea skit?

    • mohdamir says:

      Motorkriss dah try buat promosi habis-habisan? Banyak kaedah dan tools yang boleh digunakan untuk promosi. Apa yang penting, jangan give up.

      • motokriss says:

        saya just buat promote guna forum signature and email signaure.
        apa lagik yang saya boleh guna ek’

        • Raymond says:

          Banyak lagi teknik promosi yang boleh digunakan seperti:

          MySpace
          You Tube
          Artikel
          Ezine (Bakal saya gunakan)
          blog
          PPC
          Social Bookmark
          Social Network
          Dan lain-lain lagi.

          Balik kepada asas. Bukan apa yang kita lakukan tetapi cara kita melakukannya. :)

  3. Anon says:

    Salam,
    Bagus tul ada produk sendiri..
    bru join prog affiliate.

  4. starline says:

    Motorkriss,kalau nak promote affiliate kena pada tempatnya.Contohnya,klu anda daftar affiliate pasal kereta,kena letak kat kat blog kereta.Jika anda ada blog atau website pasal kereta la.Jangan letak kat blog masak-memasak :mrgreen:

    Jangan letak kat tempat yang tidak sesuai.boleh tu memang boleh tapi hasilnya kurang la.Kena bersesuaian dengan tempat dan affiliate tu.

    Pendapat saya sahaja. :mrgreen:

  5. starline says:

    Motorkriss,kalau nak promote affiliate kena pada tempatnya.Contohnya,klu anda daftar affiliate pasal kereta,kena letak kat kat blog kereta.Jika anda ada blog atau website pasal kereta la.Jangan letak kat blog masak-memasak :mrgreen:

    Jangan letak kat tempat yang tidak sesuai.boleh tu memang boleh tapi hasilnya kurang la.Kena bersesuaian dengan tempat dan affiliate tu.

    Pendapat dari saya. :mrgreen:

  6. JimieRay says:

    Betul tu MotorKriss….contohnya blog saya tentang MLM, saya letak affiliate MLM kat situ, dapat gak hasil… :lol:

  7. Han says:

    slmt ptg,
    bagi saya kedua2 ada kelebihan masing2…
    kenali diri anda dan pilih mana yang lebih sesuai…

    han

  8. am says:

    yerla… am pun sedang usahakan satu service install blog wordpress.. dan itu yang am rasakan sebagai berbaloi untuk dicuba… sebenarnya ianya lebih kepada service menginstall script bagi yang kurang faham dengan hal-hal teknikal ni… ini semua gara-gara ebook bloggerkit yang banyak membantu am…

  9. SyedHafidz says:

    Pengalamn saya memiliki produk sendiri (rajaaffiliate.com) agak berbeza dengan kita promote produk orang..

    walaupun nampak macam bila kita ada produk sendiri, kita kene keje teruk sket (support, strategi pemasaran dll), tapi yang menjadi kepuasannya bila produk yang kita jual dimanfaatkan oleh pembeli..

    kepuasan sebenar bukan pada keuntungan yang kita dapat, tp pada keseronokan kita berkongsi ilmu dengan pembeli… :eek:

    itu erti keuntungan sebenar kepada saya… :lol:

  10. zool says:

    Saya memang bersetuju dengan ZUl…
    Dua2 memang merupakan punca pendapatan yang baik…
    Ada pro dan kontra.. Bagi yang buntu dan tiada idea untuk membuat produk sendiri sudah semestinya affiliate banyak membantu kita dalam mencari duit online ni…

    Hm.. wangcyber dah kembali?? Ok tu .. dah lama tak menjengah sana..

  11. randavi says:

    salam sejahtera,
    pada pendapat saya kedua-duanya perlu. Namun bagi blogger yang baru berjinak-jinak dalam bisnes internet, affiliate adalah yang sesuai kerana ianya tidak memerlukan modal dan sebagai satu cara untuk menimbah pengalaman.

  12. Raymond says:

    Satu lagi kebaikan menghasilkan peroduk sendiri ialah kita mempunyai kawalan penuh terhadap produk tersebut.

    Kita boleh kawal harga, boleh berikan secara percuma kepada orang lain, boleh dijadikan sebagai hadiah untuk suatu pertandingan yang dianjurkan sendiri, tidak akan kehabisan stok (tarik dari pasaran) melainkan keputusan sendiri.

  13. koibito says:

    Memang best bila kita ada produk sendiri ni….kita boleh bina asas perniagaan kita di situ…. segala-galanya kita yang tentukan.

    lepas tu bolehlah kita buat apa yang perlu untuk meningkatkan jualan produk sama ada produk itu produk sendiri atau produk affilaite.
    Bagi mereka yang tidak punya produk sendiri, affiliate itulah cara yg terbaik….

  14. SyedHafidz says:

    :smile:
    mana2 pun sama..kedua2 ada kelebihan tersendiri..
    buat mana yang kita mampu..
    kalau kita betul2 serius, buat mana2 pun leh sukses..
    asalkan ada usaha., :shock:

  15. mawardee says:

    Kalau semua orang usahawan internet kat Malaysia ni cipta produk, baru, alamatnya – tak ada sangat la agen affiliate yang promote produk2 ni…
    Mungkin sebab nak jaga customer support lagi etc. Betul ke? :mrgreen:

    Ya, betul tu Syed Hafiz. Ikut kemampuan.

  16. SyedHafidz says:

    usaha tangga kejayaan..
    nak sukses kena berusaha.. :grin:

  17. senior m says:

    Bagi aku produk sendiri lagi bagus, kalau kita tak cuba sekarang buat produk sendiri bila lagi. :wink:

  18. ya..sy sokong semua idea2 korg tuh!
    sy juga baru bjinak2 dalam membina kewangan yg kukuh kerana mahu menampung wang perbelanjaan pengajian sy.
    br bmula dgn blog tp xletak kn ape2 pun lg. :???:

    Tp sy ske kata2 koibito..” Bagi mereka yang tidak punya produk sendiri, affiliate itulah cara yg terbaik….”. akan sy tingkatkn jualan produk affiliate dlu br promote produk sendiri! terima kasih taw.. :!:

    sy teringin nk kuakn produk yg kecik2 jek. name card ke, flyers ke, paperbags ke..ok x? tolong sokong sy taw! :smile:

  19. aiza says:

    baru nk mula ni…byk belajar dr sini

  20. Hadi says:

    Perkongsian yang sungguh bagus, walaupun saya ‘lewat’ tiba. ;-)

    T/kasih.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)